PENERBIT FILEM JUANG SUMBANG RM 20,000 KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAMAH ADIBAH NOOR

Wednesday 12 October 2022

● Filem Juang Merupakan Filem Pertama di Malaysia Melancarkan NFT Amal

● Para Penerbit Filem JUANG seperti WebTVAsia, Filmforce Studio dan Asia Tropical

● Films (ATF) turut sumbangkan RM20,000 kepada badan kebajikan bukan kerajaan (NGO) Thrive Well dan The Hope Branch

JUANG, bukan sahaja mengisahkan tentang pengorbanan para pejuang barisan hadapan dan semangat dalam memerangi COVID-19, JUANG juga merupakan Filem Amal NFT Pertama di Malaysia yang menyalurkan semua hasilnya kepada beberapa buah badan kebajikan.

Semasa Tayangan Perdana Gala JUANG pada bulan Ogos, dengan tujuh (7) edisi terhad reka bentuk JUANG Non-Fungible Token (NFT) untuk dibida, WebTVAsia telah berjaya menerima jumlah bidaan sebanyak RM40,000. Tambahan pula, JUANG NFT milik pelakon lagenda Allahyarhamah Adibah Noor yang turut melakonkan watak dalam filem itu berjaya dibida dengan RM20,000. Jumlah bidaan RM20,000 itu disalurkan kepada keluarga Adibah Noor, dan diterima oleh kakaknya, Noor Abidah Mohd Omar semasa Majlis Apresiasi Filem JUANG yang berlaku baru-baru ini bertempat di ibu pejabat WebTVAsia.

Ketua Pegawai Eksekutif Thrive Well, Ellisha Othman menerima cek RM10,000 daripada WebTVAsia selaku penerbit Filem JUANG. Beliau menzahirkan rasa terima kasih kepada WebTVAsia dan JUANG atas sumbangan dan sokongan yang telah diberikan. “Kami telah melihat peningkatan Pekerja Penjagaan Kesihatan yang mengakses perkhidmatan kami di Thrive Well sejak akhir 2021, terjejas oleh trauma wabak pada kesihatan mental dan kesihatan fizikal mereka seperti konflik keluarga dan perkahwinan, konflik di tempat kerja, keletihan dan sebagainya. Namun, masih terdapat jurang yang besar.” – kata Ellisha Othman.

Beliau menggesa pihak berkuasa untuk meningkatkan pelaburan dalam kesihatan mental dan perkhidmatan sokongan psikososial di negara ini dan mendorong orang ramai untuk terus mendukung satu sama lain dalam mewujudkan persekitaran yang sihat.

Manakala, The Hope Branch menerima RM10,000 daripada WebTVAsia. The Hope Branch ialah inisiatif yang ditubuhkan sejurus selepas Pandemik COVID-19, untuk mengumpul dana dengan cepat dan berkesan serta memberikan untuk mereka yang terjejas. Sehingga hari ini, The Hope Branch terus memberikan penjagaan dan sokongan kepada golongan yang terjejas di negara ini.

“Kami amat berterima kasih untuk bekerjasama dengan WebTVAsia untuk bidaan JUANG NFT. Sumbangan itu adalah asas kepada aktiviti kami untuk menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) Tiada Kemiskinan, Sifar Kelaparan, Kesihatan yang baik dan Kesejahteraan.” – kata Harith Iskander yang merupakan Pengasas The Hope Branch.

Fred Chong, selaku Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif WebTVAsia juga penerbit bersama Juang, "Kami berharap dapat meningkatkan sektor kreatif Malaysia melalui inisiatif digital NFT sebagai pemangkin kepada peluang komersial dan penjenamaan baharu kepada pekerja industri di masa akan datang.”

Menggunakan teknologi dalam industri kreatif, lebih banyak peluang untuk diterokai termasuk sumbangan dan komitmen kepada masyarakat yang memerlukan bantuan. Mengambil Apresiasi JUANG NFT ini sebagai projek perintis pertama, WebTVAsia percaya dan yakin lebih banyak kerjasama dapat diwujudkan dan memberi impak yang lebih besar dan positif, bukan sahaja kepada industri kreatif, tetapi juga untuk menyediakan penjagaan dan bantuan untuk menyokong bagi pencapaian matlamat SDG di Malaysia.

Sebanyak 450 koleksi reka bentuk NFT eksklusif yang menampilkan pelakon utama JUANG termasuk Zizan Razak, Zul Ariffin, Janna Nick, Jack Lim, Sangeeta Krishnasamy, Haoren dan banyak lagi dijual kepada orang ramai di https://opensea.io/WebTVASIA. 

Semua hasil akan didermakan kepada pertubuhan amal ‘Thrive Well’ dan ‘The Hope Branch’. Jangan lupa untuk terus menunjukkan sokongan dan penghargaan anda kepada petugas barisan hadapan dan menyokong pembangunan komuniti yang sihat.

4 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.