Showing posts with label movie Indonesia. Show all posts
Showing posts with label movie Indonesia. Show all posts

Movie Review | Tersanjung the Movie (2021)

Sunday 19 December 2021

Pengarah : Pandu Adjisurya, Hanung Bramantyo, Nur Jihat Hisyam

Penulis Skrip : Pandu Adjisurya, Hanung Bramantyo

Pelakon : Clara Bernadeth, Giorgino Abraham, Kevin Ardillova

Syarikat Produksi : MVP Pictures, Dapur Film

Pengedar : Netflix

Genre : Romantik / Drama

Durasi Tayangan : 114 minit

Tarikh Tayangan : 1 April 2021

Movie Review | Dignitate (2020)

Sunday 7 November 2021

Pengarah : Fajar Nugros

Penulis Skrip : Fajar Nugros

Pelakon : Al Ghazali, Caitlin Halderman, Giorgino Abraham, Teuku Ryzki, Sonia Alyssa, Lania Fira

Syarikat Produksi : MD Pictures

Pengedar : Disney+ Hotstar, Netflix, Vidio, Viu

Genre : Rmantik / Drama

Durasi Tayangan : 109 minit

Tarikh Tayangan :  23 Januari 2020

Trailer :


Filem yang diadaptasikan dari novel dengan judul yang sama, Dignitate (Bermartabat) karya Hana Margaretha berlatarkan kehidupan di sekolah menengah. Alfi (Al Ghazali) merupakan pelajar yang paling bijak di dalam kelasnya tapi tak suka dengan perhatian yang dia dapat dari pelajar wanita terutamanya Natasha (Sonia Alyssa). Bukan setakat crush dengan Alfi malah declare pelajar lelaki tersebut adalah bakal kekasih dia. 

Amaran dan statement yang sama dikeluarkan kepada Alana (Caitlin Halderman), pelajar baru yang berpindah ke sekolah pada pertengahan semester gara-gara kisah silam dia bersama Regan (Giorgino Abraham) yang panas baran dan tahi dadah. Di sekolah Alana dapat duduk di sebelah Alfi tapi perkara tu selalu buatkan mereka bertengkar sebab Alfi tak suka belajar dalam keadaan bising manakala Alana suka menyanyi dengan kuat. 

Lama-kelamaan mereka berdua makin rapat dan jatuh cinta tapi Alana dapat tahu Regan adalah abang kepada Alfi. Sejak dari tu Alana mula menjauhkan diri daripada Alfi tambah pula bila dia dapat tahu Sabitha (Lania Fira) adalah salah seorang mangsa yang diperkosa oleh Regan. 

Macam tak adil lah Sabitha dengan Alana hukum Alfi sedangkan yang buat dosa tu adalah abang dia. Alfi dah cukup sakit dengan kehilangan ayah dia, dekat sekolah pula kena hadap hukuman macam tu. Tapi cara Alfi selesaikan masalah keluarga dia pun macam kelakar jugak. Nak marah Alfi pun tak boleh jugak sebab dia muda lagi tapi owner bengkel tu pun dah kenapa sokong keputusan Alfi? 

First half movie ni best jugak lah layan sebab watak Keenan (Teuku Ryzki) tu kelakar walaupun dia kawan baik Alfi yang serius je sepanjang masa. Perjalanan kisah Alfi dengan Alana pun sweet jugak lah tapi most of the time dok syok tengok Al Ghazali sebab dia handsome dengan suara dalam macam tu. Macho betul. Muka dia ada iras Tengku Hassanal pulak tu. 

Bila masuk second half macam tak boleh hadam sebab keputusan kesemua watak macam pendek akal. Mungkin sebab diorang pelajar sekolah lagi so okay lah justified lah kan tapi tindakan dan keputusan watak sampingan dewasa pun sama level je buatkan kita jadi macam biar betul cerita ni? Kelakar bila cikgu sekolah dia mintak Alfi pergi cari Alana dengan Sabitha padahal tu tanggungjawab dia sebagai penjaga untuk lawatan tu? Patutnya dia pergi cari pelajar yang hilang tapi bagi autoriti pada Alfi untuk jaga pelajar yang ada dekat restoran supaya tak ada yang hilang juga. 

Memandangkan naskhah Dignitate ni terbitan MD Pictures, sinematografi dari Robie Taswin disunting dengan cantik bilamana penggunaan cahaya yang menguatkan babak kisah cinta Alfi dan Alana. Panorama di laut antara scene cuci mata sebab kawasan tu cantik walaupun para nelayan tengah mengadu nasib dekat pelajar yang datang untuk buat assignment pasal ekonomi. 

‘Berapa purata pendapatan dengan menjual ikan?’

‘Pendapatan, jodoh dan maut semuanya di tangan Tuhan.’

Berdekah betul tengok scene diorang pergi interview semua nelayan dekat situ sebab setiap soalan tu unexpected betul jawapan diorang. Student nak tulis dalam report pun takut tapi tu je lah hasil interview yang diorang dapat. Music score dari Andhika Triyadi membantu mood dan suasana dalam setiap babak sepanjang 109 minit. 

Walaupun movie Dignitate ni mempunyai tema maruah keluarga tapi takt ahu lah jalan cerita dia boleh beri pengajaran ataupun tidak. Nevertheless I suka tengok chemistry Al Ghazali dengan Caitlin, hopefully lepas ni ada projek dengan genre romantik yang mempunyai skrip bagus. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.3 = 6.5/10

Movie Review | Mekah, I’m Coming (2020)

Sunday 31 October 2021

Pengarah : Jeihan Angga

Penulis Skrip  : Jeihan Angga

Pelakon : Rizky Nazar, Michelle Ziudith, Ephy Sekuriti, Totos Rasiti, Ria Irawan, Rasyid Karim

Syarikat Produksi : MD Pictures, Dapur Film

Penerbit : Disney+ Hotstar, Netflix, Vidio, Viu

Genre : Satira / Komedi

Durasi Tayangan : 93 minit

Tarikh Tayangan : 21 November 2019 (JAFF), 5 March 2020 (Indonesia)

Trailer :


Sebelum ni pernah nampak blogger Tiara share pasal movie satira komedi arahan Jeihan Angga ni dekat blog dia. Masa scroll Netflix ternampak pulak movie ni terus tekan play sebab naskhah santai. Mengisahkan tentang Eddy (Rizky Nazar) yang ingin menunaikan haji di Mekah supaya dapat berkahwin dengan kekasihnya, Eni (Michelle Ziudith). 

Malangnya dia ditipu oleh ejen pelancongan tapi salah dia jugak sebab dengan mudah percaya dengan penjual tiket yang dia jumpa di tepi jalan. Watak Eddy ni seorang yang tak boleh diharap sebab buka bengkel pun gagal bila tak ada ilmu mengenai automotive pun. Mak dia selalu lemah jantung bila nampak ada kereta meletup dekat kampung tu. Dah tahu dah siapa punya angkara. 

Sama la jugak dalam kes nak pergi Haji ni bila dia tak buat research langsung tentang ejen tersebut. Kita yang tengok ni pun dah nampak that guy is shady. Tapi nak dijadikan cerita jugak kan, menangis lah Eddy dengan si Fajrul (Ephy Sekuriti) lepas tahu ditipu dengan ejen yang sama. Nak balik ke kampung, takut. Nak tak nak terpaksa lah bekerja dengan Pak Rojak (Rasyid Karim) dan tumpang tinggal di rumahnya. 

Nasib baik lah Eddy dengan Fajrul ni ada skills masing-masing sampai perniagaan Pak Rojak yang hampir melingkup boleh berkembang dengan baik. Dalam masa yang sama, Eddy minta bantuan Fajrul untuk edit gambar dia di Mekah untuk dihantar kepada Eni dan bapanya (Totos Rasiti). Cadangnya Hari Raya Aidilfitri nanti dia akan pulang ke Jawa kemudian berkahwin dengan Eni. Berjaya tak plan tersebut kena tengok sendiri lah. 

First half movie ni memang I tak enjoy langsung sebab menyampah dengan watak Eddy dan juga beberapa babak yang try hard untuk buat lawak. Lagipun I tak boleh nak relate dengan keputusan Eddy untuk pergi ke Mekah sampai gadai aset yang dia ada. Tapi tu lah realiti masyarakat Muslim sekarang sampai berhutang sana-sini walhal pergi Haji tu untuk yang mampu. Masuk second half baru lah syok nak layan especially part Eddy balik ke kampung dia tu dengan scene Pak Soleh mute suara Eni dekat gunung tu. 

Memandangkan movie Mekah, I’m Coming ni terbitan MD Pictures jadi tak hairanlah kalau sinematografi hasil karya Robby Herbi memukau dengan keindahan kawasan pergunungan. Walaupun pengarah Jeihan Angga baru debut dengan movie ni tapi paparan visualnya diolah dengan bagus sekaligus menghidupkan babak kelakar dengan pergerakan kamera yang kreatif. Wardrobe dan art team juga menyerlah dengan busana yang cantik terutamanya pada kumpulan qasidah Eni.  

Lakonan Rizky Nazar sebagai Eddy yang loser tapi baik hati antara kekuatan movie satira ni. Dia tak berlebihan untuk buat komedi ataupun tak berlebihan dalam babak putus cinta dengan Eni. Scene dalam tempayan tu kelakar. Movie ni adalah movie terakhir untuk pelakon senior Ria Irawan. Nampak sesuai benar dia jadi ibu kepada Eddy. Cantik anak-beranak tapi kepala masuk air. 

Selain dari mesej untuk berwaspada dengan ejen travel haji yang pernah menjadi isu besar di negara Indonesia, mesej supaya jangan menghakimi seseorang pun diketengahkan beberapa kali di dalam naskhah ni. Betul lah apa yang Eddy cakap tu, dia cuma tipu dia berada di Mekah melalui beberapa gambar uang diedit tapi dia tak pernah mencuri duit sesiapa pun. 

Movie Mekah I’m Coming ni sesuai untuk tontonan keluarga secara santai supaya dapat ambil pengajaran yang dipaparkan. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.2 = 8/10

Movie Review | Sobat Ambyar (2021)

Friday 1 October 2021


Pengarah : Charles Gozali, Bagus Bramanti

Penulis Skrip : Bagus Bramanti, Gea Rexy

Pelakon : Bhisma Mulia, Denira Wiraguna, Sisca JKT48, Asri Welas, Erick Estrada, Mo Sidik, Didi Kempot 

Syarikat Produksi : Magma Entertainment, Ideosource Entertainment, Paragon Pictures, Rapi Films 

Pengedar : Netflix

Genre : Romantik / Drama

Durasi Tayangan : 101 minit

Tarikh Tayangan : 14 Januari 2021 (Indonesia)

Trailer :

Jatmiko (Bhisma Mulia) ialah seorang pemilik kedai kopi yang bergelut dengan masalah kewangan bila kedainya jarang dikunjungi. Berkonsepkan café moden dengan interior menarik dan menghidangkan kopi-kopi international akhirnya terpaksa ditutup sebab tak mencapai target untuk bayar bil bulanan. Sampai lah satu hari Saras (Denira Wiraguna) muncul dan mencuri hati Jat.

Khas untuk Saras, kopi yang dibancuh berbeza dengan kopi-kopi lain bila Jat menggunakan kopi Tembang Manis. Kopi ni adalah hasil gabungan tiga jenis biji kopi – Robusta dari Banaran, Arabica dari Temanggung dan yang terakhir ialah Excelsa dari Wonosobo. Sebelum dikisar, kesemua biji kopi perlu digongseng (dipanggang) dahulu. 

Kebetulan Saras sedang mencari bahan untuk thesis dia tapi sulit untuk dia bekerja bila ramai lelaki yang suka berdrama datang mengganggu dia. Jat mula menghulurkan bantuan dan menceritakan tentang kopi Tembang Manis dan proses pembuatan minuman istimewa yang dihasilkan dari generasi ke generasi. Anehnya Jat tak pernah cuba untuk jual minuman sedap ni di café miliknya. Kenapa simpan buat yang teristimewa kalau boleh berkongsi kebahagiaan tu dari orang lain yang lebih menghargai? I mean, coffee lovers mesti happy bila dapat minum kopi yang sedap selain Americano, latte atau cappuccino yang boleh didapati di mana-mana café kan?

Tarikan utama filem Sobat Ambyar (The Heartbroken Club) yang diarahkan oleh dua pengarah - Charles Gozali dan  Bagus Bramanti ni adalah penampilan istimewa oleh penyanyi terkenal, Didi Kempot yang diberi nama jolokan King of Heartbroken Songs. Movie ni adalah movie yang pertama dan yang terakhir dia buat penampilan khas. Watak Jat juga adalah peminat setia penyanyi tersebut. 

Dari tajuk movie pun dah boleh agak perjalanan cerita macam mana cuma kita tak tahu perjalanan ceritanya sahaja bagaimana. Masa tengok Saras bagitahu pasal lelaki-lelaki yang mengganggu dia pun dah tahu perangai dia macam mana cuma watak Jat ni terlampau naïf sebab karakter dia pun pemalu. Memang mudah sangat untuk Saras ambil kesempatan. Tengok muka dia menggoda pun dah boleh nampak ni bukan pertama kali. 

Olahan movie ni tak lah menarik sangat sebab elemen drama tu tak mendalam sebagaimana dalamnya emosi pada lagu-lagu Didi Kempot. Selain dari drama, movie terbitan Netflix ni juga banyak bergantung pada babak komedi yang ada masanya tak lah menjadi sangat. Watak lelaki-lelaki yang mengganggu juga try hard untuk menghidupkan suasana kelakar tapi penulis tak kembangkan dengan baik. Mungkin lebih menarik kalau letak backstory bagaimana Saras permainkan cinta diorang? 

Objektif pengarah adalah menjadikan Sobat ambyar sebagai tribute kepada penyanyi Didi Kempot tapi lebih baik kalau diterangkan lebih banyak lagi tentang penyanyi terkenal tersebut supaya yang tak kenal jadi kenal. Kenapa lagu dia menjadi pengubat lara kepada mereka yang patah hati? Instead of biarkan watak Pet (Erick Estrada) yang ajar Jat untuk move on dan menghargai orang sekeliling. Tak faham kenapa Saras nak datang balik untuk pulangkan rantai emas vintage yang Jat belikan kalau karakter dia digambarkan sebagai antagonis dalam kisah cinta mereka berdua. 

Banyak plot yang tak dikembangkan dengan baik walhal barisan pelakon deliver watak dengan bagus. Bhisma Mulia dan Denira Wiraguna pun nampak serasi dan comel untuk babak-babak romantik. Visual yang menarik oleh Hani Pradigya dan music album dengan lirik yang meghidupkan mood juga sesuai dengan situasi antara faktor positif dalam movie Sobat Ambyar. Untuk tontonan santai bolehlah layan. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0 = 5.7/10

Movie Review | Laundry Show (2019)

Sunday 19 September 2021

 

Pengarah : Rizki Balki

Penulis Skrip : Upi Avianto, Uki Lukas

Pelakon :   Boy William, Gisella Anastasia, Tissa Biani Azzahra, Erick Estrada, Gabriella Desta, Mamat Alkatiri, Mbok Tun, Marshel Widianto, Indra Jegel, Fajar Nugra, David Saragih

Syarikat Produksi : MVP Pictures, Multivision Plus (MPV)

Pengedar : MVP Pictures, Netflix

Genre : Komedi / Romantik

Durasi Tayangan : 97 minit

Tarikh Tayangan : 7 Februari 2019

Trailer :


Diadaptasikan dari novel The Laundry Show karya penulisan Uki Lukas, movie ni mengisahkan tentang Uki yang mesra dipanggil Kokoh (Boy William) menyampah dengan kehidupannya yang bekerja makan gaji. Dek kerana motivasi yang dia selalu tonton di televisyen, dia tekad untuk berhenti kerja untuk membuka kedai cuci baju dengan menggunakan ilmu dan skill yang dipelajari oleh ibunya. 

Nak buka bisness bukanlah sesuatu yang sukar tapi nak maintain perniagaan dengan kepuasa pelanggan tu yang susah sebenarnya. Tak pasti kenapa Uki tak menitikberatkan skills pekerja sehinggakan perniagaan terjejas dek kerana perangai para pekerja yang banyak kerenah. Baru lah dia faham kenapa boss syarikat lama dia mudah stress. 

Dalam movie ni watak dengan perangai atau personality selekeh diambil untuk mewujudkan rasa komedi seperti Mbok Ani (Mbok Tun) yang rabun teruk sehingga tak dapat bezakan kemeja dengan celana. Sama juga dengan Ujang (Fajar Nugra) yang sentiasa masuk kerja lambat dan beri pelbagai jenis alasan walaupun tidak masuk akal kepada Uki. Bukan watak Uki sahaja yang sakit hati tapi kita jadi geram sekali dengan perangai Tiur (Tissa Biani Azzahra) yang culas buat kerja. 

Belum habis memikirkan masalah pekerja, timbul lagi satu masalah bila ada kedai laundry baru dibuka di barisan lot hadapan. Habis semua pelanggan tertarik ke sana disebabkan kedai laundry yang lebih cantik, mesin yang moden, bau wangian yang lebih harum serta pekerja yang lebih cantik fizikalnya berbanding kedai laundry milik Uki. Terkejut bukan kepalang bila pemilik kedai laundry baru tersebut ialah gadis yang sama dia jumpa di pasaraya tempoh hari. 

Uki sakit hati dengan Agustina (Gisella Anastasia) kerana pada dia perempuan tersebut sengaja datang untuk bunuh perniagaan dia. Banyak lagi tempat lain yang kosong dan tiada kedai laundry tapi kenapa perlu buka di hadapan kedai Uki? Agustina pula tetap dengan keputusan dia untuk buka di situ. Kalau Uki yakin dengan business dia, tak perlu lah melatah bila ada pesaing. 

Sejak Agustina buka kedai di situ dah boleh nampak lah plot akan terarah pada persaingan antara dua kedai yang menawarkan khidmat yang sama. Dari awal movie lagi dah boleh nampak yang perusahaan Uki akan kalah sebab kelemahan terbesar adalah pada pekerja dia. Olahan Rizki Balki membuatkan movie The Laundry Show yang bertemakan start-up dan usahawan muda ni tampak cliché dan hambar.

 

Tak banyak pun babak romantik antara Agustina dan Uki kecuali di hujung cerita itupun dirasakan hambar tanpa chemistry antara mereka berdua. Watak Agustina tak dikembangkan dengan baik dan pengarah tak cuba letak backstory supaya penonton rasa kasihan dan connected dengan struggle dia sebagai anak keluarga kaya tapi dipandang rendah baik oleh keluarga sendiri mahupun orang luar.  

Ada beberapa tips yang dikongsikan oleh watak Uki mengenai kaedah mencuci kotoran degil tapi tips tu tak banyak dan cuma dikongsikan melalui teori sahaja bukan dipraktikkan di kedai dobi dia kecuali pada babak mereka membantu Agustina ketika diuji oleh ayah dia. Menarik kalau Agustina bertukar ilmu perniagaan kepada Uki sebab dia lahir dalam keluarga yang sudah kenal selok-belok dunia bisnes. Agustina buka kedai dobi pun untuk buktikan kepada keluarga yang dia boleh cari duit sendiri tanpa mengharapkan bantuan keluarga. 

Walaupun sinematografi dari Ahsan Andrian nampak menarik dengan beberapa props yang tampak moden dan sesuai dengan latar cerita ni tapi skrip, naratif dan alur cerita tersangat lemah sehinggakan 97 minit terasa tersia. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0 = 4.5/10

Movie Review | Soekarno (2013)

Saturday 18 September 2021

Pengarah : Hanung Bramantyo

Penulis Skrip : Ben Sihombing

Pelakon : Ario Bayu, Lukman Sardi, Maudy Koesnaedi, Matias Muchus, Sujiwo Tejo, Tika Bravani, Ferry Salim, Emir Mahira, Agus Kuncoro

Syarikat Produksi : Dapur Film, MVP Pictures

Pengedar : MVP Pictures

Genre : Biografi

Durasi Tayangan : 137 minit

Tarikh Tayangan : 11 December 2013

Trailer :


Masa Hari Kemerdekaan Indonesia yang lepas, Netflix suggest movie Soekarno so tanpa berfikir, tekan je play. Lepas 2 minggu tengok secara merangkak baru berjaya habiskan dengan perasaan yang hambar. Mungkin menyampah dengan cara olahan pengarah Hanung Bramantyo persembahkan watak Bung Soekarno (Ario Bayu). Atau mungkin juga menyampah dengan karakter sebenar beliau. 

Movie Soekarno yang diterbitkan oleh Dapur Film dan MVP Pictures memaparkan kehidupan Presiden Indonesia yang pertama sejak dari zaman kecil persekolahan sehingga lah negara Indonesia mencapai kemerdekaan pada tahun 1945 selepas pengunduran tentera Jepun gara-gara pengguguran bom atom di Hiroshima. 

2 jam 17 minit memang terasa panjang untuk menyelami sisi kehidupan peribadi Soekarno yang mana tiada lah dipaparkan dengan baik semangat patriotismanya. Mungkin juga pada pandangan sesetengah pihak yang merasakan durasi ini terlampau singkat untuk dipaparkan dalam sebuah movie. Tak ada masalah dengan lakonan Ario Bayu yang mirip dengan fizikal Bung Soekarno baik dari tona suara mahupun bahasa badan. 

Malangnya watak Soekarno seperti opportunist yang mengambil kesempatan atas ideologi Bung Hatta (Lukman Sardi) ataupun Sjahrir (Tanta Ginting) yang lebih agresif dan realist dalam menentang tentera Jepun. Dalam perdebatan mereka bertiga tentang kemerdekaan Indonesia, watak Soekarno tenggelam dan lebih banyak berdiam. 

Dalam movie Soekarno cuma ada dua kemunculan watak isteri-isteri dia yang diambil iaitu isteri kedua, Inggit Garnasih (Maudy Kusnaedi) dan isteri ketiganya, Fatmawati (Tika Bravani). Dari gaya Soekarno flirt dengan Fatmawati pun nampak perangai mata keranjang dia. Agak menggelikan bila perbuatan grooming dipersonakan sebagai cinta sejati walhal cuma mahukan anak lelaki. Lupa terus tanggungjawab dia pada anak-anak bersama Inggit. Masa tengok movie ni memang tak tahu-menahu langsung tentang Soekarno mempunyai 9 orang isteri tapi jadi kekecewaan ni datang sepenuhnya dari apa yang dipaparkan dalam movie.  

Kalau dekat sekolah Soekarno tertawan dengan Fatmawati dek kerana semangat juang dan intelektual dia, kenapa pengarah tak perbanyakkan lagi dialog patriotism atau ideologi dari Fatmawati dalam membantu Soekarno buat keputusan-keputusan penting? 

Mungkin pada zaman tu perbuatan grooming tak ada salahnya tapi boleh saja kalau penulis Ben Sihombing dan pengarah buang episod ni. Lebih baik fokus kepada kisah perjuangan dia bersama Hatta dan Sjahrir ataupun banyakkan lagi perbualan dia bersama rakyat kebanyakan ataupun dengan pihak agamawan yang banyak memberontak sehingga kiai terbunuh dan juga di dewan rakyat semasa membincangkan prinsip negara. 

'Seorang pemimpin itu harus bisa menggenggam hati rakyat. Rakyat, Kusno, sama misteriusnya dengan alam. Tetapi bila kau sanggup memikat hatinya, mereka pasti akan mengikutimu.'

Macam mana Soekarno boleh menentang idea Sjahrir supaya segerakan proklamasi gara-gara mengelakkan pertumpahan darah sedangkan pembunuhan dan penindasan berlaku secara kejam di hadapan mata dia tapi cuma diabaikan. Siapa patut dipersalahkan? Soekarno ataupun pengarah? Apa tujuannya wujudkan movie yang boleh mencetuskan banyak sisi buruk kepada figura yang berjuang untuk kemerdekaan? 

Ada beberapa momen yang terlihat terburu-buru untuk dihabiskan seperti Jepun terus bagi kemerdekaan sepenuhnya kepada Indonesia bukan sahaja Jakarta seperti perbincangan asal. Soekarno dan Hatta pula tidak mempertikaikan langsung sebaliknya gembira dengan kejayaan mereka. Boleh kata movie ni lemah pada screenplay dan juga emosi. 

Masa movie Soekarno ditayangkan pun ada banyak pihak yang protes malah keluarga Soekarno sendiri membantah dan saman Hanung Bramantyo. Sinematografi dari Faozan Rizal memaparkan visual dengan baik ditambah wardrobe dan props yang diberikan perhatian untuk menghidupkan era sebelum kemerdekaan. Musik latar dari Rossa berjudul Indonesia Pusaka menyimpulkan naskhah Soekarno dengan baik. Movie Soekarno adalah filem Indonesia yang dihantar ke Anugerah Oscar ke-87 namun tidak tercalon. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.2, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 = 5.3/10

Movie Review | Surga Yang Tak Dirindukan 3

Saturday 10 July 2021

 

Pengarah :  Pritagita Arianegara

Penulis Skrip :  Alim Sudio

Pelakon :  Fedi Nuril, Marsha Timothy, Reza Rahadian, Zara Leola, Ali Fikry, Lydia Kandou, Zsazsa Utari, Jenny Zhang, Kemal Pahlevi, Tanta Ginting, Landung Simatupang, Patrick Milligan, Indra Jegel, Mbok Tun

Syarikat Produksi : MD Pictures, MD Entertainment

Pengedar : Disney+ Hotstar

Genre :  Drama / Romantik

Durasi Tayangan : 124 minit

Tarikh Tayangan : 16 April 2021

Trailer :


Tak tahu apa obsesi MD Pictures atau produsernya, Manoj Punjabi untuk sentiasa bekerja dengan Reza Rahadian dalam kebanyakan franchise atau movie terkenal dia. Atau mungkin Reza adalah pelakon di bawah kontrak MD Pictures? Sebab watak dia cuma didera oleh penulis Alim Sudio sama seperti dalam movie Surga Yang Tak Dirindukan 2 (2017). Bak kata ibu dia (Lydia Kandou)'Emang enak ya terpenjara dalam masa lalu?'

Meirose (Marsha Timothy) dan Pras (Fedi Nuril) hidup bersama setelah pemergian Citra Arini (Laudya Cynthia Bella) di Jogjakarta. Kali ni Pras mengalami masalah di tempat kerja bila syarikatnya ditipu oleh financial manager. Habis duit syarikat dibawa lari sampaikan dia terpaksa jual rumah yang punya banyak kenangan manis bersama Ariani. 

Nadia (Zara Leola) yang meningkat remaja pula mula hilang minat pada storytelling seperti arwah ibunya tapi lebih suka menari dan muat naik video tariannya di Youtube channel. Ekoran dari hal tersebut, pelajaran Nadia mula merudum dan Meirose mendapat aduan dari guru sekolah. Dalam masa yang sama Nadia mula rapat dengan Keenan (Patrick Milligan), senior di sekolah yang kaya dan baik hati. Pras tidak suka dengan perubahan anak sulungnya. 

Tak cukup dengan masalah tu, Ray (Reza Rahadian) datang kembali dalam hidup Meirose dan menuntut janji untuk hidup bersama setelah menjadi kambing hitam akibat hutang ayah Meirose. Ray nak hak dia sebagai ayah kepada Akbar (Ali Fikry). Pras syak Meirose mula curang dan berpindah keluar dari rumah tersebut. 

Konflik dalam installment ketiga franchise yang berkonsepkan poligami dalam perkahwinan ni cuma kitar semula konflik yang ada dalam Surga Yang Tak Dirindukan 1 (2015). Bezanya, Meirose yang dituduh isteri yang nusyuz. Sama seperti Ariani, Pras juga tak beri peluang kepada Meirose untuk jelaskan hal yang sebenar. Watak Meirose pun sama je dengan Ray, didera dan dimanipulasi untuk menghidupkan elemen drama atau cengeng yang tiada berkesudahan. Kemelut yang melanda keluarga ni nampak tak realistik sebab campur aduk hal kerja dan peribadi. 

Selain dari konflik keluarga, ada beberapa persoalan juga dengan pendirian Pras, Hartono (Tanta Ginting) dan Amran (Kemal Pahlevi) bila mereka cross out otion untuk pinjaman bank sebab unsur riba. Tak pasti lah uruf di Indonesia bagaimana sebab dekat Malaysia ada perbankan Islamik. Kalau interest tu tak dikira riba sebab lebihan duit tu yang akan digunakan bayar semua expenses dan salary. Menyampah juga bila Amran cakap gaya berpakaian Meirose sama seperti Arini walhal pakaian dia biasa je, sama macam dalam previous installment. 

Pendirian Pras untuk biarkan Amran bekerja pun merepek juga sebab malas bekerja tapi lebih suka habiskan masa dengan flirting sedangkan isteri sudah dua. Di saat Pras bingung dengan masalah kewangan syarikat, Amran sibuk stalk IG Ray dan provok tentang nusyuz. 

Dalam Surga Yang Tak Dirindukan 3 ni bukan setakat watak Meirose bertukar pelakonnya malah rumah Arini dan Pras juga berubah. Billboard yang sentiasa tayang iklan simPATI juga berubah kepada billboard kosong. Mungkin sebab covid-19 jadi team produksi terpaksa berpindah lokasi. Yang best dalam movie ni selain Reza Rahadian adalah main OST Surga Yang Tak Dirindukan 3 bila Bunga Citra Lestari bekerja dengan Melly Goeslaw untuk lagu Selamanya Cinta. Suara lembut BCL sesuai dengan lirik lagu yang melankolik.

 

Watak sampingan terlampau ramai dalam movie ni sampaikan terasa sesak sebab ada scene yang draggy dan try hard untuk hadirkan unsur komedi. Kehadiran watak-watak sampingan tak membantu watak-watak utama mahupun penceritaan. Ada cuma kerana pengarah minta untuk ada. Except for Ali Fikry. Dah la comel, pandai berlakon pulak tu. Anyway, timbul persoalan utama kenapa franchise ni dilanjutkan jika cuma memaparkan naskhah yang lemah? 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.3, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0 = 4.5/10

Pengarah :  Hanung Bramantyo

Penulis Skrip :  Alim Sudio, Hanung Bramantyo, Manoj Punjabi

Pelakon :  Fedi Nuril, Laudya Cynthia Bella, Raline Shah, Reza Rahadian, Kemal Pahlevi, Tanta Ginting, Landung Simatupang, Sandrinna Michelle, Keefe Bazli, Zaskia Adya Mecca, Nora Danish, Muhadkly Acho

Syarikat Produksi : MD Pictures, MD Entertainment

Pengedar :  MD Pictures, Antenna Entertainments (Malaysia), Netflix

Genre :  Drama

Durasi Tayangan : 124 minit

Tarikh Tayangan : 9 Februari 2017

Trailer :


Lepas penerbitan novel kedua Citra Arini (Laudya Cynthia Bella) dalam Surga Yang Tak Dirindukan 1 (2015), nama dia semakin terkenal di Indonesia dan negara luar. Arini melantik Sheila (Nora Danish) sebagai manager yang menguruskan hal-hal berkaitan publisher, wartawan dan segala pihak yang terlibat. 

Sequel movie ni berlatarkan Budapest, Hungary bila Arini, Sheila dan Nadia (Sandrinna Michelle) pergi ke sana selama 5 hari bila dijemput oleh Majlis Kounsil Komuniti Islam. Di sana Arini secara kebetulan terjumpa Meirose (Raline Shah) dan Akbar (Keefe Bazli) setelah 3 tahun menghilang tanpa khabar berita. Meirose yang dia jumpa dulu dah jauh berbeza dengan Meirose sekarang sebab dia pandai berdikari, kuat dan makin cantik berhijab. Meirose buka butik di bandar untuk menyara diri dia dan Akbar di sana. 

Alur cerita sequel ni agak predictable sebab dalam trailer pun dah ceritakan dengan jelas apa akan terjadi pada keluarga kecil ni. Berbeza dengan yang pertama, kali ni team production tidak lagi menggunakan novel Asma Nadia dalam pembikinan skrip sebab pengarah dan penulis bertukar kepada Hanung Bramantyo yang terkenal dengan franchise Ayat-Ayat Cinta (2008) dan franchise Perahu Kertas (2012)

Elemen komedi makin banyak dalam movie Surga Yang Tak Dirindukan 2 bila watak Amran (Kemal Pahlevi) jatuh cinta dengan Sheila. Awalnya okay tapi bila berulang-ulang jadi try hard. Dekat awal movie pun kelakar sebab Prasetyo (Fedi Nuril) terjumpa kereta yang kemalangan. Bukan dia je cuak, doktor, Arini dan watak-watak lain pun cuak sekali sebab takut jadi lagi macam sebelum ni. 

Tak suka bila dapat tahu Arini jatuh sakit gara-gara kanser serviks tahap 4 bila dia pilih untuk pergi sedangkan dia boleh dirawat. Tak suka bila dia gunakan sakit dia untuk satukan Meirose dengan Pras sedangkan Meirose ada hidup sendiri. Kesian lah watak Dr. Syarief Kristof (Reza Rahadian) sebab kena bagi laluan pada Pras. Kalau dia bukan Reza Rahadian pun tetap kesian tau! 

‘Pada hakikatnya, nyawaku dan nyawamu akan terlahir di langit. Anak kita akan dilahirkan di cakerawala. Dan semuanya kita akan selalu saling bertatapan berabad lamanya. Juwita ku yang cantik, tanpa dandanan. Hidupku terbuka untukmu’ - Rendra 

Walhal watak Meirose dan Pras tak simpan perasaan pada satu sama lain pun. Masing-masing dah tekad untuk bercerai dan mulakan kehidupan baru. Tak ada masalah pun kalau pengarah buat Meirose berkahwin dengan Dr. Syarief dan Pras hidup bahagia dengan Nadia sebab konsep poligami tu memang dah habis dekat previous installment dah pun. Mesej dalam movie kedua ni pun kurang jelas apa yang nak disampaikan. Sepenuhnya bersandarkan pada kejayaan Surga Yang Tak Dirindukan 1. 

Sama seperti yang pertama, music album Surga Yang Tak Dirindukan 2 menggunakan khidmat Tya Subiakto yang menggunakan lagu gubahan Melly Goeslaw dan Anto Hoed. OST berjudul ‘Dalam Kenangan’ - Krisdayanti sementara lagu kedua bertajuk ‘Surga Yang Kurindukan’ dinyanyikan oleh pelakon utamanya sendiri, Laudya Cynthia Bella dan Warda.


Selain terpukau dengan keindahan Budapest di benua Eropah, wardrobe Meirose dan Arini antara yang mencuri tumpuan sebab imej Muslimah yang dibawa nampak cantik dan sofistikated. Props pada ruang kerja Pras, rumah sewa Meirose dan butik dia pun cantik sebab direka mengikut karakter juga kesenian budaya kawasan setempat. 

Walaupun Reza Rahadian cuma watak sampingan tapi kemunculan dia lebih meninggalkan kesan dan chemistry dengan Raline lebih meyakinkan berbanding Fedi Nuril. Nampak Fedi lebih selesa dengan Bella, mungkin juga kalau watak dia memerlukan dia deliver sebegitu. Pokoknya, franchise ni makin terlihat lemah selepas bertukar team produksi. Mungkin sepatutnya cuma terhenti pada yang pertama. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0 = 5.6/10

Movie Review | Ali & Ratu Ratu Queens

Saturday 3 July 2021

Pengarah : Lucky Kuswandi

Penulis Skrip :  Ginatri S. Noer, Muhammad Zaidy

Pelakon : Iqbaal Dhiafakhri Ramadhan, Aurora Ribero, Nirina Zubir, Marissa Anita, Tika Panggabean, Asri Welas, Happy Salma, Bayu Skak, Ibnu Jamil

Syarikat Produksi : Palari Films

Pengedar :  Netflix

Genre :  Drama

Durasi Tayangan :  100 minit

Tarikh Tayangan : 17 June 2021

Trailer :


Selepas kematian ayahnya, Ali (Iqbaal Dhiafakhri Ramadhan) minta kebenaran mak cik dia untuk pergi ke New York supaya dapat mencari ibu dia, Mia (Marissa Anita) yang telah lama berjauhan sejak kecil. Ali terjumpa beberapa poskad dan juga tiket penerbangan untuk ayah dia dan dia ke sana tapi tak pernah diberitahu atau digunakan sehingga lah dia berumur 17 tahun. 

Dia tekad ke sana selama 2 minggu untuk menjejak kembali si ibu yang dirindui melalui alamat yang ditinggalkan. Bila sampai ke sana, dia berjumpa dengan The Queens – Party (Nirina Zubir), Ajeng (Tika Panggabean), Biyah (Asri Welas) dan Chinta (Happy Salma). Party pernah tinggal dengan Mia tapi sejak ibu Ali berpindah keluar, dia pun tak pasti keberadaan Mia. 

Memandangkan Ali dalam kesusahan dan The Queens juga perlukan duit untuk membeli sebuah restoran, mereka berempat setuju untuk sewakan bilik kepada Ali di samping membantu menjejak kembali Mia di New York. 

Menggunakan tema kehilangan dalam penceritaan Ali & Ratu Ratu Queens ni mungkin dianggap suatu konsep drama yang tinggi impaknya tapi tidak pada naskhah olahan Lucky Kuswandi ni sebab kekurangan pada perkembangan watak Ali dan juga Mia. Kita kenal siapa The Queens, kesusahan mereka di New York, persahabatan mereka berempat dan banyak lagi kenangan yang dicurahkan. 

Tapi tidak pada watak utama iaitu Ali yang lebih kepada bersifat keliru sepanjang masa. Sama juga dengan watak Mia yang kurang jelas apa ambisi dan perjuangan dia. Macam mana Hasan (Ibnu Jamil) nak bawa Ali berpindah ke New York kalau dia cuma bekerja sebagai seorang penyanyi pub? Secara realistiknya, siapa yang mengerti kehidupan tersebut? 

Walaupun Iqbal deliver babak emosi dengan sepenuh hati tapi kecanggungan tetap ketara bila dia berdua dengan Anita terutamanya pada babak Ali persoalkan cek 20 ribu dollar kepada Mia. Sub-plot percintaan Ali dengan Eva (Aurora Ribero) pun sepatutnya dikembangkan sebagai kawan yang mengubah perspektif Ali. It did at some point tapi perubahan pada babak seterusnya membuatkan penceritaan tu membingungkan. 

‘Apabila kita ada ibu tunggal, kita tak nak buat hidup dia menjadi sukar.’ - Eva

Sinematografi memaparkan keindahan panorama di kota New York dan suasana kehidupan masyarakat di sana. Props dan interior dalaman set diberikan sentuhan yang memaparkan lifestyle dan perbezaan mengikut taraf kehidupan beberapa watak. 

Music score mengumpulkan lagu-lagu yang heartwarming sesuai dengan jalan cerita macam lagu ‘I Love You’ – Billie Eilish, Lost In Queens – Svmmerdose dan banyak lagi. Paling suka dengan lagu Sisa Hari nyanyian Ify Alyssa sebab suara dia comel. Mood lagu tu pun menenangkan dengan elemen instrumental keyboard dan trompet yang digunakan. 

Of course movie ni happy ending tapi jalannya berbeza lah. I’m expecting more from Mia sebab ada babak dia buka kisah silam dia pada Harrington tapi tak diceritakan apa yang jadi seterusnya. Kalau tengok dari gaya Zulpang (Bayu Skak), ada kemungkinan yang Ali dapat apa yang dicari. But still it would be better if team production shows it rather than let us wonder or heavily assume it would be that way. Sebab dramanya di situ, impaknya di situ tapi malangnya tak dikembangkan. 

Movie Ali & Ratu Ratu Queens di bawah produksi Palari Films ni ada banyak kekuatan tapi tak dipaparkan dengan baik membiarkan movie ni kelihatan cliché dan hambar. 

p/s : You guys can also read review Ali & Ratu Ratu Queens from Retina Review :)

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.2 = 5.8/10