Movie Review |Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini

Saturday, 6 February 2021

Pengarah : Angga Dwimas Sasongko

Penulis Skrip : Jenny Jusuf, Angga Dwimas Sasongko, Melarissa Sjarief

Pelakon : Rachel Amanda, Rio Dewanto, Sheila Dara Aisha, Ardhito Pramono, Donny Damara, Susan Bachtiar, Oka Antara, Niken Anjani, Agla Artalidia

Syarikat Produksi : Visinema Pictures, IDN Media, Blibli.com, XRM Media 

Pengedar :  Visinema Pictures, Netflix

Genre :  Drama

Durasi Tayangan :  121 minit

Tarikh Tayangan : 2 Januari, 2020

Trailer :

Diadaptasikan dari novel dengan judul Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini hasil karya penulisan Marcella FP menjadi sebutan kerana mendapat 30 pencalonan untuk pelbagai kategori dalam pelbagai award event. Movie yang diterbitkan pada tangga 2 Januari 2020 ni dibawa masuk ke Malaysia pada bulan April 2020 melalui Astro Shaw dan sudah diterbitkan oleh Netflix juga. 

Mengisahkan tentang sebuah keluarga yang mempunyai konflik dalaman sepertimana tagline yang ditekankan oleh team production – Setiap Keluarga Punya Rahsia. Dari awal movie lagi dan diberi hint tentang rahsia tersebut tapi menjadi tanda tanya apa yang berlaku sampai lah kesemua ahli keluarga meledak dengan perasaan yang berpuluh tahun disimpan. 

Dari watak seorang ayah, boleh nampak Narendra (Donny Damara) jadi trauma dan paranoid dengan kejadian hitam tersebut. Dan kerana itu dia mula meletakkan tanggungjawab besar buat anak lelaki sulung dia, Angkasa (Rio Dewanto). Pantang silap sikit mula lah dia bagi amaran pada Angkasa. Aurora (Sheila Dara Aisha) merasa kehilangan bila ahli keluarga dia beri perhatian yang lebih terhadap anak bongsu, Awan (Rachel Amanda). 

Walaupun si ibu, Ajeng (Susan Bachtiar) lebih banyak mengalah, berdiam dan memujuk anak-anaknya tapi dia pun tak dapat kawal keadaan tersebut. Dia pun ada kesedihan yang dia terpaksa simpan supaya semuanya tetap kuat menjalani hari yang mendatang. Bila Awan berjumpa dengan Kale (Ardhito Pramono), perspektif hidup dia mula berubah dan kerana itu dia berani melawan kata-kata Narendra.

 

Sekali lagi perhatian terarah kepada Awan, sekali lagi Angkasa dipersalahkan dan sekali lagi juga Aurora diketepikan walhal dia ada pameran seni yang penting dalam hidup dia. Bagaimana Narendra dan Ajeng selesaikan masalah ni walaupun dah cuba yang terbaik untuk beri yang etrbaik kepada anak-anak?

"Selalu ada yang pertama kali dalam segala sesuatu... termasuk gagal." - Angkasa

Rahsia dalam keluarga ni tak lah membebankan atau sulit sangat pun. Tak tahu kenapa Narendra beria sangat nak rahsiakan dari Aurora dan Awan sampai menjejaskan Angkasa. Bagi Ajeng mungkin sulit lah sebab dia jadi gila meroyan sampai abaikan anak-anak. Bukan rahsia yang jadi beban tapi sebenarnya konflik setiap watak yang disimpan sampai jadi barah dalam keluarga. Mesejnya, komunikasi. 

Sinematografi dari Yadi Sugandi menghidupkan seni visual dengan panorama kota Jakarta yang nampak realistik baik dari kesibukannya ataupun dari keasyikan makanannya. Seni yang dieksperesikan melalui watak Aurora juga nampak cantik dan kreatif. Bilik Aurora paling cantik dengan koleksi seni yang dipamerkan. 

Antara punca masih bertahan tengok movie ni sebab penasaran dengan rahsia keluarga dan dialog yang puitis dilontarkan oleh beberapa watak terutamanya Kale.  

"Nyaman itu memang kadang jadi jebakan. Bikin takut ke mana-mana. Bikin nggak siap sama gagal." – Kale

I guess pengarah cuba tekankan konsep kegagalan yang perlu kita hadapi untuk membesar atau berkembang menjadi lebih baik. Bila watak Narendra cuba yang terbaik sediakan untuk anak-anak dia sedangkan mereka semua perlu juga gagal untuk jadi lebih baik. Scene Ajeng cuba pujuk Angkasa bila anak sulung dia menyesal dengan apa yang terjadi. 

"Tidak ada penderitaan sebesar apapun, kesulitan seperti apapun, yang bisa menggantikan kebahagiaan." - Ajeng

Movie ni mungkin agak overrated sebab emosinya tak lah sebeban mana pun dan ada yang lebih teruk lagi. Mungkin dari segi suntingan bijak bermain dengan susur masa bila scene bersilih ganti antara waktu sekarang dengan flashback tanpa rasa lelah. 

Dari movie ni rasa suka dengan watak Kale dan madah puitis dia dan berita baiknya, ada spin-off untuk watak Kale – Story Of Kale : When Someone’s In Love di mana prequel kepada Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini sebab ada scene Kale mention dekat Awan yang dia dulu pernah bahagia tapi dia dah taknak terikat dengan sesiapa untuk merasa bahagia. 

Dan movie Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini dah pun dibikin series tapi tak tahu lah nak tengok ke tak sebab movie pun kurang umpphhh. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 =7.6 /10

Movie Review | June & Kopi (2021)

Pengarah :  Noviandra Santosa

Penulis Skrip :  Noviandra Santosa

Pelakon : Acha Septriasa, Ryan Delon, Makayla Rose Hilli, Tije, Reza Aditya  

Syarikat Produksi :  Aurora Films, Netflix

Pengedar : Netflix

Genre :  Drama  Komedi

Durasi Tayangan :  90 minit

Tarikh Tayangan : 28 Januari 2021

Trailer :

Masa tengok trailer dah nampak movie yang bertemakan hubungan binatang dan manusia ni akan terarah ke mana sebab dalam trailer pun dah cukup jelas tentang idea pengarah dan penulis Noviandra Santosa di bawah produksi Netflix untuk movie pertama Indonesia yang berkisar tentang anjing. 

Mengisahkan Aya (Acha Septriasa) yang berjumpa dengan seekor anjing putih di jalan semasa membeli sate. Anjing tersebut berlindung di belakang Aya kerana takut dengan sekumpulan budak lelaki yang mengejarnya. Aya mengusir mereka pergi tapi tak nak bawa anjing putih tu pulang ke rumah sebab takut nanti suaminya, Ale (Ryan Delon) tak setuju. Lagipun mereka sudah ada Kopi. 

Tapi disebabkan kasihan, Aya cuba sorok dan sembunyikan di bilik bayi yang kosong. Of course lah kantoi sebab habis satu bilik bersepah dan Ale terdengar suara anjing menyalak. Aya janji akan bawa anjing tu ke kedai Reza keesokan harinya. Kebetulan dia nampak kalendar bulan 6 jadi Aya namakan anjing tersebut sebagai June. Tak lama pun June dekat kedai Reza dan berjaya lari balik ke rumah Aya. 

Nak tak nak terpaksa lah Ale terima dengan syarat June tak boleh nakal atau sepahkan rumah. Nasib baik Aya sentiasa ada di rumah kerana kerjaya dia sebagai pelukis komik. Boleh la dia jaga June dan Kopi. Walaupun Kubis selalu tegur June tapi dia tak pernah berani ke sebelah sebab tuan Kubis adalah seorang budak lelaki. 

Ale makin risau bila dapat tahu Aya mengandung sebab June tak suka dengan budak kecil. Dari awal lagi dia sudah jelaskan yang dia akan buang June sekiranya menjadi ancaman kepada anak perempuan mereka, Karin (Makayla Rose Hilli).

Karakter June dan Kopi diinspirasikan dari anjing-anjing peliharaan pengarah Noviandra Santosa sendiri bila mereka berdua adalah anjing-anjing adoption so salah satu mesej utama dari movie ni ialah ‘adopt, don’t buy’ macam scene Aya adopt June lepas terjumpa dia di tepi jalan dan juga scene Ale temankan Karin pergi ke dog centre. Dekat situ tuan yang menjaga bagitahu kebanyakan anjing dekat situ diambil di jambatan kemudian dirawat dan dipelihara sebelum jumpa tuan baru. 

Kalau movie under Netflix memang sinematografi dia cantik lah dengan kepakaran Budi Utomo menggunakan upside down shot, panorama, dolly ataupun point of view shot. Tone warna yang warm buat kita rasa dekat dengan karakter June dan Aya. Masa tengok movie ni perasan jugak kadang-kadang fizikal June berubah sebab ada masanya akan nampak June seperti anjing husky. Rupanya team production guna body double untuk beberapa stunt. 

June dan Kopi ni memang pandai berlakon baik dari body gesture mahupun ekspresi muka so most of the scene I akan awwww je. Menyampah tengok movie tentang anjing ni mesti rasa nak bela jugak tapi tak boleh. Scene Kopi tolong buka pintu untuk June tu kelakar kot. Sayangnya tak ada dialog yang padu untuk scene drama ataupun dialog dari Karin yang dijaga oleh June sejak kecil. Scene June salam Ale tu memang menangis teruk lah. Ada lagi scene yang lain bikin nangis tapi nanti jadi spoiler pulak. 

Durasi 90 minit tu terasa sangat pendek tambah pula pengarah bazirkan masa dengan scene di hutan. Scene yang predictable jugak lah sebab beberapa kali pengarah cuba create intense moment dengan tayang beberapa kali ‘benda’ tu. Scene Karin masuk ke hutan tu pun lebih menarik kalau dia leka bermain dengan rama-rama ataupun burung sampai tersesat. Tapi pengarah cuma letakkan pendorong tu terhadap budak lelaki yang ganas padahal dia tak kacau Karin dah pun. Boleh je kalau Karin mengadu dekat Aya instead of masuk hutan. 

Anyway movie yang menarik di permulaan 2021 dari Netflix Indonesia. Nak tunggu movie Layla & Majnun pula lakonan Acha Septriasa jugak dengan Reza Rahadian. Hiks! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.2/10

Movie Review | Sir – Is Love Enough?

Director : Rohena Gera

Writer : Rohena Gera

Cast : Tillotama Shome, Vivek Gomber, Akash Sinha, Rashi Mal

Production Company : Platoon One Films

Distributor : Netflix

Genre : Drama

Running Time : minutes

Release Date : 14 May 2018 (Cannes), 20 September 2018 (Netherlands), 13 November 2020 (India)

Trailer :

Berlatarbelakangkan Mumbai, Ratna (Tillotama Shome) mengemas rumah seperti biasa sementara tunggu Ashwin (Vivek Gomber) balik rumah. Ramai yang datang untuk kuatkan semangat bila perkahwinan antara Ashwin dengan Sabina (Rashi Mal) dibatalkan bila dapat tahu bakal isteri dia curang dengan lelaki lain. 

Ratna jarang bercakap dengan tuan dia tapi dia sentiasa pastikan semuanya cukup lengkap serba-serbi. Bercerita tentang kisah peribadi tuan dia pun tidak pernah. Bila Raju (Akash Sinha) si driver cuba korek cerita, Ratna akan halau atau diamkan saja. Kata Raju, Ratna kena cari tuan yang baru sebab tak manis duduk berdua serumah. 

Ratna tak pedulikan langsung sebab dia kenal tuan dia macam mana. Tambah pula dia sendiri tak pernah melebihi batas. Dia tahu dan sedar dia cuma orang gaji yang perlu cari duit untuk sara keluarga di kampung. Walaupun keluarga tuan dia berkasar pun dia tak pernah ambil hati langsung. Sampai lah tuan dia mengaku yang dia jatuh cinta dengan Ratna. 

Cukup kah sekadar cinta antara Ratna dan tuan dia sedangkan realitinya perhubungan mereka akan dicemuh dan dijadikan bahan jenaka. Keluarga tuan dia pun tak akan terima satu-satunya anak lelaki mereka berkahwin dengan orang gaji. 

Agak lambat juga untuk sampai ke klimaks bila pengarah dan penulis Rohena Gera tunjuk kehidupan dua watak utama tentang bagaimana Ratna yang simpan impian untuk buka butik sendiri. Dan juga kehidupan Ashwin yang cuba move on dengan apa yang jadi di kota besar India tu sedangkan life dia dekat New York sebagai penulis dah cukup membahagiakan. Dalam trailer tu dah dekat hujung dah bukannya dekat first half. Agak tertipu jugak lah dengan trailer ditambah pace yang perlahan sampai ada beberapa part yang rasanya boleh dikembangkan lagi.  

Di kala semua orang di sekeliling dia pujuk untuk move on dengan introduce kenalan wanita baru dan belajar untuk adapt dengan kerjaya sebagai engineer, Ratna pula lebih suka dia jadi penulis. Mungkin sebab tu juga Ashwin jatuh cinta sebab ada yang betul-betul dengar dan faham keadaan dia. 

Keadaan mereka berdua sama bila terpaksa bekerja dalam bidang yang jauh menyimpang dari minat dan impian untuk jaga hati keluarga. Kedua-duanya juga pernah merasa kehilangan orang tersayang bila Ratna adalah seorang balu yang kematian suami dia dek kerana sakit kronik lepas 4 bulan berkahwin. Ashwin pula kehilangan abang disebabkan kanser sebab tu dia diminta pulang ke Mumbai. 

Visual dari lensa Dominique Colin mainkan peranan yang sangat besar untuk menghidupkan screenplay dalam menerangkan perbezaan yang ketara antara dua watak sedangkan tinggal sebumbung. Macam scene Ashwin tengok news dengan TV LED besar dalam bilik yang selesa dibatasi dengan dinding tebal kemudiannya bawa ke bilik Ratna yang leka menonton drama TV dalam bilik yang sempit. 

Masa awal movie boleh nampak jarak mereka berdua agak besar tapi makin lama makin rapat menunjukkan mereka berdua makin selesa bercerita sampai tahap Ratna boleh tunjukkan marah bila Ashwin tanya tentang impian dia di dapur. Bila scene ada perbezaan antara mereka, Dominique shoot dari perspektif yang menunjukkan jurang antara mereka berdua macam scene dekat rooftop berbicara tentang Tuhan dan agama. 

Lepas Ratna keluar dari rumah tersebut baru nampak keadaan bilik air dia yang bersih, cantik dan selesa untuk dia guna kemudiannya beralih kepada scene di mana Ratna perlu beratur untuk guna bilik air. Jelas sangat yang Ratna berpegang dengan prinsip dia dan berani macam tuan dia gambarkan pada first half movie. 

Banyak lagi realiti kehidupan yang ditunjukkan melalui perspektif dan permainan panorama dalam menonjolkan perbezaan kehidupan dua darjat dan kasta. Kudos to the team for the details. Movie Sir ni terpilih untuk ditayangkan di Cannes tahun 2018 dan menariknya dalam movie Sir tak ada langsung bahasa-bahasa kesat yang dikeluarkan cuma ayat yang kasar sahaja. Satu mesej yang besar juga untuk buktikan bahasa kesat bukan penanda aras kualiti sesebuah movie. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 8.6/10