Movie Review : Mardaani 2

Sunday 9 February 2020


Director : Gopi Puthran
Writer : Gopi Puthran
Cast : Rani Mukerji, Vishal Jethwa
Production Company : Yash Raj Films
Distributor : Yash Raj Films
Genre : Action/Thriller
Running Time : 103 minutes
Release Date : 13 December 2019
Trailer :


Sequel kepada Mardaani tahun 2014 dengan watak yang sama, Insp. Shivani Shivaji Roy di kawasan yang berbeza bila dia dipindahkan ke daerah Kota, Rajashtan. Sequel kali ni menggunakan khidmat pengarah dan penulis baru, Gopi Puthran. 


Filem bermula dengan shot dari Sunny (Vishal Jethwa) yang menceritakan tentang kelicikan dia dalam memperdaya mangsa sebelum diculik dan dirogol secara sadis dan dibiarkan mati dalam keadaan yang mengerikan. 

Keesokannya Shivani sampai ke tempat kejadian dan halau media dari buat kacau. Dari kesan seret, keadaan mangsa dan kesan-kesan luka yang ada pada badan mangsa, Shivani boleh agak yang mangsa dirogol, dipukul dan dijerut dengan tali pinggang berpaku sehingga mati. 


Tugas Shivani tak mudah walaupun dia sentiasa buat homework untuk semua kes dia bila pegawai-pegawai polis suka merendahkan dia sebagai wanita. Lagi tercalar ego bila pegawai polis perempuan yang jadi ketua. Disebabkan hal ni, Shivani susah untuk dapat bantuan dalam selesaikan kes perogol psiko ni. 


Culture di kawasan luar bandar agak berbeza dengan Mumbai bila mana kebanyakannya terlibat dengan parti politik dan gangster. Tersilap langkah, Shivani boleh hilang jawatan dan dipindahkan ke daerah lain. Dalam masa 2 hari sebelum pegawai baru sampai, Shivani set target untuk selesaikan kes Sunny dengan anak-anak buah dia. 

Kalau dalam Mardaani 1, Shivani diugut secara emosi bila penjenayah cuba kacau keluarga dia tapi kali ni Shivani diganggu secara bersendirian bila Vikram dan Meera stay di Mumbai. Sunny agak licik bila dia kenal selok-belok kawasan di bandar Kota. Dia ada good connection dengan semua pengemis dan homeless di situ untuk jadi mata-mata dia. 


Team Shivani kali ni agak lemah nak dibandingkan dengan team dia di Mumbai, even balai polis tak ada kawalan kselamatan yang bagus sampaikan saksi utama mati dalam balai tu. CCTV pun tak ada. Nak trace calls pun tak mampu. Most of the time rasa geram sebab Sunny sentiasa ada depan mata Shivani tapi dia langsung tak dapat cam. 


Tercalar ego Sunny bila Shivani gelarkan dia sebagai lelaki bodoh dalam press conference untuk kes Latika, mangsa rogol Sunny yang dibunuh secara kejam. Sunny sengaja biarkan mangsa kedua dia hidup supaya Shivani dapat mesej yang dia bijak, tak seperti yang Shivani sangka. 

Of course kita tahu Shivani akan dapat tangkap Sunny dengan apa cara sekalipun tapi macam mana cara dia nak selesaikan kes tu dengan source yang limited dalam masa 2 hari tu yang curious nak tahu. Sama macam Mardaani 1 bila pengarah letak scene kejar-mengejar antara antagonis dan protagonist supaya nampak saspen dan berdebar. Susah nak predict apa langkah seterusnya. 


Vishal Jethwa amazed me with his talent, he plays with the camera, he knows exactly how to grills Shivani and her team. Director pula tak buat Shivani nampak macam superhero bila dia ada kekangan tertentu but still we can get to watch her intelligence and great skills in cracking the motives.

Yakin dengan fanbase franchise Mardaani, team production keluar dari zon selesa untuk paparkan scene yang menggerunkan and unfortunately based on real cases happened in India. Lagi sakit hati bila tak ada buat silap pun kena belasah jugak just because lelaki sakit hati bila ego tercalar tengok wanita berjaya dalam bidang yang sama. 


Bukan setakat social message tentang rogol, bunuh dan keselamatan wanita tapi martabat wanita yang direndahkan supaya lelaki tetap kekal berkuasa. Bila diam diganggu, bila melawan lagi teruk diganggu. Banyak dialog provokatif dalam movie Mardaani 2 yang menambahkan emosi dalam movie ni. Yet again, Rani berjaya menghidupkan franchise tersendiri dengan lakonan sebagai Insp. Shivani Shivaji Roy. 


Tak sabar nak tengok Mardaani 3 bila YRF dan Gopi dah pun announced team dia dalam progress untuk siapkan script untuk perjalanan Insp. shivani Shivaji Roy dengan villain yang baru. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.8/10

4 comments

  1. lama tak tengok rani markuji berlakon. my faberet selain kajol dan SRK

    ReplyDelete
  2. Adoi.. sadis betul penjahatnya.. Tak sangka Rani mampu memberikan yang terbaik..

    ReplyDelete
  3. mmg dh plan nak tgk movie ni nanti..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.