Bought My First Treasure Album!

Thursday 7 April 2022


First of all, I tak sangka I akan beli album Treasure. Let alone the album, sebelum ni tak layan sangat pun lagu Treasure. Semua bermula dengan lagu I Love You lepastu tak putus ulang lagu Going Crazy then Jikjin changed everything hahahaha

I beli album The Second Step: Chapter One dekat #pasarTreasure di Twitter. Satu album RM20 je which quite murah lah nak dibandingkan beli dari seller dekat Korea. Dalam album tu ada CD, lyric book dengan photobook. Group photocard tu pulak RM10. I pilih album second version sebab yang biru tu nampak macam buku sekolah hahaha


Kalau I beli dari seller dekat Korea, harga RM90.00 dengan delivery charge lepastu dapat photocard member yang tak digemari. My bias is Haruto and Hyunsuk so kalau beli dekat #pasarTreasure boleh lah pilih nak photocard siapa. Malangnya, photocard Haruto dengan Hyunsuk boleh mencecah RM100 sekeping sebab high demand. Tskkk silap cari bias. T.T

Happy pillsssss

Okay, back to the album. Dalam album Treasure - The Second Step: Chapter One ni ada 6 buah lagu sebab mini album je. One of the reason lagi berbaloi beli dekat #pasarTreasure instead of seller Korea. Not sure album ni mahal sebab ahli ramai ataupun rate YG Entertainment sekarang memang dah naik. Patutnya harga mini album setengah harga lah dari full album. 

1. Jikjin

Gara-gara Jikjin I beli album ni sebab main track best, B-side pun semuanya best. I dah sembang banyak pasal Jikjin dekat previous entry. Dekat sini I just wanna say congrats Treasure for all accolades and recognition you guys gain from Jikjin. Bukan setakat lagu malah choreo pun unik. I nak kata Best Song Of The Year macam awal lagi but let's hope Jikjin can hold longer than what we predict. 

2. U

Lagu comel yang menggunakan instrument piano sebagai intro mengisahkan tentang situasi dan perasaan jatuh cinta. Memang pilihan yang tepat bila Yedam yang nyanyi part intro sebab suara lunak dia dah tarik perhatian untuk dengar the whole song. 


Part yang paling I suka dalam lagu ni dekat rap 3 serangkai - Hyunsuk, Yoshi dan Haruto bila mereka bertiga yang karang sendiri lirik untuk rap verse. Comel bila Hyunsuk sebut director and actor sebab pronounciation dia unik sama macam dalam lagu Jikjin bila dia sebut no rules no jichim. Yoshi tambah lagi part comel tu dengan my heart goes du-du-du-du.

Because of you my heart dance
My lips continuously trembling
Yo, I'm already a director and actor (In my mind)
I'm 100% interested in directing this (With you)
In my drama, you are always next to me
For me, it's like a feeling of spring,
Your flowery scent passes by
So sweet, spread your wings
We gon' fly
Away and away we go-oh (Zoom, zoom)
When I see you, I falling in love with you, ooh
My heart goes du-du-du-du

Junkyu mungkin ada small part dekat dalam lagu ni tapi suara falsetto dia menguatkan lagu ni dan smooth transition antara Junkyu, Doyoung dengan Yedam antara highlight dalam lagu U. Selain bermain dengan konsep filem di bahagian lirik, Treasure juga menggunakan teknik akustik bersilih ganti dengan groovy funk melody. 

3. Darari

B-side yang mencuri perhatian ramai dengan genre R&B hasil gubahan Bang Yedam bakal muncul dengan music video rasmi bulan Mei nanti. Selain Jikjin, Treasure pertaruhkan lagu Darari sebagai Tiktok challenge. Siapa sangka lagu yang comel ni bawa tuah untuk Treasure sampai menang TikTok award. Treasure tak main-main lah bila diorang kata lagu dalam mini album ni digubah untuk menzahirkan rasa cinta kepada Teume. 



Kalau Jikjin guna konsep kereta, kali ni Treasure guna konsep melodi dan not lagu dalam lagu Darari. Tak ada maksud pada perkataan Darari yang digunakan, cuma perkataan yang diwujudkan untuk sesuaikan dengan perasaan angau jatuh cinta terhadap crush. Sama juga dengan perkataan Bonita-nita yang digunakan dalam pre-chorus. 

Dararararari 
neol bogo isseum eumagi Babe
When I look at you, the music is Babe
neoreul wihan mellodi mellodi Yeah 
A melody melody for you, yeah
nega myujeunikka jal deureobwa play it
You are the muse, so listen carefully play it

Bahagian rap Haruto pun sexy bila dia kata 'Excuse me miss, I.L.O.V.E.Y.O.U.' tssskkk I.L.O.V.E.Y.O.U. too Haruto-kun! Dekat outro pun ada rangkap yang Yedam guna not lagu so la di fa sol untuk menggambarkan hati dia bernyanyi riang. 

♪ Boom chicky boom ♪
Can you feel my heartbeat
♪ Boom chicky boom ♪
gidarigo itjana
I’m waiting for you
♪ Boom chicky boom ♪

Pendek kata, lagu Darari tersangatlah comel dan dinyanyikan oleh suara-suara comel. Hopefully MV diorang nanti guna konsep comel macam dalam MV Everyday. 

4. It's Okay

This track will forever be one of my comfort song! Lepas lagu Slowmotion, My Treasure, Treasure perbanyakkan lagi lagu yang menaikkan semangat untuk Teume menempuh kehidupan yang perit ni. 

Even if the world turns its back on you
I'll be by your side.
Even if an unwanted night comes
I'll be your light.
Don't kneel down
Something I shout to you.
Putting a little hope in the song


Lagu yang menggunakan genre balada dan ketengahkan kekuatan vokal dan high note terutamanya Park Jihoon. Emosi yang dibawa tepat dan sesuai untuk tiup semangat menempuh hari esok. Finishing it with low note voice of Haruto is the cherry on top for It's Okay. 

5. Gonna Be Fine

Single track yang merupakan OST untuk web drama The Mysterious Class (2021) dimuatkan juga dalam album baru. Menggunakan runut balada untuk hadirkan elemen drama pada lirik yang menggambarkan persahabatan antara mereka semua. Vibe dia lebih kurang sama dengan It's Okay so bila dengar dua lagu ni berturut-turut, rasa melodrama tu pun mencanak. 

6. BFF 



Lagu terakhir dalam mini album The Second Step: Chapter One juga lagu tema yang digubah sendiri oleh Choi Hyunsuk untuk jadi lagu tema The Mysterious Class (2021). Bezanya, genre lagu ni lebih kepada pop dan guna vibe yang fun untuk cherish relationship diorang semua. 

Oh, jeo haneuri muneojyeo naeryeodo
Oh, even if that sky falls down
Meoljjeonghadeon ttangi kkeojindaedo
Even if the land that was fine is gone
Byeonhaji anneun yeongwonhan urin best friend
We will never change, we're best friends
Jigeumi gwageoga doeeogado
Even if now becomes the past
Al su eomneun miraega onda haedo
Even if the unknown future comes
Kkeuteopsi ieojineun chueogi doeeojugil
May it become a long-lasting memory

Konsep yang Treasure guna dalam MV pun santai jugak sebab release untuk celebrate Christmas. Suka dengar rap line punya signature dalam lagu BFF ni - "Yosh", "Ruto" dan "7chill". Sesuai sangat letak Junkyu dengan Doyoung yang jerit Best Friend Forever sebab suara diorang walaupun jerit kedengaran excited dan tak pecah. 

Sesuai lah susunan semua lagu dalam mini album terbaru Treasure. Guna Jikjin untuk tarik perhatian masuk dalam hati lepastu seal dengan lagu U kemudiannya Darari then comfort dengan lagu It's Okay dan Gonna Be Fine. Akhirnya bergembira dengan lagu BFF. Can't wait for the next album hihi

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.