Sunday, 2 February 2020

Crowdfunding Gantung The Movie

25 Januari lepas, Kak Neddo buat satu pengumuman khas di account Twitter dia bagitahu tentang crowdfunding untuk pembikinan movie Gantung yang diadaptasikan dari novel bersiri Gantung dan juga sequel untuk drama Gantung yang pernah diterbitkan di Astro sebelum ni. 


Senasib dengan drama Gantung bilamana tayangan Gantung tak dapat support dari mana-mana penerbit sampai terpaksa release di Indonesia. Disebabkan tweet yang viral, Gantung mula ditonton di Telegram sampai Astro buat keputusan untuk tayang 16 episod di slot Astro First selepas 2 tahun diperam. Season 2 pula tak mungkin terjadi and that's why Kak Neddo and her team buat keputusan untuk shoot movie. 

Setahun setengah dia mencari dana dan support tapi tak jumpa sudahnya dia ambil keputusan untuk buat crowdfunding dengan 5 option kepada peminat Gantung supaya mencecah target sebanyak RM300,000. 

1. Option A - Ucapan 'Terima Kasih' dari Kak Neddo

Dengan sumbangan harga RM10, sesiapa yang menyumbang dapat ucapan terima kasih dari Kak Neddo sendiri sebagai penulis novel Gantung dan penulis skrip drama Gantung and soon, Gantung The Movie. Tak pasti ucapan semuanya sama ataupun berbeza dan dalam bentuk digital ataupun surat or any medium. 

2. Option B - Ucapan 'Terima Kasih' dari The Musketeers


Option kedua ni mungkin lebih tinggi demand sebab ucapan dari tonggak utama Gantung The Movie tapi dengan harga RM20, you guys cuma boleh pilih ucapan dari salah seorang ahli The Musketeers sahaja. Kalau nak semua, mungkin kena bayar RM80 kot. 

3. Option C - Buku 'Musketeers'

Lebih mahal dari novel biasa, novel limited edition yang dikeluarkan khas dan akan diterbitkan under FIXI publishing house dan dijual di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dan juga website FIXI, dengan harga RM30. 

4. Option D - T-shirt 


Direka khas dengan dua pilihan warna hitam atau putih, fans boleh buat pre-order t-shirt ni dengan harga RM60. Sayangnya t-shirt ni cuma ada short sleeve tapi material tak panas so boleh cover dengan jaket ataupun inner. 

5. Option E - Meet The Musketeers


This one yang paling best sebab you guys boleh jumpa, minta autograf dan bergambar dengan The Musketeers - Gibbs, Ray, Troll dan KJ di Seri Pacific bersebelahan PWTC pada 4 April 2020. Kalau ikutkan tweet asal Kak Neddo, ada dua sesi untuk sesi meet and greet ni - sesi petang dan sesi malam. 

Tiket dijual pada harga RM150 dengan hadiah saguhati dan berita terkini dan pengumuman istimewa dari team Gantung pada hari tersebut. 

Setakat ni crowdfunding dah mencecah RM15,000 dalam masa 4 hari pengumuman khas ni dibuat. Masih jauh lagi perjalanan untuk cecah RM300,000 but hopefully dekat sesi meet and greet nanti kita boleh dapat good news dari Neddo Works. 


Movie Gantung ni akan ditayangkan di platform digital, berkemungkinan besar Netflix sebab team Gantung nak semua orang dapat access untuk layan movie ni. Lepas novel dan drama Gantung, of course I letak harapan yang sangat tinggi supaya team Gantung dapat start shoot pada tarikh yang diorang plan which is on August 2020 dan dapat release untuk fans Gantung. 

Yang belum tahu dan nak join, you guys boleh isi form dekat website khas Gantung The Movie and share with friends and other Gantung fans. Lets do this! 

28 comments:

  1. Harapnya hasil yg terbaik untuk movie ni 😊

    ReplyDelete
  2. Harap-harap movie Gantung ni boleh memacah gantung dan tarik anak muda belia pergi menonton...

    ReplyDelete
  3. Cerita best, tapi kenapa Aien tak tahu. Thanks bagi tau, nanti nak cari. ^^

    ReplyDelete
  4. kurang promo ke apa yek, kenapa ramai tak support drama ini yek... hope dapat target yang di harapkan

    ReplyDelete
  5. kenapa tak dapat support eh padahal cerita ni best giler kot. Novel dia pun best, yang series 2 je belum sempat baca lagi.

    ReplyDelete
  6. I x pernah baca novel Gantung. My friend yg Dah pernah baca kata best. Hope it will be adapted to a movie soon. Good luck with the campaign.

    ReplyDelete
  7. hopefully kempen ni dapat mencapai kutipan yang disasarkan. banyak movie yang bagus untuk diketengahkan tapi tanpa modal yang diperlukan memang ianya tak dapat direalisasikan

    ReplyDelete
  8. semoga berjaya capai target 300 k tu. pelik juga cerita best pelakon best takde funding untuk filem. pape pun all the best! Nanti huda tunggu kat netflix jer lah

    ReplyDelete
  9. Tak berapa paham sebenarnya kenapa jadi isu camni. Tapi ena harap usaha mereka akn berjaya capai target. Mungkin kurang promosi

    ReplyDelete
  10. pernah tgk separuh je movie ni...tu pun x berapa nak faham sgt,,,

    ReplyDelete
  11. zul ada baca cerita ini di twitter, memang bagus buat crowdfunding untuk cerita yang bagus macam Gantung ni. baru rasa bernilai untuk habiskan duit

    ReplyDelete
  12. Promosi kurang hebat kot..entahlah..tak tahu nak cakap. Harapnya berjaya lah dapat fund spt yg diharapkan

    ReplyDelete
  13. tak pernah lagi baca gantung ni. nak baca lah nanti. semoga berjaya apa yang dihajati :)

    ReplyDelete
  14. Semoga ianya Berjaya dan berjalan dengan lancer. Cant wait to see Gantung later on.

    ReplyDelete
  15. Wah menarik ni... moga sukses dengan apa sahaja yang sedang diusahakan

    ReplyDelete
  16. Semoga berjaya di atas usaha yang dilakukan! Seronoknya dapat jumpa aktor ganteng ganteng.

    ReplyDelete
  17. Kalau cerita best tapi kenapa kurang sambutan?? Honesty sy pun tak tau langsung pasal cerita ni. Tapi tgk pada pelakon nod bad. Maybe ada something wrong kot esp bab promosi. kena hebahkan lagi macam filem-filem lain.

    ReplyDelete
  18. tak silap cerita ni best kan? kenapa tak cuba mintak sponser dengan koprat, mesti boleh dapat banyak duit sponser. lagi pun ramai pelakon yang mostly famous. mesti fans tak sabar nak tengok

    ReplyDelete
  19. Moga apa yg diusahakan berjaya dgn jayanya ya. Walaupun diri ini pelik kenapa boleh tiada sambutan. Apa2 pun goodluck ya!

    ReplyDelete
  20. Wow I love Gantung and memang mengikuti series dia dulu! Ending dia, terbaik, betul2 wnwpati erkataan "Gantung" tu! Hopefully movie ni berjaya dihasilkan!

    ReplyDelete
  21. tak pernah dengar plak pasal movie ni. semia berjaya dan dapat pikat hati penonton malaysia.

    ReplyDelete
  22. walaupun tak pernah baca novel gantung ni. saya doakan semoga dipermudahkan semuanya ya. semoga berjaya.

    ReplyDelete
  23. Sis nak jumpa dorang. Boleh bayar RM150 tu. Harap-harap dapat membantu serba sedikit produksi filem ni. Bestnya kalau dorang dapat habiskan movie ni kan.

    ReplyDelete
  24. Ni cerita pasal apa fana.. Teringin gak nK tau cerira mcm mana.. Tpi selalu kalau pana kata best ni.. Mesti best.. Noleh la crowd funding depa ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasal The Musketeers ni buli budak tu sampai dia bunuh diri

      Delete

  25. ayo menangkan uang setiap harinya di agen365*com
    WA : +85587781483

    ReplyDelete
  26. Hurm.. Tak boleh pergi ek cerita ini.. Harapnya crowdfunding ini berjaya..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!