Sushant Singh Rajput's Death Case : Pendedahan Smita Parikh

Saturday 1 August 2020

31 Julai 2020, Smita Parikh, festival director antara yang pernah bekerja dengan Sushant Singh Rajput dalam industry dan juga merupakan kawan kepada keluarga Sushant buat pendedahan di Republic TV dalam interview bersama Arnab Goswami yang juga dihadiri oleh peguam keluarga Sushant dan juga Attoney General Bihar dan beberapa orang lagi journalist. 


1. Sushant Tak Depressed

Selama setahun bekerja dengan Sushant dan beberapa kali perjumpaan sebelum kematian Sushant, Smita bagitahu Sushant tak ada tanda-tanda depresi. Dia sihat dan aktif macam selalu. Smita tahu perbezaan kemurungan dan bipolar bila kawan satu team disahkan bipolar. 

2. 5 Kali Tukar Number

Smita bagitahu yang Sushant 5 kali tukar contact number dan Smita ada kelima-lima number tersebut. 

3. Paranormal Activity

Smita melawat rumah Sushant bulan Ogos 2019 dan persoalkan kenapa rumah Sushant tak banyak furniture macam sebelum ni. Rhea bagitahu dia kurangkan sebab ada paranormal activity dalam rumah tu. 

Smita bagitahu yang Rhea ada kawan baik lelaki tapi dah pun meninggal pada umur mereka 17 tahun. Sejak dari tu sesiapa yang buat jahat dekat Rhea akan meninggal. Previously, tukang masak dan orang gaji Sushant bagitahu yang Rhea ada amalkan ilmu hitam. 

4. Sushant Ketakutan Selepas Kematian Disha

Smita bagitahu keadaan Sushant makin teruk bila dia dapat tahu tentang kematian manager dia, Disha Salian. Mitu Singh yang datang ke rumah Sushant pada petang 8 Jun 2020, bagitahu Sushant mula anxious dan mention banyak kali 'Oh God Oh God, they will kill me'. 

Tapi Mitu Singh tak tahu apa yang adik dia tahu tentang kematian Disha ataupun apa-apa rahsia antara Sushant dengan Disha Salian. Dia cuma ulang 'mereka' akan datang cari dia. Sushant merayu supaya kakak dia stay dan jangan tinggalkan dia. 

5. Sushant Minta Bantuan Abang Ipar 

Abang ipar Sushant, suami kepada Priyanka Singh adalah pegawai polis so Sushant call dia minta tolong escort dia keluar dari Mumbai dan bawa ke Chandigarh. Dia takut ada yang datang nak bunuh dia. 

Dia nak berhenti dari industri dan pergi ke Chandigarh dan berkebun tanaman organik. 

6. 13 Jun 2020

Mitu terpaksa tinggalkan Sushant 13 Jun 2020 bila dia ada anak-anak yang perlu pergi ke sekolah dan Sushant makin okay. Mitu plan untuk keluar lunch dengan Sushant 14 Jun 2020 tapi malam 13 Jun 2020 Sushant tak jawab call dia sedangkan Siddarth Pithani bagitahu jam 1.30 pagi Sushant jumpa dia dekat bilik. So kenapa Sushant tak jawab call kakak dia? 

7. 14 Jun 2020

Mitu Singh cuma 15 minit dari rumah Sushant bila dia dapat call dari Siddharth Pithani bagitahu yang bilik Sushant terkunci dan Sushant tergantung dalam bilik dia. By the time Mitu sampai, mayat Sushant dah terbaring atas katil. 

8. Mana Jurnal Sushant? 

Smita tekankan dalam interview keberadaan 5 buah jurnal Sushant. Sushant akan tulis semuanya dalam jurnal dia tapi polis Mumbai tak pernah disclosed langsung isi jurnal tu walaupun hari kejadian ada 5 jurnal dibawa ke balai sebagai bahan bukti. 

9. Siddharth Pithani

Smita bagitahu dia ada hubungi Siddharth Pithani lepas tragedi 14 Jun 2020. Sid kata dia tak tahu apa-apa tapi Rhea tahu sebab Rhea yang jaga Sushant. Habis je on call dengan Sidharth Pithani, Rhea pula call bagitahu yang dia selalu suruh Sushant janji dengan dia jangan bunuh diri. 

"No. I used to make him promise that he will not commit suicide. He cannot do this" - Rhea

10. Gone Guy

Smita kata Mitu Singh bagitahu ada seorang lagi lelaki dalam rumah Sushant sepanjang dia di sana. Tapi sampai sekarang lelaki tu hilang. Ada yang syak 2 ambulans yang datang sebab ada dua kematian pada 14 Jun 2020. Could it be that guy? 

2 comments

  1. makin misteri kes sushant ini..
    semoga terbongkar lah semua misteri ini..

    ReplyDelete
  2. wow misteri betul kisah sushant nih

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.