Pengalaman Akaun Instagram Disekat

Sunday 15 August 2021

 

Sebelum ni baca pengalaman orang lain bila akaun Instagram diorang kena sekat sampai terpaksa buat akaun baru. Kali ni bila terkena dekat diri sendiri memang terciduk lah sebab mengganggu kerja-kerja yang berkaitan dengan paid content. Garu kepala juga masa kena tu sebab tak tahu apa punca, macam mana nak selesaikan dan berapa lama ambil masa untuk pulih balik. 

Cari jawapan dekat Google pun ada banyak kemungkinan antaranya beli followers, spam komen, spam like ataupun update status yang melanggar komuniti. Teringat lah masa tu I pergi stalk account Jackson Wang lepastu spam like dari recent post membawa ke tahun 2018. Ye lah, mana kau nak sedar kalau terpana dengan keindahan ciptaan Tuhan. Sedar-sedar dah berjam habiskan masa dekat situ. 


Tak ingat dah bila dikenakan tindakan dari pihak Instagram sebab bukannya aktif sangat pun dekat platform tu. Dalam seminggu tu buka dalam sekali dua macam tu je. Buka pun untuk stalk account artis favorite je. Sedar notis ni keluar pun sebab nak drop comment dekat post kawan. 

Seksanya kena sekat dengan Instagram ni bila nak drop comment tak boleh, nak like pun tak boleh, apatah lagi nak follow account lain. Bila update IGstory atau update post tak boleh mention account user lain. At first macam okay lah takpe biar je dulu, hantar report panjang berjela explain kenapa perlu sangat account ni pulih balik. Dari sehari membawa ke seminggu tapi tak okay jugak padahal hari-hari hantar report. 

Nak tak nak terpaksa lah buat akaun baru sebab dapat job yang perlu publish dekat Instagram dan mention account penaja. Memang rajin lah update IGstory dekat akaun baru sebab nak cari balik followers ramai bukannya senang. Dalam masa yang sama hantar juga report dekat Instagram sampai satu tahap tu dah putus asa dah. Punca utamanya, tak tahu pihak Instagram dapat ataupun tak report tu sebenarnya. Walaupun dia cakap dah terima tapi belum tentu dia betul-betul terima. Boleh jadi tu cuma auto-reply lepastu masuk dekat bahagian spam. 

Bila dah shift sepenuhnya ke akaun baru, tiba-tiba hari Jumaat lepas dah boleh guna macam biasa tapi tak boleh paste link blog dekat situ. Perasan dah boleh guna pun sebab ada DM masuk. Pulun lah like post orang lain siap komen sebab nak test betul ke dah boleh guna balik. Memang betul dah boleh dan sampai ke hari ni boleh guna lagi. 

Kalau akaun lama dah boleh guna, akaun baru tu macam mana? Pening kepala fikir sama ada nak biar ataupun buang sebab tak suka handle banyak akaun ni. Renyah. Tapi buat sementara waktu ni biarkan je dulu akaun baru tu sebab in case akaun lama ni kena sekat lagi, ada backup ye dak? Memandangkan Instagram dengan Facebook di bawah management yang sama jadi rules dan perangai pun sama jugak lah. Apa-apa pun bersyukur dah dapat balik akaun lama sebab ada platform sebagai micro influencer :')

9 comments

  1. Account ig CCL pun pernah mengalamai masalah yg sama . Hny disebabkan link blog

    ReplyDelete
  2. jgn letak link blog di biodata tu kak
    rabia pernah kena dah kak
    mmg taktahu nk buat apa
    report2 pun tak jadi jgk
    last2 buang link blog tu. ok dh kak happy semcm rabia

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dah dapat balik akaun lama tu. Moga dipermudahkan urusan :)

    ReplyDelete
  4. Better akaun baru tu kekalkan dulu, takut akaun lama jadi balik, boleh guna akaun baru tu. Tak adalah setiap masa nak buat akaun baru kan hahaha

    ReplyDelete
  5. Pernah kena sekali sebab link blog la. Lepas remove je terus elok

    ReplyDelete
  6. Fuhh! Jebuh jugak eh kalau acc ig kena block. Alhamdulillah dah dapat balik acc :)

    ReplyDelete
  7. Mencabar juga ya sekarang ni. Alhamdulillah, tahniah awak dapat balik akaun lama. Jadi, yg saya baru follow tu akaun IG awak yg baru lah ya?

    ReplyDelete
  8. boleh sy tau macam mana cara nak dapatkan balik akaun lama jika di delete oleh Instagram?

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.