TV Show Review | YG Treasure Box (2018) : Episode 1

Sunday 3 April 2022


Director : Yang Hyunsuk
Writer : N/A
Contestants : Lee Mi Dam (이미담), Lee Byoung Gon (이병곤), Kim Seung Hoon (김승훈), Choi Hyun Suk (최현석), Kim Jun Kyu (김준규), Bang Ye Dam (방예담), Kim Do Young (김도영), Park Ji Hoon (박지훈), Wang Jyun Hao (왕군호), Kang Seok Hwa (강석화), Ha Yoon Bin (하윤빈), Jang Yun Seo (장윤서), Yoon Jae Hyuk (윤재혁), Kim Sung Yeon (김성연), Gil Do Hwan (길도환), Kim Yeon Kyu (김연규), Park Jeong Woo (박정우), Lee In Hong (이인홍), Yoon Shi Yoon (윤시윤), Jung Joon Hyuk (정준혁), So Jung Hwan (소정환), Kim Jong Sub (김종섭), Kotaro, Yoshinori, Takata Mashiho, Hidaka Mahiro, Keita, Hamada Asahi, Watanabe Haruto
Production Company : YG Entertainment
Distributor : JTBC2, Vlive, Youtube account YG Treasure Box
Genre : Survival Show
Running Episodes : 10 episodes (60 minutes per episode)
Release Date : 16 November 2018 – 18 January 2019
Video : 


Lepas layan Treasure Map Season 1 (2021) baru nak tengok survival show YG Treasure Box sebab ada banyak reference dari survival show ni dan rasa nak tahu juga macam mana CEO YG pilih 12 orang trainees untuk debut dalam boy group Treasure sampai dapat gelaran ‘Future YG’.

Terkejut juga lah bila dapat tahu YG pilih 29 orang trainee untuk berentap merebut tempat sebagai ahli Treasure. Masa WIN : Who Is Next (2013) dulu ada 11 orang trainee je lepas tu 9 orang trainee pula nak debut dalam iKON melalui survival show Mix & Match (2014). Memang susah nak jangka percaturan YG ni. Ikut suka dia je macam mana nak buat sesuatu. 


Disebabkan ada 29 orang peserta, YG Entertainment bahagikan kepada 4 kumpulan – Kumpulan A (senior trainee dan kesemuanya mempunyai markah penilaian yang tinggi), Kumpulan B (beginner dari umur 16 tahun hingga 19 tahun), Kumpulan C (trainee baru yang rata-ratanya berumur 12 tahun hingga 15 tahun) dan Kumpulan Jepun yang dibawa khas dari YG Jepun seramai 7 orang. Kelakar tengok Jeongwoo dengan Junghwan masa ni sebab muka budak-budak lagi lepastu takut dengan Hyunsuk. Dalam Treasure Map masing-masing naik hantu. Sama la dengan Jaehyuk yang takut dengan Jihoon tapi sekarang mulut melaser tak nak kalah. 





Memandangkan YG Entertainment antara Top 3 talent agency di Korea Selatan dengan barisan penyanyi berkumpulan atau solo seperti Big Bang, Blackpink, AKMU, WINNER, iKON, Blackpink dan Lee Hi, trainee untuk debut dalam Treasure dapat fasiliti bagus seperti studio vokal dengan kelengkapan instrument dan sound system yang bagus, dance studio yang luas, kemudahan gym, makanan, pengangkutan, kelas Bahasa Inggeris, kelas Bahasa Jepun, kelas debat, kelas lakonan dan banyak lagi. Tapi sekiranya ada trainee yang langar peraturan atau gagal improve sepanjang penilaian bulanan diadakan, mereka boleh dibuang sebagai trainee pada masa tu juga. 


Trainee yang paling lama dekat YG Entertainment haruslah Bang Yedam yang mula masuk YGE sejak umur 12 tahun lepas dia menang tempat kedua dalam Kpop Star. Bang Yedam pernah buat show dalam final stage Mix & Match (2014). Boleh kata Yedam anak emas dalam YGE sebab bakat nyanyian yang bagus sampai semua trainee takut dengan dia. Even JYP acknowledge vokal Yedam. Walapun ramai yang yakin Yedam akan debut tapi ada juga trainee lain yang bagus dan boleh menggugat kedudukan dia memandangkan Yedam busy dengan sekolah. Top two student di sekolah dan top trainee di YGE. 


Selain Yedam, Choi Hyunsuk dengan Kim Junkyu pun trainee lama dekat YGE. Lagi kesian bila Treasure A hampir debut dalam group Mix Nine tapi tak jadi sebab ada masalah dengan kontrak antara dua syarikat. Sama juga dengan Park Jihoon di Kumpulan B yang dah diusir keluar sebab gagal dalam penilaian tapi dipanggil masuk balik untuk survival show YG Treasure Box. 

Dalam survival show ni boleh nampak macam mana staff YGE scout trainee. Ada yang datang ujibakat dan ada juga yang scout berdasarkan rupa macam Jaehyuk sebab producer kebanyakannya pandang rupa jadi YGE kena step up the game cari trainee yang handsome dan train sampai boleh menyanyi dan menari macam yang lain. Cara ni kejam jugak lah sebab kena improve dalam masa yang singkat padahal kena scout based on muka handsome semata. Walaupun Yunhyeong iKON mampu buat tapi tak bermakna yang lain pun boleh jugak. Lain orang lain capabilities dia.

 
Julai 2018 adalah penilaian bulanan yang pertama untuk survival show YG Treasure Box dan Yang Hyunsuk umumkan hanya 5 orang dari mereka semua akan terpilih untuk debut dalam boy group Treasure. Memang pressure lah semua orang sedangkan Team A pun dah ada 7 orang. Antara sebab utama tak suka tengok survival show under YGE sebab kejam. 

1. Team Production +, 2. Visual +, 3. Audio +, 4. Storyline +, 5. Casting +, 6. Genre +, 7. Themes +, 8. Editing +, 9. Social Message +, 10. Personal Thought + = /10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.