Fully Vaccinated!

Tuesday 3 August 2021

Sebelum ni dah membebel panjang dekat dalam entry First Dose Pfizer, so kali ni nak sembang pendek je sebab tak ada cerita sangat pun. Masa first dose tu terpaksa masuk office dulu sebelum pergi vaksin sebab ada kerja urgent nak kena submit hari tu jugak. Kali ni sebelum pergi ke Sunway Pyramid Convention Centre duduk rumah je. 

Banyak kali jugak lah check kad vaksin ada ke tak dalam handbag sebab kad tu penting. Dah kena pesan jangan hilangkan dan bawa masa dos kedua. Dah book grab, dah sampai dekat tingkat 3 terus pegang kad vaksin tu. Masuk je dekat laluan utama tu staff PPV dah check betul ke appointment bertarikh 2 Ogos 2021. 

Masa first dose tu memang ramai sangat orang dan staff PPV dengan askar wataniah tapi kali ni agak sunyi lah sebab hall yang besar tu tak ada ramai orang. Dah update profile, dah check-in MySejahtera, terus je masuk hall untuk ke Kaunter 2. Bila staff tu check MySejahtera dia tanya dah habis tempoh kuarantin dah ke? Pelik kenapa dia tanya sedangkan tak kuarantin pun. 

Baru teringat minggu lepas ada buat swab test PCR sebab nak masuk kerja dekat office balik lepas seminggu WFH. Since law firm tergolong dalam kelompok essential business especially my department; corporate department yang banyak liase dengan company so tak pernah lagi merasa WFH. Pernah la masa PKP 1.0 tapi yang tu memasing blur lagi dengan konsep lockdown dan WFH so kitorang banyak main Plato pastu tengok movie. Kitorang tu maksudnya satu department haha 

Kenapa buat WFH tiba-tiba? Sebab managing partner nak tengok keberkesanan dan efficiency corporate department bila bekerja dari rumah. Mampu ke tak mampu, banyak tidur ke banyak buat kerja. Kira macam covid drill lah. Berjaya ke tak corporate department untuk WFH? Tskkkk haruslah tak sebab banyak bundle kena print submit dekat court dengan opponent lawyer. Agreement nak kena hantar stamping lah, submit dekat client lah. 

Back to vaccine story, I bagitahu buat PCR sebab saja-saja je sebelum masuk office so tak ada perintah untuk kuarantin pun dari doktor. So boleh lah proceed ke Kaunter 3 untuk consult dengan doktor sebelum cucuk vaksin. Since dah dos kedua so memasing dah familiar lah dengan soalan. Even sticker hijau dekat IC pun tak buang lagi. Senang kerja doktor lekat je sticker hijau lagi satu then proceed ke Kaunter 4. 

Pergi sana terus je masuk jumpa nurse untuk cucuk dos kedua Pfizer. Kali ni dapat nurse dah berusia so dia cucuk lembut je tak macam first dose haritu. Tak rasa sakit pun tapi nampak la vaksin tu kena cucuk habis masuk dalam. I tak rakam atau ambik gambar pun sebab 0.3ml sikit je so proses dia cepat berbanding AZ. Tak lah, sebenarnya I malas haha

Masa nurse tu tengok IC dia tanya kenapa nama I susah nak pronounce? Kenapa tak letak nama Siti ke Aminah ke Fatima ke. Actually tak lah susah pun nak pronounce Nu-Ra-In ataupun Nur-Ain. Yang penting jangan pronounce Nu-Rain Farhana, memang pelik lah jadinya. 


Dah settle cucuk terus ke Kaunter 5 untuk update kad vaksin dan sistem dalam MySejahtera. Dia cakap dalam tempoh sejam atau 2 jam, sijil selesai vaksin akan muncul. Lepas ni dah boleh pergi bercuti katanya. Nak balik kampung je ni lepas dah dapat dos kedua. Last step, pergi ke Kaunter 6 untuk self-monitor selama 15 minit. Then balik je lah sebab tangan kiri dah start rasa lenguh. 

Walaupun booth dekat Sunway cantik macam yang Fazura bergambar tu tapi malas lah nak beratur panjang-panjang sampai 3 lapis barisannya lepastu tak ada orang nak ambil gambar pulak tu. Sudahnya balik rumah je bergambar macam dekat dalam poster tu. 

Harini pergi klinik untuk ambil MC sebab tangan kiri dah start lenguh teruk lepastu badan rasa panas sikit. Dah makan ubat yang doktor bagi, Alhamdulillah sekarang dah hilang lenguhnya. Esok masuk kerja macam biasa hihu

p/s : Tahniah kepada yang dah dapat dos pertama dan dos kedua. Yang tak dapat lagi boleh call walk-in PPV :)

11 comments

  1. alhamdulillah... dah complete 2 dos..sama la..stay safe!

    ReplyDelete
  2. bestnya dah habis 2nd dose, akak 2nd dose 18hb nanti, suami akak jumaat lepas dapat az untuk dos pertama demam sampai hari ini... huhuhu kelam kelibut rasa hidup ku dik oi

    ReplyDelete
  3. tahniah dah complete..Husband baru dapat Pfizer rini. Mudah-mudahan tak ada side effect sangat laa. :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah Tahniahhh Farhana. Baru tau nama awak pun Ain hehehe geng sep kittt.
    Semoga sentiasa Allah jaga Farhana

    ReplyDelete
  5. Tahniah ye dah complete 2 dose..dapat rentas daerah/ negeri je, bolehlah terus zassss :P Take care, stay safe!

    ReplyDelete
  6. tahniah. sebab da berjaya sambut saranan kerajaan utk divaksinkan.
    sama2 la kita ke arah membendung si covid ni dari terus berleluasa.
    akak da full dah. alhamdulillah.
    tapi still seram bila keluar gi kerja, Fana. rasa jakun aje tgk org lain.
    kalau boleh nak bersendirian aje di mana-mana ha ha ha ha ha...
    sebab memikirkan anak2 lom divaksinkan. tu yg merisaukan.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah dh fully vaccine

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah setel jugak cucuk vaksin! Stay safe Ana! :)

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.