WebTVAsia REALISASIKAN IMPIAN ELYANA

Friday 1 April 2022





WebTVAsia REALISASIKAN IMPIAN ELYANA | Melebihi dua dekad dalam industri hiburan tanah air, Elyana teroka bidang baharu. 

       WebTVAsia umumkan Elyana Emrizal sebagai bakat MCN baharu di bawah naungan mereka.

       Majlis sesi menandatangi kontrak telah berlangsung di pejabat HQ, WebTVAsia bertempat di Equatorial Plaza, Jalan Sultan Ismail pada jam 2 petang.


Baru-baru ini, bertempat di pejabat urusan WebTVAsia di sekitar Jalan Sultan Ismail, pihak WebTVAsia dan Playground Asia telah menandatangani kontrak bersama seorang artis yang popular dengan lagu Niat, Kalis Rindu dan Tapak Sulaiman sebagai artis MCN terbaharu mereka. 


Elyana Emrizal atau nama sebenarnya Erneelya Elyana binti Emrizal merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia yang sudah berkecimpung dalam bidang nyanyian dan lakonan selama lebih 21 tahun. Memulakan kerjayanya dalam bidang hiburan ketika berusia 14 tahun, Elyana bakal meneruskan perjuangannya sebagai bekas pesakit kanser limfoma dengan memberikan inspirasi tentang kehidupan seharian beliau melalui projek bersama WebTVAsia.


Menurut Elyana, “Hari ini saya rasa sangat gembira dan bersyukur kerana pihak WebTVAsia memberikan peluang untuk saya berkarya dan merealisasikan impian saya. Sebenarnya memang sudah lama saya ingin aktif dalam YouTube sebab ada terlampau banyak yang saya ingin kongsikan kepada peminat saya. Harapan saya untuk projek ini, dapat memberi manfaat bukan untuk diri saya dan ‘team’ sahaja, malah untuk semua yang pernah melalui pengalaman seperti saya. Mungkin saya dapat memberi semangat dan inspirasi keceriaan dalam hidup bukan sahaja di Malaysia, malah ke seluruh dunia. Saya percaya, ramai lagi insan di dunia ini yang memerlukan semangat ini untuk meneruskan hidup mereka. 


Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif WebTVAsia, Fred Chong pula berkata, 

“Saya amat berbangga dengan kejayaan Elyana selama berbelas tahun berjuang sebagai bekas pesakit kanser limfoma tahap empat. Walaupun Elyana sudah beberapa tahun berehat, saya percaya Elyana masih mampu memeriahkan lagi industri hiburan dan boleh berkongsi inspirasinya ke seluruh pelusuk dunia. Pihak kami juga percaya Elyana mampu menyuntik semangat dan inspirasi buat ramai lagi insan yang mempunyai nasib yang sama seperti beliau. WebTVAsia juga turut memainkan peranan penting dalam memartabatkan para creator seluruh Asia. 



WebTVAsia merupakan sebuah syarikat hiburan digital yang mempunyai lebih 3000 saluran YouTube seluruh Asia Tenggara (3 Diamond Button, lebih 100 Gold Button dan lebih 1000 Silver Button). Di masa akan datang, untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang perkembangan Elyana dan WebTVAsia, boleh layari laman Facebook dan Instagram Playground Asia. 

Facebook: @PlaygroundAsia

1 comment

  1. Semoga Elyan diberikan kesihatan yang baik.. Aamiin..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.