Minggu kedua ‘Kilauan Emas 2025’ menyaksikan peserta Kinar berjaya mendaki ke tempat pertama dengan markah keseluruhan sebanyak 80.12%, diikuti oleh pencabar Zekrai (77.42%), dan Ezan (74.20%) yang berjaya menawan kedudukan tiga teratas. 

Turut menarik perhatian barisan juri dan para penonton dengan persembahan nyanyian lagu I Live My Life For You oleh penyanyi Fire House, Kinar dipilih sebagai pemenang Anugerah Emas Berkilau Of The Week di segmen terakhir. Minggu dengan tema Hit & Memorable Song ini menyaksikan peserta Ben berada di kedudukan terbawah apabila mendapat markah keseluruhan terendah, sekaligus tersingkir untuk mara ke minggu berikutnya. 

SENARAI LAGU

Shah: Angan Dan Sedar - Mawi (65.42%)

Kinar: I Live My Live For You - Fire House (80.2%)

Majid: Bila Resah - Anuar Zain (63.00%)

Zanie: Zapin Yang Tinggal - Ramlah Ram (66.54%)

Zekrai: Jerangkung Dalam Almari - Wings (77.42%)

Mazleen: Can’t Fight The Moonlight - Leann Rimes (63.13%)

Ezan: Tak Ingin Sendiri Versi Natasya Elvira - Dian Piesesha (74.20%)

Nurul: Benci Tapi Rindu - Diana Nasution (62.24%)

Leeza: G.I.G - Elite (70.88%)

Vijay: Jangan Tunggu Lama Lama - Sweet Charity (59.71%)

Ben: Sekali Aku Jatuh Cinta - Nassier Wahab (55.17%)

Nawary: Memori - Sheila Majid (61.21%)

INFO ‘KILAUAN EMAS 2025’

• Seperti musim sebelumnya, persembahan setiap peserta menerusi Kilauan Emas 2025 akan diadili secara 70% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri professional, 20% daripada juri awam yang  merangkumi markah para penonton undangan dan juga 10% daripada undian para penonton di rumah.



• Juara musim kali ini akan membawa pulang wang tunai bernilai RM30,000 beserta trofi sumbangan Astro.

• Para penonton dan peminat boleh mengundi peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan pada setiap minggu secara dalam talian menerusi laman web Astro Gempak.

• Penerbitan Kilauan Emas 2025 turut disinarkan dengan kolaborasi bersama Astro Gempak sebagai rakan digital, serta SINAR dan GEGAR sebagai rakan radio rasmi. Program ini boleh distrim secara On Demand di Astro GO dan sooka.

Saksikan episod baharu Kilauan Emas 2025 pada setiap hari Sabtu, jam 9 malam di Astro Prima (Saluran 105), On Demand, Astro GO dan sooka.

Dua kali berturut-turut dipilih menjadi yang pertama yang layak ke minggu seterusnya, kumpulan Naqiu, Iaman & Saputra kembali XTRA apabila berjaya menambat hati para juri dengan persembahan mereka, lantas mengekalkan kedudukan mereka di top three. 

Minggu bertemakan NO CAP! ALL FIRE! yang mengadunkan beberapa genre lagu dalam satu persembahan turut menyaksikan penyanyi Jaclyn Victor, sekali lagi membuat penampilan di program The Chosen One sebagai juri jemputan, selepas telah menduduki di kerusi juri pada musim lepas. Walaupun kurang menyengat pada minggu ini, kumpulan Tuju & Loca B, Elysha dan Fana terselamat daripada penyingkiran dan layak ke pusingan minggu hadapan.  

SENARAI LAGU

Opening Performance - Jaclyn Victor

Naqiu, Iaman & Kumpulan Saputra - Mantera Beradu (Malique ft Dato M. Nasir) + Mentera Semerah Padi (Tam Spider ft Dato M. Nasir)



Tuju, Loca B, Fana, Elysha - Sk8er Boi (Avril Lavinge) + Tak Ada Logika (Agnes Monica)


Usop, Alif & Yusuf - 2x5 (Ahli Fiqir) + Hati (Hael Husaini)


Niki Palikat, Adawiyah & Iman - Rollin' (Limp Bizkit) + Che' Mek Molek (Dato'M. Daud Kilau)


Acey, Rayyan & Dahlia - Baby (Justin Bieber) + Lelaki Seperti Aku (Alif Satar) + Malam Ini Kita Punya (Bunkface)


INFO PROGRAM THE CHOSEN ONE XTRA

• The Chosen One XTRA bukan sekadar memfokuskan bakat nyanyian sahaja, malah juga akan menonjolkan bakat-bakat lain seperti tarian, akrobatik, kebolehan bermain instrumen muzik dan sebagainya.

• Musim ini kembali dengan membawakan barisan artis baharu sebagai ‘coach’ selebriti kepada para bintang cilik seperti Namie, Nikki Palikat, Achey, Tuju & Loca B, Bunga, Usop dan juga Naqiu.

Barisan juri Minggu 5 - Dato Awie, Sharifah Shahirah & Jaclynn Victor

• Persembahan setiap peserta bersama dengan pasangan selebriti mereka akan diadili 100% daripada pemarkahan pihak juri sejurus selepas persembahan mereka tamat.

• Juara ‘The Chosen One XTRA’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM 40,000 beserta trofi sumbangan Astro. Tempat kedua, ketiga dan keempat akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 30,000, RM 20,000 dan RM 10,000 beserta dengan trofi sumbangan Astro.

• Pentas akhir program ini akan turut menobatkan anugerah Coach Terbaik dengan wang tunai bernilai RM 10,000, serta anugerah Persembahan Terbaik dengan wang tunai bernilai RM 10,000 yang akan ditentukan melalui undian para penonton melalui laman web www.thechosenone.com.my.

Saksikan episod baharu The Chosen One XTRA setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Ceria (saluran 611), serta secara On Demand di Astro GO dan sooka. Siapakah yang bakal menjadi The Chosen One XTRA musim ini?

ACARA DIDI & FRIENDS STORYTIME ASTRO GALAKKAN POSITIVITI DAN INKLUSIVITI

Friday, 22 August 2025


BRICKFIELDS: Astro, dengan kerjasama Warnakala Studios telah menganjurkan acara istimewa Didi & Friends Storytime buat kanak-kanak daripada Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) dan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD). Inisiatif ini telah menerima kehadiran seramai 200 peserta daripada komuniti orang pekak dan warga OKU penglihatan.



Acara ini bertujuan memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak melalui sesi bercerita yang interaktif dan menyeronokkan, sesuai untuk kanak-kanak daripada pelbagai latar keupayaan. Astro sentiasa komited dalam menyediakan kandungan yang selamat, bermanfaat dan inklusif bagi memperkukuh pembelajaran serta hiburan awal kanak-kanak.

Meneruskan kejayaan drama ‘Dari Mata Turun Ke Hati’ tahun lalu yang menampilkan deskripsi audio tempatan pertama di Malaysia, Astro memperluas inisiatif inklusif ini ke segmen kandungan kanak-kanak menerusi musim baharu Didi & Friends: Storytime! yang turut diterbitkan dalam versi audio. Usaha ini memastikan kanak-kanak OKU penglihatan mendapat akses kepada penceritaan dengan lebih mudah, sekali gus membuktikan komitmen Astro untuk menawarkan kandungan berkualiti kepada semua tanpa mengira keupayaan.


Yang Berhormat Dato’ Sri Hajah Nancy Binti Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata “Siri Didi & Friends: Storytime merupakan contoh terbaik bagaimana media boleh menyokong literasi awal. Melalui penceritaan yang menarik, ia memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak sambil merangsang perkembangan bahasa, imaginasi dan pembelajaran sepanjang hayat. Lebih penting, pendekatan inklusif ini memastikan semua kanak-kanak berpeluang untuk turut serta dan mendapat manfaat. Inisiatif sebegini amat penting dalam membentuk generasi celik huruf, kreatif, yakin diri serta berempati.”

Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan, termasuk sesi bercerita interaktif bersama personaliti terkenal ‘Abang Paan’, persembahan maskot kesayangan Didi & Friends dengan lagu-lagu popular, serta tayangan awal episod versi audio. Bagi memastikan keterangkuman, jurubahasa daripada MFD telah menyediakan interpretasi langsung dalam Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) sepanjang acara. Dalam usaha mempromosikan kandungan lebih mesra OKU, Astro dan MFD turut menghasilkan satu episod khas dan sebuah lagu Didi & Friends dengan interpretasi BIM.


Versi inklusif ini ditayangkan pada majlis berkenaan, menyerlahkan lagi usaha Astro dalam memperluas akses dan mewakili kepelbagaian komuniti Malaysia. Agnes Rozario, Ketua Pegawai Kandungan Astro, berkata “Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Astro dalam menghasilkan kandungan yang inklusif, selamat dan menarik untuk kanak-kanak dari semua peringkat keupayaan, di samping memupuk nilai murni seperti kebaikan, empati dan saling menghormati melalui penceritaan serta aktiviti interaktif.”

“Sebagai peneraju kandungan dan hiburan Malaysia, Astro kekal komited membentuk landskap media yang mencerminkan kepelbagaian komuniti kita. Dengan memberi tumpuan kepada penceritaan inklusif dan menghasilkan kandungan tempatan yang mudah diakses, kami ingin mencipta pengalaman yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga memberi inspirasi, mendidik dan menyatukan,” tambah Agnes.


Melalui Didi & Friends: Storytime, Astro sekali lagi menegaskan peranannya sebagai peneraju dalam memartabatkan penceritaan inklusif untuk kanak-kanak, dengan pratonton buku audio serta kandungan BIM tempatan yang mendapat sambutan hangat daripada para peserta.

Kesemua siri buku audio Didi & Friends: Storytime akan mula dilancarkan secara eksklusif di aplikasi Syok bersempena sambutan kemerdekaan dan Hari Malaysia. 6 episod pertama akan dilancarkan pada 31 Ogos 2025 manakala baki 6 lagi episod akan boleh mula didengari pada 16 September 2025. Muat turun aplikasi Syok sekarang secara percuma!


Istimewanya kali ini, seramai 12 personaliti Astro terdiri daripada barisan penyampai radio, pengacara dan pelakon popular telah menyumbangkan suara mereka sebagai narator bagi kesemua episod audiobook Didi &  Friends Storytime.'

Cerita Didi & Friends Story Time - Penyumbang Suara

1. Arnab & Kura-Kura - Hani Fadzil (Mix)
2. Monyet & Lada - Anas Tahir (Zayan)
3. Semut & Belalang - Aswad (Gegar)
4. Pengembala & Serigala - Sarah Karmila (Sinar)
5. Tiga Anak Ayam & Serigala - Nicky Alias (Era Sabah)
6. Si Tudung Merah - Shasha Nadira (Era)
7. Singa & Tikus - Azri Safik
8. Singa & Musang - Amira Rafik
9. Kancil & Buaya - Aiman Ameer
10. Anak Itik Yang Istimewa - Myra Afrina
11. Jack & Kacang Ajaib (Part 1) - Hawa Rizwana
12. Jack & Kacang Ajaib (Part 2) - Abg Paan

Strim semua episod musim baharu Didi & Friends: Story Time, setiap hari Jumaat, jam 3 petang di Astro Ceria, Astro Go dan sooka.

KUALA LUMPUR: Akibat mencetak rompak kandungan siaran Astro, lima buah restoran menanggung padah dan perlu membayar RM182,000 kepada Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd (MBNS) berikutan keputusan penghakiman dan penyelesaian yang merangkumi ganti rugi, kos guaman serta yuran langganan pakej TV-berbayar komersial.

Kes-kes yang difailkan oleh MBNS iaitu anak syarikat Astro Malaysia Holdings Berhad ini melibatkan penggunaan kotak TV untuk menstrim saluran Astro tanpa kebenaran serta penyalahgunaan pakej TV-berbayar kediaman bagi tujuan perniagaan sekali gus menjejaskan hak pelanggan sah yang melanggan pakej TV-berbayar komersial.

Daripada lima restoran terbabit, dua menerima jumlah penalti tertinggi. Aditri Sdn Bhd, pengusaha Restoran Pitha Ghar, diperintah membayar RM60,000 manakala QR Bistro, pengendali Restoran Nasi Kandar Qashief, dikenakan bayaran RM55,000. Kedua-duanya termasuk ganti rugi statutori serta kos guaman.

Dalam penghakiman bagi kedua kes tersebut, Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, Adlin binti Abdul Majid, mengesahkan berlaku pelanggaran hak cipta di bawah Seksyen 36 Akta Hakcipta 1987 dan mengeluarkan perintah injunksi kekal bagi menghalang sebarang penayangan tanpa kebenaran pada masa hadapan.

Bagi kes Restoran Pitha Ghar (Aditri Sdn Bhd), mahkamah mendapati premis itu menayangkan secara haram perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Manchester United menentang Everton pada 9 Mac 2024 melalui saluran Astro Supersport 3, termasuk segmen pra-perlawanan, separuh masa dan pasca perlawanan.

Sementara itu, Restoran Nasi Kandar Qashief (QR Bistro) pula dikesan menstrim secara haram perlawanan AFC U20 Women’s Asian Cup Uzbekistan 2024 pada 6 Mac 2024 menerusi saluran Astro Arena Bola 2, termasuk ulasan langsung.

Tiga lagi premis makanan iaitu, Restoran Seapark, Kedai Makanan Seafood Taman Ria serta sebuah kopitiam di Pulau Pinang, telah mencapai penyelesaian dengan MBNS dan bersetuju untuk membayar pampasan serta menukar langganan mereka kepada pakej TV-berbayar komersial Astro BIZOne. Keseluruhan penyelesaian daripada tiga premis tersebut berjumlah RM67,000.

Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong, berkata: “Kes-kes ini membuktikan bahawa cetak rompak tidak pernah berbaloi. Perniagaan yang cuba mengambil jalan pintas dengan menyalahgunakan pakej TV-berbayar kediaman atau menstrim kandungan Astro secara haram akhirnya terpaksa membayar jauh lebih tinggi berbanding harga langganan pakej TV-berbayar komersial yang sah. Selain melindungi kandungan, keutamaan Astro adalah memastikan para pemilik perniagaan yang mematuhi undang-undang terus mendapat nilai sebenar daripada pakej Astro BIZOne. Hakikatnya, cetak rompak hanya mengundang risiko undang-undang, kewangan serta menjejaskan reputasi.”

************************

Tentang Astro Malaysia Holdings Berhad

Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) ialah syarikat kandungan dan hiburan utama di Malaysia, berkhidmat untuk 5.2 juta rumah atau 64% isi rumah TV Malaysia, 8,900 perusahaan, 16.3 juta, pendengar mingguan di seluruh radio FM dan dalam talian, 13.5 juta pengguna unik digital bulanan di platform-platform digital kami. Astro menawarkan 3 perkhidmatan berbeza kepada rakyat Malaysia – Astro Pay-TV, NJOI Prabayar dan sooka, platform OTT untuk golongan milenium; dan Astro Fibre, perkhidmatan jalur lebar kami yang menawarkan nilai lebih tinggi dengan bundle kandungan dan jalur lebar kami. Sejuta rumah sudah pun menstrim hiburan terbaik melalui Hybrid 4K UHD Ultra Box dan HD Ulti Box kami yang boleh dipasang sendiri dan digunakan pada kedua-dua satelit dan jalur lebar. Pada hari ini, para pelanggan boleh strim kandungan signatures tempatan kami, Astro Originals, sukan secara langsung dan rancangan global terbaik daripada Netflix, Disney+ Hotstar, Max, iQIYI, TVBAnywhere+, beIN SPORTS CONNECT, BBC Player, Viu, ZEE5, WeTV, Qalbox by MuslimPro dan aplikasi rakan TV kami, Astro GO. Astro Radio, rumah kepada jenama radio yang dinilai tertinggi di negara ini merentasi semua bahasa utama serta jenama digital kami termasuk AWANI, SYOK, Gempak, XUAN dan Astro Ulagam, menyatukan rakyat Malaysia dengan kandungan dan pengisian yang penting.

SORAKAN DAN TANGISAN WARNAI MALAM EPISOD AKHIR HILANG DALAM RINDU

Thursday, 21 August 2025

SORAKAN DAN TANGISAN WARNAI MALAM EPISOD AKHIR HILANG DALAM RINDU | Belum Puas Dengan Eijaz & Aira, Peminat Desak Season 2 Segera!

Sorakan gemuruh peminat menghangatkan malam episod akhir Hilang Dalam Rindu, yang bertambah meriah dengan kehadiran lima bintang kesayangan penonton, Jazmy Juma (Eijaz), Tracie Sinidol (Aira), Zariff Ghazzi (Sarip), Qistina Rania (Hannah), Sera Melissa (Nurul), Nina Smith (Teha) dan Aizat Saha (Muhsin), seolah-olah menghidupkan semula watak mereka di hadapan mata penonton.

Malam episod akhir ini bukan sekadar penutup tirai drama, tetapi sebuah detik istimewa yang menyatukan penonton bersama barisan pelakon utama yang telah menemani mereka sepanjang lima minggu bersiaran. Setiap babak terakhir dihayati bersama, menjadikan malam ini penuh makna serta meninggalkan kenangan terindah yang akan terus segar dalam ingatan para penonton.

Dalam kemeriahan itu, penantian penonton akhirnya terbayar apabila kisah cinta Eijaz dan Aira tiba ke noktah yang penuh indah. Segala salah faham terlerai jua, menghadirkan Eijaz sebagai seorang suami matang yang teguh menjaga Aira serta kandungannya. Aira pula, setelah sekian lama menanggung luka, akhirnya menemukan kembali ketenangan dan rasa bahagia yang dinanti.



Rahsia lama akhirnya terbongkar apabila Nurul mendedahkan Hannah sebagai dalang. Cubaan Hannah menculik Nurul berjaya digagalkan oleh Eijaz sebelum dia ditahan polis. Rayuan Datuk Mukhriz supaya Nurul menarik balik laporan tidak berhasil. Perkara itu mengingatkan Aira pada kesombongannya dalam kes Tokwan, yang akhirnya mendorong Eijaz membuka semula kes tersebut.

Akhirnya, kebenaran berpihak kepada Aira dan Eijaz apabila Hannah dibicarakan dan telah  dijatuhkan hukuman penjara. Dalam detik genting itu, keberanian Aira menyelamatkan Nurul daripada Muhsin akhirnya memulihkan hubungan mereka berdua, sekaligus menguatkan lagi ikatan Eijaz dan Aira yang menanti kelahiran cahaya mata pertama mereka.


Dengan pengakhiran penuh emosi ini, Hilang Dalam Rindu bukan sahaja menutup kisah cinta Eijaz dan Aira, tetapi juga menjadi hadiah paling indah buat peminat yang setia mengikuti setiap episod. Malam episod akhir ini meninggalkan kenangan yang akan terus hidup di hati, membuatkan ramai masih terbuai dengan kisah cinta drama ini, sukar untuk move on, dan tidak lupa mengucapkan terima kasih atas perjalanan lima minggu yang penuh makna ini.

ANNA JOBLING TERCALON DI SEOUL INTERNATIONAL DRAMA AWARDS 2025! | Hai Cinta, Dengarkanlah! Menaikkan Nama Anna Jobling Di Pentas Antarabangsa

Malaysia sekali lagi berasa bangga apabila pelakon serba boleh, Anna Jobling, diumumkan tercalon sebagai Outstanding Asian Star – Malaysia di Seoul International Drama Awards (SDA) 2025, yang bakal berlangsung pada 2 Oktober 2025 di Yeouido KBS Hall, Seoul, Korea Selatan. Anna membawa nama Malaysia ke pentas antarabangsa menerusi lakonannya yang memukau dalam drama ‘Hai Cinta, Dengarkanlah’, siaran popular TV3 dalam slot Akasia.

Tentang Seoul International Drama Awards (SDA)

SDA merupakan salah satu anugerah drama antarabangsa paling berprestij yang menghimpunkan bakat-bakat dari seluruh Asia. Tahun ini, Anna bakal bersaing dengan bintang-bintang ternama dari Jepun, China, Thailand, Filipina dan negara Asia lain. Sistem pemilihan pemenang ditentukan melalui proses undian secara global yang dipilih berdasarkan undian peminat dari seluruh dunia melalui aplikasi IDOL CHAMP, menjadikan setiap pencalonan sangat kompetitif. Tahun lalu, pencalonan Malaysia turut membuahkan kejayaan apabila Siti Saleha merangkul kategori yang sama, menandakan prestasi Malaysia semakin diiktiraf di peringkat serantau.

Anna Jobling

Anna Jobling kini merupakan antara pelakon muda paling berpengaruh di Malaysia. Beliau pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Drama Festival Malaysia (DFM) dan tersenarai dalam pelbagai produksi drama popular TV3. Dengan pencalonan di SDA 2025, karier Anna melonjak ke peringkat serantau, sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai ikon bakat Malaysia di mata dunia.

Anna Jobling berkongsi "Saya benar-benar terkejut dan terharu dengan pencalonan ini. Ia merupakan satu penghormatan besar bukan sahaja untuk saya, tetapi juga untuk seluruh pasukan produksi 'Hai Cinta, Dengarkanlah'. Sokongan daripada keluarga, rakan-rakan sepasukan, dan para peminat sentiasa menjadi sumber inspirasi saya. Saya berharap dapat membawa pulang kemenangan ini untuk Malaysia!"

“Saya sangat berterima kasih dan teruja dengan pencalonan ini.  Ia bukan sahaja satu penghargaan untuk saya secara peribadi, tetapi juga satu kebanggaan buat Malaysia dan TV3 yang sentiasa menyokong karya seni tempatan. Saya akan lakukan yang terbaik untuk membawa nama Malaysia lebih tinggi di pentas antarabangsa,” tegas Anna.

Drama ‘Hai Cinta, Dengarkanlah’

Drama bersiri 28 episod ini menyajikan kisah penuh liku kehidupan dan percintaan yang tidak dijangka. Anna membawa watak Cahaya, seorang wanita yang dikejutkan dengan berita kematian suaminya, Firdaus (Nazrief Nazri), pada hari ulang tahun perkahwinan mereka. Ketika Cahaya sedang menghitung hari untuk menyambut kelahiran anak sulungnya, kebahagiaan yang diharapkan menjadi kenyataan musnah dalam sekelip mata. Lakonan penuh emosi dan mendalam Anna berjaya mencuri perhatian penonton, sekaligus membuka ruang buatnya di pentas antarabangsa.

Kempen Tonton : Koleksi Pujaan Hati & Drama Pukul 7 Eksklusif!
Menjelang SDA 2025, Tonton akan melancarkan kempen khas bertemakan “Koleksi Pujaan Hati”, menampilkan drama-drama terbaik TV3 lakonan Anna Jobling termasuk ‘Hai Cinta, Dengarkanlah’. Para peminat berpeluang menyaksikan semula lakonan memukau Anna Jobling sebelum malam kemuncak anugerah.

Sempena meraikan pencalonan berprestij ini, peminat juga boleh binge-watch ‘Hai Cinta, Dengarkanlah’ melalui koleksi khas “Koleksi Pujaan Hati”  selain dari drama lakonan Anna yang lalu seperti ‘Kuih Muah’, ‘Dua Antara, I Love You, Stupid’ dan lain-lain lagi di Tonton. Mulai 25 September 2025, langgan menggunakan kod diskaun eksklusif “ANNAJOBLING” untuk menikmati tawaran ‘early bird’ selama 3 bulan pada harga RM20.

Selain itu, Tonton turut memperkenalkan program ganjaran istimewa di mana pelanggan bertuah yang melanggan akan menerima salinan tandatangan eksklusif drama Pukul 7. Untuk menyertainya, peminat hanya perlu log masuk ke akaun Tonton, kemudian melanggan pelan selama tiga bulan (opsyenal menggunakan kod eksklusif ANNAJOBLING), seterusnya pergi ke https://rewards.tonton.com.my/tonton dan klik pada tawaran berkenaan untuk menebus hadiah. Setelah itu, peminat dikehendaki mengisi borang penyertaan dan hanya perlu menunggu untuk dihubungi sebelum hadiah eksklusif dihantar terus kepada mereka.

Anna bakal berentap sengit dengan bintang-bintang Asia lain, menjadikan anugerah ini platform luar biasa bagi mengangkat bakat-bakat dari rantau ini. Jangan lepaskan peluang menyokong Anna Jobling dan saksikan perjalanan gemilangnya di Seoul! Ikuti perkembangan terkini di saluran rasmi TV3 dan Tonton.

Jangan lepaskan peluang untuk sama-sama meraikan kejayaan anak Malaysia di pentas dunia! Ayuh, tunjukkan sokongan padu kita untuk Anna Jobling!

EPISOD AKHIR HILANG DALAM RINDU DIJANGKA CAPAI LEBIH 3.5 JUTA PENONTON!

Wednesday, 20 August 2025

FENOMENA BAHARU SLOT SAMARINDA | EPISOD AKHIR HILANG DALAM RINDU DIJANGKA CAPAI  LEBIH 3.5 JUTA PENONTON!

Fenomena baharu terus menggegarkan slot Samarinda apabila drama bersiri Hilang Dalam Rindu menghampiri detik kemuncaknya. Malam ini, Rabu, 20 Ogos 2024 jam 10.00 malam di TV3, penonton bakal menyaksikan penamat kisah cinta penuh konflik antara Eijaz dan Aira, sebuah perjalanan emosi yang sejak episod pertama telah mencuri perhatian serta menjadi bualan hangat di seluruh Malaysia. 


Episod akhir ini dijangka meletup dengan tontonan mencecah lebih 3.5 juta penonton yang setia menantikan kesudahan kisah mereka. Malam kemuncak ini bukan sekadar menutup tirai drama, sebaliknya menjadi detik bersejarah yang mendekatkan jutaan penonton dengan barisan pelakon utama yang telah menemani mereka sepanjang perjalanan kisah ini. 

Sepanjang lima minggu tayangan, Hilang Dalam Rindu berjaya mencetuskan fenomena luar biasa melalui jalan cerita penuh emosi yang merangkumi cinta, dendam dan pengorbanan, sekaligus meninggalkan kesan mendalam kepada penonton. Bukan sahaja trending saban minggu di media sosial, malah drama ini turut meraih pujian kerana setiap episodnya hadir dengan pengakhiran penuh kejutan yang membuatkan penonton terus setia menanti.


Menurut Jazmy Juma, “Perjalanan Eijaz dan Aira penuh dugaan, penuh air mata dan ketidakpercayaan antara satu sama lain atas apa yang mereka lalui, tapi di penghujungnya cinta mereka membuktikan bahawa pengorbanan tidak pernah sia sia. Percayalah Tuhan tetap tahu dan takdirkan yang terbaik untuk kita walaupun kita lalui liku liku hidup yang perih dan menyakitkan. Akhir sekali untuk keseluruhan naskah ini sebenarnya ingin mengetengahkan tentang ‘wang tak selamanya berjaya menutup setiap kesalahan yang telah dilakukan’. Sentiasa jujur kerana akan ada banyak lagi cara lain yang boleh menyelesaikan masalah. Saya harap penonton akan merasai dan terima setiap emosi itu bersama kami dalam episod akhir nanti.”


Penamat cinta Eijaz dan Aira akhirnya tiba ke garisan akhir, jangan ketinggalan untuk menonton episod akhir Hilang Dalam Rindu malam ini di TV3, atau strim secara eksklusif melalui Tonton di www.tonton.com.my serta aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.

Pengarah: Haruo Sotozaki
Penulis Skrip: Ufotable 
Pelakon: Natsuki Hanae, Akari Kitō, Yoshitsugu Matsuoka, Hiro Shimono, Takahiro Sakurai, Akira Ishida    
Syarikat Produksi: Ufotable   
Pengedar: Aniplex, Toho (Jepun), Crunchyroll through Sony Pictures Releasing (Worldwide) 
Genre: Drama 
Durasi Tayangan: 155 minit
Tarikh Tayangan: 18 Julai 2025  
Trailer:


Muzan Kibutsuji bersembunyi dan merawat dirinya di Infinity Castle, dunia di mana semua bangunan sentiasa bergerak dan berubah. Tanjiro Kamado bersama Hashira yang lain terperangkap di dalam Infinity Castle bersama dengan puaka yang banyak dan sedia untuk menyerang tanpa henti. Dalam misi mencari Muzan untuk mengakhiri riwayat dan kuasa jahatnya, semua Hashira terpaksa berpecah dan bertarung dengan Upper Rank yang berjaga di sana. Sementara Kagurai menjadi penyampai maklumat dan mengesan semua laluan di Infinity Castle.

Pertarungan Shinobu bersama Upper Rank Two Douma yang telah membunuh kakaknya, Kanae menjadi pertarungan pertama dalam filem Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba arahan Haruo Sotozaki. Semasa pertarungan tersebut, Ufotable masukkan backstory Douma sejak kecil dan ceritakan bagaimana dia berubah dari individu yang menjadi utusan Tuhan bertukar menjadi pengikut syaitan yang berbahaya kepada manusia. 


Kemudian beralih kepada pertarungan antara Zenitsu dan bekas seniornya, Kaigaku yang mempunyai pangkat keenam di dalam dunia Muzan. Kaigaku dan Zenitsu sama-sama menuntut ilmu Nafas Guruh dengan lelaki tua yang dianggap seperti datuk sendiri. Akibat sakit hati, Kaigaku berpaling tadah dan mengikut Muzan hingga guru mereka ambil keputusan untuk bunuh diri. 

Pertarungan yang ketiga di mana Tanjiro bergabung dengan Giyu menentang Akaza, Upper Rank Three. Sukar untuk mereka menumpaskan Akaza, bukan saja kerana dia lebih kuat malah dia mempunyai deria rasa yang sensitif dan boleh mengesan semangat juang Tanjiro dan Giyu. Setiap nafas yang diambil dengan mudahnya dipatahkan oleh Akaza. Sama seperti Douma dan Kaigaku, Akaza juga mempunyai backstory yang tersendiri sebelum berjumpa dengan Muzan. 


I’m not a fan of Demon Slayer sebab tak pernah baca pun manga dia tapi adik-adik paksa tengok sekali dekat wayang sebab katanya banyak action. Pergi tanpa tengok any promo material sudahnya baru tahu yang filem Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Movie: Infinity Castle baru Part 1 dan fokus pada watak Akaza. Boleh kata filem ni ada dua genre utama – first half adalah aksi dan second half pula terarah pada drama kehidupan Akaza yang bernasib malang. 

Walaupun pertama kali tengok tapi tak ada lah tak faham perjalanan cerita Demon Slayer Infinity Castle ni sebab penceritaan dia jelas walaupun bersilih ganti antara masa kini dan flashbacks. Cuma jadi keliru lah sebab tajuk anime adalah Demon Slayer tapi semua puaka dapat solid backstory as if kita perlubersimpati dengan semua demon ni. Dia macam heavy concept of K-pop Demon Hunters (2025). My favourite demon dalam filem ni ialah Douma sebab dia licik dan handsome. A good package to lure the victims. He kinda reminds me of Damon from Vampire Diaries. 


Untuk fight scene dalam filem Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Movie: Infinity Castle, pertarungan Shinobu dengan Douma dan pertarungan Zenitsu bersama Kaigaku mengangkat genre aksi dengan cemerlang. Setiap nafas dan teknik pertarungan yang digunakan dikukuhkan dengan animasi yang cantik juga meninggalkan impak pada separuh masa pertama filem. 

Malangnya pertarungan Tanjiro, Giyu dan Akaza terperangkap dalam drama yang dibawa oleh Tanjiro dan Akaza. Actually Akaza tak lah teruk sangat tapi Tanjiro spoils the mood bila dia preachy teruk sedangkan Giyu all out berlawan dengan Akaza. Ada masa yang I sakit hati sangat dengan Tanjiro sebab penulis sengaja drag dan stretch setengah jam untuk dia play dumb. Nasib baik ada conversation Tanjiro dengan Inosuke Hashibira sebab flashbacks tu jadi tension relief dan ilham untuk Tanjiro. 


Sembang pasal Inosuke, dia muncul sekejap sangat dalam filem Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Movie: Infinity Castle tapi kelakar. Kalau Part 2 nanti ada Inosuke, I might go watch it tapi bukan dekat panggung sebab dah tak sanggup nak dengar Tanjiro berceramah. 2 jam 35 minit adalah tempoh masa yang panjang dan satu jam terakhir buat I tertidur dalam hall sebab pace filem dah mula perlahan dan momentum jadi flat. 

Bila tengok dunia Infinity Castle tu, dalam kepala dah ada expectation yang semua Hashira tak akan mampu bunuh Muzan. Nak pula dalam setiap pertarungan semua puaka ada kuasa untuk sembuh semula sedangkan setiap tumbukan atau teknik yang digunakan terhadap Hashira akan mencederakan dengan teruk atau lebih mudah lagi membunuh macam Douma guna wap udara untuk meracun Shinobu. Jadi bila pengarah drag sampai satu jam, dia dah mula hilang minat nak tengok. Mungkin untuk peminat Akaza akan suka dengan pendedahan kisah silam dia but for me it’s a torture. 


Lagi satu hal bila pengarah treat movie Demon Slayer ni sebagai siri manga bila watak stating the obvious dalam beberapa babak. Tak payah lah cerita semua benda sebab konsep visual ni, penonton akan nampak fokus utama unless ada simbolik pada props yang dimasukkan. No wonder lah filem ni lama benar sebab template dia masih lagi stuck dengan manga. 

Salah satu kekuatan filem Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Movie: Infinity Castle adalah pada kreativiti Yuki Kajiura dan Go Shiina yang mewujudkan music album sarat dengan track theme yang menarik. Pertarungan rasa lagi mendebarkan dengan high beat yang catchy dimasukkan untuk mengukuhkan lagi mood pada babak tersebut. Shine in the Cruel Night – LiSA adalah lagu bersama lirik yang tepat untuk gambarkan betapa tingginya semangat semua Hashira untuk tamatkan kuasa Muzan. 



Kalau filem Demon Slayer tak draggy dan tambah lagi satu pertarungan antara Hashira dan Upper Rank mungkin I akan enjoy sepanjang dekat cinema hall tu. I might or might not watch the series tapi lebih kepada might watch sebab nak tengok Zenitsu dan Inosuke.  

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.5 = 7.4/10

Movie Review | Norma: Antara Mertua dan Menantu (2025)

Monday, 18 August 2025


Pengarah: Guntur Soeharjanto 
Penulis Skrip: Oka Aurora 
Pelakon: Tissa Biani, Wulan Guritno, Yusuf Mahardika, Rukman Rosadi, Nunung    
Syarikat Produksi: Dee Company, Legacy Pictures   
Pengedar: Netflix  
Genre: Drama
Durasi Tayangan: 134 minit
Tarikh Tayangan: 31 Mac 2025   
Trailer:


Norma Risma (Tissa Biani) merupakan seorang guru dan tinggal berdua bersama ibunya, Riena (Wulan Guritno). Bapanya bekerja di Jakarta sejak Norma kecil lagi dan hanya pulang sekali sekala menjenguk isteri dan anaknya. Jika Norma manja dengan Abdul (Rukman Rosadi), ibunya pula lebih suka berkurung dalam bilik jika tiada sebarang pesanan untuk mi ayam. Hubungan kedua orang tuanya dingin sejak Norma kecil lagi.

Riena mempunyai bakat memasak mi ayam dan menjadikan perniagaan tersebut sebagai pendapatan sampingan. Riena kadangkala menemani anaknya pergi mendengar tazkirah di masjid. Satu hari Norma berkenalan dengan Irfan Wardhana (Yusuf Mahardika) ketika mengambil barang untuk sagu hati kepada anak-anak yatim di situ. 


Tersentuh dengan kesungguhan Irfan yang serius dengan dia buatkan Norma tekad untuk minta restu dengan bapanya untuk berkahwin. Perkahwinan Norma dan Irfan tak direstui oleh Riena namun mereka berdua tak putus asa. Selain setuju untuk tinggal bersama di rumah Riena, mereka berdua juga membuka warung Mi Ayam Miriena untuk Riena berniaga sepenuh masa. 

Malangnya, tanpa pengetahuan Norma, Irfan dan Riena berselingkuh bermula di warung mi ayam lalu berhubungan di bilik tidurnya. 


Filem Norma: Antara Mertua dan Menantu arahan Guntur Soeharjanto diadaptasikan dari kisah benar tentang Norma Risma yang dicurangi oleh suami dan ibu kandungnya sendiri. Kisah malang ini pernah menggemparkan Indonesia pada tahun 2022 dan pihak produksi Dee Company ambil keputusan untuk paparkan kisah hitam dalam hidup Norma sebagai pengajaran untuk masyarakat. 

Masa tengok filem Norma: Antara Mertua dan Menantu, babak kecurangan tak lari jauh dengan babak dalam filem Ipar Adalah Maut (2024). Kalau Aris bergoyah nafsu dia bila nampak Rani pakai seksi masa berada di rumah, Irfan juga tergoda dengan kecantikan Riena dan bau wangi dari losyen yang dipakai. Norma risaukan Irfan curang di pejabat walhal musuh utama dia ada di depan mata. 


Pace penceritaan bergerak laju pada first half kemudian berubah perlahan pada second half untuk bagi watak Norma menguatkan elemen dramatik dikhianati oleh dua insan penting dalam hidup dia. Lakonan Tissa terlihat bagus dalam ruang yang diberikan tapi kelemahan terletak pada skrip yang tak dikembangkan dengan baik. 

Matlamat produser mestilah untuk portray watak Norma sebagai watak protagonis yang lemah dan terluka tapi matlamat tu tak berjaya sepenuhnya sebab babak Norma tuduh Irfan curang dengan Etni (Naura Hakim) padahal suami dia pulang dalam keadaan yang penat dan lencun sebab hujan. I mean, siapa yang tak panas kalau kena attack lepas balik kerja. Kemudian Riena yang tolong carikan ubat untuk Irfan dan give comfort. 


Since Irfan ada mommy issues, tak hairan lah kalau dengan mudah dia terharu dengan gesture Riena. Berbeza sangat layanan Riena terhadap Irfan nak dibandingkan layanan ibu dan isteri sendiri. The fact yang Norma gigih mencari salah Irfan dengan bukti yang dangkal, makin bertambah lemah watak Norma dalam filem ni. Bila dia meroyan dekat second half, rasa tak kesian sangat sebab pengarah dah tersalah langkah dekat awal. 

Sama juga bila watak Abdul rebah dalam hujan nampak draggy sangat sebab dia punca isteri dan anaknya terabai. Kalau ada dialog yang jelaskan situasi dan keterdesakan dia untuk berjauhan mungkin boleh faham lah tapi dialog dalam filem ni sangat minimal sebab produser angap semua orang dah tahu kisah viral ni. 


Masa babak Riena bagitahu dia benci dengan hidup, Abdul lebih kisah dengan penganiayaan terhadap Norma daripada faham penderitaan Riena. Lebih malang bila dia shift the blame dekat Riena seorang padahal dia pun ada salah juga bila gagal jadi provider and protector. Tanggungjawab sebagai suami dan bapa dah culas lepastu salahkan isteri sebab tak peduli pasal anak. Norma pula pandang enteng mental health ibu dia padahal jelas yang Riena tertekan dan murung sejak berpantang. Persoalannya, kenapa masukkan penjelasan Riena kalau dua watak ni tak pandai nak handle? 

Bila tahu kisah sebenar makin bertambah facepalm sebab Irfan dengan Riena sebenarnya dah ada hubungan sebelum Norma putuskan untuk kahwin dengan Irfan. Norma percaya Irfan akan berubah lepas berkahwin tapi sebaliknya yang berlaku bila Irfan dan Riena ‘balas dendam’ dekat Norma. Kalau dalam filem, Riena yang tak restu perkahwinan Irfan dan Norma walhal realitinya, Abdul yang tak setuju Norma kahwin dengan Irfan lepas kantoi Riena curang dengan Irfan. It’s a mess. 


Jadi lagi tak kasihan lah sebab Norma sendiri yang nak masuk mulut buaya lepastu jual kisah ni dari side dia untuk dapat duit. Produksi pula masukkan adegan-adegan daring untuk tarik tontonan tinggi padahal tak perlu pun. 

Patutnya penulis masukkan beberapa babak Irfan dan Riena yang mengundang perhatian orang kampung macam Irfan terlebih mesra masa teman Riena meniaga ataupun beli barang dekat pasar. Build up that fishy scenes atau mak joyah scene bukan dengan masukkan babak Budhe Fitri (Nunung) panjat tangga intai bilik Irfan. 


Bila pengarah ignore peranan orang kampung lepastu tiba-tiba masukkan babak orang kampung sergah Irfan dengan Riena tu macam tiba-tiba sangat. Apa yang buatkan orang kampung fikir Irfan dengan Riena bersekedudukan? Lepastu masing-masing sibuk nak rakam hal rumahtangga orang sampai tak ada yang nak empati pada watak utama sekaligus sampaikan mesej yang buruk tentang masyarakat beragama Islam. 

Personally for me, naskhah Norma: Antara Mertua dan Menantu gagal sebagai medium untuk menyampaikan mesej sosial. Dekat hujung tu kalau watak Norma ambil peduli dengan mental health mungkin my rating would be higher tapi bila dia masih persoalkan kenapa Riena bencikan dia, I rasa penulis boleh cari modal lain lah untuk buat skrip filem. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0.2 = 4.8/10