Lirik Lagu | Parah Parah - Ayda Jebat

Monday, 11 January 2021

Kalau Ayda Jebat keluar lagu baru mesti kecoh sebab MV dia mengundang. Kali ni sebab dia berpakaian parah sangat. Well, blame the director lah - Nabil Mahir hshshs

Lagu pop yang digubah oleh Ayda Jebat sendiri dan dibantu oleh Ezra Kong & MimiFly ni not bad lah sebab catchy dekat part chorus. Lirik lagu dia pun ulang-ulang supaya senang melekat dalam kepala. Bila tengok sekali confirm repeat punya lah. 

MV pun best sebab ada dance untuk single Parah. Macam biasa lah kalau MV Ayda Jebat confirm gempak sebab ramai penaja yang tumpang promote produk sekali. Tengok dekat bahagian credit tu pun semakin panjang ye. 


LIRIK LAGU PARAH PARAH

Penyanyi : Ayda Jebat 

Komposer : Ayda Jebat, Ezra Kong & MimiFly

Lirik : Ayda Jebat, Ezra Kong & MimiFly


 Harus aku berdiam saja

Kerna ku tak mampu kata apa-apa

Sungguh tak ku tersangka dia

Jejaka pendusta kau berkayu tiga


Kau satu dalam sejuta

Cik abang kau OK?

Jadi apa kurangnya aku?


Hatiku parah parah pa-parah parah

Parah keranamu

Kini berdarah darah da-darah darah

Darah keranamu


Jangan kau kata kau benar-benar cinta padaku

Hatiku parah parah pa-parah parah

Parah kerana kamu


AJ

Ke-ke-kerna kamu

Kamu

Parah kerana kamu (kerana kamu)


Lama sudah kamu mendua

Ternyata semua hanyalah sandiwara


Ku satu dalam sejuta

Cik abang kau OK?

Jadi apa kurangnya aku?


Hatiku parah parah pa-parah parah

Parah keranamu

Kini berdarah darah da-darah darah

Darah keranamu


Jangan kau kata kau benar-benar cinta padaku

Hatiku parah parah pa-parah parah

Parah kerana kamu

Kerana kamu...

Parah kerana…

Lirik Lagu | Izinkan Aku - Tajul

Sejak dah berkahwin ni, Tajul macam dah tak fokus sangat dengan bidang nyanyian tambah pulak sekarang ni wife dia tengah pregnant anak kedua. Masa record lagu Izinkan Aku ni pun dia bertelagah dengan komposer Tuah Adzami sebab dia tak sihat masa tu. 


"Izinkan Aku" berkisahkan tentang luahan seorang lelaki yang hatinya telah jatuh sejak pandangan pertama dan terlalu mencintai pasangannya. Lagu ini membuktikan bahawa sekeras mana pun hati lelaki, ia tetap akan jatuh pada seseorang yang mampu melembutkan hatinya." - FMC

Lagu ni not bad lah sebab tone dengan konsep lebih kurang je dengan lagu-lagu Tajul sebelum ni.  Tapi suka dengan MV lagu balada ni sebab Tajul nampak stylish sangat. Boleh tengok MV Izinkan Aku dekat video bawah ni :


LIRIK LAGU IZINKAN AKU

Penyanyi : Tajul

Komposer : Tuah Adzami

Lirik : Tuah Adzami

Studio : FMC Music


Pertama kali melihat matamu

Bagai ada rasa cinta dihatiku 

Seyuman manismu suara indahmu

Membuatkan ku ingin memilikimu 

Buat selamanya


Izinkan aku 

Untuk selalu mencintamu

Kan ku serahkan semua rasa

 

Hadirnya dirimu memberikan rasa cinta yang sempurna

Kan ku berikan segala yang ku ada

Terimalah diriku seadanya


Tak pernah sekali pun terlintas untukmu meninggalkannya

Karena dirinya yang teristimewa

Walau terpaksa tak pernah ku rela 

Menjauh darinya


Izinkan aku untuk selalu mencintamu

Kan ku serahkan semua rasa 

Hadirnya dirimu memberikan rasa cinta yang sempurna

Kan ku berikan segala yang ku ada

Terimalah diriku seadanya


Tak pernah sekali pun terlintas untukmu meninggalkannya

Karena dirinya yang teristimewa

Walau terpaksa tak pernah ku rela menjauh darinya

Starbucks | Soy Hazelnut Latte

Sunday, 10 January 2021

Petang-petang tengah panas terik kalau minum something cold, something caffeine and nutty memang sedap lah. Masa pergi Starbucks ternampak poster drinks Soy Hazelnut Frappucino dengan Soy Hazelnut Latte. 


Dah bosan minum Mocha Praline Hazelnut, kali ni nak try Soy Hazelnut Latte pulak sebab tak pernah try lagi soy based. Benda yang best dengan susu soya ni dia ada lemak manis dia tersendiri so bila bergabung dengan kopi pekat dan bau kacang hazelnut it turns out to be a great combination lah. Barista tanya suka minum kopi pahit ke tak, I jawab tak sangat sebab level pahit Starbucks ni boleh lumpuh deria rasa. 


Sebab takut dia pahit sangat so order Grande je. Nervous jugak lepas dah dapat soalan tu. Tapi bila dah minum tak ada lah pahit sangat sebab manis hazelnut dengan soya tu dah cover rasa kopi. Ke sebab barista dah tambah gula pfft tak tahu lah yang penting kena dekat tekak. 


Blueberry Cheesecake Starbucks sedap makan sejuk-sejuk. Jalur dekat atas tu jelly. Nak makan sebab jalur tu cantik lol statement mintak penampar. Dekat bahagian dalam penuh dengan blueberry. Makan sepitong pun dah cukup dah sebab cheese kot, senang betul muak. Kalau crust dia lagi tebal mesti lagi sedap. Pokoknya gabungan dua menu ni perfect untuk tea time!