Movie Review | J Revolusi (2017)

Tuesday, 20 July 2021

 

Pengarah :  Zulkarnain Azhar

Penulis Skrip : Alfie Palermo

Pelakon : Zul Ariffin, Izara Aishah, Nur Fazura, Farid Kamil, Azad Jasmin, Iedil Putra, Hans Isaac, Fatimah Abu Bakar, Azri Iskandar, Juzzthin

Syarikat Produksi : Grand Brilliance, Infinitus Productions

Pengedar :  Primeworks Distribution (Malaysia), DLUX Entertainment (Singapore), Youku, iQiyi, China Film Studio Ltd (China), Netflix

Genre : Aksi / Drama

Durasi Tayangan : 100 minit

Tarikh Tayangan : 2 March 2017 (Malaysia), 10 March 2017 (Singapore)

Trailer :


Masuk ni dah kali keempat dah kot tengok movie ni tapi asyik lupa nak buat review so memandangkan sekuel dia dah keluar, kita layan balik lepastu buat review. Franchise yang diinspirasikan dari trilogi "James Bond Malaya" - Gerak Kilat, Bayangan Ajal dan Jurang Bahaya lakonan Tan Sri Datuk Dr Jins Shamsudin mengisahkan tentang Jay Zulkarnain (Zul Ariffin), ketua Unit Tindakhas (Special Forces Unit).

Dalam operasi untuk menghalang penjualan Ultra Virus oleh Andra (Farid Kamil), ramai ahli pasukan yang terkorban. Jay pula dituduh sebagai pembelot oleh Jiman (Iedil Putra) bila dia cuba untuk selamatkan kakak dia, Dian (Fazura) selepas diculik oleh Andra. Teguh dengan pendirian dan setia pada persahabatan,  Skodeng (Azad Jasmin) dan juga Eddie (Izara Aishah) cuba bantu Jay. 

Sementara Jiman bersungguh dengan teori dia, Komander (Omar Abdullah) cuma jadi pemerhati sebab nyawa anak-anak dia yang jadi taruhan dalam operasi ni. Jalan cerita J Revolusi simple je sebab nak perkenalkan beberapa watak utama dalam franchise dengan installment pertama – J. Revolusi yang diarahkan oleh Zulkarnain Azhar. 

Keluar dari kebiasaan bila penceritaan J. Revolusi berlatarkan Unit Tindakhas (Special Forces Unit) bila tak ramai yang cakna dengan unit khas yang mendapat arahan yang sama iaitu Bukit Aman. Macam mana cara mereka bekerja, hirearki dan kostum dipaparkan dengan baik selama 100 minit. Walaupun ada beberapa dialog yang kaku tapi boleh abaikan sebab tak mengganggu perasaan masa menonton sangat pun. Jarang nak jumpa movie genre aksi dengan elemen drama dan komedi yang diadun dengan seimbang. 

Cuma sayang lah watak Dian tak dikembangkan dengan lebih mendalam sebab karakter dia banyak bermain dengan emosi sampaikan ketegangan pada plot twist terasa lemah. Sama juga dengan watak Jiman yang tak suka dengan cara Jay lead ahli pasukan dia. Berani pulak tu bagitahu Komander walaupun serkap jarang dia cuma menggunakan teori yang lemah dan berlandaskan emosi semata. Tak ada ruang untuk dua watak ni berkembang dengan baik walaupun lakonan kedua pelakon bagus. 

Sebelum ni tak pernah suka dengan lakonan Farid Kamil sebab dia agak kayu. Nasib baik dalam J. Revolusi ni dialog ataupun solo screen dia tak banyak sebab pengarah tahu kekuatan dia pada stunt action. Malah tak tenggelam pun bila berkongsi skrin dengan Zul Ariffin sebab sama-sama deliver watak dengan cemerlang. 

Penulis pun tak cuba olah watak Jay sebagai hero yang terlebih kuah. Realistik seprtimana penceritaannya juga. Pengarah pun pandai menggunakan kekuatan Zul Ariffin dengan beberapa babak dengan Eddie dan Dian supaya dia pamerkan killer smile atau smirk mahal. Baik Fazura mahupun Izara, kedua-duanya ada chemistry yang bagus dengan Zul. 

Sinematografi dan suntingan visual mendapat sentuhan yang sama dengan franchise terkenal Polis Evo (2015) iaitu Haris Hue Abdullah yang pernah menang kategori Sinematografi Terbaik di FFM. CGI tampak realistic, syot yang menarik dan membantu stunt action nampak menarik dan bertenaga. Bukan sahaja watak lelaki dapat beraksi dengan stunt choreography yang sharp dan kemas malah watak perempuan  juga menyerlah. Suka dengan scene Eddie berlawan dengan Jay di rumah Siew. Lagu tema Rempuh dari Tomok & Black kurang menyengat dan tak member impak pada mood penceritaan pun. 

Jarang lah nak layan cerita tempatan tambah pula genre aksi banyak kali tanpa rasa jemu. Mungkin salah satunya sebab Zul Ariffin. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.5/10

Songchelin Guide x Yuri's Winning Recipe

Monday, 19 July 2021

Bulan lepas Yunhyeong ada update dekat Weverse yang dia ada solo schedule and iKONics are kinda excited sebab dah lama iKON tak pergi mana-mana variety show lepas 2019. Bila ada member yang ada solo schedule dah happy sebab ada exposure tentang iKON. 

Tak tahu pun Yuri SNSD ada Youtube channel sendiri dan kongsi tentang masakan. Yuri kata dia nak tarik subscribers Songchelin Guide ke channel dia sebab ada 620k subscribers. Not bad lah layan Youtube channel Yunhyeong sebab dia suka masak resipi mudah dan healthy. Dia pernah masak apam balik guna pan je. Sebagai Malaysian, haruslah bangga. Walaupun Yunhyeong gagal untuk suka durian. 

Kalau tengok pada poster Episod 2 Season 2 Yuri Winning Recipe tu, dia letak SM vs YG sebab ni pertama kali artis dari YG Entertainment datang ke channel dia. Pertama kali jugak lah SM buat collaboration event dengan YG. Selalunya YG dengan JYPE je. Yuri kata dia ingat lagi masa tahun 2017, SNSD pernah perform dekat stage yang sama dengan iKON tapi tak dapat bertegur pun. 

Dalam episod ni Yuri dengan Yunhyeong kena compete untuk siapkan resipi diorang dalam masa 30 minit. Menu Yuri adalah Pa Chi Burger dan Yunhyeong masak Neoburi Soba. Since dah pernah tengok Yunhyeong masak Neoburi Soba dekat Songchelin Guide sebelum ni, mata lebih banyak fokus dekat resipi Pa Chi Burger sebab nampak mudah sangat. Bahan dia je lah mahal dan banyak. Macam nak try sebab tergoda tengok visual lepastu resipi ni boleh masak guna air fryer. 

Untuk episod 2 ni ada 2 part dan kedua-dua part ada English Substitle so tak ada masalah langsung nak layan. Masa tengok Yuri's Winning Recipe ni macam impressed lah sebab Youtube channel pun boleh ada 4 biji kamera dan shoot dekat studio. Yunhyeong pun amazed dengan privileged tu sebab dia record guna kamera lepastu manager tolong shoot. Tak pun dia akan shoot sendiri je. 

Makin lama makin menyampah dengan YG Entertainment sebab tak jaga artis dengan baik. Nak kata tak bagi untung, dah makan banyak dah rasanya. Yunhyeong siap throw shade dekat YG bila Yuri tanya diorang ada masa tak nak memasak semua ni sebab iKON kan busy. Muka Yunhyeong kelat je masa tu pastu cakap dia dah lama tak pakai makeup untuk datang show sebab iKON tak ada apa-apa aktiviti pun lepas join survival show Kingdom : Legendary War. Comeback pun kena tangguh padahal lagu dah banyak siap dah. 

Masa nak memasak ni, lipbalm Nivea tetap tak dilupakan. Rasanya Yuri pun tahu perangai dia yang satu tu sebab Yuri pun suka layan Songchelin Guide. Sepanjang episod ni boleh nampak la Yuri happy dan selesa dengan Yunhyeong walaupun jarak umur agak jauh. Tak putus-putus Yuri puji Yunhyeong comel even PD yang edit pun jatuh hati dengan Chef Song. 

Sambil memasak tu sambil menyembang pasal life dan minat masing-masing. Turns out Yuri pun suka ride jugak macam Yunhyeong tapi dia baru je start. Dah la chemistry diorang bagus, visual pun cantik, suka memasak lepastu suka ride. Lepas ni mungkin Yunhyeong boleh ride sama-sama dengan Yuri dalam Songchelin Ride. 

Yuri kata bila dia memasak dia akan ubah resipi tu ikut tekak dia ataupun sesuai dengan menu diet dia. Yunhyeong ikut mood jugak, kadang dia bagi resipi yang healthy, kadang tu dia letak resipi yang tengah viral supaya views dia naik haha. Yunhyeong bagitahu dia akan berpuas hati dengan resipi dia bila iKON member makan sampai habis. Bobby paling picky bab makan sebab kalau tak sedap dia takkan makan langsung. Ada sekali Bobby taknak makan sandwich Yunhyeong buat sebab sandwich Chanwoo lagi sedap. 

Kalau tengok Songchelin Guide, selalunya JuNe lah yang paling bising request Yunhyeong masak macam-macam. Dekat Weverse pun Jay ada update menu yang Yunhyeong masak untuk dia. Bab sedap ataupun tak ni jarang iKON nak komplen tapi DK pernah marah Yunhyeong kalau masak tu biar banyak sikit sebab dia suka masak portion sorang makan padahal iKON tu ada 7 perut. Perut manager lagi. DK dapat makan Yunhyeong masak pun kalau dia kebetulan lepak dekat tingkat atas je. Kalau tak pergi memang tak dapat. 

For those yang nak layan episod SM vs YG ni boleh tengok dekat sini : Part 1 | Part 2

Kontroversi Kartik Aryan & Karan Johar

 

Sebelum ni Dharma Production dengan bangganya announce ada projek bersama pelakon popular yang menjadi kegilaan ramai, Kartik Aryan lepas mencuri perhatian dalam movie Sonu Ke Titu Ki Sweety (2018). Projek pertama yang diumumkan oleh Dharma Production adalah movie Dostana 2 di mana Kartik Aryan akan berlakon bersama Janhvi Kapoor dan juga pelakon baru, Lakshya. Movie Dostana (2005) antara movie hit di bawah production house tersebut.

Namun disebabkan covid-19, jadual shooting terpaksa ditangguhkan gara-gara perintah berkurung dari Kerajaan India. Bila masuk fasa kedua lockdown, ada yang dah mula masuk bekerja tapi tidak pada Kartik Aryan bila dia refuse untuk sambung shooting di luar negara. Tak lama kemudian Karan Johar dapat tahu Kartik Aryan terima tawaran untuk berlakon dalam movie Dhamaka. 

Antara sebab Kartik terima tawaran tersebut bila team production patuh SOP dengan ketat dan shooting cuma dijalankan selama 10 hari dalam sebuah hotel. Karan Johar mula pertikaikan tindakan Kartik yang terikat dengan kontrak Dostana 2. Makin lama Kartik berdiam dengan kontroversi ni makin galak Karan Johar sebarkan naratif demi naratif di website gossip tentang sikap tak professional pelakon tersebut. 

Tak lama kemudian pihak Kartik perjelaskan yang Kartik terima kontrak movie Dostana 2 dengan bayaran Rs2 crore sedangkan market dia dah meningkat kepada Rs 10 crore. Bila Kartik minta Karan berbincang untuk naikkan bayaran, permintaan dia diendahkan. Sebaliknya Karan janji untuk bagi Kartik berlakon dalam movie komedi Mr. Lele lepas Varun Dhawan tarik diri. 

Masa tu Kartik terima tawaran untuk berlakon walaupun dia tahu Karan cuma pergunakan popularity dia. Kalau dia tolak, susah untuk dia dapat tawaran movie lain sebab dia outsider dan berkemungkinan boleh diganti sewenangnya dengan pelakon lain. Bila Karan sendiri yang berjanji, mungkin dia rasa tu safe net untuk dia. 

Tapi tak lama pun bila Kartik dapat tahu yang Vicky Kaushal dapat tawaran sebagai pelakon utama dalam Mr. Lele tanpa maklumkan apa-apa kepada dia. Movie Yodha arahan Shashank Khaitan yang dalam perbincangan pun diberikan kepada Shahid Kapoor. Walaupun Shahid Kapoor tolak sebab busy dengan movie lain, tawaran tu tak datang balik kepada Kartik. 

Tak lama kemudian Kartik dapat tawaran untuk berlakon dalam movie kriket yang diarahkan oleh Sharan Sharma lepas movie Gunjan Saxena hit di Netflix. Risau dengan kemungkinan untuk dibuang seperti dua movie sebelumnya, Kartik minta Karan sediakan kontrak untuk ditandatangan oleh kedua belah pihak. Dalam masa yang sama Kartik tetap tak nak teruskan shooting untuk Dostana 2. 

Karan kemudiannya panggil Kartik untuk berbincang tentang hal tersebut dan luahkan kekecewaan dia bila movie tu tertangguh lama sedangkan dia dah create public and media attention melalui kisah cinta rekaan antara Kartik dan Janhvi.  Tapi Kartik tetap bertegas dia akan shoot movie Dostana 2 lepas tandatangan kontrak movie Sharan. Karan pula rasa Kartik tak nak percaya dengan dia dan kurangnya komitmen dari pelakon tersebut. 

Sudahnya Karan umumkan Vicky Kaushal sebagai hero Mr. Lele dan akan start shooting dengan Janhvi Kapoor pada April 2021. Bila Kartik dapat tahu tentang hal tu, dia bagitahu Dharma Production yang dia akan mula penggambaran Dostana 2 pada April nanti. Karan faham yang Kartik sengaja bagi pressure pada dia dan Janhvi sebab kena shoot dua movie dalam satu masa. Tak mungkin lah Janhvi boleh shoot serentak. 

Sejak tu Kartik dan Karan mengelak dari berjumpa kemudiannya Kartik keluar dari Dostana 2 sekaligus dari Dharma Productions. Kartik pulangkan juga bayaran awal yang dia terima dari kontrak movie Dostana 2. Relationship Kartik dengan Janhvi pun makin buruk lepas dia bergaduh dengan Karan sampaikan Janhvi burukkan Kartik melalui social media fan club dia. 

Kalau ikutkan dari kes mereka berdua ni pada awalnya salah Kartik sebab minta untuk naikkan bayaran sedangkan dalam kontrak dah setuju dengan jumlah sekian sekian. Melainkan dia berani buat macam tu bila dalam kontrak ada bagitahu tertakluk kepada perubahan semasa sebab net worth pelakon akan sentiasa berubah. Lagipun kontrak yang Kartik sign tu dibuat pada tahun 2019 so valid jugak lah alasan Kartik untuk naikkan fees lepas 2 tahun. 

Mungkin ada klausa tu sebab Karan setuju untuk berbincang gara-gara ‘terikat’ kemudiannya janji secara lisan untuk projek Mr. Lele. Kalau ikutkan perundangan di sana, verbal agreement tu valid dekat mahkamah cuma nak buktikan tu agak susah. 

Bagus juga Kartik ambil keputusan untuk keluar dari Dostana 2 dan Dharma Productions sebab kalau dia continue shooting padahal dah ada relationship buruk dengan Karan Johar dan Janhvi Kapoor, kemungkinan besar dia akan end up macam Sushant. Hal yang sama jadi bila movie Drive siap dengan editing yang teruk kemudiannya kontroversi tanpa henti salahkan pelakon sepenuhnya. Itupun kena peram sampai 2 tahun. 

Sekarang ni Kartik dah sign beberapa movies yang keluar dari comfort zones dia, genre komedi which is great sebab dapat tengok dia bereksperimen dengan bakat dan peluang yang ada. Antaranya offer dari Maddock Films dan barisan pengarah yang terkenal dengan kualiti karya yang bagus. Walaupun Karan masih lagi sebarkan naratif buruk dengan khabar angin Kartik ditendang keluar dari movie gara-gara sikap tak professional, sikit pun tak mengganggu popularity dan profesion Kartik. 

Menyedihkan bila tengok benda sama berulang walaupun dah ramai yang meninggal sebab dibuli dan pembuli tetap juga muka yang sama. They never learn don’t they?

Movie Review | Zombitopia (2020)

Sunday, 18 July 2021

Pengarah: Ming Jin Woo
Penulis Skrip: Neesa Jamal, Ming Jin Woo
Pelakon: Shaheizy Sam, Elvina Mohamad, Bront Palarae, Nur Shahidah, Azman Hassan, Sharifah Amani, Jay Iswazir
Syarikat Produksi: Skop Productions Sdn Bhd
Pengedar: Disney+
Genre: Fiksyen / Drama / Seram
Durasi Tayangan: 90 minit
Tarikh Tayangan: 2 Julai 2021
Trailer :


Bila tahu Zombitopia adalah movie tempatan yang diterbitkan khas oleh Disney Hotstar Malaysia, rasa macam excited sangat nak tengok. Dah la ada Shaheizy Sam dengan Bront Palarae so expectation tu agak tinggi lah. 

Kisah bermula dengan Malaysia dilanda virus zombie tapi diselamatkan oleh vaksin yang dihasilkan oleh Dr. Rahman (Blont Palarae). Fast forward ke 15 tahun kemudian, watak Zidik (Shaheizy Sam) bekerja di bengkel milik Hassan (Azman Hassan) lepas kejadian ngeri keluarga dia mati disebabkan virus zombie. Hassan tak boleh terima kematian isteri dia, Maria sampaikan hidup seperti orang hilang akal. 

Masa Zidik dengan Hassan pergi ke muzium untuk kutip barang-barang terpakai untuk dibawa pulang ke bengkel, kejadian 15 tahun lepas berulang lagi dan menemukan Zidik dengan Zoey (Elvina Mohamad). Malangnya Zoey dah bertukar menjadi zombie dan serang Zidik tapi anehnya dia tak terkesan dengan virus tersebut sebab imuniti badan dia dah kebal. 

Tak diterangkan kenapa dan bagaimana Zidik boleh jadi macam tu sebab mungkin pengarah terinspirasi dari movie Flu (2012). Disebabkan curious dengan kekebalan Zidik, Dr. Rahman bawa dia ke makmal dan guna darah Zidik untuk rawat anak dia, Siti (Nur Shahidah). By the way, Dr. Rahman ni bukan virologist tapi paleontologist mungkin sebab tu ada dinosaur namun persoalan utamanya, kenapa? 

Penceritaan Zombitopia pada 20 minit terawal nampak menarik lah sebab menceritakan kehidupan beberapa watak pasca pandemik. Watak Zidik yang struggle dengan kemiskinan dan hidup asal boleh je dekat bengkel Hassan tu. Emosi dia pun terganggu dengan beberapa tekanan dan flashback yang menghantui. Mungkin sebab tu dia belasah orang yang panggil dia penipu sedangkan dia memang menipu. 

Watak Hassan tu bagus sebab dia in denial state tapi macam dah separa gila pun ye jugak sebab dia kata Lah hilang kena culik dengan UFO. Ada masa dia macam dah lost, ada masa dia berpijak pada dunia nyata. Mungkin sebab tu dia buat keputusan bodoh untuk keluar dari kereta Zidik dan lawan semua zombie sedangkan diorang berdua boleh teruskan kehidupan sebagai manusia terpilih. 

Penulis sebenarnya dah drop hint dah dekat dialog Zidik bila dia jerit ‘Apa benda aku buat ni?!’. This dialogue alone already sums up the whole movie. Serious tak tipu. Sepatutnya pengarah letak tanda amaran mengatakan yang movie Zombitopia ni untuk orang yang tepu dan bosan dek PKP yang tiada kesudahan. Genre seram tu tukar je lah kepada genre pening. 

Zombie dalam movie ni ada pelbagai jenis macam Zoey, adik dia dan Siti tu boleh control diri dia untuk tidak makan orang. Kadang-kadang nafsu makan tu datang juga sebab first half movie diorang tak boleh control tapi bila second half boleh pulak. Zombie jenis kedua bila ada semangat dan prinsip untuk lawan zombie lain supaya dapat selamatkan hero yang tak perlu diselamatkan memandangkan hero ada darah unik. Jenis zombie ni hanya jadi pada Hassan. Zombie yang ketiga yang paling lemah lah gamaknya, tahu nak darah manusia je. 

Secara jujurnya masa tengok movie ni tak lah fokus sepenuhnya sebab kecewa teruk Sam dengan Bront berlakon dalam movie macam ni. Mungkin pada skrip asal dan sebelum disunting, movie ni bagus sebab Sharifah Amani pernah cakap yang dia agak picky bila berlakon. Kalau skrip bagus dia akan proceed. Banyak je movie macam ni bila baca skrip fuhh menarik tapi lepas kena edit macam bangang jadinya. Mungkin Zombitopia adalah movie tersebut. 

1. Team Production +0.2, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0, 4. Storyline +0.1, 5. Casting +1, 6. Genre +0, 7. Themes +0.2, 8. Editing +0.2, 9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0 = 2.2/10

Drama Review | Stranger 2 (2020)


Director : Park Hyun-Suk

Writer : Lee Soo-Yeon

Cast : Cho Seung-woo, Bae Doona, Jeon Hye Jin, Choi Moo Sung, Lee Joon-hyuk, Yoon Se-ah, Kim Young Jae, Park Sung Geun, Choi Jae Woong, Jung Sung Il, Jeon Bae Soo

Production Company : Studio Dragon

Distributor : tvN, Netflix

Genre : Crime / Mystery / Drama

Running Episodes :  16 episodes

Release Date : 15 August 2020 - 4 October 2020

Trailer : 


3 tahun lepas Netflix tayang drama Stranger (2017), sekuel muncul dengan barisan pelakon yang sama dan ditambah beberapa watak baru bila watak Hwang Si-mok (Cho Seung-woo) diserap masuk ke Supreme Prosecutor Unit di Seoul di bawah kelolaan Chief Woo Tae-ha (Choi Moo Sung). Leftenan Han (Bae Doona) pula dihantar ke HQ dan bekerja di bawah Chief Choi Bit (Jeon Hye Jin). 

Pertelingkahan demi pertelingkahan berlaku di antara pegawai polis dan pendakwaraya sejak timbulnya beberapa kes dengan headline sensasi dari pihak media. Council meeting diadakan dari kedua belah pihak untuk selesaikan hal ni tapi makin bertambah keruh bila Song Dong-jae (Lee Joon-hyuk) hilang diculik. Berkemungkinan besar suspek utama adalah polis sebab Si-mok nampak jam polis pada biasan cermin dalam gambar yang dihantar. 

Masa tengok episod-episod awal dah risau perceritaan drama Stranger 2 ni makin berat dengan politik dalaman tambah pula bila watak Si-mok dengan Inspektor Han dah tak bergabung tapi bergaduh sesama sendiri. Tak lah bergaduh tapi masing-masing kena guna method sendiri untuk selesaikan kes Dong-jae, kes buli di balai polis dan juga kes kematian peguam di jalanraya. Dalam Stranger 1 cerita jadi best sebab chemistry dan dinamik mereka berdua tapi bila watak ni bergaduh, jadi tak syok la nak tengok. 

Dah la geram bila watak Dong-jae ditidurkan sampai ke episod hujung sedangkan watak dia kelakar. Watak Kang Won Cheol (Park Sung Geun) pun tak dapat screentime yang banyak kali ni sebab Si-mok dah bekerja di pejabat lain. Sayang lah sebab dua watak sampingan ni yang melengkapkan atau menguatkan lagi watak Si-mok. 

Ambil masa yang lama jugak nak habiskan season 2 ni sebab banyak sangat watak dan kes nak kena ingat dalam satu masa. Nasib baik lah makin bergerak ke hujung, makin dikecilkan watak dan konflik tu. Pengarah sengaja alihkan perhatian dengan konflik antara Chief Woo dan Chief Choi tapi jadi menyampah sebab draggy dan annoying. Setiap kali Si-mok ataupun Han dapat lead baru, konflik diorang akan muncul. Hilang rasa terkejut ataupun saspen especially masa plot twist. 

Pelik jugak masa tengok scene Chief Woo dengan Kim Sa Hyun (Kim Young Jae) sebab diorang pelik dengan relationship Si-mok dan Inspektor Han sedangkan masa unit siasatan khas ditubuhkan tu semua yang terlibat dah keluar dekat news. Bila diorang pelik dengan perangai Si-mok pun macam pengarah sengaja repeat jalan cerita dalam Stranger 1 sebab masalah mental dan kesihatan Si-mok dah didedahkan oleh pihak media sebelum ni. 

Tak pasti lah masa drama ni ditayangkan ramai yang persoalkan penampilan Seung-woo dengan Bae Doona ke tak sebab kedua-dua pelakon dapat makeover yang tak sesuai. Dekat pertengahan nampak looks Si-mok kembali pada looks asal. Nampak tak realistik pun ye jugak bila Han berambut panjang sebab karakter dia jenis yang lasak dan aktif. Mungkin simbolik kepada karakter dia yang terkurung dengan job scope department baru? 

Despite all this rant, drama ni best je nak layan sebab penceritaan yang menarik dan menyentuh tentang konflik antara polis dan pendakwaraya yang jarang dapat tengok dalam drama atau movie lain. Kenapa ada beberapa rules digubal sedemikian untuk kedua-dua belah pihak. Beberapa scene pun tinggalkan persoalan dan provokasi macam scene Si-mok minta tolong dekat Ketua Kang untuk percepatkan proses waran tangkap. Benda yang kita anggap kecil tapi sebenarnya adalah permulaan kepada sesuatu yang besar dan berat. 

Tak pasti team production akan proceed dengan Season 3 ataupun tidak sebab episod hujung tu ada hint kerjasama Hanjo dan pendakwaraya. Tapi gaya monolog Si-mok macam diorang nak berhenti dekat Season 2. Tak kisah lah yang mana pun keputusan yang diorang ambil, yang pastinya franchise Stranger dah banyak bagi pengalaman dan buka mata dalam beberapa isu. One of legal drama yang patut ditonton. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.8/10