Minum Petang di Frost n Bites, One Utama

Wednesday, 13 July 2022

 

Mingggu lepas jalan-jalan dekat One Utama sebab nak cari hadiah untuk ibu mengandung. Sebelum mencari tu nak makan dekat Seoul Garden dulu sebab dah lama tak makan daging kopi dia. Kebetulan ternampak ada kiosk baru - Frost n Bites. Rasa teringin nak makan sebab ada ice cream waffle dekat situ. 


Ada lebih 16 perisa aiskrim dekat Frost n Bites ni - Dark Chocolate, Baby Blue, Hazelnut Chocolate, Hazelnut Coffee, Mint Chocolate, Strawberry Yogurt, Wildberry Yogurt, Passionfruit Sorbet, Bubble Gum, Cookies N Cream, Almond Caramel, Almond Chocolate, Peanut Butter, Mango Yogurt, Vanilla . Nak cuba semua perisa tapi mata dah terkunci dekat Mint Chocolate hehe. 

Selain aiskrim gelato, ada juga aiskrim batang ataupun kon. Tapi tak tanya lah pulak harga berapa sebab staff dia pun dah tak menang tangan dekat kaunter tu. Tak berhenti orang datang tapi tak lah sampai kena beratur. Dekat kiosk ni pun ada ruang untuk makan yang selesa. Sementara menunggu tu boleh lah duduk dulu. 



Ada juga pelbagai jenis kek dengan harga RM17.90. Saiz dia kecil untuk harga yang mahal macam tu tapi kek dia pun bukan perisa yang biasa. Maybe worth it for some people or may be not. Kitorang order Brussels waffle sebab menu ni ciptaan Frost n Bites sendiri. Waffle nipis tu ada dua scoop aiskrim pilihan lepastu ada white choc sauce dengan taburan kacang dan marshmellow. 


Harga untuk sepinggan Brussels waffle ni RM17.90 tak termasuk service charge dengan SST lah. Ada pilihan croffle dengan waffle biasa juga tapi I dah pernah rasa croffle dekat Madam Croffle, MyTown sebelum ni so kita try menu baru la pulak kan? 


Masa makan waffle ni menangis jugak lah sebab kena brain freeze, sesuai lah dengan nama dia tu Frost n Bites. Brussles waffle tu sedap sebab crunchy, makan panas-panas gu dengan aiskrim choc mint yang sejuk. Dia jadi tak syok bila rasa mint choc tu macam ubat gigi so jangan lah ambil perisa ni kalau tak suka sebab dia tak pandai buat choc mint. Dia letak choc sikit je. Nasib baik lah scoop kedua I mintak Hazelnut Chocolate so tak lah rasa macam baru lepas gosok gigi hewhew


Masa mencari hadiah dekat One Utama tak sengaja ternampak pop-up store In The Soop. I macam eh jugak lah sebab tak tahu pasal store ni. Level yang sama jugak masa BTS pop-up store wujud dulu untuk promote merchandise under Tiny Tan. 

Untuk yang tak tahu, In The Soop adalah tempat percutian sebab Soop maknanya hutan. I rasa Hybe client tetap In The Soop ni sebab BTS dengan Seventeen pergi bercuti dekat tempat ni. Akan datang dekat Disney+ Hotstar nanti, V BTS dengan 4 orang lagi selebriti akan bercuti di In The Soop. 


Alang-alang dah terjumpa, kena lah singgah kan? Cara nak masuk pop-up store ni pun sama jugak macam pop-up store BTS dulu bila kena scan QR code di hadapan store lepastu isi nama dengan contact no. Nanti akan dapat code untuk masuk dalam store. Staff akan bagi satu kad jemputan comel macam dalam gambar dekat atas tu. Pop-up store dia kecil je tapi penuh dengan merchandise. 

Menariknya dekat pop-up store ni staff pasang lagu Seventeen dengan BTS tapi I happy lah sebab jarang boleh dengar lagu Seventeen kalau pergi kedai Korean related dekat Lembah Klang ni. Mesti SM Entertainment dengan Blackpink je kebanyakannya. Saja je stay lama dekat dalam store ni sebab nak layan lagu dari album Seventeen - Your Choice (2021).


Dekat pop-up store ni I mampu bergambar je, tak mampu nak membeli sebab mahal wehhhhhhh! I ingatkan YG Entertainment je yang pandai buat duit rupanya HYBE lagi teruk! Keyring pun jual RM64 sekeping, tu belum masuk photocard. Kalau korang ternampak ARMY ataupun CARAT pakai merchandise In The Soop, boleh tahu level kaya dia dekat tahap mana. Nasib baik lah masuk store ni percuma je, kalau kena bayar gak, tak wujud lah entry ni hshshs


Nakkkk tapi duit takde :(















I rasa macam tak berbaloi beli fabric poster BTS tu sebab bila close up boleh nampak gambar pecah. Dah la mahal harganya tapi guna gambar low quality. Tapi tu personal opinion I yang miskin dan makan gaji lah. Kalau fans mungkin rasa benda ni tak perlu dipertikai. 


Gambar last sebelum keluar store yang comel ni. In The Soop pop-up store ni akan ditutup hujung bulan Ogos so kalau sesiapa yang nak melawat kawasan macam I buat boleh lah pergi ke One Utama. 

Sarapan Pagi Dengan Beryl's Granola Bar


Selalunya kalau makan malam heavy macam nasi goreng ataupun nasi berlauk, pagi tu perut mesti penuh lagi tapi berbunyi jugak. Taknak masuk angin kena lah makan something yang ringan seringan granola bar ni. Nak pula kalau masa tu dah pukul 10 pagi, ada berapa jam je lagi nak masuk lunch time. 

Ingredients : 

Crunchy Oat (Oat, Almond, Honey, Butter, Vanilla Flavour & Cinnamon Powder), Rice Cereal, Raisin, Cashew Nut, Glucose Syrup, Sugar, Pumpkin Seed, Puffed Rice, Coconut Chunks, Vegetable Fat (Palm Oil), Dextrose, Whole Milk Powder, Emulsifier (Sunflower Lecithin E322). May Contain Traces Of Other Nuts.


Granola bar ni ada puffed rice dengan kekacang lain tapi tak banyak pun sebab 35g tu penuh dengan puffed rice tu je. Harga untuk satu granola bar perisi asli  jenama Beryl's ni RM2.40 tapi kalau beli dekat kedai, mungkin ada perubahan harga lah. 

Sebelum ni kalau makan granola dari jenama lain, ada rasa manis kacang dengan buah kering je tapi yang granola bar dari Beryl's ni manis sangat padahal perisa asli. Kalau perisa asli dah manis leting, imagine granola bar coated with white chocolate. Cukup la sekali je makan sebab tekak loya makan benda manis. Menggagau cari air haha

Cannes 2022 Fashion Files | Pooja Hedge

Tuesday, 12 July 2022


Mungkin ramai yang tak kenal sangat dengan pelakon baru, Pooja Hedge. Dia debut pada tahun 2019 dalam filem Super 30 dengan Hrithik Roshan tapi screentime dia pun pendek sangat untuk orang cam siapa dia. Tahun ni Pooja dapat jemputan ke Cannes untuk tayangan perdana filem Top Gun: Maverick dan menjadi duta minuman berakohol jenama Godawan.

“I’ve not come (to the Cannes Film Festival) with a brand, but I’ve come with brand India. I’ve come (here) as a representative. It’s an honour for me to be very honest to come (here) as an Indian actor celebrating Indian cinema.”- Pooja Hedge 

Malang untuk Pooja dan stylist team dia bila luggage yang penuh dengan makeup, barang kemas dan beberapa helai pakaian hilang di lapangan terbang. Hilang pun outfit dia sepanjang di Cannes tetap menarik perhatian. 

1. Floral Trail


Pooja buat penampilan dengan satu set sleeveless dress berwarna putih sebagai warna asas dan corak bunga yang sarat dengan gabungan warna biru pekat dan juga coklat kayu. Menariknya dress dari butik Honayda ini datang dengan cape panjang menggunakan motif corak yang sama. 

Makeup yang sederhana dengan highlight pada kawasan mata dan bibir, menggunakan anting-anting berbentuk bulat berwarna emas rekaan Suhani Parekh dari butik Misho dan juga pointed heels berwarna biru dari Louboutin sebagai pelengkap gaya feminin di French Rivera. 

2. Fur Havana


Outfit dari butik Geyanna Youness antara yang menarik perhatian ramai di Cannes sebab cantik dengan hujanan bulu pelepah pada bahagian bawah gaun ala Disney princess berwarna pink pastel. Bahagian dada dibikin ala korset dengan hiasan manik berwarna putih sebagai penyeri.

Untuk hairstyle, Pooja keep it simple with low ponytail dengan belahan tengah yang disisir rapi. anting-anting berjurai jadi pilihan untuk karpet merah tayangan perdana filem Top Gun: Maverick. Masa Pooja naik tangga untuk bergambar sebelum masuk ke cinema tu cantik terletak je dress dia. Muka dia lah jenis manis ayu bila dipandang. Memang sesuai sangat lah warna pink pastel ni dengan skin tone dia. 

3. Yellow Stripe


Pooja nampak bergaya dan funky dalam persalinan berwarna kuning dan bertemakan harimau dari butik Roberto Cavalli. Sleeveless mini dress dengan belahan di bahagian tengah mungkin nampak biasa tapi yang menjadikan outfit tu unik dan menonjol bukan hanya pada warna, malah tali pinggang hitam yang bersaiz lebar dan penuh dengan corak harimau juga juntaian rantai berwarna emas dan silver. 

Blazer bermotifkan belang harimau dipadankan bersama stilettoes berwarna hitam dari Santoni dan juga shade berwarna coklat tembaga dari Sestini. Love that hairstyle and natural makeup look on Pooja. She looks exotic! 

4. Sunshine Orange


For casual outfit, Pooja mengenakan hugging dress yang menyerlahkan bentuk badan yang ramping dan tinggi lampai. Bahagian dada ada details seolah reben bersaiz besar. Pointed heels dengan reben kecil di bahagian belakang. Again, I suka dengan hairstyle dia walaupun ringkas sebab Pooja nampak cantik dan feminin dengan gaya rambut ikal. 

5. Abstract Joy


Pooja memilih set blazer bermotifkan abstrak bersaiz kecil hasil kombinasi warna hijau teal metalik, pink, biru gelap dan juga putih malap. Bahagian dalam menggunakan bralette dan seluar pendek dengan motif corak yang sama. Padanan serba ringkas ni sesuai untuk Pooja kelihatan bergaya dan selesa dalam sesi interview sebagai duta Godawan. 

Dengan aksesori cincin pelbagai corak dan heels yang sama dengan pakaian sebelumnya dan hairstyle lepas bebas, Pooja nampak berseri dan menawan. 

6. Beige Gypsy


Pakaian terakhir sebelum berangkat pulang ke India adalah jumpsuit berwarna kuning air yang dipadankan bersama poncho dari butik Tarun Tahiliani. Jumpsuit bertemakan gypsy ni my most fav look dari Pooja Hedge mungkin sebab ada ciri etnik yang tersendiri. Pooja kenakan makeup tipis dan rambut yang dibiarkan mengurai panjang tanpa sebarang aksesori. She looks young and free spirit. 

Walaupun duration Pooja tak lama dekat Cannes tapi yang pastinya red carpet debut dia tarik perhatian ramai. I wish she choose to wear something related with her heritage macam sari atau lehenga cantik. Maybe next year? ;)

 

Jarang betul nak letak expectation tinggi kalau Aish yang pergi Cannes ni sebab dah tahu dah stylist dia tak bertukar dan selalu menghampakan. Tak faham kenapa Aish tak cari stylist baru walaupun ramai yang minta dia step up the game. Tahu lah dia duta kekal dengan L'oreal tapi sayang lah dia duduk dekat takuk yang sama dekat acara prestij macam Cannes. 

1. First Look


Untuk airport look, Aish mengenakan pakaian serba gelap di mana shirt berwarna kelabu dipadankan dengan skinny hitam. Blazer berwarna hitam dengan corak doodles sebagai hiasan. Handbag kulit hitam dan juga ankle boots dengan warna yang sama. Kalau Aish tak pakai blazer tu mesti nampak hot.

2. Neon Pink


Outfit ni depends dengan keadaan, ada masa dia nampak cantik, ada masa nampak macam makhluk pink. Mungkin sebab tak nampak details pada outfit ataupun terlampau senada baik dari design, potongan ataupun gaya pemakaian. Pant suit berwarna pink neon rekaan Pierpaolo Piccioli dari butik Valentino ni dilengkapkan dengan pointed heels dari butik yang sama. 

Mungkin lagi cantik kalau seluar tu skinny supaya tak menutup keunikan heels yang dipakai. Warna neon macam tak ngam dengan Aish bila muka dia nampak tenggelam dalam tona warna tersebut. 

3. Casual Day


Nampak macam Aish repeat je balik pakaian sebelumnya untuk keluar makan dengan keluarga sebab warna yang sama. Tapi tengok details pada blazer macam tak sama. Dia nampak lebih cantik dengan casual outfit macam ni kecuali strap heels dia. I wish she opted for sneakers macam Abhishek pakai instead of that heels. Aaradhya looks pretty by the way ;)

4. Silky Silhouette 


Tayangan perdana filem Top Gun: Maverick merupakan karpet merah pertama untuk Aishwarya Rai Bachchan. Tampil feminin dengan gaun hitam yang sarat dengan bunga hiasan pelbagai saiz dan warna dari butik Dolce & Gabbana. 

Quite disappointed actually with this gown. Badan Aish yang berisi nampak lagi berisi bila pakai gaun kembang dengan material yang keras buatkan Aish tenggelam. Bunga hiasan pun bersaiz ekstra besar baik di bahagian bahu ataupun bahagian bawah. Bila Aish bergambar diapit oleh orang lain, nampak cantik je gaun ni. Tapi bila dia seorang nampak tak cantik. Macam plastik sampah terkoyak keluar bunga ibaratnya. 

Tapiiiiii gaya rambut dan tatarias wajah Aish tampak cantik dan sesuai dengan tema yang dipakai pada majlis tersebut. Aish nampak feminin dan berseri. 

5. Pink Sequin


Ingatkan dress D&G tu dah cukup mengecewakan, here comes the worst dress ever from the same label. Sesiapa pun yang cadangkan dress ni dekat Aish patut dipecat. Looks horrendous! Dah lah tak ada shape, kain yang meleret tu pun tak cantik bentuknya, sequin yang digunakan pun tak sesuai. Cape dekat belakang pun macam belon parti yang dah hilang angin. 

Patutnya buat sleeve cape yang keras supaya nampak terletak cantik dekat bahu. Kalau tak nak guna material yang keras pun, guna lah chihffon atau organza supaya tak nampak berkedut seribu. Biar dia nampak beralun cantik je bila pakai. Trail tu pun tak perlu sebab pergi dinner event kot, tak rimas ke nak berjalan dekat dalam banquet hall tu? 

6. The Birth of Venus


“We live for art. We wanted to create magic, and Aishwarya’s timeless beauty has an almost other worldly charm, she inspires stories. Presenting Aishwarya as the new-concept Venus,” expresses Gaurav Gupta

Happy betul bila tahu sculptured dress berwarna violet ni hasil rekaan fashion designer terkenal, Gaurav Gupta. Custom-made dress ni dibuat khas untuk Aish dan mengambil inspirasi dari seni karya pelukis arca Itali, Botticelli.


Bukan saja mencuri perhatian kerana keunikan corak yang digunakan dan kombinasi warna yang terhasil dari manik yang digunakan, cape di bahagian atas juga menambahkan drama. Bergaya dengan pose apa sekalipun tetap nampak cantik. 

Makeup yang tebal di bahagian mata dengan wing eyeliner di bahagian atas dan eyeshadow berwarna gelap. Rambut yang dikumpulkan di bahagian kiri untuk serlahkan earpiece berbentuk kepak berwarna silver. Perfect for a goddess beauty!

Tepat lah pilihan Aish untuk guna khidmat Gaurav Gupta untuk mencipta fesyen ikonik bersempena 20 tahun berjalan di karpet merah Cannes. Walaupun kecewa dengan wardrobe dia yang lain, dress terakhir ni dah tebus rasa kecewa tu.