Movie Review | My God!! Father

Saturday, 13 February 2021

Director : Nasorn Panungkasiri

Writer : Juttuporn Boothkort

Cast : Sammy Cowell, Chantavit Dhanasevi, Tanawat Wattanaputi, Puwadon Vejvongsa

Production Company : Transformation Films

Distributor : Transformation Films, Netflix

Genre : Comedy / Drama

Running Time : 104 minutes

Release Date : 13 October 2020, 13 November 2020 (Vietnam)

Dek kerana penutupan panggung wayang sebab pandemik Covid-19, pengarah Nasorn Panungkasiri  ambil keputusan untuk buat remake kepada movie China berjudul Duckweed (2017) sebab jalan cerita yang kelakar supaya dapat tarik penonton ke panggung lepas pembukaan semula pada bulan Jun. Tahu movie ni pun sebab Tiara buat review.

Mengisahkan Got (Tanawat Wattanaputi), seorang pelumba kereta King Of The World yang menang perlumbaan tetapi bergaduh teruk dengan ayah dia, Prem (Chantavit Dhanasevi). Dari kecil hingga ke besar dia akan salahkan ayah dia kerana selalu pukul dia selepas keluar dari penjara. Ibunya pula dah meninggal kerana depression selepas melahirkan Got. 

Selepas kemalangan bersama ayah dia, anehnya Got muncul di tahun 1988, setahun sebelum dia dilahirkan. Bukan setakat tu sahaja, dia malah berkawan baik dengan ayah dia versi muda. Dari situ dia dapat kenal sisi baik ayah dia yang sebenar sebelum dia masuk penjara dan menjadi salah seorang ahli Hot Rod Gang. Di situ juga dia tahu kenapa ayah dia berubah perangai dan kenapa perkara malang sering terjadi semasa dia kecil dahulu.

‘Prem is a straightforward guy who always speaks his mind. But when he loves someone, he doesn’t know how to express it. He always does the opposite of what he feels.’ – Bew (Sammy Cowell)

Jalan cerita movie My God!! Father yang bertemakan time travel mungkin kedengaran agak biasa atau mainstream tapi disebabkan rahsia yang disimpan si ayah juga comic timing yang tepat buatkan movie bergenre komedi drama ni kelihatan menarik. Even subplot dalam flashback scenes menguatkan penceritaan dan hubungan antara Got dan Prem. 

Mungkin screentime watak Bew tak panjang tapi setiap kali dia muncul buatkan rasa semua tumpuan terarah pada dia sebab ibu Got bernama Naree tapi pada tahun 1988, Prem bertunang dengan Bew. Got tahu dia cuma ada tempoh masa yang singkat untuk mencari siapa ibu dia yang sebenar sebab dari kecil dia tak pernah berjumpa dengan Naree. Gambar yang ada pun ditoreh hingga raut wajah Naree hilang.

Pandai casting director cari pelakon sebab muka Chantavit Dhanasevi dan Tanawat Wattanaputi tampak seiras jadi nampak meyakinkan sangat yang both of them adalah anak-beranak ataupun berpura seperti adik-beradik di depan polis dalam scene awal. Lakonan dan chemistry antara kekuatan especially bila  ada scene mereka berdua menyembang pasal masa depan dan anak. Bila ada certain scene emosi, happy sangat bila tengok Got dapat peluk Prem. Masa Got menangis pun rasa nak menangis sekali sebab dia dapat tengok sendiri ayah dia seorang yang penyayang. 

Sinematografi cantik dari lensa Arnon Chunpraset terutamanya dalam scene perlumbaan kereta nampak hidup dengan elemen saspen yang tinggi. VFX pun not bad untuk scene kemalangan kereta tu. Tak lah nampak real sangat tapi tak lah nampak suntingan digital sangat. Just nice. Pandai lah diorang cover up that part. Kudos to props team dengan wardrobe team sebab berjaya hidupkan suasana zaman 80-an melalui set, dekorasi bangunan dan juga pakaian. Ditambah dengan music score dengan vibe 80s.

Kalau konsep time travel ni dah tahu lah apa kesan dia bila ada perubahan pada beberapa latar masa jadi dekat dalam movie My God!! Father ni pun sama. Macam mana Got nak berjumpa dengan ibu dia tu memang kena tengok lah movie yang sarat dengan mesej kekeluargaan ni dekat Netflix.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Movie Review | Shabd (2005)

Friday, 12 February 2021

Director : Leena Yadav

Writer : Llena Malhotra, Sutapa Sikdar (dialogue)

Cast : Sanjay Dutt, Aishwarya Rai Bachchan, Zayed Khan, Kamini Khanna

Production Company : Pritish Nandy Communications

Distributor : Pritish Nandy Communications, Netflix, Disney Hotstar, Amazon Prime Video

Genre : Thriller / Drama

Running Time : minutes

Release Date : 4 February 2005

Trailer :

Penulis novel Shaukat Vashisht (Sanjay Dutt) mengalami trauma dan kemurungan bila diasak oleh pihak media bila novel keduanya dicemuh terlampau fancy dan tak realistic sedangkan novel debut dia menang Booker Prize. Agresif juga media dalam dunia penulisan ni. 

Disebabkan hal tu Shaukat mula mencari cerita pada orang sekeliling dia termasuk lah isteri dia sendiri, Antra (Aishwarya Rai Bachchan) yang bekerja sebagai seorang pensyarah. Kata Antra dunia dia cuma ada kerjaya dan Shaukat, tak ada apa yang menarik pun. Sehingga lah kedatangan Yash Agnihotri (Zayed Khan) mengubah pandangan Antra. 

Shaukat yang mencari, telah pun berjumpa dengan watak utama dia – Tamanna (Keinginan). Karakter Tamanna sebenarnya sama dengan karakter Antra tapi Shaukat belum sedar pasal tu dan dia pujuk Antra supaya berkawan rapat dengan Yash walaupun isteri dia tak selesa sebab Yash macam menaruh hati. 

Shaukat yakinkan Antra untuk uji cinta dalam perkahwinan sebab mereka berdua bersatu pun sebab arranged marriage. Yash pula datang dalam hidup Antra dengan karakter dia yang childish dan fun. Dari cerita Antra tentang friendship dia dengan Yash, Shaukat akan tulis semuanya dalam draft novel dia. Dalam masa yang sama, dia akan bertanya tentang personal life maid baru dia, mungkin untuk supporting character atau subplot dalam cerita. 

Shaukat biarkan Antra spend time seharian dengan Yash dan predict apa yang akan jadi walaupun akan wujud perkara yang melampaui batas sebagai isteri orang tapi dia tak kisah sebab dia nak benda tu jadi. Sampai ke tahap Shaukat sendiri yakin yang dia boleh kawal semua benda menggunakan Shabd (Perkataan) dia. 

Idea untuk filem ni dah cantik dah sebab alur cerita dia dari Shaukat yang menghidap writer’s block berubah percaya diri dia ada kuasa mengatur sesuatu melalui pena dia. Tapi sayangnya jalan cerita diolah agak meleret dan half-baked sebab banyak lagi yang boleh dikembangkan. Twist dia agak predictable lah sebab apa yang Antra buat tu masih terikat dengan senario zaman tu, tahun 2005 dan karakter dia sendiri yang bergantung sepenuhnya kepada Shaukat. 

Sinematografi dari Aseem Bajaj cantik pada sesetengah scene tapi kurang menaikkan mood dan impak pada scene antara Shaukat dengan Antra. Scene perbualan tentang bercinta dengan lelaki muda atau kenalan di kampus tu, camera agak shaky dan blur padahal scene tu agak intense. Agak mengecewakan lah sebab cinematographer yang sama dalam movie Chameli. Music score dari komposer duo Vishal-Shekhar not bad lah. Genre music sesuai dengan karakter watak dalam scene berkenaan.

 

Asalnya watak Antra kena offer dekat Esha Deol, Sushmita Sen dan Shamita Shetty lepas Bebo keluar tapi Aish yang terima untuk berlakon dengan Sanjay Dutt. Ada sesetengah scene muka Sanjay Dutt agak menyeramkan especially bila dia masuk dalam dunia penulisan dia. Kalau cerita ni berubah lebih dark atau lebih thriller seperti yang director Leena Yadav claim maybe lagi menarik kot. 

Walaupun movie Shabd dapat negative reviews dari critics tapi skrip filem ni diarkibkan di perpustakaan Margaret Herrick, Academy Motion Pictures Arts and Science. Percubaan yang baik untuk debutante writer Llena Malhotra dengan tema psikologi tapi banyak yang perlu dibaiki antaranya durasi yang panjang meleret. Questionable juga bila Mrs. Kapadia (Kamini Khanna) tak bagitahu Yash yang Antra dah berkahwin walaupun watak dia menyampah dengan relationship diorang berdua. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 7.7/10

thes's Love Giveaway

 

Klik banner untuk join :)