Wordless Wednesday | Kareena Kapoor Khan & Kaftan

Wednesday, 17 February 2021

 


















Pes Sup Nas Kitchen, Resipi Tradisional

Tuesday, 16 February 2021

Tengahari tadi makan sup ayam teringat pulak dekat pes sup dari Nas Kitchen ni. Sebelum ni pernah makan masa balik Sabak Bernam sebab mak beli dari kawan dia. Bila rasa sedap, memang laju la nak book pes sup ni. 


Dah lama mencari pes masakan sebab dah malas nak beli bahan mentah atau kering banyak sangat. Ada pes ni mudah kerja dekat dapur, tuang je masuk dalam periuk dah siap dah. Lagipun tak boleh nak berlama dekat dapur sebab sekarang ni busy update review dengan entry lain. 


Satu pes seberat 300 gram ni cukup untuk 5 hingga 8 orang makan tapi sebab I dengan adik je dekat rumah ni so 4 kali jugak lah guna pes sup ni baru habis. Bila dah buka pes ni takut kualiti dia berkurang jadi simpan dia dekat bahagian sejuk beku. Defrost banyak kali pun rasa tetap sedap. 

Minggu lepas buat bihun sup ayam guna pes ni tapi sup ada banyak lagi so isi ayam tu diracik lepastu gaul dengan bawang dan daun sup ada lebih lepas tabur dalam sup ayam. Sumbat semua ni dalam tauhu goreng buat tauhu begedil. Haaaa jimat! Satu pes boleh buat dua tiga menu. My mom cakap kalau buat bubur pun dia letak pes ni. Licin satu family makan. 


Mudah sangat buat tauhu begedil ni, setengah jam je dah penuh dua bekas tupperware lepastu simpan dalam peti sejuk. Breakfast makan tauhu begedil panas-panas minum dengan teh o memang terangkatttt! 

Nanti dah habis pes sup Nas Kitchen ni memang nak beli lagi sebab sedap. Kalau tak silap ada pes Ayam Masak Merah, Masak Lemak Salai, Asam Pedas dengan Rendang. Ada jugak order asam pedas tapi selalu out of stock. Bukan rezeki lah nampaknya. Kalau ada yang duduk area Sabak Bernam, boleh la try pes Nas Kitchen ni. 

Pengarah :  Azhari Zain

Penulis Skrip :  Azhari Zain

Pelakon :  Azman Ahmad, Wan Maimunah Aziz, Jaja Iliyes, Nabila Huda, Azman (PU Man), Danish Danieal @ Coki, Zali Shuhaili, Villa Hafiz, Salwani Shaari, Abu Bakar Ahmad

Syarikat Produksi :  Arie Zaharie Production Sdn Bhd, AA Success Pictures

Pengedar :  Astro First

Genre :  Drama / Jenayah / Aksi

Durasi Tayangan :  90 minit

Tarikh Tayangan : 4 Februari 2021

Trailer :

Filem Petaka mengisahkan Sham (Azman Ahmad), jejaka kampung berkorban menjaga ibunya, Kak Mah (Wan Maimunah Aziz) yang sakit disebabkan kencing manis dengan mengambil upah kerja kampung. Sementara Sham bekerja, adiknya Ekin (Jaja Iliyes) menjaga ibu mereka di rumah usang kepunyaan Pak Ya Dagu (Abu Bakar Ahmad). Kerana hidup melarat, Ekin tak mampu sambung pelajaran. 

Dalam masa yang sama, pemilik kedai perabot, Haziq (PU Man) pula serabut mencari ganti pemandunya yang hilang untuk mengambil dari sempadan. Barang ini perlu diserahkan kepada (Zamri Zali Shuhaili), konco Datuk Jamil (Villa Hafiz) di sebuah gudang. 

Dek kerana pujukan dan nasihat Kak Jah (Salwani Shaari) dan anaknya, Coki (Danish Danieal) yang kasihan dan prihatin dengan nasib Sham sekeluarga, dia setuju untuk bekerja dengan Haziq sebagai pemandu untuk mengubah kedaifan hidup ibu dan adiknya. Sham bertekad untuk menebus rumah peninggalan arwah ayahnya memandangkan tiada siapa yang berminat untuk beli. 

Kerja Sham mudah, cuma perlu ambil barang di sempadan Thailand kemudiannya bawa ke alamat yang diberikan melalui aplikasi Waze. 

‘Dengar arahan saya. Jangan banyak tanya, jangan periksa barang, jangan bagitahu keluarga awak tentang kerja ni. Ambil barang terus hantar. Jangan melencong ke mana-mana dan tepati masa.’ – Haziq

Setiap kali Sham berjaya hantar barang kepada Zamri, dia akan dibayar dengan jumlah yang tinggi hingga mencecah ribuan ringgit. Ada kalanya dia akan diberikan bonus. Malangnya bila sudah selesa, Sham lupa dengan pesanan Haziq hingga menggadaikan nyawa ibu dan adiknya. 

Filem yang bertemakan keldai dadah menggunakan elemen heavy drama dengan konflik kekeluargaan dan kesempitan hidup. Filem terbitan Arie Zaharie Production Sdn Bhd dan AA Success Pictures ini disokong oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bersempena dengan sambutan hari Kempen Antidadah Kebangsaan ke-38 pada 19hb Februari 2021. Platform yang tepat untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai dadah. Sebelum ni AADK pernah berkolaborasi dengan duta mereka, Floor 88 dengan lagu Chikadun. 

Kejutan untuk filem ni bila PU Azman berlakon watak antagonis untuk pertama kali! Terkejut jugak lah bila tengok dia sebagai watak Haziq even dia pernah cakap dia tak selesa tapi most of the time lakonan dia menjadi. Mungkin disebabkan berganding dengan pelakon yang bagus seperti Nabila Huda sebagai pembantu dia di kedai perabot tu buatkan dia rasa yakin untuk deliver watak macam tu. 

Berlatarbelakangkan kehidupan dan suasana masyarakat di Kedah, visual dari lensa Hafiz Rashid nampak cantik dengan panorama sawah bendang dan kawasan jeti. Kalau movie genre drama ni memang kebanyakan scene dalam close up view untuk menghidupkan mood emosi tambah pula bila Wan Maimunah lontarkan dialog syahdu dan soundtrack Salahku dari Yonniboy. Seram tengok kaki dia yang dah buruk hasil kerja Hafizah sebagai tatarias. 

Baik watak utama atau watak sampingan dan juga extra semuanya nampak bagus dalam watak masing-masing terutamanya Kak Jah, Coki dan Ekin. Dalam screentime yang pendek pun berjaya menyerlah dan mencuri tumpuan. Dekat bahagian credit scene ada tunjuk gambar Azman dengan ibu kandung dia yang sakit kencing manis so no wonder lah dia mampu bawa watak Sham sebab dah ada pengalaman dari kisah hidup sendiri. 

Walaupun pace filem ni agak perlahan dan ada beberapa scene yang boleh dikembangkan lagi, tapi mesej sosial yang dibawakan sangat sesuai untuk tontonan keluarga. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 7.5/10