Movie Review | Habibie & Ainun (2012)

Friday 11 December 2020

 

Pengarah :  Faozan Rizal

Penulis Skrip :  Ginatri S. Noer, Ifan Adriansyah Ismail

Pelakon :  Reza Rahardian, Bunga Citra Lestari, Tio Pakusadewo, Ratna Riantiarno, Mike Lucock, Vita Mariana

Syarikat Produksi :  MD Pictures

Pengedar :  MD Pictures / Netflix

Genre : Biografi / Romantik / Drama 

Durasi Tayangan :  118 minit

Tarikh Tayangan : 20 Disember 2012

Trailer :

Tahun lepas lagu Cinta Sejati naik balik sebab lagu dendangan Bunga Citra Lestari yang selalu dinyanyikan dan ditujukan kepada mendiang suami dia, Asyraf Sinclair. Tapi lagu berjiwa cinta ciptaan Melly Goeslaw tu sebenarnya soundtrack kepada movie Habibie & Ainun yang diterbitkan oleh MD Pictures pada tahun 2012 arahan Faozan Rizal dalam menyingkap kisah cinta sejati Pak Bacharuddin Jusuf Habibie dan Bu Hasri Ainun Habibie. 

'Saat aku tak lagi di sisimu, ku tunggu kau di keabadian. Cinta kita melukiskan sejarah, mengggelarkan cerita penuh sukacita. Sehinggakan siapa pun insan Tuhan pasti tahu cinta kita sejati.' - Cinta Sejati

Tak kisah lah tengok pada tahun 2012 ataupun 2020, perasaan dan impaknya masih sama. Mungkin kerana diambil dari kisah cinta sebenar dan mungkin juga kerana kekuatan lakonan Reza Rahardian dan Bunga Citra Lestari. Baik dari gaya percakapan, perbuatan atau reaksi lain, Reza lakukan semuanya mirip seperti Pak Habibie. Bukan setakat cinta mereka berdua sahaja yang dipaparkan tetapi rasa cinta kepada negara dan semangat juang untuk bangunkan negara di mata dunia. 

Rudy Habibie (Reza Rahardian) berjumpa pertama kali dengan Ainun (Bunga Citra Lestari) di sekolah menengah bila cikgu mereka bagitahu yang mereka secocok bersama kerana kepintaran yang tinggi. Tapi Rudy bagitahu Ainun hodoh dan gemuk. Selepas habis belajar kos engineering di Jerman dan sembuh dari Tuberculosis, Rudy pulang ke Indonesia dan berjumpa kembali dengan Ainun yang baru sahaja habis belajar dalam bidang perubatan lalu jatuh cinta. Mereka berdua berkahwin dan bina keluarga di Jerman. 

Selepas Rudy berjaya mencipta koc keretapi dengan material besi yang bagus, dia cuba untuk tunaikan impian dan janji dia kepada Ainun untuk mencipta pesawat di Indonesia. Tapi di bawah pemerintahan Soekarno, impian dia dihalang. 10 tahun kemudian, di bawah pemerintahan Soeharto baru dia dipanggil pulang untuk berkhidmat di Kementerian dan bermula perjalanan karier politiknya di saat negara Indonesia sedang bergolak hebat.  

Penceritaan yang mengambil susur masa dari zaman sekolah sehingga ke zaman tua agak lama dan mungkin masa ni team production tak sangka yang movie ni akan dikembangkan menjadi franchise so ada beberapa scene yang tak sempat dikembangkan dengan lebih mendalam lagi seperti scene Rudy menangis di hadapan pesawat dan Ainun sedangkan impian mereka dah tercapai. Kenapa Rudy perlukan Ainun semasa conference. 

Chemistry Reza dengan Bunga yang patut diberi pujian dan perhatian sebab mereka berdua nampak meyakinkan sebagai pasangan kekasih, suami isteri ataupun sebagai teman walaupun perjalanan kisah mereka cliché seperti yang lainnya. Cemburu sangat bila tengok relationship diorang sebab susah dah nak jumpa pasangan yang setia susah dan senang macam ni. Menangis bila tengok scene Rudy terpaksa lepaskan Ainun dengan soundtrack instrumental Cinta Sejati. Sayunya rasa. 

'Aku tidak bisa janji untuk jadi isteri yang baik, tapi aku janji akan selalu mendampingi kamu. Memenuhi janjimu.' - Bu Hasri Ainun Habibie

Sinematografi dari Ipung Rachmat Syaiful juga menghidupkan mood romantis dan babak emosi di antara pasangan sejoli dengan keindahan kota Jerman dan Bandung, Indonesia. Wardrobe dan props yang tepat menggambarkan suasana era 70-an baik di Jerman mahupun di Indonesia. Suka tengok pakaian Bu Ainun sebab kebanyakannya diperbuat dari corak batik Indonesia. Budaya perkahwinan Jawa pun dipertontonkan dengan shot yang cantik. Cuma scene Rudy berjalan dalam salji dengan sepatu rosak dan scene travel ke Jerman pertama kali nampak kurang kemas suntingan VFX. 

Walaupun movie Habibie & Ainun adalah movie debut kepada pengarah Faozan Rizal tapi dia berjaya membawa penulisan Ginatri S. Noer dan Ifan Adriansyah Ismail dengan baik. Bukan setakat di Indonesia tapi kejayaan kisah biografi romantis ni dijulung di Malaysia. One word, inspirational!

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.9, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.4/10

19 comments

  1. cantiklah cinematography dia, tak tengok lagi movie ni. filem indonesia dia punya bahasa puitis giler. sis suka..hehe

    ReplyDelete
  2. citer lama ni..belum tengok lgi movie ni. jalan cerita menarik.boleh la try tengok nnti

    ReplyDelete
  3. Ingatkan cerita baru BCL hehehe rupanya ni tahun 2012 punya tayangan. Kita tak pernah tengok lagi tapi hero dia ni buka. Ke yang berlakon citer tenggelamnya kapal vendervick? Kalau salah ejaan sorry hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah Reza pernah berlakon jugak dalaam movie tu hehe

      Delete
  4. Lama dah tak layan movie Indonesia. Nampak jalan cerita macam menarik dan paling suka tengok part yang menyentuh perasaan. Memang real tau !!

    ReplyDelete
  5. BCL is my favourite 😍 Memang suka dia berlakon..based on true love story pulak tu

    ReplyDelete
  6. Fuhhhh saya suka betul kalau cerita sejarah cinta dari Indonesia. Memang detail jalan cerita dan lokasi real sungguh macam zaman dulu. Pelakon pula my fav actor dan actress. Nanti nak repeat tengok di Netflix. Kalau ada. hehe.

    ReplyDelete
  7. Lamanya cite ni kita pernah tengok sekejap jer hehehehe memang kisah yang sangat memberi inspirasi kepada orang untuk menjadi seorang yang berjaya...

    ReplyDelete
  8. tak pernah tengok lagi cite ni. nampak macam menarik cite nye. nanti nk search la kat movie online

    ReplyDelete
  9. Laaa, ingatkan lagu Cinta Sejati tu lagu baru. Tak tau pulak rupanya lagu runut untuk movie Habibie & Ainun. Tak pernah tgk lg cerita ni. Boleh la masuk list movie utk ditonton 🤗

    ReplyDelete
  10. Dah lama tak tengok movie Indonesia. Based on ur review dan komen2 yang lain ni, macam best. Nak kena tengok ni.

    ReplyDelete
  11. Lagu tu soploh kali dengar pun boleh menangis aje.. memang tak boleh dengar lagu tu..
    Filem ni Sis pun belum pernah tengok, nanti nak try tengoklah..

    ReplyDelete
  12. what a beautiful story line. i guess this is going onto my must-watch list after reading your review. thanks for sharing!

    ReplyDelete
  13. aww I can watch this nice movie with my kids at home now. Very interesting plot thanks for sharing

    ReplyDelete
  14. Pernah dengar pasal cerita ni tapi tak tengok lagi. Baca kat sini macam menarik untuk di tengok. Boleh la nanti Iza cari. Lagu tu memang best tapi macam lagi terbayang BCL dengan arwah husband dia.

    ReplyDelete
  15. Cerita ni memang famous sangat kan? Yaya tak sempat lagi nak tengok. Yaya suka sangat nyanyian BCL jarang tengok dia berlakon lepas ni boleh tengok

    ReplyDelete
  16. Dah lama tak tengok darama² dan movie. Actually suka juga bunga cinta lestari berlakon. Nanti nak try tengok. Mana tahu kena dengan selera

    ReplyDelete
  17. Alamak hd lama xtgk movie indonesia... Tp kita suka jugalah melayan kalau rasa best... Cite ni ada bunga cinta lestari...lama xtgk dia berlakon

    ReplyDelete
  18. Based true story mmg sedih. Suka sangat dengan lontaran skrip dalam movie ini sebab ada jiwa

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.