TV Show Review | YG Treasure Box (2018) : Episode 3

Sunday 3 April 2022


Director : Yang Hyunsuk
Writer : N/A
Contestants : Lee Mi Dam (이미담), Lee Byoung Gon (이병곤), Kim Seung Hoon (김승훈), Choi Hyun Suk (최현석), Kim Jun Kyu (김준규), Bang Ye Dam (방예담), Kim Do Young (김도영), Park Ji Hoon (박지훈), Wang Jyun Hao (왕군호), Kang Seok Hwa (강석화), Ha Yoon Bin (하윤빈), Jang Yun Seo (장윤서), Yoon Jae Hyuk (윤재혁), Kim Sung Yeon (김성연), Gil Do Hwan (길도환), Kim Yeon Kyu (김연규), Park Jeong Woo (박정우), Lee In Hong (이인홍), Yoon Shi Yoon (윤시윤), Jung Joon Hyuk (정준혁), So Jung Hwan (소정환), Kim Jong Sub (김종섭), Kotaro, Yoshinori, Takata Mashiho, Hidaka Mahiro, Keita, Hamada Asahi, Watanabe Haruto
Production Company : YG Entertainment
Distributor : JTBC2, Vlive, Youtube account YG Treasure Box
Genre : Survival Show
Running Episodes : 10 episodes (60 minutes per episode)
Release Date : 16 November 2018 – 18 January 2019
Video : 


Selesai penilaian bulanan dalam Episod 2, semua trainee kena buat penilaian untuk tentukan sama ada mereka layak untuk masuk dalam team Treasure. Penilaian ni dibuat di studio YGX, akademi tarian di bawah YG Entertainment. Format untuk penilaian kali ni ialah live performance depan para juri dan hanya 2 orang dari setiap kumpulan dipilih untuk masuk dalam team Treasure. 

Kumpulan pertama dinilai ialah Kumpulan Jepun dan Haruto dipilih sebagai ketua memandangkan markah dia paling tinggi untuk dance, rap dan visual. Kumpulan Jepun pilih lagu Shine – Pentagon tapi produser dekat YG suruh pilih lagu lain sebab tak sesuai dengan vokal diorang. So diorang pilih lagu Killing Me – iKON sebab boleh lontarkan vokal dan dance skill dengan imej seksi. Happy betul YG Setiap kali Haruto menyanyi. 


Kumpulan C dinilai selepas team Jepun dan trainee muda ni ada impression tinggi oleh YG sebab ada dua orang trainee di ranking pertama dalam rap dan nyanyian. Kumpulan C pilih lagu View – Shinee sebab senang tapi Junhyuk ambil masa untuk adapt sebab dia tak tahu lagu tu.  Masa berlatih depan producer jadi masalah sebab dia gagap dan lupa lirik. Selain Junhyuk, So Junghwan ada masalah dengan introduction sampai menangis kena marah dengan guru vokal. 

‘You need to carry out the song. What happens when you don’t nail it? The song will crash. Again!’


Comel sangat baby cow menangis masa ni sebab dia budak-budak lagi. Dia sedih lah jadi beban sebab dia nyanyi part intro. Bila dia stuck, yang lain pun tak boleh menyanyi part diorang. Happy bila tengok Junghwan boleh nyanyi dengan cantik masa penilaian. Even lepas debut pun baby cow jadi intro fairies untuk kebanyakan lagu Treasure - Going Crazy, Boy, I Love You, Slowmotion & Jikjin.

Jyunhao pula dipilih sebagai leader untuk Kumpulan B sebab markah dia yang paling tinggi tapi tak semestinya dapat ranking tinggi akan bagus juga sebagai pemimpin. Jyunhao terlampau fokus untuk kalahkan team lain sampai tak nak faham kelemahan team dia. Jyunhao pula ada masalah komunikasi bila dia belum fasih sepenuhnya Bahasa Korea memandangkan dia dari Taiwan. Dia nak Kumpulan B perform lagu Call Me Baby – EXO padahal team dia tak lah bagus dengan vokal especially high note dan falsetto. Jihoon cadang supaya tukar kepada lagu Go Go – BTS yang sesuai dengan style dan imej diorang. 


Nasib baik Kumpulan B ada Jihoon so diorang boleh rely on Jihoon instead of Jyunhao. No wonder lah Jihoon jadi leader kedua dalam Treasure sekarang. Cara dia guide dan pimpin ahli lain tu terserlah sangat. Macam dalam Treasure Map Season 1 (2020), Jaehyuk bersyukur Jihoon ajar dia sampai jadi bagus macam sekarang. 

Treasure A adalah team yang terakhir dinilai sebelum team Treasure terbentuk.  Sama macam kumpulan lain, Treasure A pun tak lari dari masalah bila Mi Dam lari dari dorm sebab stress dengan konsep penilaian. 


‘It’s definitely exhausting to be trainee. It is frustrating. I’m not really a socializing guy. I just endured… and keep going. I feel pressured and older now. When I’m unsure about whether this is the life I need, I couldn’t let it out but kept everything to myself. I think that’s caused this problem’ – Mi Dam

Nak tak nak staff terpaksa lepaskan Mi Dam dan Treasure A perlu perform lagu Energetic – Wanna One tanpa Mi Dam. They did great tapi masing-masing sedih lah sebab dah lama bergerak satu kumpulan tiba-tiba kena berpecah. 


Dalam episod ni boleh nampak YG senang betul ubah keputusan. Dia kata nak 2 orang dari setiap kumpulan tapi bila dia nampak potential trainee menyerlah dari yang sebelumnya, dia ubah pula kepada 3 orang. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.