Movie Review : Pati Patni Aur Woh

Monday 3 February 2020


Director : Mudassar Aziz
Writer : Mudassar Aziz
Cast : Kartik Aaryan, Bhumi Pednekar, Ananya Panday, Aparshakti Khurana
Production Company : T-Series, B.R. Studios
Distributor : AA Films
Genre : Romantic/Comedy
Running Time : 136 minutes
Release Date : 6 December 2019
Trailer :


Abhinav Tyagi aka Chintu Tyagi (Kartik Aryan) bekerja di pejabat kerajaan dalam jabatan peruntukan tanah di mana dia akan entertain client sampai jumpa tanah yang sesuai dengan kehendak klien. Boleh kata masa dia akan banyak terluang di luar pejabat.


Disebabkan cara kerja dia, Chintu mula ambil kesempatan untuk berseronok dengan Tapasya Singh (Ananya Panday) yang datang dari Delhi untuk cari tanah supaya dapat buka butik di Kanpur. Chintu tahu Tapasya tak akan jatuh cinta dengan dia sebab hot babe macam Tapasya tak pandang lelaki biasa yang nerd. 

Tapi bila Tapasya dapat tahu Chintu dah pun berkahwin, dia mula jauhkan diri sebab tak selesa bergaul rapat dengan suami orang. Chintu yang dah mula bahagia dengan perhatian yang dia dapat, mula reka cerita yang isteri dia, Vedika (Bhumi Pednekar) ada affair di belakang dia sejak 2.5 tahun lepas dengan Rakesh Yadav.


Awalnya Chintu bahagia dengan penipuan dia tapi makin lama makin kacau bila Tapasya mula syok dengan dia. Lagi serabut bila kawan baik dia dari kecil, Fahim Rizvi (Aparshakti) kadang membantu kadang tambah masalah sampai buat Vedika syak ada something jadi.


Tak lama pun untuk Vedika tahu kisah curang Chintu bila dia sendiri yang nampak Chintu dengan Tapasya have fun dekat mall waktu lunch hour. Sudahnya Vedika ambil keputusan untuk keluar dari rumah dan tinggalkan nota dekat parents yang dia nak hidup dengan ex dia, Doga (Sunny Singh).


Movie PPAP ni remake dari movie tahun 1978 dengan tajuk yang sama so mungkin ada yang dah pernah tengok jalan cerita asal but as for me memang tak pernah layan lagi movie. Thus I tak tahu ada scene dan jalan cerita yang diubah untuk ikut kesesuaian plot masa.


Sebab watak Vedika agak liberal dan moden bila dia refuse untuk hidangkan air pada guest bila keluarga Chintu datang melamar. Even dah kahwin pun dia bekerja dan tak sediakan proper lunch untuk suami dia sampai Chintu upset bila lunchbox kawan sekerja dia lagi bagus dari dia even Fahim yang bujang pun happy dengan lunchbox dia. 

Monolog Chintu tentang kehidupan alam perkahwinan dia pun sembang pasal modernism dan sexist bila dia dilemma stuck dalam perkahwinan dan sikap judgemental society terhadap lelaki yang dah berkahwin.


Masalah dengan movie remake ni bila director dan team production suka kekalkan original content padahal boleh je ubah supaya sesuai dengan plot masa dan karakter watak. Vedika nampak liberal dan independent tapi dia pilih untuk stay dengan suami dia walaupun tahu yang Chintu curang walhal Doga tak pernah ada isu dengan lifestyle Vedika selama 9 tahun bercinta dan pilih untuk kahwin dengan Chintu.


Both direction and script adalah hasil karya dari Mudassar Aziz so the idea untuk remake movie lama dengan sentuhan moden ni adalah sepenuhnya dari idea dia. Sayangnya dia tak mampu nak olah dengan baik bila some of scenes nampak lemah. Lagi facepalm bila Mudassar keluar statement yang dia sentiasa angkat wanita dalam karya dia but in this movie, seems like he's not. Dia tak bagi ruang untuk Vedika dan Chintu keluar dari kepompong ending yang cliche.


Awal movie dia tunjuk Chintu sebagai mangsa yang terjerat dengan perkahwinan tapi dekat hujung movie dia kata hasil senyuman Chintu adalah disebabkan isteri yang jaga. Agak questionable jugak lah dengan ayat Vedika tu sebab dia abaikan suami dia and Tapasya yang spend time dengan Chintu sampai buat Chintu rasa dihargai. 3 tahun kahwin dengan Vedika pun Chintu tak happy, tiap malam keluar lepak dengan Fahim buat sesi luahan perasaan padahal dekat office pun dah melepak sekali.


Movie PPAP ni menghiburkan sebab lakonan Kartik dan Aparshakti, sama macam movie Luka Chuppi dulu. Both have great screen persona and make a great pairing. Cuma tak faham kenapa director perlu buat watak Fahim sebagai Muslim untuk dia deliver joke terrorist? Just cut it off? Visual and music score at their best in rom-com genre. Untuk tontonan santai, this one is a sure shot.


1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.6 = 7.6/10

2 comments

  1. Tak berapa menarik pula lepas baca review Farhana nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah sebab second half dia tak berapa nak menjadi dengan dilema first half movie. Suka tengok sebab Kartik dengan Aparshakti je

      Delete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.