Movie Review | Surga Yang Tak Dirindukan 2

Saturday 10 July 2021

Pengarah :  Hanung Bramantyo

Penulis Skrip :  Alim Sudio, Hanung Bramantyo, Manoj Punjabi

Pelakon :  Fedi Nuril, Laudya Cynthia Bella, Raline Shah, Reza Rahadian, Kemal Pahlevi, Tanta Ginting, Landung Simatupang, Sandrinna Michelle, Keefe Bazli, Zaskia Adya Mecca, Nora Danish, Muhadkly Acho

Syarikat Produksi : MD Pictures, MD Entertainment

Pengedar :  MD Pictures, Antenna Entertainments (Malaysia), Netflix

Genre :  Drama

Durasi Tayangan : 124 minit

Tarikh Tayangan : 9 Februari 2017

Trailer :


Lepas penerbitan novel kedua Citra Arini (Laudya Cynthia Bella) dalam Surga Yang Tak Dirindukan 1 (2015), nama dia semakin terkenal di Indonesia dan negara luar. Arini melantik Sheila (Nora Danish) sebagai manager yang menguruskan hal-hal berkaitan publisher, wartawan dan segala pihak yang terlibat. 

Sequel movie ni berlatarkan Budapest, Hungary bila Arini, Sheila dan Nadia (Sandrinna Michelle) pergi ke sana selama 5 hari bila dijemput oleh Majlis Kounsil Komuniti Islam. Di sana Arini secara kebetulan terjumpa Meirose (Raline Shah) dan Akbar (Keefe Bazli) setelah 3 tahun menghilang tanpa khabar berita. Meirose yang dia jumpa dulu dah jauh berbeza dengan Meirose sekarang sebab dia pandai berdikari, kuat dan makin cantik berhijab. Meirose buka butik di bandar untuk menyara diri dia dan Akbar di sana. 

Alur cerita sequel ni agak predictable sebab dalam trailer pun dah ceritakan dengan jelas apa akan terjadi pada keluarga kecil ni. Berbeza dengan yang pertama, kali ni team production tidak lagi menggunakan novel Asma Nadia dalam pembikinan skrip sebab pengarah dan penulis bertukar kepada Hanung Bramantyo yang terkenal dengan franchise Ayat-Ayat Cinta (2008) dan franchise Perahu Kertas (2012)

Elemen komedi makin banyak dalam movie Surga Yang Tak Dirindukan 2 bila watak Amran (Kemal Pahlevi) jatuh cinta dengan Sheila. Awalnya okay tapi bila berulang-ulang jadi try hard. Dekat awal movie pun kelakar sebab Prasetyo (Fedi Nuril) terjumpa kereta yang kemalangan. Bukan dia je cuak, doktor, Arini dan watak-watak lain pun cuak sekali sebab takut jadi lagi macam sebelum ni. 

Tak suka bila dapat tahu Arini jatuh sakit gara-gara kanser serviks tahap 4 bila dia pilih untuk pergi sedangkan dia boleh dirawat. Tak suka bila dia gunakan sakit dia untuk satukan Meirose dengan Pras sedangkan Meirose ada hidup sendiri. Kesian lah watak Dr. Syarief Kristof (Reza Rahadian) sebab kena bagi laluan pada Pras. Kalau dia bukan Reza Rahadian pun tetap kesian tau! 

‘Pada hakikatnya, nyawaku dan nyawamu akan terlahir di langit. Anak kita akan dilahirkan di cakerawala. Dan semuanya kita akan selalu saling bertatapan berabad lamanya. Juwita ku yang cantik, tanpa dandanan. Hidupku terbuka untukmu’ - Rendra 

Walhal watak Meirose dan Pras tak simpan perasaan pada satu sama lain pun. Masing-masing dah tekad untuk bercerai dan mulakan kehidupan baru. Tak ada masalah pun kalau pengarah buat Meirose berkahwin dengan Dr. Syarief dan Pras hidup bahagia dengan Nadia sebab konsep poligami tu memang dah habis dekat previous installment dah pun. Mesej dalam movie kedua ni pun kurang jelas apa yang nak disampaikan. Sepenuhnya bersandarkan pada kejayaan Surga Yang Tak Dirindukan 1. 

Sama seperti yang pertama, music album Surga Yang Tak Dirindukan 2 menggunakan khidmat Tya Subiakto yang menggunakan lagu gubahan Melly Goeslaw dan Anto Hoed. OST berjudul ‘Dalam Kenangan’ - Krisdayanti sementara lagu kedua bertajuk ‘Surga Yang Kurindukan’ dinyanyikan oleh pelakon utamanya sendiri, Laudya Cynthia Bella dan Warda.


Selain terpukau dengan keindahan Budapest di benua Eropah, wardrobe Meirose dan Arini antara yang mencuri tumpuan sebab imej Muslimah yang dibawa nampak cantik dan sofistikated. Props pada ruang kerja Pras, rumah sewa Meirose dan butik dia pun cantik sebab direka mengikut karakter juga kesenian budaya kawasan setempat. 

Walaupun Reza Rahadian cuma watak sampingan tapi kemunculan dia lebih meninggalkan kesan dan chemistry dengan Raline lebih meyakinkan berbanding Fedi Nuril. Nampak Fedi lebih selesa dengan Bella, mungkin juga kalau watak dia memerlukan dia deliver sebegitu. Pokoknya, franchise ni makin terlihat lemah selepas bertukar team produksi. Mungkin sepatutnya cuma terhenti pada yang pertama. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0 = 5.6/10

6 comments

  1. syurga yang tak dirindukan satu pun x sempat tgk lagi..inikan pula yang dua..waduh2..

    ReplyDelete
  2. Sebak tengok filem ni..penuh unsur2 islam..

    ReplyDelete
  3. Filem ke-2 ni pun tak kurang hebatnya. 👍👍👍

    ReplyDelete
  4. Dah tengok filem ini.. okaylah..

    ReplyDelete
  5. Tak suka,,, cukup berhenti kt yg 1 je patutnya.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.