Majlis Perpisahan Ms Aida, Pn Nurul & Adzran

Monday, 28 July 2025

Selesai sambutan Hari Raya RRM, ternampak IGstory Kak Nurul tengah countdown tapi tak ambik port sangat sebab assume mungkin hal berkaitan acara keluarga. Bila colleagues sembang-sembang pasal hint Kak Nurul yang lain, baru lah akak HR kita bukak mulut yang dia dah tender. Terkejut lah semua orang sebab tak ada angin tak ada ribut nak resign. 

Kak Nurul bagitahu condition badan dia tak okay bila terdedah dengan stress kerja. Walaupun dia baru sembuh dari kanser tapi kena jaga jugak sebab possibility untuk datang balik tu tinggi. Lagipun sejak pindah ke Oasis Square Ara Damansara, perjalanan dari rumah ke pejabat bertambah jauh. Kalau dulu setengah jam je sebab pejabat HQ RRM dekat Starparc Point, Setapak. Sekarang ni jadi satu jam lebih walaupun keluar awal. Nak tak nak, resign adalah jalannya. 


Ms Aida pulak sebab nak berpencen lepas ambil sabbatical leave selama 6 bulan lebih. Sepanjang usha IGstory Ms Aida memang seronok ye kehidupan orang separa berpencen ni. Aktiviti dia penuh mengalahkan orang pergi office. Kita pulak jadi seronok tengok jadual dia. 

Memandangkan dua orang nak berhenti serentak, tambah dengan Adzran dah habis chambering, Datuk Hisham minta Kak Ida book lunch buffet dekat Restoran Primadona, TTDI (dulu Restoran Puteri). Datuk kata restoran ni dulu pernah jadi tempat untuk event kecil, signing ataupun buat deal dengan few clients yang penting untuk RRM. 









Disebabkan pagi Jumaat tu sibuk mengejar deadline untuk submit EOT untuk circulation of audit report maka tak sempat lah nak belek kamera. Bila dah sampai venue baru lah nak adjust itu ini maka terhasillah gambar yang kejap blurry, kejap gelap, kejap cerah kemain sampai lah dapat preset yang kita nak. 

Cabaran lah juga nak ambil gambar dekat majlis ni sebab kamera office ni tak keluar apa-apa dekat skrin so memang sepenuhnya guna mata untuk ambil gambar. Kalau tak masuk gridline ke apa haa nasib lah. I gerak pulak lambat dari office so apa yang ada je lah nyah. 

Bukti I jadi photographer






Ruang Restoran Primadona TTDI ni tak lah besar mana tapi sesuai lah untuk buat majlis kecil macam ni. Tempat yang paling cantik dalam Restoran Primadona TTDI adalah tangga kayu yang klasik ni. Gambar dekat bawah nanti akan explain betapa bergunanya tangga kayu ni ditambah dengan pencahayaan semulajadi yang terletak helok dekat situ.

😃: Kak Ana ambil gambar Aiesyah pls nak pose macam ni
😑: *ambil gambar* 

certified gen z















Menyempat aje bos kecik ni

Sesi tumpahkan teh untuk drama malam sampai pagi













Kalau ikutkan plan asal, majlis berjalan seiring dengan makan tengahari tapi kalau majlis pun mula jam 2.30 petang sebab nak tunggu yang lelaki habis Solat Jumaat, tak jadi makan tengahari dah. Dia jadi lunner which is lunch campur dinner. Lepas ni kalau buat majlis waktu petang ada eloknya buat hi-tea sekurang-kurangnya tak perit menunggu bila nak makan. 





Kak Ida tak dapat memo untuk senyum hshshs



Kak Nurul kata dia tak nak menangis masa majlis perpisahan ni tapi tu satu perkara yang merepek untuk manusia hati tisu macam dia. Sebelum kitorang bergerak ke majlis ni, Kak Nurul dah jumpa setiap seorang untuk minta maaf dan bagi hadiah. Dia ingat nangis masa tu akan buatkan dia kuat masa majlis perpisahan tapi tak ye. 

Dekat awal majlis lagi dia dah nangis dah lepas dengar ucapan Ms Aida. Bila Kak Ida dah nangis, makin bertambah kuat lah emosi masing-masing. Berbelas tahun berkhidmat dengan RRM, tinggalkan work besties memang tak boleh lah kekal tenang. 










Lepas Ms Aida dengan Kak Nurul berucap, semua dijemput untuk makan tapi kitorang pergi bergambar dulu sebab takut nanti tak sempat dah nak ambil gambar dekat tangga ni. 





😁: Ana you asyik ambik gambar orang lain je, meh I ambilkan gambar you!
😍: wahhhh thank you Syida!









Lepas habis makan tengahari Datuk minta setiap seorang bagi ucapan kepada Ms Aida dengan Pn Nurul. Tak sure lah kenapa tak ada yang bagi ucapan dekat Adzran jugak maybe sebab semua tengah terkejut dengan berita akan hilang dua orang seniors kot. 

Nervous jugak eh jadi orang pertama yang kena bagi ucapan, dah la duduk paling belakang sekali. Entah dengar entah tidak tapi semua respond elok dengan apa yang I cakap maksudnya dengar lah tu hshshs












Boleh kata semua orang tak kira staff, chambee atau lawyer ada pengalaman dengan Ms Aida dan Kak Nurul sebab both of them adalah orang yang terlibat dalam interview. Masa I kena interview dulu pun Ms Aida yang banyak tanya soalan, Kak Nurul akan assist. Pengalaman interview yang paling cuak sebab tak pernah expect akan kerja dekat firma guaman. 

Masa tu apply sebagai PA tapi dapat position exec siap menangis lepas interview sebab takut dengan Ms Aida padahal dia relaks je. I yang over sebab tak confident. Masa tu baru lepas kena buang kerja lepas kena buang dengan ex-boyfriend. Confidence tak ada langsung sebab rasa diri macam tak berguna hshs

Bila masuk RRM lahhh jadi orang yang terpaling function. Dulu menangis sebab takut dengan Ms Aida, lepas jadi staff RRM boleh pulak bergosip bergurau senda nyahhh. Ms Aida siap pesan tak payah tunggu Raya kalau nak datang rumah dia. anytime nak datang roger roger je. 


















Lepas habis ucapan setiap seorang untuk Pn Nurul dengan Ms Aida, datuk Hisham suruh buat standing ovation. Terpinga-pinga jugak masa tu sebab tak tahu nak buat macam mana since tak pernah buat. rupanya semua kena berdiri cakap terima kasih sebagai tanda penghargaan untuk both seniors yang dah banyak berbakti untuk firma. 






Assistant yang function sebab I dah tak larat nak pegang DSLR




Selesai standing ovation, Datuk minta semua berkumpul dekat tangga untuk ambil gambar ramai-ramai. Since majlis ni mengejut, tak ada tentatif dan AJK, kebanyakan masanya I kelam-kabut ke sana ke sini sebab tak tahu flow majlis. Of course it's a simple event tapi it would be nicer kalau I tahu flow dia sebab I photographer tak rasmi :')




Gambar ni kitorang minta tolong staff Restoran Primadona yang ambil tapi sebab dia pun tak boleh tengok dekat skrin maka hasil dia tak lah nice sangat. 


Ni yang I adjust dulu position masing-masing sebelum ambil tapi itulah kita plan tak semestinya menjadi kan. But okay lah not bad lah. Nanti nak print gambar ni sebab semua ada dan cantik. 



Percubaan Adzran untuk hadiahkan jersey Terengganu FC dekat Datuk. All the best Adzran dekat tempat baru nanti. 










Moment ni dah cantik dah tapi tangan Liyana spoil ek. Babap kang











pose ni idea diorang bertiga eh, I tolong ambil je
















Thank you Aiesyah tolong ambilkan gambar kitorang




cubaan gagal sebab bouquet ni tak sepatutnya jadi fokus T.T













5x peluk, 5x lah nangis nak berpisah dengan bestie





Ni bukan gambar dari pelbagai sudut tapi memang Ain dengan Ms Aida discuss tak sudah





Yang lain semua dah balik dah tapi sebagai photographer berjaya, pintu restoran dah tutup baru I balik ke office semula. Masuk sebab kena sambung buat kerja lah, extract gambar dari kamera pun ye jugak sambil sambil tu sebab malas nak bertangguh. I nak tempuh weekend dengan tenang. 

Hadiah Ms Aida - White Musk Aroma Diffuser wangiiiii

Hadiah Kak Nurul - Hijab ShawlPublika cantikkkk

Thank you Kak Nurul dengan Ms Aida bagi farewell gift, selamat menjalani kehidupan berpencen. Ada rezeki kita jumpa lagi. Take care both of you :)

Movie Review | Singsot: Siulan Kematian (2025)

Sunday, 27 July 2025


Pengarah: Wahyu Agung Prasetyo   
Penulis Skrip: Wahyu Agung Prasetyo 
Pelakon: Ardhana Jovin Aska Haryanto, Landung Simatupang, Jamaluddin Latif, Siti Fauziah, Sri Isworowati
Syarikat Produksi: Clockwork Films, Ravacana Films 
Pengedar: MD Pictures
Genre: Seram / Misteri  
Durasi Tayangan: 75 minit
Tarikh Tayangan: 13 Mac 2025 
Trailer:


Selalu kita dengar pesan orang tua pulang ke rumah sebelum Maghrib, jangan juga bersiul di waktu senja dikhuatiri akan diganggu oleh makhluk halus. Dua pesanan ini menjadi teras kepada filem Singsot: Siulan Kematian yang menyebabkan watak utama, Ipung (Ardhana Jovin Aska Haryanto) mula diganggu tanpa henti. Awalnya Ipung endahkan saja larangan neneknya, Mbah Wedok (Sri Isworowati) tapi sejak diganggu ketika tinggal di rumah bersendirian, Ipung mula ketakutan dan berhenti bersiul.
 
Tapi nasi dah pun jadi bubur kerana Ipung sering mengalami gangguan tidak kira siang ataupun malam. Bukan saja di rumah malah ketika berada di sekolah. Ipung segera meminta ampun kepada neneknya lalu perkara ini diceritakan kepada datuknya. Mbah Lanang (Landung Simatupang) yakin cucunya diganggu oleh roh Agus Pete (Jamaluddin Latif) yang terperangkap di alam sana. 


Selepas langar pantang larang hutan ketika mencari burung, Agus Pete dijumpai dalam keadaan yang ngeri. Walaupun doktor sahkan dia mengalami strok tapi orang kampung tahu apa yang terjadi. Sebelum Ipung, Agus Pete cuba untuk menjadikan Mbah Darmo (Teguh Mahesa) sebagai penggantinya di alam angker supaya dia boleh pulang tapi orang tua tersebut meninggal dunia kerana sakit jantung. 

Mbah Lanang bersama Mbah Manto (Fajar Suharno) pergi ke rumah Pakdhe Tirto (Alex Suhendra) untuk bertanyakan apa larang yang dilanggar oleh Agus Pete dan isterinya, Wiwik (Siti Fauziah) tapi Tirto enggan beri kerjasama. Akibatnya Ipung menjadi sasaran utama Wiwik dan Agus Pete untuk dihantar sebagai pengganti. 


Filem Singsot (Siulan) asalnya adalah filem pendek yang menceritakan tentang pantang larang bersiul di waktu senja. Setelah mendapat anugerah Filem Horor Terbaik di Taman Festival Bandung 2017 dan Film Terbaik Fiagra Horror Film Festival 2016, pengarah juga penulis, Wahyu Agung Prasetyo bawa ke layar perak dengan naskhah berdurasi 75 minit. 

Latar tempat dalam filem Singsot: Siulan Kematian iaitu Kampung Kertorangking terlihat misteri kerana kebanyakannya adalah warga emas dan kanak-kanak. Bukan saja Ipung yang tinggal bersama datuk dan nenek malah rakan-rakannya juga begitu. Sumber pendapatan utama kebanyakan keluarga juga tak jelas kerana kebanyakan rumah di situ membela burung untuk pertandingan. Mungkin ada yang memburu untuk dijual kepada orang luar tapi itu cuma andaian saja. 


Bila masuk second half baru nampak beberapa lelaki muda terperangkap dalam alam sana sama-sama dengan Agus Pete. Tapi kalau dah ramai yang menjadi mangsa kenapa orang kampung masih lagi mengamalkan hidup memburu burung? Mungkin ada simbolik tersendiri oleh masyarakat Jawa tapi disebabkan tiada penceritaan baik dari perbualan atau naratif, susah untuk kita kenal budaya masyarakat di kampung tersebut. Yang tak faham dengan filem Singsot dan budaya masyarakat kampung tu boleh baca dekat sini

Sembang pasal perjalanan kisah Ipung yang diganggu dengan Agus Pete pula macam tak berkait pun sebenarnya dengan pantang larang bersiul tu. Punca dia kena kacau bila dia adalah target mudah untuk pasangan suami isteri muda tu dapat apa yang mereka nak. Silapnya bila salah target sebab Mbah Lanang bukan sembarangan orang. 


Memandangkan naskhah Singsot membawa mesej sosial generasi lama untuk peringatan kepada generasi baru, sepatutnya perlu ada lebih banyak dialog antara watak-watak utama. Macam babak Mbak Wedok melarang Ipung bersiul patutnya beritahu kenapa orang tua melarang perbuatan tersebut. Babak Mbah Lanang marah Mbah Wedok buang sesuatu di sungai pun tak pasti apa bendanya dan kenapa isteri dia bertindak begitu.

Untuk elemen seram, Fahrul Tri Hikmawan berjaya mewujudkan suasana seram dan mengerikan dalam semua babak. Jumpscares yang dimasukkan buatkan kita tak senang duduk dan tertanya-tanya apa yang Ipung buat sampai diganggu sampai tahap macam tu. Masa tengok reaksi Mbah Lanang bila tahu Mbah Darma meninggal dunia macam ada something yang tak kena tapi tak tahu sama ada Mbah Lanang atau Ipung sendiri yang buat hal. Nak pula Ipung diganggu selepas datuk dia bagi permainan kayu berbentuk burung. 


Beberapa babak terlihat cantik dan kaya dengan budaya masyarakat Indonesia macam senibina rumah dan perabut kayu yang digunakan di rumah Ipung. Seronok tengok almari kayu dengan ukiran berseni. Babak Mbah Manto dan Mbah Lanang duduk berdua bersama burung di satu ruang terbuka pun terlihat aesthetic. Color grading dan pencahayaan yang cantik menambahkan lagi kekayaan visual filem Singsot: Siulan Kematian sebagai sebuah naskhah yang bermutu. 



Walaupun ada kelemahan dalam aspek-aspek tertentu tapi filem Singsot menarik untuk ditonton kerana lakonan Ardhana Jovin Aska Haryanto yang cemerlang walhal masih muda. Babak dalam bilik Mbah Wedok dengan ampaian tu seram. I puas hati tengok ending sebab memang layak sangat watak tu kena macam tu sebab buat masalah tapi tolak akibat tu dekat orang lain. Puas!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9/10

Movie Review | Devil’s Stay (2024)



Pengarah: Hyun Moon-sub  
Penulis Skrip:  
Pelakon: Lee Min-ki, Park Shin-yang, Lee Re, Kil Hae-yeon, Tae In-ho, Yoon Jong-seok, Kim Gi-cheon, Kim Nam-woo
Syarikat Produksi: Showbox   
Pengedar: Amazon Prime Video
Genre: Seram / Misteri
Durasi Tayangan: 95 minit
Tarikh Tayangan: 14 November 2024
Trailer:


Paderi Van Hae-sin (Lee Min-Ki) dipanggil untuk melakukan upacara mengusir syaitan yang merasuki badan Cha So-mi (Lee Re), anak perempuan sulung Doktor Cha Seung-Do (Park Shin-yang). So-mi mempunyai masalah jantung dan selepas 4 bulan selesai melakukan pembedahan pemindahan jantung, dia kerasukan serta bertindak agresif lalu disahkan meninggal dunia. 


Terkejut dengan kehilangan anak perempuannya, Dr. Cha bertindak untuk melarikan mayat So-mi dari pengebumian. Dr. Cha yakin So-mi masih hidup kerana dia nampak tangan anaknya bergerak. Awalnya So-mi cuma genggam tangan dan simpan rantai Polaris pemberiannya kemudian banyak lagi kejadian lain sehingga Dr. Cha yakin anaknya belum mati. 


Sementara Dr Cha berkabung dengan pemergian So-mi, Paderi Hae-sin pula mencari cara untuk keluarkan roh syaitan bernama Bariel. Mengikut sejarahnya, Bariel dilahirkan bersama kembar tanpa nama. Syaitan yang merasuk lalu dilahirkan semula menerusi badan kembar tersebut, menghasut dan pukau orang untuk berbunuhan sesama sendiri. Paderi pada zaman itu semadikan jantung kembar muda di dalam jantung Bariel untuk menghalang syaitan dapat semula kuasa. 

Filem seram arahan Hyun Moon-sub menggunakan tema ritual pemujaan dan kelahiran semula entiti mitos lama, menggabungkan dua negara iaitu Korea dan Sepanyol. Upacara berkabung selama 3 hari diceritakan perjalanannya bagaimana entiti tersebut akan menakluk badan pemangsa sebelum dilahirkan semula. Paderi Hae-sin perlu keluarkan syaitan dari dalam badan So-mi sebelum lebih ramai lagi manusia akan dibunuh dengan kejam. 


Banyak jump scare dimasukkan pada first half Devil’s Stay tapi tak lah cukup seram untuk peminat genre ni. Sinematografi Devil’s Stay bersifat kelam untuk mewujudkan suasana seram yang dialami di rumah, bilik mayat dan ruang pengebumian. Background music membantu menguatkan lagi rasa seram dan babak-babak emosi antara Dr. Cha dan So-mi. Paderi Hae-sin sendiri ada kisah silam yang buatkan dia senang terhasut dengan bisikan syaitan. 

‘What’s shaking your heart is not the devil, but your feelings for Michael (Yoon Jong-seok). Your heart is clouding your eyes and ears, giving the devil an opportunity.’ 


Pace penceritaan yang perlahan buatkan beberapa watak dan plot tak dikembangkan dengan baik. Filem Devil’s Stay sama macam filem Revelations (2025) atau filem The Divine Fury (2019), pengarah lebih selesa guna pace perlahan dari masukkan lebih banyak input supaya kita jelas dengan motif sesetengah pihak. Memang lah genre seram bergantung banyak pada gangguan hantu tapi bila masukkan backstory atau punca lain, kena lah jelaskan supaya penonton faham. 

Babak Cheol-gi (Kim Gi-cheon) emo bila Paderi Ha-sien masuk ke bilik mayat pun tak konsisten sebab dekat ruang utama dah penuh dengan kumpulan paderi lain akibat diganggu makhluk halus. Tak sepatutnya dia emosi sebab dia jaga bilik mayat dan yang masuk tu paderi bukannya orang yang tak dikenali. 


Walaupun penulis kenalkan Bariel tapi Bariel sendiri tak ada interaksi dengan pemuja ataupun pihak lawan dia. Mungkin dia pun pening kenapa kena dihidupkan balik sebab dulu kena bunuh pun gara-gara syaitan yang rasuk. 

Kesian bila lakonan pelakon utama juga sampingan dah bagus membawakan watak masing-masing tapi filem tersia gara-gara alur cerita yang tak memuaskan. Melainkan pengarah atau produser ada niat untuk buat sekuel.


Tapi yang pastinya Devil’s Stay beri pengajaran yang besar tentang erti sabar dan redho dengan takdir Tuhan. Walaupun Dr. Cha adalah salah seorang doktor berpengalaman dengan kemahiran yang tinggi di Korea Selatan tapi takdir Tuhan yang tetapkan So-mi akan meninggal sebab sakit jantung tetap tak boleh dicabar. Bila dia buat sesuatu tanpa berfikir panjang, senang sangat dihasut oleh manusia bertopengkan iblis macam Big Mama (Kil Hae-yeon).


Personally for me, Devil’s Stay not bad untuk tontonan santai. A bit ambitious but has it own moment. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 7/10

THE CHOSEN ONE XTRA MINGGU 1 | ELYSHA & FANA GENGGAM KEMENANGAN PERTAMA TCO XTRA!

Saturday, 26 July 2025


The Chosen One XTRA membuka tirai dengan kemenangan hebat oleh coach Tuju & Loca B bersama dua mentee mereka, Elysha dan Fana yang dinobatkan sebagai juara minggu pertama. Persembahan penuh bertenaga yang menggabungkan dua lagu ikonik - Jeritan Batinku (Azlan Typewriter) dan Ku Bersuara (Ernie Zakri) - berjaya memukau para juri tetap, Dato’ Awie dan Sharifah Sakinah, serta juri jemputan minggu ini, Dato’ Ramli MS, yang memberikan markah penuh “wow”!


Tempat kedua dimenangi oleh pasukan Nikki Palikat, Iman & Adawiya, manakala pasukan Bunga, Nayla & Zahra meraih tempat ketiga. Dengan tema minggu pertama ‘Gen XTRA!’, pasukan Naqiu kurang bernasib baik apabila berada di kedudukan terbawah bersama mentee beliau, Iaman dan kumpulan Saputra. 

SENARAI LAGU


Opening Performance - Aepul & Kiki Fateha (Juara TCO 2024)

Bunga, Nayla & Zahra - Angkat (MimiFly)



Naqiu, Iaman & Kumpulan Saputra - Langit Yang Sama (Dalia Farhana)

 Tuju, Loca B, Fana, Ayu - Jeritan Batinku (Azlan Typewriter) + Ku Bersuara (Ernie Zakri)

Usop, Alif & Yusuf - Selamanya (Usop)


Namie, Ayu & Bella - Hajat (Haida)

Niki Palikat, Adawiyah & Iman - Bagaimana Kalau Aku Tidak Baik Baik Saja (Judika)


Jangan Khianati Aku (Azlan Typewriter) + Like Jennie (Jennie Blackpink) +  Stecu Stecu (Faris
Adam)


INFO PROGRAM THE CHOSEN ONE XTRA

• The Chosen One XTRA bukan sekadar memfokuskan bakat nyanyian sahaja, malah juga akan menonjolkan bakat-bakat lain seperti tarian, akrobatik, kebolehan bermain instrumen muzik dan sebagainya.


• Musim ini kembali dengan membawakan barisan artis baharu sebagai ‘coach’ selebriti kepada para bintang cilik seperti Namie, Nikki Palikat, Achey, Tuju & Loca B, Bunga, Usop dan juga Naqiu.

• Persembahan setiap peserta bersama dengan pasangan selebriti mereka akan diadili 100% daripada pemarkahan pihak juri sejurus selepas persembahan mereka tamat.


• Juara ‘The Chosen One XTRA’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM 40,000 beserta trofi sumbangan Astro. Tempat kedua, ketiga dan keempat akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 30,000, RM 20,000 dan RM 10,000 beserta dengan trofi sumbangan Astro.

• Pentas akhir program ini akan turut menobatkan anugerah Coach Terbaik dengan wang tunai bernilai RM 10,000, serta anugerah Persembahan Terbaik dengan wang tunai bernilai RM 10,000 yang akan ditentukan melalui undian para penonton melalui laman web www.thechosenone.com.my .

Saksikan episod baharu The Chosen One XTRA setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Ceria (saluran 611), serta secara On Demand di Astro GO dan sooka. Siapakah yang bakal menjadi The Chosen One musim ini?

ANTARA SUAMI DAN CINTA PERTAMA…ANNA JOBLING BERANI MAIN API?

Friday, 25 July 2025

Apabila kalimat “setia” dinodai… siapa sebenarnya yang harus dituding jari? Akan datang di slot Akasia TV3 minggu hadapan, naskhah terbaharu arahan Jamal Khan, Setia Itu Mahal, bersedia menguji kefahaman penonton tentang makna sebenar kesetiaan yang cukup membelit jiwa.

Diterbitkan oleh Wiranusa Corporation Sdn Bhd, ia mengangkat kisah seorang wanita yang terperangkap di persimpangan antara cinta dan nafsu. Drama 28 episod ini menyatukan barisan pelakon popular tanah air seperti Anna Jobling, Zahiril Adzim, Redza Rosli dan Rita Nadira, dengan skrip hasil penulisan Sophilea.  

Dalina (Anna Jobling), seorang pereka fesyen terkenal, hidup bahagia bersama suaminya, Dr Hakim (Zahiril Adzim) dan anak mereka, Alia. Namun, kebahagiaan itu mula tergugat apabila Tengku Farid (Redza Rosli), cinta pertamanya, kembali muncul menagih kasih yang tidak pernah padam. 

Biarpun Tengku Farid kini merupakan suami kepada wanita berpengaruh, Tengku Natasya, hatinya dikatakan masih berpaut pada Dalina. Setiap lirikan mata dan setiap bicara seolah-olah menghidupkan semula rasa yang telah lama terkubur dalam diri Dalina. Dalam kelelahan mengurus keluarga, ditambah pula rasa terabai oleh suami yang terlalu sibuk, Dalina mungkin mula goyah.

Ketika Alia jatuh sakit dan Dr Hakim gagal dihubungi, Dalina tiada pilihan selain meminta bantuan daripada Tengku Farid. Adakah panggilan ini akan membawa mereka kembali ke dalam pelukan rasa yang pernah wujud dan mungkin belum pernah mati? Inikah pemulaan titik yang mengaburkan antara setia dan curang?

“Dalina ni seorang wanita yang penuh kasih sebagai seorang ibu dan isteri… tapi dia juga manusia biasa,” ujar Anna Jobling ketika menyelami sisi kompleks watak utamanya dalam Setia Itu Mahal. “Dia tak sempurna. Dia bergelut nak faham apa yang dia rasa dan dalam usaha nak buat yang terbaik, dia makin keliru dengan suara hatinya.” 

Bagi Anna, kekuatan Dalina terletak pada hakikat bahawa dia bukan mangsa dan dia sendiri tak pernah cuba menjadi satu. “Dia cuma terperangkap dalam dilema yang tak pernah dia minta… antara cinta lama yang muncul tanpa dijemput, dan kesetiaan yang semakin menjauh.”

Jangan lupa tandakan kalendar anda! Setia Itu Mahal bakal menemui penonton mulai 28 Julai 2025, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di slot Akasia TV3. Strim juga episod baharu secara percuma di iQIYI, bermula jam 8.00 malam. 

Selepas menggamatkan Johor dan Pulau Pinang, kini tiba giliran Kuantan menjadi lokasi terakhir bagi Melodi Terhangat Superstar Tour sebelum malam kemuncak Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT2025)! Jelajah eksklusif ini membawa barisan selebriti paling hangat terus menemui peminat, dan Kuantan City Mall bakal menjadi pentas terakhir yang menyaksikan kehangatan luar biasa sebelum tirai anugerah dibuka!

Pada Sabtu, 26 Julai 2025, peminat Pantai Timur bakal berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan barisan bintang sensasi yang tercalon dalam AMT2025 seperti Aina Abdul, Faizal Hussein, Haqiem Rusli, Che Puan Sarimah, Scha Elinnea dan Zarif Ghazzi. Saksikan sesi meet & greet, persembahan eksklusif serta pelbagai aktiviti interaktif yang pasti menghiburkan. Jangan lepaskan peluang untuk bergambar, menangi hadiah menarik dan rasai sendiri aura selebriti kegemaran anda dari jarak dekat!

Sebagai Penaja Bersama dan Rakan Kereta Rasmi AMT 2025, PROTON turut menghangatkan jelajah ini dengan kehadiran model terbaharu mereka, All-New PROTON X50. Pengunjung boleh melihat lebih dekat,dengan membuat pre-booking tempahan secara terus di lokasi jelajah. Lebih menarik, ini juga merupakan peluang keemasan untuk menyertai kempen Anugerah Pilihan PROTON X50 Superstar, di mana seorang pemenang bertuah bakal membawa pulang sebuah All-New PROTON X50 serba baharu!

Sebagai lokasi penutup bagi siri jelajah ini, Kuantan menjanjikan sebuah pengalaman yang penuh warna dan semangat sebelum tumpuan seluruh negara beralih ke malam anugerah paling dinanti-nantikan. Ini bukan sekadar hentian terakhir, inilah detik kemuncak jelajah, saat terakhir sebelum sejarah bakal tercipta di pentas gilang-gemilang AMT2025!

Kepada anda yang belum mengundi, masih ada masa sehingga 31 Julai ini! Jangan lepaskan peluang keemasan untuk menyokong calon terhangat pilihan anda! Undi sekarang di laman rasmi AMT2025 di tonton.com.my/anugerahmeloditerhangat — hanya daftar akaun Tonton, langgan TontonUP dan nikmati akses undian: 500 undian untuk langganan 1 bulan atau 2,500 undian dengan langganan 3 bulan!

Untuk info lanjut tentang barisan selebriti yang akan turut serta, aktiviti lokasi dan kejutan yang menanti, orang ramai boleh mengikuti perkembangan terkini di media sosial rasmi @TV3Malaysia dan @MelodiTV3. Melodi Terhangat Superstar Tour membuktikan, bila pentas hiburan turun padang, rakyatlah yang jadi tumpuan!