KFC Golden Egg Crunch Subang Bestari

Saturday 15 June 2019

Bila dah penat nak makan ketupat dengan lemang, mula la perut cari makanan biasa tapi sebab kedai pun banyak tutup, menapak ke KFC la jawabnya.

Tak pernah lagi cuba set Golden Egg Crunch ni sebab dah lama tak jejak dekat KFC. Dah lama tukar angin ke McD sebab ayam dia lagi kaw pedasnya.

Ada juga nampak post kata set ni sedap so rasa nak try jugak lah mana tahu kena dengan tekak.

Set ni ada set 2 ketul ayam dengan coleslaw, mash potato dan air oren. Ada juga pilihan set 3 ketul ayam dengan harga RM18.90. We chose this one sebab makan berdua so jimat sikit lah.


I tak tahu kenapa KFC suka pair set limited edition dia dengan fresh orange which most likely fail to impress my tekak. You makan something berempah lepastu minum fresh orange. Bad combination ever. 


I tak tahu outlet lain macam mana but this one totally a no no ever. Rempah kari dengan basil dia terlampau kuat sampai tak boleh nak terima. Selalunya dekat kulit je terasa tapi kali ni sampai isi so agak terseksa jugak lah nak habiskan. Telur masin tu tak terasa sangat pun sebab rasa rempah tu lagi kuat. 

Since I have bad experience dengan KFC pretty sure I taknak cuba Domino's pizza as well sebab branch sini quite pfftt with their cooking. All in all kegilaan orang sekarang dengan salt egg agak weird. I can't join the trend. Sorry.

2 comments

  1. KFC Golden Egg Crunch ni memang kena dengan tekak saya. Berkali-kali saya beli. Tapi adik saya pun macam Kak Farhana, tak tahan dengan rasa rempah tu. Saya boleh dikatakan antara orang yang minat dengan salted egg.

    ReplyDelete
  2. depends dengan cawangan kot.. Ada yang okay dan ada yang tak okay..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.