Throwback Thursday | Tayangan Perdana Filem Backstage, Nervous Kena Interview

Thursday 11 May 2023

 

Dalam banyak-banyak event, Majlis Tayangan Perdana Filem Backstage antara yang ada special moment lah. Dekat event ni tak ada artis yang datang pun sebab tayangan filem Indonesia jadi pelakon-pelakon yang terlibat cuma rakam video untuk greet media yang datang. 

Excited nak tengok filem ni sebab Vanesha Prescilla menyanyi guna suara sendiri dan tak sangka juga yang dia ada kakak dalam industri perfileman Indonesia. Bertempat di TGV One Utama, selesai pendaftaran dan collect goodies bag, naik ke tingkat atas menuju ke Hall 4. Disebabkan ramai yang tak datang lagi, sempat lah bergambar sekejap dengan bunting Astro Shaw. 


Memandangkan tak ada pelakon yang hadir, they just cut it short lepastu layan filem penuh. Untuk review filem Backstage (2022), boleh baca dekat SINI

Habis tayangan pihak Astro jemput media yang hadir untuk makan di ruangan TGV Indulge. Menapak masuk pintu masuk tu terus kena tanya boleh tak buat review sikit pasal filem Backstage tadi. Beria lah tolak sebab mana pernah cakap depan kamera tapi diorang pujuk jawab macam biasa je. Disebabkan video tu rakaman so nanti diorang akan cut lah mana yang tak perlu. 

First take tu kitorang rehearsal dulu supaya tak nak nampak nervous sangat tapi bila proceed dengan rakaman sebenar tu I rasa gugup dia sama je. 


I think I did pretty bad tapi diorang kata okay je. Habis tu terus pergi makan lepastu bergosip dengan Kak Nani. Sebelum balik tu menyempat bergambar dekat backdrop TGV lepastu lepak dekat GIGI Coffee. 


Lepas short recording tu macam alaaa bukan ada orang tengok pun so anggap je macam angin berlalu tup tup kawan diploma mesej dia nampak clip tu. Wehhh malunya sebab rasa macam tah pape. I pun tak tengok hasil final cut haha. Kawan kata okay je tapi nampak lah excited bercerita pasal movie tu. Just in case anyone watch that clip, sila ignore je okay :P

3 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.