Program Nak Ubah Hidup Bersama Richworks

Monday 6 May 2019

Syarikat Richworks International Sdn Bhd yang diterajui oleh Dr. Azizan Osman atau dikenali sebagai DAO berjaya membantu 700,000 orang peserta setelah 11 tahun ditubuhkan. Bertemakan dari Zero Ke Million, ramai peserta yang berjaya ubah nasib hidup dari kusut dan penuh dengan bebanan hutang kepada hidup yang lebih baik dan berjaya sebagai usahawan dalam pelbagai bidang yang mereka ceburi. 

4 Mei lepas dijemput oleh Richworks untuk merasa sendiri pengalaman menyertai program Nak Ubah Hidup di Menara PRGRM, Cheras. Selama ni nampak kawan share dekat FB dengan IG je tapi kali ni tengok sendiri depan mata macam mana DAO menyuntik semangat dan ilmu usahawan kepada para peserta yang datang dari merata negeri.


Jam 7 pagi pun dah sesak dengan 2,000 peserta yang datang mendaftar di kaunter pendaftaran sebelum program mula jam 8 sehingga jam 2. Selalunya kalau datang seminar program agak formal dan sunyi tapi dalam program Nak Ubah Hidup ni memang meriah. Sebelum start seminar, ada sesi ice breaking, semasa seminar pun banyak kali juga selingan 'Switch'. Masa tu jerit lah puas-puas hilangkan mengantuk, stress ataupun penat yang ada. 



Dalam program Nak Ubah Hidup ni bukan setakat nak bantu berjaya dalam business tapi mencari winning factor untuk business kekal lama hingga 10 tahun ke atas dan winning factor ni ialah datang dari team business tu sendiri. Bagus pemimpinnya, bagus juga team di bawah. Kalau leader terpinga mencari hala tuju syarikat, huru-hara juga yang di bawah. Tak payah tengok jauh, contoh depan mata pun dah ada bila staf Richworks mampu handle program besar dan bantu DAO dari awal program sehingga habis. Layanan dan service dari staf Richworks memang terbaik!


Selain dari ilmu dan pengalaman DAO sendiri mengendalikan Richworks, ada sesi bersama dua peserta Titanium - HasNuri Collections dan Sabella dijemput untuk share pengalaman dan rahsia macam mana boleh berjaya dari ratus ringgit sebulan ke jutaan ringgit keuntungan sebulan. Dari menguruskan seorang diri kepada 70 orang staf dan beratus ejen dan dropship. 


Dapat jumpa ramai founder dan top stokis seperti Dexandra, MamaSab, Jamumall, Mawar Rashid, Kavitha Sidhu, Akak Burger Seringgit, RynaRazak dan ramai lagi dah rasa hebat, bila dengar pengalaman masing-masing memang tak putus rasa kagum. Jangan kata kita yang dekat bawah kagum dengan yang dekat atas, founder HasNuri Collections sendiri kagum dengan pencapaian Sabella. 

Dah dengar pengalaman founder top, peserta yang di bawah kena berkongsi pula pengalaman masing-masing dalam masa 30 saat dan cara untuk mengatasi masalah yang mereka hadapi dalam sepanjang berniaga. Q&A sessions pun meriah bila ada pesakit kanser yang berjaya sembuh dan bersemangat nak bantu orang lain hasil suntikan semangat dari DAO lepas join program ni. 



Kalau sebelum ni Richworks datang membantu sebagai coach untuk usahawan di luar sana berjaya dalam tempoh seawal 3 bulan hingga 18 bulan dengan Program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK), kali ni Richworks nak ubah strategi kepada 10 kali ganda IMKK untuk ubah hidup dengan teknik kuasai potensi diri, kewangan dan juga bisnes. 

'Ramai di luar sana merasai bahang daripada tekanan ekonomi dan saya melihat ia semakin mencabar terutama buat mereka yang berpendapatan tetap, rendah atau sederhana dan golongan yang tidak bekerja, ditambah dengan kesan peningkatan harga barang dan kesan daripada kenaikan kos barangan dari luar negara disebabkan nilai tukaran ringgit yang lemah buat masa ini.' - DAO


Program Nak Ubah Hidup 2019 - Kuasai Potensi Diri, Kewangan Dan Bisnes secara live event ni akan diadakan pada 30 Ogos sehingga 1 September di Setia City Convention Center (SCCC). Kalau yang 4 Mei ni cuma 2,000 orang peserta, program 10XIMKK ni mensasarkan 10,000 orang peserta. Kalau suara 2,000 dah meriah dan bertenaga, bayangkan suara 10,000 orang! Dari tak tahu hala tuju nak buat business apa mungkin dah ada sales target 10 tahun berniaga. 


Pendaftaran 10XIMKK dah pun dibuka sekarang untuk yang berminat Nak Ubah Hidup dari Zero Ke Million. Untuk Maklumat lanjut boleh hubungi details di bawah :

Facebook: Azizan Osman Official Page
Email: inquiries@richworks.com.my

Atau layari :

Facebook : https://www.facebook.com/azizanosmanofficial/
Twitter : https://twitter.com/azizanofficial
Instagram : https://www.instagram.com/azizanosmanofficial/
Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCrfKlqYU1AsoRVkpy6HLbZw
Linkedin : https://www.linkedin.com/in/azizanosmanofficial

24 comments

  1. kali ni x de kesempatan nk jd crew prog DAO ni sbb kekangan masa... insya allah akan dtg sy akan join

    ReplyDelete
  2. bagusnya program cam ni...boleh naikkan motivasi!

    ReplyDelete
  3. seronok tu... bila la agaknya dapat join program macam ni ye...

    ReplyDelete
  4. wow nmpk best! tq kerana memperkenalkan program ini :)

    ReplyDelete

  5. wow nmpk best! tq kerana memperkenalkan program ini :)

    ReplyDelete
  6. Tak pernah lagi join programme macam ni tapi banyak kawan-kawan dah join. Rasa teringin pulak.

    ReplyDelete
  7. Bestnya ada peluang dengar program macam ni. Sure bersemangat kan? Sure semangat kita masa tu melonjak lonjak nak berjaya macam mereka2 yang dah berjaya. Kalau ada lagi program macam ni n ada kelapangan, sis pun nak ikut serta

    ReplyDelete
  8. Bagus join program motivasi macam ni. Menaikkan semangat kita untuk terus berjaya dan menjadi orang yang berjaya dalam kerjaya dan hidup. Bila join program ni lain macam kan semangat yang meresap dalam diri kit . Betul tak ?

    ReplyDelete
  9. ramai yg attend seminar dr azizan ni ya. Especially untuk kepala bisnes haruslah datang. Belajar dengan orang berilmu ni x sama . Moga dapt banyak manfaat attend seminar macam ni

    ReplyDelete
  10. Good seminar that I had miss out. Thanks for sharing coz' I want to change my lifestyle too to earn more money.

    ReplyDelete
  11. Ramai betul pengikut dia kan. power lah Dr Azizan ni . Jual air liur je . Bestnya bila ada moderator yang power cmni followers pun jd yakin

    ReplyDelete
  12. Best yer dapat join program DAO ni, padat dengan mengisian ilmu bisnes untuk terus berjaya dalam dunia bisnes ni. Meriah betul tengok event ni, full house. Teringin juga nak join program macamni di masa akan datang

    ReplyDelete
  13. pergh tengok ramai yang datang ye..termasuk media..ok tak apa dia sampaikan..jadi semangat tak..hehee..yang ada bisnes memng diaorg p la kan..meriah tengok kawan-kwan post

    ReplyDelete
  14. Bestnye dapat join. Ramai jugak kawan2 ena yang join seminar die sanggup turun dari perak. Ada sorang ni usahawan berjaya hijab by hanami pon join seminar yang beliau anjurkan. Now memang maju lah bisness tdung die.

    ReplyDelete
  15. ni mesti lepas pergi workshop rasa bersemangat nak business. bagus sekali sekala attend majlis motavasi diri supaya kita dapat inspirasi nak terus kehadapan setiap hari. BBL yang tengok gambar & baca entri pun rasa excited apatah lagi ada dalam dewan tu

    ReplyDelete
  16. Bestnya join event macam ni. Dapat collect new knowledge and can gain new spirit . Bila berkumpul demgan orang² bisnes, mmg semangat akan jadi lain 360°

    ReplyDelete
  17. wahh bestnya farhana dapat join program ni. dah lama zul teringin nak belajar dgn beliau. ramai yang berjaya selepas belajar pasal business dgn beliau.

    ReplyDelete
  18. Wah!! Ramainya peminat n pengikut DAO nie yea.. Kebanyakan usahawan muda yg begitu komited dlm perniagaan.. Moga byk perkongsian ilmu dan tip2 diperoleh dlm program seumpama ini

    ReplyDelete
  19. Selalu gak baca review peserta seminar DAO ni. rata rata memang tambah bersemangat bila balik drp seminar DAO

    ReplyDelete
  20. Program mcm ni mmg bagus utk usahawan yg baru dlm bidang perniagaan

    ReplyDelete
  21. Beruntungnya dapat join bengkel Dr Azizan. Program ni memang bagus dan ianya memberi motivasi buat kita. Orang hebat aura hebat gini sesekali memang kena pupuk dalam diri. Balik bengkel satu jer kena buat, kena bertindak. Semoga terus sukses.

    ReplyDelete
  22. Nak buat business senang, nak sustain business selama 10 tahun dan berkembang memang bukan satu perkara yang senang. Sesuai untuk pemilik business untuk menghadiri kursus ni.

    ReplyDelete
  23. dulu pernah daftar..tapi tak pernah pergi pun..insyaallah lepas ni nak pergi...lepas tengok post ni teringin nak pergi

    ReplyDelete
  24. Bestnya dapatdengar ceramah tentanguntuk mencapai impian kejayaan ni kan.
    Yela, nk berjaya ni perlukan motivasi.
    Perlukan motivasi dari orang lain juga kn.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.