PENGARAH FILEM LOKAL DENGAN KUTIPAN TERTINGGI TAHUN 2020 KEMBALI DENGAN FILEM AKSI, 35MM

Friday 17 June 2022

PENGARAH FILEM LOKAL DENGAN KUTIPAN TERTINGGI TAHUN 2020 KEMBALI DENGAN FILEM AKSI, 35MM | Syahmi Sazli, Yoe Parey, Asif Suhaimi Bawa Penonton Menggembara Melalui ‘Time Travel’

Pengarah muda berbakat besar yang telah menggegarkan industri filem tempatan pada tahun 2020 dengan hasil karyanya, Mael Totey The Movie iaitu Syahmi Sazli kembali mempertaruhkan filem keduanya iaitu 35mm. Menariknya, filem 35mm bukan sahaja mempertaruhkan jalan cerita yang berkonsepkan pengembaraan masa atau ‘time travel’, malah turut padat dengan aksi mendebarkan dan hasil produksi berkualiti tinggi dengan penggunaan teknik CGI. Ini sekali gus menyaksikan kemampuan Syahmi Sazli sebagai pengarah kreatif dalam menghasilkan filem.

Terdahulu Syahmi Sazli bermula dengan menghasilkan digital content di Youtube sehingga berjaya mencuri tumpuan penonton sehingga tular. Dorongan daripada sokongan peminat yang sering menantikan content terbarunya, Syahmi Sazli mengambil langkah berani dengan mengarahkan filem Mael Totey The Movie dan mendapat sambutan hangat sehingga berjaya meraih kutipan paling tinggi di Malaysia bagi filem tempatan pada tahun 2020 dan sekali gus mendominasi platform Astro First menjadi filem pertama mengutip lebih RM7 juta. Bukan itu sahaja, malah kejayaan tersebut turut menerima pujian dari ramai pihak, antaranya para pengkarya seni tempatan serta diperkatakan di dalam dewan rakyat.

Idea asal 35mm adalah daripada Syahmi Sazli sendiri dan menerusi filem berdurasi 1 jam 47 minit ini, beliau cuba membawa penonton mengimbau evolusi dan budaya masyarakat tempatan dari zaman Dinasti Cina, kemudian memasuki zaman jajahan Jepun dan British, era kegemilangan sukan badminton pada tahun 90an, imbau kenangan aktiviti zaman kanak-kanak sebelum hadirnya pelbagai teknologi. Ia juga bagi membuatkan ceritanya lebih mudah untuk diikuti dan difahami.

Manakala teraju utama yang menggerakkan watak-watak adalah Syahmi Sazli, Yoe Parey dan Asif Suhaimi. Meskipun sarat dengan babak aksi namun watak mereka pasti tidak akan menghampakan penonton dengan selingan adegan-adegan komedi yang mencuit hati. Malah nilai persahabatan di antara mereka turut diterapkan. Selain mereka antara yang membintangi filem 35mm adalah Kenji Sawahii, Puteri Kapitan Hung, Hushairy Hussein , Melanie Tan, Ainul Yakin, Mohammad (Abe Mat), Xing Hu, MN Badri, Wea Selamos, Mamu Abu dan ramai lagi.

Menurut Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Pihak kami amat teruja apabila diberi kepercayaan sekali lagi untuk memasarkan filem arahan Syahmi Sazli di platfrom Astro First. Melihat hasil akhir filem 35mm, kami yakin ia mampu memperlihatkan transisi berbeza Syahmi Sazli dalam pengarahan dan sudut penceritaan, yang mana ia bukan menghidangkan sekadar jalan cerita santai tetapi turut mengajak penonton menghayati pengorbanan generasi lalu, di samping menikmati babak aksi dan CGI yang memukau. Kami berharap karya 35mm kehadiran mampu mengulangi kejayaan filem Mael Totey The Movie serta dapat meneruskan lebih banyak kerjasama bersama Syahmi Sazli di masa akan datang.”

Pengarah, Cerita Asal & Pelakon 35mm, Syahmi Sazli melahirkan rasa gembira akhirnya filem terbaru arahannya bersama Senibayan akan temui penonton tidak lama lagi. “Rentetan daripada sambutan positif dan komen membina daripada terhadap filem Mael Totey The Movie, ia menyuntik semangat untuk menyahut cabaran terus berkarya menghasilkan filem. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Penerbit Nine Flix Production kerana meletakkan keyakinan terhadap idea ini, dan terima kasih juga kepada pihak Astro kerana membuka ruang platform untuk mempersembahkan filem 35mm. Sementara itu bercakap mengenai cabaran dalam pengarahan, kali ini memperlihatkan penggunaan teknik CGI, dan ini bukan ‘forte’ utama saya. Jadi banyak yang saya pelajari dan harap hasilnya boleh diterima ramai. Manakala, antara cabaran lain adalah membimbing Yoe dan Asif untuk menjiwai watak dan berlakon dalam situasi yang lebih serius. Seperti umum tahu, sebelum ini skrip lakonan kami lebih bersahaja tetapi berbeza menerusi 35mm. Saya mengharapkan 35mm dapat mengubati rindu peminat terhadap content daripada kami serta filem ini dapat menghiburkan ramai penonton.”

35mm mengisahkan tentang tiga sahabat, Syahmi, Asif, Yoe yang terperangkap dalam penggambaran ke beberapa zaman berlainan selepas membeli sebuah kamera antik. Antara zaman yang dilewati adalah pada tahun Dinasti Cina, zaman jajahan Jepun, pemerintahan British. Setiap era yang dilewati pasti mempunyai cabaran yang perlu mereka hadapi bagi meloloskan diri. Apabila mereka berada di tahun 1997, Yoe merasa hiba kerana buat pertama kali berjumpa ibu bapanya. Namun mereka perlu kembali di tahun 2020 walau apa cara sekalipun. 35mm diarahkan oleh Syahmi Sazli bersama Senibayan, manakala terbitan dan produksi oleh Nine Flix Production. Sesi penggambaran telah dijalankan di Pulau Pinang.

Jangan lepaskan peluang untuk melanggan 35mm Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 21 Jun 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.


Tajuk : 35mm

Genre : Adventure Comedy Fantasy

Pengarah : Syahmi Sazli  & Senibayan 

Produksi : Nine Flix Production Sdn.Bhd

Bahasa : Melayu

Durasi Filem : 1 jam 47

Jumlah Hari Penggambaran : 21 hari

Lokasi Penggambaran: Pulau Pinang

Tarikh Tayangan di Astro First: 21/6/2022

BARISAN PELAKON 

Syahmi Sazli sbg Syahmi

Asif Suhaimi sbg Asif

Yoe Parey  sbg  Yoe

Kenji Sawahii sbg Kapitan Hung

Puteri Kapitan Hung sbg Katherin Teng                  

Melanie Tan sbg Pengiring Puteri Kapitan Hung

Ainul    Yakin sbg Pengiring Puteri  Kapitan Hung

Mohammad (Abe Mat)  sbg Mahaguru Cina 

Xing hu sbg Isteri Mahaguru Cina                                                

MN Badri sbg Mejar Fujikura

Wea Selamos sbg Buang (Talibarut Jepun)

Mamu Abu sbg Mat (Talibarut Jepun)

Cg.Yaakob Abd. Aziz sbg Sir Mac Mouse

Dr.Andika Aziz sbg Sir J. Cowly

Hushairy Hussein sbg Bahadur

Mukhtar (Pok Tar ) sbg Pok Tar

Nawi Mohd sbg Talibarut British

Abrar sbg Talibarut British

Epul  sbg Talibarut British


TUNGGAK UTAMA
Dipersembahkan oleh : Nine Flix Production Sdn.Bhd.
Penerbit Eksekutif : Nine Flix Production Sdn.Bhd.
Penerbit : Nine Flix Production Sdn.Bhd.
Penerbit Penyelaras : Nine Flix Production Sdn.Bhd., Syahmi Sazli Production Sdn.Bhd & Totem Craft Studio Sdn.Bhd.
Pengarah : Syahmi Sazli  & Senibayan
Skrip : Senibayan
Cerita Asal: Syahmi Sazli
Lakon Layar: Syahmi Sazli & Senibayan
Pengurus Produksi : Mohd Asauri Bin Zainal Abidin  
Pengarah Fotografi : Ungku Muhammad Hazim Bin Ungku Mohd Nor
Penyunting : Totem Craft Studio Sdn.Bhd
Pengarah Lagak Ngeri : Indra Putra jamin
Kesan Visual : Totem Craft Studio Sdn.Bhd
Muzik Skor : Baha Azhar
Penata Bunyi : Baha Azhar
Pereka Busana : Siti Farah Binti Mohamed Yusoff
Penata Tatarias : Aira Natalia
Jurugambar : Muhammad Hafizudin Mazlan


LAGU TEMA
“Munajat Suci”
Lirik/Lyric :Datuk  Zaidi Mohd. Said
Lagu/Composer:Didi Syahputra & Datuk Zaidi Mohd.Said
Penyanyi / Singer: Fajar Feat Didibiola
Hakcipta /Copyright : Datuk Zaidi Bin Mohd Said 

“ Mekar Di Jiwa”
Lirik /Lyric :   X-Ray
Lagu/Composer :  X-Ray
Penyanyi (cover) / Singer (cover) : Emie Sukmasari
Penyanyi Asal / Original Singer : X-Ray
Album : Sungguh Tak Ku Sangka (1997)
Record Label : Rock Records (M) Sdn.Bhd

“ Geweku Ore Kelate”
Lirik/Lyric : Emie Sukmasari / Sai Kamal
Lagu/Composer: Emie Sukmasari
Penyanyi / Singer:  Emie Sukmasari Feat Sai Kamal
Produksi / Production : Syahmi Sazli Production Sdn.Bhd


SINOPSIS
35mm mengisahkan tentang tiga sahabat, Syahmi, Asif, Yoe yang terperangkap dalam penggambaran ke beberapa zaman berlainan selepas membeli sebuah kamera antik. Antara zaman yang dilewati adalah pada tahun Dinasti Cina, zaman jajahan Jepun, pemerintahan British. Setiap era yang dilewati pasti mempunyai cabaran yang perlu mereka hadapi bagi meloloskan diri. Apabila mereka berada di tahun 1997, Yoe merasa hiba kerana buat pertama kali berjumpa ibu bapanya. Namun mereka perlu kembali di tahun 2020 walau apa cara sekalipun. 

3 comments

  1. Filem pengembaraan ke zaman lampau.. Memang best la layan dengan keluarga nie..

    ReplyDelete
  2. mereka ni pada aida = comel :)
    aida folo utube syahmi. comel la kelaku dia, fana.
    simple. kelakar. marhaen sgt contentnya. i like.
    moga kali ni syahmi sukses juga.
    kalau masuk panggung, mesti seiring kutipannya dgn Mat Kilau.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.