Steamed Chicken with Rice Balls, Old Town White Coffee

Thursday 28 April 2022

Lepas pengumuman dari KKM yang restoran boleh beroperasi 24 jam, Old Town White Coffee tukar menu diorang dan tambah beberapa menu baru. antaranya Rice Ball Series di mana Old Town White Coffee menawarkan Steamed Chicken with Rice Balls dengan BBQ Chicken with Rice Balls. Tengok menu dia macam comel lah so I pun gedik2 lah order. 

Expectation :


Reality :


Udoh le lama nak kena tunggu menu ni siap, tup tup bola dia tak jadi pun. Kecewa betul dapat bebola nasi ala kadar ni. Baik I order nasi ayam Hainan biasa je. Bebola nasi ni bukan sesuatu yang baru pun malah dah habis dah pun hype dia. Tak ingat lah tahun bila bebola nasi ayam ni pernah famous dekat Melaka, rasanya around 2018 macamtu kot. 

By the way Steamed Chicken with Rice Balls, Old Town White Coffee ni rasa biasa je lah macam nasi ayam Hainan yang lain. Lepas makan menu ni rajin pulak kentut sebab ayam tu ada banyak gila halia. Not complaining sebab dia blend halia dengan bawang putih tu sampai boleh dimakan dan rasa tetap sedap. Mungkin ada MSG sekali, entahlah tapi sedap lah untuk dimakan. Pekena dengan taugeh yang crunchy, kira layan jugak lah. 

Harga dia around RM16 macam tu, standard harga main dish dekat Old Town lah. Nak repeat ke tak tu mungkin akan repeat tapi bukan under rice ball series lah. Daripada bayar lebih sebab upah dia buat bola tapi yang sampai bola kempis cenggini, baik tak payah. 

5 comments

  1. ammi dah makan bebola nasi dari kecik lagi nak-nak kalau nenek ammi yg suap. mmg dia akan bola-bolakan nasi tu pastu masuk dlm mulut cucu2 yg duduk keliling dia

    ReplyDelete
  2. Alahai.. sayangnya bebola dia tak berapa menjadi..

    ReplyDelete
  3. Hahhaaa... selalu gitulah realiti tak seindah expectation mujurlah rasanya tak mengecewakan

    ReplyDelete
  4. Ala sayangnya, kita nak bebola nasi tu sama macam dalam gambar kan. Tak pernah makan dekat old townnn sebenarnya. kalau nasi ayam je memang pergi chicken rice shop

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.