Iced Latte KFC Sedap!

Monday 6 June 2022

Tak pasti sejak bila KFC mula launch Colonel's Coffee di Malaysia dan yang pastinya baru tahun ni lah sebab sebelum ni pergi tak ada lagi. Ke dah mula sejak tahun lepas tapi I baru tahu? Hmmmm 

Anyway, masa dinner dekat KFC ternampak menu Colonel's Coffee dalam mesin tempahan depan kaunter tu terus laju je tangan add item. Of course lah I pilih Iced Latte sebab favorite type of coffee. Sebab nak cuba je, ambil satu cup je lah. Order banyak karang tak habis pula minum lepastu buang macam tu je. 

Harga secawan latte Colonel's Coffee untuk panas ialah RM6.90 sementara yang sejuk pula berharga RM7.90 tak termasuk cukai perkhidmatan. Harga latte dia sama je dengan Family Mart tapi sebab ada tax tu buatkan dia jadi lebih mahal sikit. Tapi kalau nak sembang mana lagi sedap, latte dekat KFC lagi sedap, sama level dengan Iced Latte Dunkin Donuts! 

Lepas ni kalau makan dekat KFC boleh lah order latte dia tapi good luck lah kalau order dekat KFC Subang Bestari ni sebab bahan semedang habis. Customer service pun hampeh. No wonder lah KFC makin ke belakang. Dah la menu tak menarik macam negara luar. Indonesia dah start Colonel's Coffee ni dari 2014 lagi. Dekat Singapore dah ada banyak pilihan menu untuk beverages dengan side dishes. Krushers entah bila nak balik ke Malaysia :(

1 comment

  1. Seriuslah dah ada latte.. Aduh.. Kat sini tak nampak pula.. Bilalah nak ke depan KFC nie.. Sayang kalau dia tak buat betul-betul..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.