ZAROL ZARIF COMEBACK DENGAN SINGLE “KAN KAN”

Friday 26 November 2021

Zarol Zarif, 29, atau nama sebenarnya, Mohamad Afzarul Dzarif Mohd Mazle pernah menyertai program realiti Astro, Akademi Fantasia 2016 (AF2016). Walaupun tidak menemui rezeki dalam program tersebut selepas tersingkir dalam minggu ketujuh, Zarol bagaimanapun terus mencuri tumpuan orang ramai apabila beliau mencetuskan saluran YouTube popular, Cikidot Channel – dianggotai dirinya bersama dua sepupu lain iaitu Amri Aziz dan Ecah Daud.

Zarol kembali melakar nama dalam dunia nyanyian menerusi single terbaru beliau yang berjudul “Kan Kan”. Meski menemui permulaannya dalam arena hiburan sebagai penyanyi, namun nama anak kelahiran Johor Bahru ini hanya mula dikenali ramai menerusi kumpulan YouTuber, Cikidot Channel.

Teruja dengan kemunculan kembalinya sebagai penyanyi, kongsi Zarol, “Harapan saya untuk single ini adalahsupaya ia boleh diterima orang ramai, baik daripada mereka yang muda sehingga tua. Saya berharap sesiapa sahaja yang mendengarkan lagu “Kan Kan” berasa gembira. Semoga lagu ini akan membuatkan orang ramai lebih mengenali saya sebagai penyanyi. 

Tidak dinafikan, sebelum ini ramai yang kenal saya sebagai YouTuber. Tapi tak ramai yang tahu saya sebenarnya memulakan tapak dalam industri ini sebagai seorang penyanyi. Saya juga berbangga kerana kali ini saya dapat bekerjasama dengan sebuah pihak pengurusan dan rakaman artis yang begitu proaktif dan percaya pada kebolehan saya.”

“Pihak Ace Talents merasakan bahawa bakat nyanyian yang ada pada Zarol harus diteruskan. Sudah lama menyepi, kini Zarol menampilkan single bergenre pop dan berbeza dengan single terdahulu. Selepas perbincangan, kami mengambil keputusan untuk menunaikan hasrat beliau dalam membawa satu kelainan sehingga terhasilnya “Kan Kan”. Lagu berjudul “Kan Kan” ini lebih santai dan ‘easy-listening’ kerana ‘comeback’ Zarol pada kali ini ingin menarik perhatian peminat-peminatnya yang kebanyakan mereka aktif di TikTok. Diharapkan agar single ini menjadi satu ‘benchmark’ buat Zarol yang pernah mendiam seketika dalam bidang nyanyian.” - Azuein Alonto, Pengarah Urusan Ace Talents

Sejak bergelar YouTuber secara serius, Zarol bersama dua anggota Cikidot lain berjaya merangkul lebih 1 juta subscriber di platform tersebut dengan jumlah tontonan mencecah lebih 200 juta. Selain itu, Zarol juga berjaya membina pengaruh individunya yang tersendiri menerusi jumlah pengikut besar iaitu kira-kira 425,000 di Instagram dan 373,700 di TikTok (dengan catatan lebih 3.3 juta tanda suka).

Single Kan Kan comeback Zarol Zarif kini boleh didengarkan di Youtube Cikidot dan di semua pelantar digital muzik seperti Spotify, JOOX, Apple Music dan lain-lainp ada 26 November . Ikuti laman sosial Ace Talents (Instagram,TikTok,Facebook) untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkembangan artis-artis di bawah pengurusan Ace Talents.



Lirik Lagu Kan Kan

Penyanyi : Zarol Zarif

Lirik : Cat Farish, Zarol Zarif & Amri Aziz

Lagu : Cat Farish & Suffren Ghafar

Muzik Label : Ace Talents


Verse 1

Berikan ku tanda

Rasa yang sama

ada kau aku serba tak kena ( Kan )

malam tadi tidur rasa tak lena

Kan semalam kita bersua muka. (Kan)


Pre chorus

Apa khabar mu disana

rasa nak hello tapi ku tiada nombor (kan)

Mungkin kau sama dengan ku juga

cinta pandang pertama

terlanjur ku jatuh cinta

Kan kan


Chorus

Balas senyuman utk kau tahu

Mata ke mata menusuk hati ku

Hati ku tahu kau yang ku mahu

Pandangan pertama itu pemula cinta

Sarangheo

Ku duduk sendirian bayangkanmu

indahnya senyuman di bibir

suaramu bermain di telingaku

buatku terasa engkau di sisi


Verse 2

Ulang Prechorus

Ulang chorus


Bridge

Ku kan menanti terus menunggu

balasanmu

Rindukan kamu ku berharap kau pun sama

rasa begitu

kerna kau the only one

Oh angin kau sampaikan lah

bintang kau terangi nya

Malam saksikan kita berdua

Chorus

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.