The Secret Garden, One Utama Part II

Sunday 29 January 2023


Entry ni bukan sambungan dari entry The Secret Garden, One Utama tahun 2019 dulu. Ni kali kedua kitorang pergi dengan mak cik saja jalan-jalan sebab tak tahu nak pergi mana dekat KL ni. Masa Chinese New Year haritu dari pagi sampai ke malam hujannya jadi kitorang lepak mall je. 

Lepas main boling dekat Wangsa Bowl, kitorang spend time kejap dekat The Secret Garden ni memandangkan hujan berhenti kejap. Saja nak tengok kot kot ada perubahan atau penambahan pokok bunga lepas pandemik ni. Tengok gaya macam tak ada tapi yang pastinya I yang berubah sebab 2019 dulu saiz M, sekarang dah saiz XL. Demmmm


Tapi lepas 4 tahun pun, keadaan dia sama je. Tarikan popular untuk masuk dalam Instagram pun masih lagi sama. So simpan gambar dekat sini je lah ek. Ada gambar pokok yang I rasa happy untuk buat wallpaper dekat Bondee. 






Kenapa ek The Secret Garden ni tak buat meniaga pokok pegaga dari kebun dia ni? Pegaga dia kemain besar tapak tangan tapi mampu tengok je lah. Cekur pun ada dekat dalam ni. 





Excited betul tengok pokok kopi ni sebab selama ni minum je tapi tak pernah tengok pun pokok kopi Arabica macam mana, pokok kopi Robusta pula macam mana. Ada la bau kopi tu dekat sini tapi ke tu bau kopi Starbucks dekat bawah? Hmmmm










Dulu kalau balik kampung mesti mak angkut pokok keladi padahal dekat mata ni nampak semua pokok sama je. Bila dah besar setiap kali pergi IKEA atau Lotus tangan ni jugak yang angkat pokok keladi balik rumah. Dulu berlagak, sekarang dah jatuh cinta. 

































Lepas dah habis pusing dekat atas, turun bawah pergi shoppping dekat AEON lepastu datang tengok ikan koi dekat bawah. Kalau perasan dalam gambar tu dah tukar selipar dah sebab hujan lebat. Sebab tu ada payung dekat tangan. Hujan pun sempat nak posing T.T

2 comments

  1. hahha kita klua kl pun taktau nak lepak mana, sudahnya ke lalaport jugak lol. tapi x pernah smpai lg sinii, macam best!

    ReplyDelete
  2. Tak pernah melepak dekat sini.. Wah.. ada pokok kopi.. nice..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.