Drama Review | Boyfriend on Demand (2026)

Sunday, 8 March 2026

Pengarah: Kim Jung-sik
Penulis Skrip: Namgung Do-young
Pelakon: Jisoo, Seo In-guk, Gong Min-jeung, Yoo Seon-ho, Ha Young, Seo Kang-joon, Lee Soo-hyuk, Lee Hyun-wook, Lee Jae-wook, Kim Sung-cheol, Lee Sang-yi, Ong Seong-wu, Kim Young-dae, Jay Park, Yoo In-na, Siwon
Syarikat Produksi:  WhyNot Media, Baram Pictures, Kakao Entertainment
Penyiaran: Netflix
Genre: Romantik / Komedi
Jumlah Episod: 10 Episod (50-68 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 06 Mac 2026
Trailer: 

Seo Mi-rae (Jisoo) bekerja sebagai produser untuk beberapa penulis webkomik di bawah syarikat penerbitan Naemoo. Dia sentiasa bersaing dengan Park Kyeong-nam (Seo In-guk) sebagai produser terbaik di Naemoo kerana karya penulis yang bekerja dengannya sentiasa mendapat pujian dan masuk dalam carta webkomik. Mi-rae tidak selesa dengan Kyeong-nam yang dingin dan skema. 

Satu hari, Encik Hwang (Jo Han-chul) tugaskan Mi-rae untuk menjadi produser kepada penulis terkenal, Yun song (Gong Min-jung). Serta-merta trauma dia muncul kembali kerana dia mengalami pengalaman yang buruk ketika bekerja dengan Yun Song untuk webkomik The Man To Know. Walaupun webkomik tersebut popular namun kerana komitmen terhadap Yun Song menjadi punca dia berpisah dengan bekas teman lelakinya, Kim Se-jun (Kim Sung-cheol).


Mahu atau tidak, Mi-rae terpaksa menerima tugasan tersebut lalu dia mendapat tawaran untuk mencuba Boyfriend on Demand selama sebulan secara percuma. Mi-rae menjadi yang terawal untuk mencuba aplikasi tersebut kerana dia merupakan produser webkomik The Man to Know yang popular kerana kekacakan watak utama, Choi Si-woo (Lee Soo-hyuk). Mi-rae dapat bertemu Choi Si-woo dalam dunia VR selama 50 jam. 


Kerana Boyfrind on Demand, kerja Mi-rae semakin produktif kerana dia mula faham kehendak Yun Song dan mendapat idea untuk fantasi cinta yang diperlukan oleh pembaca. Di dunia Moon City, Mi-rae bertemu dengan Seo Eun-ho (Seo Kang-joon) yang mirip personalitinya dengan Kim Se-jun. Dalam masa yang sama, Park Kyeong-nam luahkan perasaan suka terhadap Mi-rae. 

Dari awal tahun dah teruja nak tengok Boyfriend on Demand sebab pertama kali Seo In-guk digandingkan bersama Jisoo. Both are my fav actors untuk K-drama. Lagi satu sebab dalam drama Boyfriend on Demand ada banyak cameo handsome macam Lee Soo-hyuk dan Lee Jae-wook. 


Dari episod awal lagi dah terhibur dengan kerenah Mi-rae sebab apa yang digambarkan adalah tepat untuk kehidupan wanita bujang dan bekerjaya. 9 jam bekerja, 8 jam tidur, 2 jam atas jalanraya untuk pergi dan balik ke pejabat dan 5 jam lagi untuk masa rehat. Itupun kalau kerja 9 jam, kalau kena stay dekat office sampai malam? Dah tinggal berapa jam je untuk rehat. 


Nak kata watak Mi-rae ringan sangat pun tak juga sebab dia ada beberapa lapisan emosi yang dipaparkan sepanjang 10 episod. Dia adalah contoh wanita yang trauma dengan cinta lama sampai tak berani nak ambil risiko bercinta dengan orang baru. 

Sebab tu Mi-rae lebih selesa berjumpa dengan Gu Yeong-il daripada terima cinta Park Kyeong-nam. Episod Mi-rae terluka dengan Kim Se-jun dan terkesan dengan Eun-ho tu beremosi lah jugak. Tapi cepat-cepat penulis masukkan balik elemen romantik dan komedi dalam dunia virtual Boyfriend on Demand. 


Chemistry antara Jisoo dengan Seo In-guk menarik perhatian sebagai pasangan utama walaupun dekat episod-episod awal kedua-duanya tampak canggung. Tapi itupun sebab watak mereka berdua yang memerlukan situasi jadi macam tu. Bila mereka berdua semakin rapat, dah hilang rasa canggung dan mula nampak comel. Seronok cuci mata tengok Gu Yeong-il sebab handsome teruk, kena sangat rambut merah dan hairstyle tu. Stylish pulak tu. Whoever come up with this idea deserved a bonus!


Yang tak disangka bila chemistry Jisoo dengan Seo Kang-joon meninggalkan kesan mendalam sampai rasa berdebar masa Mi-rae bertemu kembali dengan Eun-ho setelah 10 tahun dalam dunia virtual. Setiap kali babak mereka berdua muncul, setiap kali tu juga lah tersengih macam kerang busuk. Nasib baik bukan Eun-ho yang menjadi pesaing Kyeong-nam, kalau tak memang susah nak tahu siapa yang akan jadi end game. 


Dunia Boyfriend on Demand selayaknya dibikin indah seperti dunia fantasi dan tugas tersebut digalas sebaiknya oleh Park Sung-yong dan Park Im-hwan. Banyak juga babak bergantung dengan CGI dan VFX untuk menghidupkan dunia Boyfriend on Demand. Ada babak nampak lemah macam babak Mi-rae selamatkan Choi Si-woo dalam laut atau babak pertama kali Gu Yeong-il bertemu Mi-rae. 

Seronok tengok wardrobe Mi-rae dalam drama Boyfriend on Demand sebab ada banyak koleksi outfit yang cantik. Kalau jadi Mi-rae pun memang susah nak keluar dari dunia VR sebab dekat dunia nyata nak beli satu outfit cantik pun kena lebur beratus. 


Sayang lah drama Boyfriend on Demand ni tak ada music album yang sweet atau memorable. Tak faham kenapa production tak guna lagu Jisoo dari album Amortage sebab lagu dekat dalam tu semuanya best. Kena sangat kalau guna lagu Your Love untuk babak romantik Mi-rae dengan Kyeong Nam. 

Drama Boyfriend on Demand ni tak sentuh secara mendalam pun bab penggunaan teknologi dalam menghilangkan kesunyian para wanita tapi tengok cara Mi-rae have fun dekat dunia tu pun dah boleh nampak yang perempuan nak life partner yang gentleman, romantik dan thoughtful. 


Drama ni secara tak langsung dah naikkan basic standard untuk bercinta justeru timbulkan persoalan macam mana lelaki di dunia nyata nak compete dengan Boyfriend on Demand? Sooner or later, applikasi ni akan wujud but for now, penulis lebih selesa biarkan Mi-rae memilih Kyeong-Nam dari Gu Yeong-il.

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9/10

1 comment

  1. Aku udah nonton ini, Kak. Gemes dengan couple Jisoo dan Seo In-Guk. Tetep ya pemenanganya adalah pacar di dunia nyata. Lee Soo-Hyuk dan Seo Kang-Joon jadi pacar virtual juga cakep banget.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.