Sekitar Majlis Program Ramadhan Astro 2023

Wednesday 17 May 2023

Tahun lepas tak dapat nak join Program Ramadhan Astro sebab sibuk dengan kerja padahal ada Zul Arifin, Fasha Sandha dan ramai lagi selebriti lain. Tahun ni alhamdulillah ada rezeki untuk join event Program Ramadhan Astro yang bertempat di Pullman Hotel. 

Kalau ikutkan dalam senarai nama selebriti yang hadir, ada Shukri Yahya, Hannah Delisha, Nadiya Nissa, Dayang Areeda, Qasrina Karim, Nadhir Nasar, Uyaina Arshad, Puteri Sarah Liana, Dato' Jalaluddin Hassan, Dato' Ramli MS, Vanessa Reynauld, Nazim Othman, Aidit Noh, Zizan Razak, Hawa Rizwana, Yasmin Hani dan Tomok. 

Memandangkan ada nama Nadhir Nasar, I ajak Najwa join sekali event ni sebab dia minat gilaaaaaa dengan Nadhir. Before this I dah bagi can jumpa Nadhir masa press conference Project High Council tapi dia segan nak jumpa Nadhir. 

 

Masa ni serious silap pilih meja, konon-konon tak nak lah terpaling depan tapi lupa pulak ada Zizan dekat event ni. Kalau duduk depan, tak lah gelap sangat video bila rakam. Duit untuk beli handphone dah dikorbankan untuk beli tiket Hello Tour TREASURE, so hidup lah dengan kualiti video dan gambar yang ala kadar je sampai hujung tahun nanti hshs

I gerak lambat sikit lepas Zohor since ambil half day untuk pergi event ni tapi takpe sebab Najwa dah sampai awal. Semangat berkobar nak jumpa Nadhir. Mission for that day ialah bergambar dengan Nadhir tapi I risau jugak kalau tak mampu tunaikan hajat dia yang menggunung tu. Well, anything can happen kan. Macam I dengan Zizan, dah ada dalam satu event yang sama, jarak sejengkal pun belum tentu dapat menyembang dan bergambar. 


Event start dalam jam 4 lebih macam tu, hos event adalah Anas dan Muna Bella. Banyak program yang disajikan untuk penonton baik drama, program masakan, game show, travelog ataupun go shop. Lepas drama popular Project High Council, Astro Ria muncul pula dengan drama genre komedi, Imam Instant Ustazah Scammer jadi Qasrina Karim dan Yasmin Hani dijemput naik ke atas pentas untuk promote drama tersebut. 


Sakit perut gelak tengok Tok Ram, Dato' Jalaluddin Hassan, Jat dengan Roy Azman promote Travelawak : Projek Bapak Bapak. Tak sangka betul Dato Jalaluddin Hassan seorang yang kelakar, berjumpa pulak dengan Roy Azman yang mulut bertih tu. Tok Ram pun kelakar jugak orangnya, masa jadi juri je garang menyinga. Jat lah yang banyak senyum dari bercakap. 


Nadiya Nisaa, Aiman Wynne, Amar Bahrin pula naik untuk promote drama Salam Famili yang akan bersiaran di Astro Ceria. Kelakar tengok Aiman Wynne sebab dia tak faham sangat cakap Melayu. Excited tengok Nadiya sebab first time tengok dia in real life. 


Zizan Razak pula naik untuk promote program masakan Sayang Ajar Saya Masak tapi berseorangan saja sebab Hana Rizwana tak dapat hadir. Zizan sembang sorang pun tak ada hal, bersepah punchline dia bagi. Sebelum Zizan turun dia bagi ucapan tahniah dan terima kasih kepada Astro sebab sentiasa berkongsi rezeki dengan dia. Dari debut sampai lah sekarang, tak pernah putus job yang dia dapat dari Astro. 


Kemudian bersambung pula dengan barisan pelakon wanita cantik, Uqasha Senrose dengan Hannah Delisha. I tak ingat siapa yang pakai baju kurung warna hijau tu. Hannah sepatutnya promote drama Andai Itu Takdirnya dengan Shukri Yahya tapi tak dapat datang jadi dia join Uqasha Senrose yang promote drama Isteri Halal. Sebelum ni tak dapat jumpa Uqasha dekat event drama apa entah tapi kali ni dapat tengok depan mata. Cantik, macam dekat IG dengan TV. 


Lepas habis promosi semua rancangan untuk bulan Ramadhan nanti, Nadhir Nasar dengan Qasrina Karim naik atas pentas sebagai duta Astro dengan tagline 'Bukalah Hati'. Masa I sampai tu Najwa dah berdoa supaya Nadhir datang sebab kawan-kawan dia mengusik dia takkan jumpa Nadhir punya. Meja kitorang walaupun jauh dari meja duta Astro tapi bertentangan jadi boleh lah ambil gambar curi macam ni. 

\
Reaction Najwa:


Untuk santapan di majlis Program Ramadhan Astro 2023 tu pihak Pullman Hotel sediakan nasi beriani, kambing bakar, dalca, sayur campur, kupang, fillet ikan masak lemon dan aneka pencuci mulut. Najwa tak makan beria pun sebab dah kenyang tengok Nadhir Nasar. 








Memandangkan I datang memang untuk makan jadi semua menu kita balun. Masa ambil lauk, Uqasha Senrose berdiri depan I tapi tak berani nak tegur sebab muka dia fokus sangat pilih lauk. Maybe next time hshs

Lepas dah habis makan, majlis bersambung dengan press conference tapi sebab I tak ada space untuk join, maka I ajak Najwa untuk laksanakan misi utama. Masa tu Nadhir, Qasrina dengan Zizan tengah rancak menyembang tapi sebab Zizan perasan kitorang datang, dia tanya kenapa. 


Nampak je macam biasa Nadhir ni tapi sebenarnya tinggi, nak bercakap pun kena mendongak sikit. Dah habis bergambar dengan Nadhir memang kitorang blah je tak terfikir langsung nak bergambar dengan Qas atau Zizan padahal dah ada sekali. Sebab otak dah set misi utama nak bergambar dengan Nadhir je so bila dah dapat tu dah habis bahagia dah. Najwa pulak dah bahagia teruk, I pun lupa lah nak buat apa dah. 


Dah duduk dekat meja, pusing belakang nampak Mechamato masuk dewan. Sorry Uyaina, muka dia kusut masuk sekali dalam gambar. Lama jugak lah Uyaina on call so semua gambar pun cenggini. Mechamato masuk je memang riuh la dewan tu sebab semua budak-budak nak bergambar dengan dia. Masa tu ternampak Nadia Nissa dekat pintu dewan, tegur dia nak bergambar pastu menyembang sikit pasal drama LIAR. 

Dia menyembang tapi mata dekat Mechamato sebab anak dia tengah sakan posing dengan Mechamato jadi fokus dia lari. Mana gambar dengan Nadia Nissa? Tak ada, sebab I lupa ambik dengan Najwa. 



Memandangkan dekat luar tengah kosong, kitorang bergambar dekat backdrop event sebagai kenangan dah jejak kaki ke situ. Dah habis bergambar tiba-tiba terjumpa Muna Bella pulak. I tanya dia pergi konsert Blackpink tak tapi dia tak pergi sebab Muna bukan Blink tapi Carat. Dia tengok Mingyu dekat Golden Disk Award di Thailand. I syak video TikTok dekat akaun Astro Gempak pasal Projek Bapak Bapak terjumpa Seventeen dekat Jepun tu Muna yang upload sebab dia Carat hahaha


Lepas up gambar dekat Twitter, baru dapat tahu yang Muna junior I dekat UiTM Segamat sebab kawan bagitahu. Lepastu Muna pun pergi konsert TREASURE bulan Mac tu sebab I nampak video dia buat liputan dalam hujan dekat luar stadium. 


Ramai juga selebriti yang tak datang untuk Program Ramadan Astro ni macam Puteri Sarah Liana, I guess nak mengelak dari jawab soalan panas. Nevertheless I had fun at this event. Sebelum balik tu PR dah tanya nak interview Nadhir tak tapi I datang untuk makan dan bergambar je so I tak prepare anything pun. Lagipun masa kitorang nak balik tu Nadhir tak habis lagi interview dengan media lain. Mulut dia pun dah penat agaknya nak menjawab soalan. Maybe next time lah kot. 

Entah berapa kali next time dah dok menyebut. Bak kata editor Remaja tu, you tak berebut nak interview, macam mana pageview nak naik? Hehe I datang meriahkan majlis je, bab pageview tu kalau naik tu naik lah sebab part-time je. Main niche pun review bukannya interview. Bukan nak tolak rezeki tapi penatlah nak kalut semua benda. 

Terima kasih kepada Astro yang sudi jemput ke majlis ni dengan goodies yang cantik. 

2 comments

  1. kenapa mama tgk gambar sayur tu nampak sedap sgt

    ReplyDelete
  2. Sha tergoda tengok pinggan Farhana.. Handsome Nadhir..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.