Makan Tengahari Di Onde Onde CITTA Mall

Thursday 11 May 2023


Bila mencari tempat makan di CITTA Mall, restoran Onde Onde ni selalu tak menjadi pilihan sebab selalu ramai orang. Minggu lepas masa kitorang tengah mencari port makan, nampak ada banyak kosong dekat sini. Malas nak fikir panjang, duduk dan order terus makanan dekat sini. 

Husna order chicken chop, Sheera nak makan buttermilk chicken rice, I pilih Nasi Lemak Ayam Rendang sebab ada dalam lunch set. Syaz pun pilih Nasi ayam Hainan dalam lunch set. Dekat Onde Onde ni menu dalam lunch set promo tu dia ikut hari, masa kitorang pergi tu hari Rabu jadi apa yang kitorang pilih tu, yang tu je lah ada dalam menu. Harga setiap menu boleh tengok dekat SINI

Konsep deko dekat Restoran Onde Onde ni unik dan ada citarasa tersendiri lah. Konsep rumah orang Malaysia zaman dulu sebab tu ada lampu daun nipah, tingkap kaca bersusun, basikal tua, mangkuk bertingkat, sangkar burung kayu dan banyak lagi lah. Tak semua lah props dia ke arah zaman nostalgia sebab banyak juga props moden. Dia macam gabungkan dua latar masa dalam satu tempat. 






Awalnya ingatkan Restoran Onde Onde ni restoran peranakan tapi bukan. Semua menu yang ada dekat sini adalah menu popular dekat Malaysia untuk kembalikan zaman nostalgia. Dekat sini selain menu makanan Malaysia, ada jugak menu western. Boleh kata banyak lah pilihan dia. Kalau berkumpul ramai-ramai untuk makan tu tak ada masalah kalau berlainan rasa tekak. 

Walaupun I pilih menu lunch promo untuk hari Rabu, tak bermakna lah makanan tu akan sampai cepat. I sempat pergi beli barang dekat Kedai Eco dekat tingkat atas. Bila dah sampai tu puas hati lah dengan harga sebab pinggan penuh dengan bahan. Dalam satu menu tu ada nasi lemak, papadom, baby crab salut tepung dengan ayam goreng berempah. Sepatutnya ayam rendang tapi rendang habis jadi I minta tukar kepada ayam goreng berempah. 


Nasi lemak ni warna hijau tapi bau pandan tu tak ada lah strong sangat pun. Untuk I yang suka makan nasi lembut dan lembik ni, I approve lah tekstur nasi tu macam tu. Sambal dia not bad, tak manis dan tak pedas sangat. Baby crab tu je lah spoil sebab tak suka sangat pun baby crab, dapat makan cengkerang je pun bukannya dapat rasa isi dia. Tapi habiskan je lah sebab dah ada dalam lunch set tu. 

Lunch set ni datang dengan air limau barli. At first macam meragukan je kombinasi ni tapi sedap je bila minum, manis manis masam macam tu. Jadi kenyang teruk sebab makanan dah sarat, air pulak ada barli. 


Nasi Ayam Hainan dia pun sedap dengan kuah kicap dengan taburan sambal dekat atas ayam bakar tu. Yang tak suka taugeh tu mungkin tak berkenan lah dengan menu ni. 


Buttermilk Chicken dia creamy so kuah dia memang pekat lah sebab tu tak banyak sangat dalam pinggan uang dia serve. Buttermilk dia unik lah sebab ada wangi daun pudina. Disebabkan tak banyak pun potongan ayam yang dia bagi, ada telur mata untuk kenyangkan perut. 


Dalam semua menu yang kitorang order, chicken chop lah yang mengecewakan sebab dalam menu tu ada sos black pepper. Sos ni dia dah letak siap-siap dekat bawah kepingan ayam tu. Sos dia pun pelik sebab tak macam sos lada hitam yang selalu dihidangkan. 


Sos lada hitam dia ada kacang pea, bawang dengan tepung jagung. Sos dia cair tapi likat. Tak ada pun rasa lada hitam tu. Tak pasti lah Restoran Onde Onde ikut resipi negara mana sebab tak pernah lagi nampak orang serve sos lada hitam macam ni dekat Malaysia. Mungkin ada orang suka lah kot tapitak ngam lah dengan tekak kitorang. Sos lain pun tak ada jadi terpaksa lah makan kosong je. Kesian dekat Husna lah, dia nak makan nasi ayam penyet tapi banyak menu tak ada sebab tu turun makan dekat Onde Onde tapi menu pilihan dia pulak tak syok. What a bummer. 

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.