Showing posts with label movie Indonesia. Show all posts
Showing posts with label movie Indonesia. Show all posts

Movie Review | Bridezilla (2019)

Tuesday 23 February 2021

Pengarah :  Andibachtiar Yusuf

Penulis Skrip :  Lucky Kuswandi, Fai Tirtha

Pelakon : Jessica Mila, Rio Dewanto, Sheila Dara Aisha, Rafael Tan, Widyawati, Aimee Saras, Adriano Qalbi, Rukman Rosadi, Lucinta Luna

Syarikat Produksi : Visinema Pictures

Pengedar :  Netflix, iflix, Tony Mulani Films

Genre :  Komedi / Drama

Durasi Tayangan :  93 minit

Tarikh Tayangan : 1 Ogos 2019

Trailer :


Dara (Jessica Mila) mempunyai impian untuk berkahwin dalam majlis perkahwinan paling indah dan angan-angan dia itu dijadikan kerjaya sebagai wedding planner. Dara menguruskan butik D&K bersama kawan baik dia sejak kecil, Key (Sheila Dara Aisha) di bandar Jakarta Selatan. 

Nasib Dara malang bila taraf butik dia jatuh dan dimalukan gara-gara Lucinta Luna jatuh tergolek di majlis perkahwinan dia kerana wayar kamera yang tak dipasang rapi. Habis semua customer minta refund sebab taknak kejadian memalukan terjadi di majlis perkahwinan mereka pula. Supplier pun tarik diri dari butik D&K.

Stress dengan kejadian tersebut, Dara pergi bercuti dengan Alvin (Rio Dewanto). Sebenarnya cuti tu dah lama plan kononnya untuk celebrate lepas stress uruskan majlis Lucinta Luna tapi lain pula yang jadi. So Alvin tetap teruskan plan dia untuk melamar Dara menjadi isteri. 

Dara dapat idea untuk feature majlis perkahwinan dia dalam majalah Wedding Star di bawah kelolaan Puan Ana (Widyawati). Tapi syaratnya bukan mudah bila Dara kena tukar cincin tunang kepada cincin berlian yang lebih mahal dan menawan dan jemputan ahli korporat ternama. Win-win situation lah kiranya. 

Tapi agak sukar untuk Dara dapatkan jemputan ahli korporat sebab Lucinta Luna kahwin kali kedua pada tarikh yang sama dengan majlis perkahwinan Dara dan Alvin iaitu pada tanggal 29 Ogos. Dara terpaksa jemput trio dari The Fabulous sebagai bridesmaid dan perkara ni mencetus pergaduhan antara Dara dan Key. Alvin dengan Key rasa Dara dah melampau dan pentingkan diri walhal Dara pula nak wedding dia masuk dalam majalah sekaligus pulihkan kembali imej butik D&K. 

Suka dengan konflik movie Bridezilla arahan  Andibachtiar Yusuf sebab stay true dengan konsep cerita cuma watak Dara tak bertukar kepada Bridezilla pun. Watak Lucinta Luna je yang nampak beria untuk timbulkan ketegangan pada hari perkahwinan. Mungkin lagi intense kalau director dan penulis kembangkan watak Key yang sama-sama bertungkus-lumus pulihkan kembali imej butik D&K sebab betul jugak apa yang Dara cakap tu, dia sorang je yang fikir hal butik dan sanggup gadaikan wang simpanan dengan hal peribadi dia supaya D&K masih boleh beroperasi. Pekerja diorang pun ramai nak jaga. 

Kali kedua tengok lakonan Rio Dewanto lepas movie Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini dan dua kali jugak lah rasa dia macam tak deliver banyak pun melalui watak dia. Dalam movie ni pun screentime dia tak panjang. Dah la ada scene vulgar comedy masa Dara murung tak nak makan lepas kes Lucinta Luna tu. Macam tak perlu je scene lawak macam tu. 

Visual nampak kemas dan cantik suntingannya dari lensa Bagoes Tresna Aji sebab memperlihatkan kesibukan kerjaya wedding organizer di sebalik majlis yang indah. Wedding Dara dengan Alvin cantik sangat berkonsepkan ala nature di tepi tasik. Warna tema pun pastel, nampak sesuai sangat dengan karakter Dara. Lagu tema meningkatkan elemen romantik untuk Dara dan Alvin sebab guna lagu “Hanya Rindu” karya Andmesh Kamaleng.

Walaupun movie Bridezilla di bawah produksi Visinema Pictures ni bergenre komedi tapi cuma pada first half movie je sebab ada watak Lucinta Luna. Bila dah masuk second half lebih kepada drama. Scene The Fabulous especially watak Kirana (Aimee Saras) nampak try hard sangat untuk nampak kelakar atau savage. One time watch. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0 = 5.7/10

Movie Review | Layla Majnun (2021)

Saturday 13 February 2021


Pengarah : Monty Tiwa

Penulis Skrip : Alim Sudio, Monty Tiwa

Pelakon : Acha Septriasa, Reza Rahadian, Baim Wong, Uli Herdinansyah, Beby Tsabina, Dian Nitami, August Melasz

Syarikat Produksi : Netflix  

Pengedar :  Netflix

Genre :  Romantik / Drama

Durasi Tayangan :  119 minit

Tarikh Tayangan : 11 February 2021

Trailer :

Diadaptasi dari kisah legenda hikayat Laila Majnun dari tanah Arab mengenai cinta yang tidak kesampaian hingga Qais bertukar menjadi orang gila dan hidup di gurun, di dalam sebuah gua. Manakala Laila hidup melarat walaupun berkahwin dengan orang berada. Keduanya bersatu di akhirat.

Layla Habashi (Acha Septriasa) seorang guru Bahasa Indonesia di sebuah sekolah di Semarang, Indonesia. Minat dia yang mendalam pada sastera mendorong dia untuk menghasilkan sebuah novel yang diambil dari kisah benar hidup dia sendiri. Dan kerana itu juga, dia dijemput menjadi pensyarah jemputan di Azerbaijan selama 2 minggu. 

Malangnya, Ibnu Salam (Baim Wong) datang membawa pinangan kerana dia mahu seorang isteri yang moden, solehah dan bijak sesuai dengan dirinya sebagai seorang calon ketua daerah. Oleh kerana ibu Layla (Dian Nitami) terhutang budi dengan keluarga Ibnu, Layla terima pinangan tersebut dengan syarat dia masih boleh bekerja selepas menikah dan dia boleh pergi ke Azerbaijan. 

Di sana, dia bertemu dengan pelajarnya Samir Asadzadeh (Reza Rahadian) yang suka dengan karya Laila Majnun hasil penulisan Nizami Ganjavi (1188). Mereka berdua menjadi rapat dan ternyata cinta Samir tak bertepuk sebelah tangan. 

‘…. sudah menemukan penawarnya dan juga penyakitnya. Kau adalah penyembuh bagi semua yang salah pada diriku. Namun pada saat yang sama, kau adalah penyakitku. Oh, apa yang dapatku katakana? Kau adalah segalanya bagiku. Kebaikanku, keburukanku. Sakitku dan penyembuhku.’

Sama seperti kisah lagenda, Samir juga lari ke gurun bila dapat tahu Layla akan dinikahkan kepada Ibnu Salam. Nasib dia baik bila Ilham (Uli Herdinansyah) dan Narmina (Beby Tsabina) dapat menjejak melalui GPS dan semangat dia untuk hidup datang balik bila Layla kirimkan barang paling berharga dalam hidup dia. 

Kekuatan filem Layla Majnun arahan dan penulisan Monty Tiwa ni bukan pada kisah cintanya tapi pada sejarah Jawa dan juga sejarah serta ketamadunan masyarakat penduduk di negara Azerbaijan. Banyak lokasi pelancongan dan monumen bersejarah diselitkan di dalam movie ni membuatkan kita terpukau lantas terlupa dengan kisah Samir dan Layla. Mungkin juga sebab kita dah terbiasa sangat dengan filem adaptasi Laila dan Majnun. 

Kekuatan kedua haruslah Reza Rahadian, I mean semua orang pun tahu kenapa Netflix berani ambil risiko untuk terbitkan filem dengan skrip yang agak lemah dan pace yang sangat perlahan. Chemistry Reza dengan Acha juga nampak canggung dalam sesetengah scene sampai tertanya Layla jatuh cinta dengan Samir sebab budi atau betul jatuh cinta? Karakter Ibnu Salam juga nampak dibunuh dengan kejam oleh penulis bila berubah drastik di saat akhir untuk kuatkan lagi percintaan Samir dan Layla. 

Scene ke gurun dengan scene menari tu tak perlu masuk pun lebih baik. Sama juga scene Samir tunggu Layla di Menara Perawan atau jambatan, kan lebih mudah kalau guna Whatsapp bagitahu plan cancel? Agak kelakar bila Samir hantar lagu cinta Azerbaijan di Whatsapp tapi Layla bertanyakan maksudnya kepada orang lain. Google Translate? 

‘Saya mahu minta tolong terjemahkan lagu ini’

‘Samir sungguh-sunguh cintakanmu Layla.’

Cringe. 

Hilang rasa romantik bila keluar dialog macam tu. Better kalau dia terjemahkan betul-betul dari lirik yang puitis ditambah dengan backstory yang cantik. Deliver the drama please. I was expecting more from Netflix especially after Imtiaz Ali has come up with his version of Laila Majnu (2018) but turns out they're just mehhh. 

Twist dekat ending tu nampak menarik tapi bukan itu yang diimpikan pada bulan cinta ni ya.  

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 6.6/10

Movie Review | June & Kopi (2021)

Saturday 6 February 2021

Pengarah :  Noviandra Santosa

Penulis Skrip :  Noviandra Santosa

Pelakon : Acha Septriasa, Ryan Delon, Makayla Rose Hilli, Tije, Reza Aditya  

Syarikat Produksi :  Aurora Films, Netflix

Pengedar : Netflix

Genre :  Drama  Komedi

Durasi Tayangan :  90 minit

Tarikh Tayangan : 28 Januari 2021

Trailer :

Masa tengok trailer dah nampak movie yang bertemakan hubungan binatang dan manusia ni akan terarah ke mana sebab dalam trailer pun dah cukup jelas tentang idea pengarah dan penulis Noviandra Santosa di bawah produksi Netflix untuk movie pertama Indonesia yang berkisar tentang anjing. 

Mengisahkan Aya (Acha Septriasa) yang berjumpa dengan seekor anjing putih di jalan semasa membeli sate. Anjing tersebut berlindung di belakang Aya kerana takut dengan sekumpulan budak lelaki yang mengejarnya. Aya mengusir mereka pergi tapi tak nak bawa anjing putih tu pulang ke rumah sebab takut nanti suaminya, Ale (Ryan Delon) tak setuju. Lagipun mereka sudah ada Kopi. 

Tapi disebabkan kasihan, Aya cuba sorok dan sembunyikan di bilik bayi yang kosong. Of course lah kantoi sebab habis satu bilik bersepah dan Ale terdengar suara anjing menyalak. Aya janji akan bawa anjing tu ke kedai Reza keesokan harinya. Kebetulan dia nampak kalendar bulan 6 jadi Aya namakan anjing tersebut sebagai June. Tak lama pun June dekat kedai Reza dan berjaya lari balik ke rumah Aya. 

Nak tak nak terpaksa lah Ale terima dengan syarat June tak boleh nakal atau sepahkan rumah. Nasib baik Aya sentiasa ada di rumah kerana kerjaya dia sebagai pelukis komik. Boleh la dia jaga June dan Kopi. Walaupun Kubis selalu tegur June tapi dia tak pernah berani ke sebelah sebab tuan Kubis adalah seorang budak lelaki. 

Ale makin risau bila dapat tahu Aya mengandung sebab June tak suka dengan budak kecil. Dari awal lagi dia sudah jelaskan yang dia akan buang June sekiranya menjadi ancaman kepada anak perempuan mereka, Karin (Makayla Rose Hilli).

Karakter June dan Kopi diinspirasikan dari anjing-anjing peliharaan pengarah Noviandra Santosa sendiri bila mereka berdua adalah anjing-anjing adoption so salah satu mesej utama dari movie ni ialah ‘adopt, don’t buy’ macam scene Aya adopt June lepas terjumpa dia di tepi jalan dan juga scene Ale temankan Karin pergi ke dog centre. Dekat situ tuan yang menjaga bagitahu kebanyakan anjing dekat situ diambil di jambatan kemudian dirawat dan dipelihara sebelum jumpa tuan baru. 

Kalau movie under Netflix memang sinematografi dia cantik lah dengan kepakaran Budi Utomo menggunakan upside down shot, panorama, dolly ataupun point of view shot. Tone warna yang warm buat kita rasa dekat dengan karakter June dan Aya. Masa tengok movie ni perasan jugak kadang-kadang fizikal June berubah sebab ada masanya akan nampak June seperti anjing husky. Rupanya team production guna body double untuk beberapa stunt. 

June dan Kopi ni memang pandai berlakon baik dari body gesture mahupun ekspresi muka so most of the scene I akan awwww je. Menyampah tengok movie tentang anjing ni mesti rasa nak bela jugak tapi tak boleh. Scene Kopi tolong buka pintu untuk June tu kelakar kot. Sayangnya tak ada dialog yang padu untuk scene drama ataupun dialog dari Karin yang dijaga oleh June sejak kecil. Scene June salam Ale tu memang menangis teruk lah. Ada lagi scene yang lain bikin nangis tapi nanti jadi spoiler pulak. 

Durasi 90 minit tu terasa sangat pendek tambah pula pengarah bazirkan masa dengan scene di hutan. Scene yang predictable jugak lah sebab beberapa kali pengarah cuba create intense moment dengan tayang beberapa kali ‘benda’ tu. Scene Karin masuk ke hutan tu pun lebih menarik kalau dia leka bermain dengan rama-rama ataupun burung sampai tersesat. Tapi pengarah cuma letakkan pendorong tu terhadap budak lelaki yang ganas padahal dia tak kacau Karin dah pun. Boleh je kalau Karin mengadu dekat Aya instead of masuk hutan. 

Anyway movie yang menarik di permulaan 2021 dari Netflix Indonesia. Nak tunggu movie Layla & Majnun pula lakonan Acha Septriasa jugak dengan Reza Rahadian. Hiks! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.2/10

Movie Review | InsyaAllah Sah (2017)

Thursday 4 February 2021

Pengarah :  Benni Setiawan

Penulis Skrip :  Benni Setiawan

Pelakon :  Pandji Pragiwaksono, Titi Kamal, Richard Kyle, Donita, Ira Maya Sopha, Joe Project Pop, Lidya Kandau dan Deddy Mizwar

Syarikat Produksi :  MD Pictures

Pengedar : MD Entertainment, Netflix, Iflix

Genre : Drama / Komedi

Durasi Tayangan :  83 minit

Tarikh Tayangan : 25 Jun 2017

Trailer :

Tengok movie ni dekat Netflix pun sebab ada cameo dari Reza Rahadian lagipun durasi movie Insya-Allah Sah arahan Benni Setiawan di bawah syarikat produksi MD Pictures ni agak pendek – 83 minit. Mengisahkan tentang Silvi (Titi Kamal) yang terperangkap dalam lif bersama Raka (Pandji Pragiwaksono) dan dalam keadaan panik, dia bernazar. 

Silvi bernazar dia akan solat 5 waktu, berpuasa, bersedekah kepada anak yatim dan menutup aurat kalau dia selamat keluar dari lif tersebut. Raka merupakan pengurus nasyid di syarikat perusahaan milik Dion (Richard Kyle), tunang Silvi. Bila dia dengar nazar tersebut dia merasakan tanggungjawab sesama muslim untuk sentiasa mengingatkan Silvi untuk tunaikan nazar. 

Tapi kehadiran Raka membuatkan Silvi rimas dan menyampah sebab dia bukannya serious pun bernazar. Lagipun Silvi busy dengan majlis perkahwinan dia pada tanggal 17 Julai yang kebanyakannya tarikh perkahwinan pasangan lain juga jadi dia terpaksa berebut dewan sana sini. Malah Silvi kena scam dengan wedding planner dan butiknya dirompak. Raka rasa ujian yang datang bertimpa kerana menuntut nazar yang belum ditunaikan. 

‘Nazar itu janji yang harus dibayar dan Raka tak akan pernah bosan lelah untuk mengingatkan teteh.’ – Raka

Diadaptasikan dari novel InsyaAllah Sah karya Achi TM, garapan pengarah penulis Benni Setiawan untuk movie drama komedi ni kurang menarik. Komedi dia pun diletakkan di bahu Raka yang naïf tapi kebanyakan masanya nampak try hard dan ada kalanya nampak merimaskan macam scene Raka jadi manager band rockers tapi paksa untuk berubah kepada penyanyi nasyid. 

Kata Dion, watak Raka adalah manager yang sukses tapi tak ada scene yang menunjukkan Raka pakar dalam bidang dia pun. Kebanyakan masanya cuma terarah kepada Silvi yang belum tunaikan nazar. Scene Raka bawa band rockers dia pergi ke rumah Silvi pun agak menjengkelkan sebab tak jaga adab langsung di rumah orang. Ada beberapa scene lain di second half movie tapi nanti jadi spoiler pula.

Lakonan Richard Kyle sebagai Dion pun nampak agak kaku padahal dia hero kedua. Bila watak Raka try hard, kita diselitkan pula dengan watak Dion yang lebig bergantung harap dengan paras rupa yang kacak semata. Kehadiran Reza yang sebentar tu lebih meyakinkan dan menghidupkan suasana komedi dan drama. Haihhhh

Chemistry Richard dengan Titi Kamal pun nampak awkward sebagai pasangan yang nak mendirikan rumah tangga bersama. Scene Dion macam acuh tak acuh layan Silvi tu rasa macam Silvi better off alone sebab dia wanita yang bekerjaya, cantik dan kaya. Tak mustahil akan jumpa pengganti yang lebih baik. 

Suka dengan sinematografi dan panorama dari lensa Angela Andreyanti especially bila dia dalam kawasan rumah Silvi sebab dekorasi dengan interior dia stylish dan modern. Wardrobe Silvi pun cantik, sesuai lah dengan dia sebagai seorang fashion designer. 

Sayang movie yang dipasarkan sebagai komedi tak lah berapa kelakar pun dengan dialog yang hambar baik dari pelakon utama mahupun pelakon sampingan seperti Polis Sabar Ikhlas (Tanta Ginting). Pengarah bagi statement yang ramai cameo dalam movie ni tapi macam tak perlu pun sebab screentime pendek. Nampak macam team production tak yakin dengan karya sendiri pun ye jugak sebab mengharapkan kehadiran stars lain untuk tarik perhatian audience. 

Overall, movie InsyaAllah Sah ni just one time watch dan tontonan santai sahaja. Dua hari tengok movie Benni Setiawan ni jadi lemau pulak sebab olahan dia tak kena dengan citarasa. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0 = 5.3 /10

Movie Review | Twivortiare (2019)

Tuesday 2 February 2021

Pengarah :  Benni Setiawan

Penulis Skrip :  Alim Sudio, Benni Setiawan

Pelakon : Reza Rahadian, Raihaanun Soeriaatmadja, Arifin Putra, Denny Sumargo, Citra Kirana, Anggika Bolsterli, Dimas Aditya, Boris Bokir, Ferry Salim

Syarikat Produksi :  MD Pictures

Pengedar :  MD Pictures

Genre :  Romantik / Drama

Durasi Tayangan :  103 minit

Tarikh Tayangan : 29 Ogos 2019 (Indonesia), 7 November 2019 (Malaysia)

Trailer :

Diadaptasikan dari novel romantik karya Ika Natassa dengan judul yang sama di mana bertemakan kehidupan alam rumah tangga di antara Beno Wicaksono (Reza Rahardian), seorang doktor kardiologi yang mengutamakan pesakitnya dan juga Alexandra Rhea (Raihaanun), banker berjaya kebanggaan majikannya, Pak Randy (Ferry Salim). 

Dari awal movie lagi dah nampak konflik antara mereka berdua bila Alex minta untuk bercerai sebab dia dah tak tahan dengan Beno yang suka pulang lewat setiap malam dan mengabaikan perkahwinan mereka. Geram dengan perangai Alex yang tak cuba langsung memahami kerjaya dia dan sering melarikan diri, marah dan minta bercerai, Beno setuju dengan kehendak Alex. 

Walaupun sudah dua tahun mereka berpisah, Beno belum dapat melupakan Alex dan selalu pergi ke rumah mereka yang dijaga rapi oleh Mbok Siti (Inggrid Widjanarko). Alex cuba move on dengan menjalinkan hubungan bersama Denny (Denny Sumargo) yang romantic, ciri-ciri lelaki yang dia selalu idamkan tapi hati dia tetap memilih Beno. 

Bila dia tahu Beno nak rujuk kembali, dia dengan mudahnya bersetuju tapi masalah yang sama juga melanda mereka berdua. Win (Anggika Bolsterli) dan Ryan (Boris Bokir) nasihatkan Alex supaya sabar dengan perangai Beno sebab dah jelak dengan masalah dan drama yang sama. 

Twivortiare diambil dari perkataan Bahasa Romania, divortiare (di-vor-ti-a-re) bermaksud penceraian dan tema ni antara masalah milenial yang meruncing. Jadi dalam movie di bawah produksi MD Pictures ni pengarah dan penulis Benni Setiawan cuba menerapkan banyak pengajaran untuk pasangan suami isteri tentang perkahwinan. Walaupun dah belajar dari kesilapan dalam perkahwinan pertama, tak semestinya dah bersedia untuk hadap masalah yang sama. Mungkin berjaya atau mungkin gagal. Yang pentingnya, komunikasi. 

Tapi dalam movie Twivortiare, elemen drama tu tak berapa ditekankan sangat sedangkan boleh dikembangkan lagi macam scene Alex dengan Denny. Watak Denny tak diberi peluang untuk pertahankan Alex walhal nampak dia yang beria dari awal relationship. Penulis boleh tekankan drama dekat situ. Ataupun intense scene bila Alex minta cerai dari Beno di awal movie. 

Lakonan Raihaanun Soeriaatmadja nampak agak kaku even chemistry dengan Reza Rahadian tak nampak serasi dan meyakinkan sangat. Susah nak connect dengan watak Alex sebab kita memang sedia maklum doktor memang sepenuh masa dekat hospital. Drama Korea pun dah tunjuk busy life seorang doktor even in reality pun macam tu. Tak faham kenapa dia nak perhatian dari Beno dan compare dengan Denny dan Adrian yang berpangkat CEO. 

Dialog pun tak banyak yang padu atau menusuk baik dari segi drama atau romantiknya. Dialog atau quotes dari novel nampak lebih mendalam dan puitis. Mungkin sebab novel dikarang oleh wanita dan movie hasil sutradara seorang lelaki? 

Watak sampingan seperti Denny dan Adrian (Arifin Putra) cuma datang tanpa menambahkan apa-apa impak atau kesan terhadap perhubungan Alex dan Beno. Setakat datang untuk ingatkan audience yang Alex adalah pujaan ramai jejaka kacak. Tapi untuk watak Rani (Citra Kirana) walaupun screentime dia pendek pun dah cukup untuk kita rasa insecure dengan Beno. Adakah sebab Rani faham dan mesra dengan Beno punca dia selalu spend time dekat hospital sampai balik lambat setiap malam? Beno pun lebih pandai bergurau bila spend time dengan Rani. Chemistry Reza dengan Citra lagi sweet onscreen. Watak Wina pun menghilangkan kesenduan dengan karakter dia yang kelakar.  

Mungkin lagi menarik kalau pengarah olah dari perspektif Beno sebab nampak kekuatan pengarah-penulis dekat situ. Apa salahnya kan kalau lari dari novel tapi masih guna content yang sama. Nama juga berkarya. Kalau dekat Bollywood, satu novel Devdas tu boleh dibikin dari pelbagai perspektif dan berbeza ending. Kisah cinta Laila Majnu juga diadaptasi dari pelbagai negara dengan olahan yang berbeza. 

Walaupun cuma shoot di bandar Jakarta tapi sinematografi tetap menarik dari lensa kamera Yudi Datau ditambah dengan soundtrack romantik balada, Kembali Ke Awal lirik dan nyanyian merdu oleh Glenn Fredly. 

Berikan ku alasan

Untuk tetap bersamamu

Setelah lelah berharap

Lepas movie Antologi Rasa, movie Twivortiare adalah movie kedua yang diadaptasikan dari novel Ika Natassa tapi tak mencapai expectation. Tengah mencari Critical Eleven sebab Reza Rahadian jugak yang berlakon tapi macam tak boleh letak harapan tinggi sangat lah sebab dah dua kali kecewa. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.2, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 6.7 /10

Movie Review | Finding Srimulat (2013)

Sunday 17 January 2021

Pengarah :  Charles Gozali

Penulis Skrip :  Charles Gozali

Pelakon :  Reza Rahadian, Rianti Cartwright, Fauzi Baadilla, Nadila Ernesta, Kabul Basuki, Kadir, Mamiek Prakoso, Djudjuk Djuariah, Gogon Srimulat, Fauzi Baadilla

Syarikat Produksi : Magma Entertainment

Pengedar :  Netflix

Genre :  Komedi / Drama

Durasi Tayangan :  104 minit

Tarikh Tayangan : 11 April 2013

Trailer :

Kisah bermula dengan naratif dari watak Adika Fajar (Reza Rahadian) yang bekerja bersama isteri dia, Astrid Lyanna (Rianti Cartwright) yang nak buktikan boleh hidup berdikari tanpa bantuan dari keluarga mertua yang kaya-raya. 

Syarikat Adi hampir gulung tikar selepas idea dia dicuri oleh Jolin (Fauzi Baadilla) kemudiannya dijual kepada syarikat besar. Pinjaman dia dibatalkan. Astrid pula makin sarat dan perlu lakukan pembedahan Caesarean kerana keadaan bayi mereka yang sonsang dalam kandungan. Adi dah mula runsing mana nak cari duit. 

Masa kereta dia kehabisan minyak, kebetulan dia ternampak mural Srimulat di dinding kedai Soto Pak Kadir (Kadir Mubarak). Tertarik dengan mural tersebut, Adi cuba approach Pak Kadir untuk buat lawak tapi ditolak mentah-mentah kerana usianya yang tua. Bagi Adi, karya tu tak terbatas dengan usia. Bila dipujuk, Pak Kadir makin bersemangat bila nampak Adi yang menghargai karya dia. 

Kemudian dia bawa Adi berjumpa dengan Tessy (Kabul Basuki) yang memegang watak shemale di dalam Srimulat. Mereka kemudiannya ingin berjumpa dengan Nunung Srimulat tapi disebabkan dia ahli Srimulat yang famous dalam bidang lakonan, mereka terpaksa balik sebab tiada temujanji. Setelah dikumpulkan beberapa ahli Srimulat yang masih hidup, Adi bagi cadangan supaya Srimulat perform di stesen keretapi untuk tarik perhatian dan free marketing juga untuk persembahan di pentas nanti. 

Tanpa pengetahuan Astrid, Adi guna duit simpanan mereka berdua untuk bayar deposit pentas, peralatan, kostum dan banyak lagi. Kerana performance di stesen keretapi tersebut, Pak Hasmi ingin biaya semua perbelanjaan untuk pementasan nanti. Malangnya beberapa hari kemudian Pak Hasmi meninggal dan Adi dah kehabisan duit untuk bayar upah dan baki selebihnya. 

Movie Finding Srimulat ni adalah movie untuk memperkenalkan Srimulat kepada generasi belia dan yang akan datang tentang salah satu tradisi Indonesia yang makin hilang ditelan zaman. Bukan setakat ahli Srimulat sebenar turut berlakon dalam movie arahan dan penulisan Charles Gozali ni malah Pak Jokowi pun buat cameo sekali tau! 

Bagi yang tak tahu Srimulat tu apa, kumpulan Srimulat ni adalah sekumpulan pelawak yang berlakon, menyanyi dan menari. Nama Srimulat ni diambil oleh isteri kepada pengasas kumpulan pelawak. Kalau di Indonesia ada Srimulat, di Malaysia terkenal dengan Senario lah kalau ikutkan. Senario pun pelawak, pelakon dan menyanyi jugak. 

Disebabkan genre movie ni komedi jadi dialog pun penuh dengan dialog kelakar sampai sakit perut gelak tengok keletah masing-masing. Scene Gogon (Gogon Srimulat) bergaduh dengan isteri dia tu kelakar sebab perangai memasing lebih kurang je masuk air. Lakonan Reza pula cuma watak yang sweet, penuh dengan ambisi yang besar. Walaupun dia suka dengan Srimulat tapi watak Adika tak pandai buat kelakar. Sweet je tengok scene dia minta kebenaran Astrid untuk pergi ke Solo dengan scene dia menyembang dengan Mbak Djujuk (Djudjuk Djuariah).

Jalan cerita Finding Srimulat dari awal sampai habis memang best ditonton dengan pace yang laju dan mesej sosial yang mantap. Menyampah dengan watak Icha (Nadila Ernesta) sebab ambil kesempatan dekat Adi masa di Solo lepastu minta tolong dengan Jolin padahal dah tahu dia tu watak jahat dalam hidup Adi. Kalau suka dengan Adi, kenapa nak buat macam tu? 

Visual dari lensa Rollie Markiano memaparkan suasana kota Solo dengan menarik. Suka tengok performance Srimulat di stesen keretapi dengan koreografi cantik memaparkan budaya dan keharmonian orang Indonesia. Meriah! 

Memang patut sangat Magma entertainment tayang movie yang mengangkat tradisi negara ni di Netflix, tambah pula sekarang ramai yang tengah mencari movie-movie lakonan Reza Rahadian. Hopefully tercapai impian dan objektif pembikinan filem Finding Srimulat ni. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.9, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.2/10