TV Show Review | YG Treasure Box (2018) : Episode 8

Sunday 3 April 2022


Director : Yang Hyunsuk
Writer : N/A
Contestants : Lee Mi Dam (이미담), Lee Byoung Gon (이병곤), Kim Seung Hoon (김승훈), Choi Hyun Suk (최현석), Kim Jun Kyu (김준규), Bang Ye Dam (방예담), Kim Do Young (김도영), Park Ji Hoon (박지훈), Wang Jyun Hao (왕군호), Kang Seok Hwa (강석화), Ha Yoon Bin (하윤빈), Jang Yun Seo (장윤서), Yoon Jae Hyuk (윤재혁), Kim Sung Yeon (김성연), Gil Do Hwan (길도환), Kim Yeon Kyu (김연규), Park Jeong Woo (박정우), Lee In Hong (이인홍), Yoon Shi Yoon (윤시윤), Jung Joon Hyuk (정준혁), So Jung Hwan (소정환), Kim Jong Sub (김종섭), Kotaro, Yoshinori, Takata Mashiho, Hidaka Mahiro, Keita, Hamada Asahi, Watanabe Haruto
Production Company : YG Entertainment
Distributor : JTBC2, Vlive, Youtube account YG Treasure Box
Genre : Survival Show
Running Episodes : 10 episodes (60 minutes per episode)
Release Date : 16 November 2018 – 18 January 2019
Video :


Sambungan dari Survival 1:1 dalam Episod 7 dimulakan dengan persembahan Monster – Rihanna ft Eminem dari unit Kotaro x Kim Jong Seob untuk penialain semua juri. Bila tengok klip diorang berdua nak create harmony untuk lagu ni macam kesian sebab ada barrier language dan age gap yang besar. Walaupun vokal masing-masing bagus tapi performance nampak tak bertenaga dan kurang menyengat sebab ketara betul compete with each other. 


Persembahan seterusnya dari unit In Hong x So Junghwan sebab masing-masing sama bagus sebabtu YG tanya sebelum diorang start perform lagu I Need A Girl – Taeyang ft GD Big Bang, siapa yang lagi bagus dari segi visual. Of course lah dua-dua mengaku dua-dua lagi handsome. Tapi kalau ikutkan, Junghwan lagi handsome lah sebab mata dia besar sikit daripada In Hong. Junghwan pulak memang favorite YG dari awal, memang ketara benar lah In Hong cuak masa perform.
 
‘You’re up against Junghwan. Your expressions can’t beat him. Your face looks blank!’ – Dance Trainer


Excited nak tengok performance ketiga sebab ada Asahi. Walaupun dah tahu Asahi debut dalam Treasure but still nak tengok journey dia terpilih dan apa yang YG nampak pada Asahi. Asahi sejenis introvert sebanyak 97%, dia masuk YGE Jepun pun baru 2 bulan dan baru belajar menari. Bakat utama Asahi ialah gubah lagu dan vokal jadi dance agak susah nak catch up tup tup kena masuk YG Treasure Box. 

YG bagi komen Asahi ada suara yang unik dan visual menarik tapi tak ada expression. Dia masuk rumah hantu pun muka dia sepesen je dalam Treasure Map Episod 24 (2021). Banyak kali trainer ajar dia supaya dia boleh zahirkan lagi emosi tu pada riak muka sebab lagu What2do – DEAN adalah lagu balada. 


Asahi, it seems that you are losing the energy and confidence that you had. You can’t be singer if you lose that confidence. When you’re up on stage, you need to burst with more energy to share with those in the stands. If your confidence is down, how can you move your listeners?’ – Yang Hyunsuk

Masa ni terkejut sangat tengok Asahi tersingkir dan terus balik ke Jepun. I tengok YG Treasure Box sebab nak tahu macam mana Asahi dapat masuk Treasure tapi dia dah keluar then what??? Yoshi dengan Haruto dah merah muka sebab menangis bila tahu Asahi kena hantar balik. 


Tapi happy balik sebab performance selepasnya, YG pilih Jaehyuk sebagai pemenang. Happy sebab masa nak pilih unit team tu tak ada trainee yang nak jadi partner dia sebab dia antara yang tercorot. Well I don’t blame them either. Siapa yang nak team up dengan trainee bottom three sebab competition kena lah buat the best. Tapi bukan salah Jaehyuk jugak sebab dia street cast, YGE ambil dia sebab visual dia A+ bukan sebab bakat dia. 

Dah happy dengan Jaehyuk, sedih balik sebab Hyunsuk kena lepaskan best buddy dia, Junhyuk pergi walaupun YG puji performance diorang dah macam final stage performance. Peraturan tetap peraturan jadi YG pilih Hyunsuk sebab dia memang dah lama nak Hyunsuk debut. Sebelum ni Hyunsuk terpilih untuk debut dalam idol group Mixnine tapi ada masalah kontrak jadi plan cancel macam tu je. 


Battle ni paling sedih sebab ramai yang kena battle dengan kawan rapat sendiri macam Yoshi dengan Hyunsuk. Lega bila dapat tahu masing-masing dah debut dan bakal debut dalam idol group masing-masing. Mahiro pun selalu support Yoshi everytime Treasure promote single baru. 

Settle Survival 1:1, Treasure 6 kena buang seorang ahli untuk bentuk Treasure 5 dan trainee tersebut akan berlatih dengan trainee yang lain. Dekat studio trainee pula staff YGE bagitahu yang Hyunsuk akan jadi leader untuk 1 team, Byoung Gon leader untuk 1 team dan yang tak terpilih boleh membentuk satu team lagi. Kelakar masa ni sebab Doyoung pilih Mashiho tapi tak pilih Hyunsuk padahal diorang rapat. Dari zaman YG Treasure Box rupanya Doyoung jadi fan Mashiho. 


Lepas sesi pemilihan, semua trainee dapat kumpulan masing-masing secara suka ataupun paksa: 

Team A – Byoung Gon, Junkyu, Mashiho, Doyoung, Ha Yoon Bin
Team B – Hyunsuk, Yoshinori, Yeon Gue, Kil Dohwan, Park Jihoon
Team C – So Junghwan, Kang Seok Hwa, Yoon Jaehyuk, Kim Jeong Seob, Jang Yun Seo

Tak sabar nak tengok performance diorang dekat next episode! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.