TV Show Review | The Sixth Sense Season 1 Episode 1

Wednesday 11 August 2021

Producer : Jung Chul-min

Cast :  Yoo Jae-suk, Oh Na-ra, Jeon So-min, Jessi, Mijoo (Lovelyz)

Production Company : tvN

Distributor : tvN, Viu

Genre : Mystery / Comedy

Running Episodes : 8 episodes (90 minutes per episode)

Release Date : 3 September 2020 – October 29, 2020

Trailer :


Setiap kali scroll tikTok mesti ternampak video dari variety show Sixth Sense ni dan video yang paling banyak haruslah part Jessi. Sebelum ni kenal Jessi seorang yang garang macam rapper Cheetah tu tapi bila tengok dekat TikTok, sejenis yang masuk air rupanya dia ni. Terus rasa nak tengok sebab kelakar sangat semua video dia. 

Program terbitan tvN ni berkonsepkan detektif bila kesemua panel tetap - Yoo Jae-suk, Oh Na-ra, Jeon So-min, Jessi, Mijoo (Lovelyz) dan seorang panel jemputan perlu teka yang mana adalah asli dan yang mana palsu. Setiap episod team production akan come up dengan tema yang berbeza. Macam episod 1 ni tema adalah eccentric restaurants, jadi semua panel kena pilih antara 3 restoran yang diorang pergi, yang mana adalah palsu. 

Kalau pilihan panel betul, mereka akan dapat emas asli sebagai hadiah. Tapi setiap pilihan perlu lebih dari seorang panel. Kalau pilihan tu tepat tapi cuma seorang sahaja panel yang pilih, tak ada hadiah akan diberikan. Untung kalau pilihan tu ada 2 panel sahaja sebab 6 ketul emas akan dibahagikan kepada 2. Kepada panel yang salah pilih, penalti cukur kening akan dikenakan pada episod hadapan. 

Untuk episod 1, panel jemputan ialah pelakon Lee Sang Yeob tapi hambar betul reaction memasing masa dia datang. Keenam-enam panel akan dibahagikan kepada 2 kumpulan dan kumpulan yang menang masa main game akan dapat hint vision dan hint visual tentang restoran tersebut. Kedua-dua hint tu akan bantu diorang buat pilihan tapi ada juga hint yang buat diorang bertambah keliru. 

Restoran pertama adalah restoran dalam pasaraya. Owner come up dengan idea ni bila sales dia semakin jatuh jadi dia buat restoran di mana customer boleh makan dan bawa barangan yang dibeli ke dalam restoran untuk dimasak dengan cara yang disukai. So-min syak restoran pertama ni palsu sebab terlampau bersih dan semua perkakas tersusun cantik. Kalau restoran yang ada service grill macam tu mesti lantai ada kesan minyak terpercik. 

Restoran kedua adalah restoran ramen yang dimasak dengan kuah tersendiri. Harga semangkuk ramen ialah 3.9 dollar dan restoran ni cuma dibuka selama satu jam sahaja setiap hari sebab kedua-dua owner dah berusia. Restoran ni kecil je sebab rumah kediaman yang diubah menjadi restoran. Di sekeliling kawasan rumah ada banyak pokok tanaman yang digunakan sebagai bahan dalam masakan. Sang-Yeob rasa restoran kedua ni fake sebab harga terlampau murah sedangkan banyak bahan yang owner masukkan dalam semangkuk ramen. 

Manakala restoran terakhir adalah restoran yang hidang makanan tradisional Korea secara eksklusif dan kebanyakan tetamu adalah VIP termasuklah Queen Elizabeth sendiri. Harga per entrance sebanyak 1000 dolar. Sama macam restoran kedua bila berkonsepkan rumah cuma bezanya interior dan senibina tampak mewah dengan hiasan dan pelbagai seni lukisan yang dipaparkan sebagai dekorasi. Semua menu yang dihidangkan menggunakan bahan segar sebab tu harga mahal selain dari kepakaran chef tu sendiri. 

Dalam banyak-banyak soalan yang panel tanya, soalan dari Jessi paling kelakar sekali sebab dia stress kena berjalan jauh untuk sampai ke restoran tu. Tapi kebanyakan part dalam reality show ni memang dia yang paling kelakar. Penat gelak sebab dia je tambah pulak kalau dia kacau Jae Suk. Editing team pun boleh tahan sengal jugak, dengan sound effect yang diorang letak dekat scene tu. 

Nak tahu restoran mana yang fake, kena tengok sendiri lah variety show The Sixth Sense ni. Jawapan yang betul tu memang tak disangka langsung sebab art, props dengan casting team memang all out untuk buat tempat tu nampak real. Dari bangunan usang berubah jadi restoran siap upload dekat social media lagi. Fuhhh daebak!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

7 comments

  1. i start tengok musim 2 yang first ni tak habis lagi..
    best tengok sixth sense sebab member dia semua masuk air, yoo jae suk pun give up nak handle diorang..haha

    ReplyDelete
  2. Jessi memang lawak!! Lagi2 bila dia jumpa Jae Suk tu. Lawan dia la tu. Haha

    ReplyDelete
  3. tak penah tgk lagi citer macam ni tapi seronok juga layan ni

    ReplyDelete
  4. sy x penah tgk lg. boleh dipertimbangkan utk ditonton weekends ni ;-)

    ReplyDelete
  5. Saya sangat tak boleh brain.. macam mana production depa boleh literally RENOVATE satu tempat tu jadi sebuah restaurant yang nampak real tapi sebenarnya fake? Weee power kot

    Jessi paling fav!

    ReplyDelete
  6. Akak belum pernah tengok lagi. Boleh masuk senarai untuk dilayan ni :)

    ReplyDelete
  7. Kreatif kan..dan nampak bersungguh-sungguh lah production team buat renovation. Thumbs up!

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.