Movie Review | Take Off (2009)

Monday 29 November 2021


Director : Kim Yong-hwa

Writer : Kim Yong-hwa

Cast : Ha Jung-woo, Kim Dong-wook, Kim Ji-seok, Choi Jae-hwan, Lee Jae-eung, Sung Dong-il, Lee Eun-sung, Ma Dong-seok

Production Company : KM Culture Co, DMZ Comics

Distributor : Showbox, Mediaplex, Netflix, MUBI

Genre : Sports / Comedy / Drama

Running Time : 137 minutes

Release Date : 30 July 2009

Trailer :


Diadaptasikan dari kisah benar di mana Coach Bang (Sung Dong-il) jurulatih sukan ski jump di Korea Selatan menubuhkan satu kumpulan atlet untuk dibawa bertanding ke Olimpik di Nagano, Jepun pada tahun 1998. Puas dia merayu pada Cha Heon-tae a.k.a Bob (Ha Jung-woo), American adoptee yang pulang ke Korea untuk mencari ibu kandung dia setelah bertahun lamanya terpisah. 

Bob adalah atlet sukan ski jump mewakili Amerika tapi lari keluar sebab masalah dengan rakan sekumpulan. Termakan dengan kata-kata Coach Bang untuk jadi kebanggan negara, Bob setuju untuk join dan berlatih bersama 4 lagi bekas atlet di Muju yang disenaraihitamkan akibat Choi Hong-cheol (Kim Dong-wook) terlebih makan pil Luminal. 

Di sana mereka berlatih menggunakan rel roller coaster di taman tema yang usang, berpaut pada dahan pokok ataupun di atas van kepunyaan coach. Banyak lagi lah teknik dan kemahiran yang dilatih oleh Coach Bang menggunakan bahan atau material yang dia rasa sesuai untuk sukan ski jump ni. 

Sebelum ni memang tak pernah tahu langsung kewujudan sukan ski jump. Sukan ski luncur tu tahu lah tapi ski jump ni agak bahaya sebab cuaca dan cara landing banyak mempengaruhi. Kalau angin salji datang sampai berkabus, atlet tak nampak landing port sampai boleh cedera teruk. Seram bila tengok kumpulan atlet ni berlatih ataupun pada pertandingan sebenar. 

Adat lah kalau sukan yang kurang mendapat perhatian ni mesti tak dapat peruntukan dari Kerajaan jadi sama lah dengan team di bawah Coach Bang ni menggunakan duit simpanan mereka sendiri untuk ke German. Atlet yang lain bersetuju untuk join Olimpik pun sebab tak nak pergi latihan ketenteraan sebab tu diorang pulun berlatih terutamanya pada hari hujan supaya boleh menang pingat emas. Masa tu Menteri Sukan janji akan bagi hadiah apartment kalau menang emas. 

Jalan cerita yang menarik bila naskhah penulisan dan arahan diadun Kim Yong-hwa dalam genre komedi. Of course lah babak mereka berlatih tu kelakar sebab coach pun tak cukup duit nak bagi fasiliti yang mahal. Teknik nak hilangkan gayat tu pun kelakar jugak sebab kita sendiri pun menjerit bila naik roller coaster atau slide yang tinggi tu. Scene Hong-cheol dengan Su-yeon (Lee Eun-sung) pun kelakar bila dia bagitahu pasal AIDS tu. Masalahnya nampak sangat perempuan tu kelentong je sebab masa hari pertama dia datang takde pun bitnik-bintik merah dekat lengan dia. Dah la kena scam pakai tilam jed. 

Sinematografi Take Off dari Park Hyun-cheol boleh tahan hebat sebab transition dan camera angle yang diambil menambahkan impak pada elemen saspen terutamanya pada pertandingan. Park Hyun-cheol paparkan kelajuan atlet ski jump yang berlepas dari garis mula sehingga landing. You guys kena tengok sendiri lah movie ni sebab susah nak gambarkan dengan ayat. Kawasan Muju pun banyak lokasi yang cantik walaupun cuma rumput lalang. 

Selain dari perjalanan para atlet sukan ski jump yang mengharumkan nama negara ni, diselitkan juga tentang penerimaan keluarga kelas bawahan yang menganggap sukan tersebut sebagai buang masa. Kebanyakan keluarga Asian zaman 90s memang susah nak sokong minat anak-anak yang masuk bidang sukan sebab pendapatan tak stabil. Elemen drama agak kuat dari sub-plot ni dengan kisah Bob dengan ibu kandung dia. 

Masa layan movie ni usha jugak lah kot kot ada wakil atlet dari Malaysia tapi tak ada haha rasanya Malaysia memang tak wujud sukan ni sebab negara kita tak bersalji. For those yang ada Netflix boleh la layan movie ni sebab Take Off tercalon dan menang dalam beberapa award events untuk kategori Best Film. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 9/10

2 comments

  1. maybe ada kot atlet malaysia cuma tak diberi perhatian sebab i terkejut dulu bila tau ada atlet malaysia yang join sukan musim sejuk tapi tak ingat acara apa..

    btw, nampak menarik juga jalan cerita dia. muda2 lagi pelakon dia sekarang semua dah jadi A-list actors di korea..haha

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.