Movie Review | The Babysitter (2017)

Friday 15 October 2021

 

Director : McG

Writer : Brian Duffield

Cast : Samara Weaving, Judah Lewis, Hana Mae Lee, Robbie Amell, Bella Thorne

Production Company : Boies / Schiller Film Group Production, Wonderland Sound and Vision

Distributor : Netflix

Genre : Teen / Black Comedy / Horror

Running Time : 85 minutes

Release Date : 13 October 2017 (United States)

Trailer :


Dah banyak kali Netflix recommend movie ni tapi tak rasa nak tengok sebab entahlah, poster Netflix tak menarik minat kot. Memandangkan masa tu tengah search movie yang light dan kelakar so try lah layan movie under Netflix ni. Fun fact, movie The Babysitter arahan McG ni dah siap shooting tahun 2015 lagi tapi dua tahun kemudiannya dapat tayang secara rasmi di platform Netflix. 

Movie bermula dengan watak utama Cole (Judah Lewis) yang selalu dibuli di sekolah dan dianggap pelik sebab masih lagi menggunakan babysitter walaupun dah berumur 10 tahun. It was somehow a big deal there. Kalau Asian tu umur belasan tahun pun ada babysitter lagi haha yes Rohan Yash Raichand, I’m talking about you. 

Babysitter Cole ni hot kemain sebab tu dia nak Bee (Samara Weaving) stay sebagai pengasuh. Dalam diam dia jatuh cinta dengan Bee sebab dia tak pernah dilayan sebagai budak pelik. They have fun together, be it partying, cooking, watching movies, acting or pitch script for any genre they want. Melanie (Emily Alyn Lind), kawan baik Cole bagitau mustahil lah orang hot macam Bee tak ada teman lelaki. Boleh jadi masa Cole tidur, Bee main cinta dengan boyfriend dia dekat tingkat bawah. 

Geram dengan statement tu Cole berpura-pura penat dan tidur supaya dia boleh mengintip Bee tapi dia terkejut bila tengok pengasuh dia bawa sekumpulan kawan – Max (Robbie Amell), John (Andrew Bachelor), Allison (Bella Thorne), Sonya (Hana Mae Lee) dan Samuel (Doug Haley) untuk main truth or dare. Awalnya nampak menarik tapi bertukar tragedi bila Bee bunuh Samuel untuk dijadikan korban kepada syaitan. 

Menurut buku pemujaan tersebut, mereka perlu campurkan darah virgin dan darah orang tak berdosa kemudiannya minum sebelum matahari terbit. Tujuannya untuk hidup abadi dengan kekayaan dan kemasyhuran. Cole bukan mangsa Bee yang pertama. Macam mana dia nak lari dari pengikut ajaran tersebut, kena layan sendiri lah dekat Netflix. 

Dalam movie The Babysitter ni banyak betul dialog yang merupakan tribute kepada beberapa movie atau drama yang famous di Hollywood macam Mad Men (2007), Friday the 13th (2009), franchise Home Alone (1990) ataupun franchise Human Centipede (2009) dan lain-lain. Tapi tak susah pun nak faham apa yang diorang sembang sebab tak lah heavy sangat conversation tu. Dialog yang Cole lontarkan pun kebanyakannya deep lah sebab dia loser dan loner. 

‘I'm guessing it's something sad people do cause they want other sad people to like them and they can forget for one minute how sad they are in general.’ – Cole

Sinematografi yang menarik dari Shane Hurlbut bila movie ni penuh dengan babak menggerunkan dan gore. Makeup nampak menjadi dan ngeri walaupun kelakar especially scene Allison meroyan bila dada dia kena tembak. Music score hasil karya Douglas Pipes pun membantu meningkatkan mood pada penceritaan. Background music pun memainkan peranan yang kuat. 

Sepanjang 85 minit layan movie ni dekat Netflix, tak terasa lama pun sebab kelakar walaupun jalan cerita predictable macam movie slasher yang lain. Mungkin dek kerana lakonan barisan pelakon yang cemerlang dalam watak masing-masing. Tapi genre ni bukannya berat sangat pun. Oh yes, dia tak lah melalut jauh sangat dan bukannya slapstick comedy. 

Cuma tak faham satu je lah kenapa Cole tak lari pergi ke balai polis ataupun minta bantuan dengan jiran tapi sebaliknya dia bersembunyi dalam rumah. Dia kata dia dah dewasa tapi strategi dia masih lagi kanak-kanak. Dia selamat sebab nasib menyebelahi dia je macam babak John dengan Max. Anyway, thanks Netflix sebab tak putus asa recommend movie ni haha loved it! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9/10

2 comments

  1. Aduh.. Ada rahsia rupanya babysitter dia.. Ngeri campur kelakar, menarik..

    ReplyDelete
  2. yang this one I like. Cuma menyesal tengok bila parents ada. cam segan sikit

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.