Movie Review | Office (2015)

Friday 29 October 2021

Director : Hong Won-chan

Writer : Choi Yun-jin

Cast : Go Ah-sung, Park Sung-woong, Bae Seong-woo, Kim Eui-sung, Son Soo-hyun, Lee Chae-Eun

Production Company : Film Blossom

Distributor : Little Big Pictures

Genre : Horror / Thriller

Running Time : 111 minutes

Release Date : 18 May 2015 (Cannes), 3 July 2015 (Neuchâtel International Fantastic Film Festival), 3 September 2015 (South Korea)

Trailer :


Kecoh di media sosial dan berita bila Kim Byeong-gook (Bae Seong-woo) membunuh kesemua ahli keluarganya dengan kejam. Isterinya dihentak dengan tukul sehinggaa pecah kepalanya, anak lelaki dia yang sakit pun terima nasib yang sama dan ibu dia yang tua meninggal disebabkan sakit jantung kerana terkejut yang amat sangat. 

Rakan sekerja Mr. Kim mula cuak dan cuba sembunyikan sesuatu apabila disiasat oleh Detektif Jong-hoon (Park Sung-woong). Intern Lee Mi-rae (Go Ah-sung) juga dinasihatkan supaya kunci mulut kalau tak nak hilang kerja. Ketua bahagian Sales di syarikat tersebut, Kim Sang-gyu (Kim Eui-sung) arahkan supaya mereka semua siapkan Sales Strategy memandangkan prestasi jualan di syarikat tersebut makin menurun setiap tahun. 


Awalnya Lee Mi-rae anggap tu peluang dia untuk dapat status tetap di syarikat tersebut malangnya kehadiran intern baru, Shin Da-mi (Son Soo-hyun) buatkan dia tergugat. Lantas dia teringat kata-kata Mr. Kim tentang pisau di dalam laci mejanya. 

‘To tell you the truth, when you clasp it like this, I feel somehow at ease. All my frustration and anxiety seems to melt away. To me, this knife is like a talisman.’ – Kim Seong-woo


Olahan pengarah Hong Won-chan yang baru debut dengan movie Office membuatkan penceritan naskhah dengan genre thriller ni kelihatan menarik dan mengerikan. Music background dari Kim Tae-seong antara yang mainkan peranan sampai lemah semangat setiap kali babak waktu malam di pejabat tu muncul. 


Lakonan Bae Seong-woo tak kurang hebat juga dalam avatar pekerja syarikat korporat yang tertekan dengan keadaan sekeliling. Rasa stress yang dia hadap tu memang semua orang boleh relate sebab kita pun tahu tahap kompetitif di bandar pesat bagaimana. Tak hairan lah kalau Seong-woo menang Best Supporting Actor di KOFRA Film Awards.

Tak boleh move on dengan movie ni lepas tengok sebab rasa seram tu masih ada. Tak memasal takut dah nak OT sebab semua ahli dalam Sales team tu kena kacau dengan watak Seong-woo. Cuma peliknya bila detektif macam tak function padahal dia berjaga je dekat bangunan tu. Patutnya request lah letak CCTV dekat Sales department tu bila Seong-woo belum ditangkap lepas kes pembunuhan tu. 


Ramai yang tak suka dengan ending movie ni sebab ada beberapa persoalan yang tak terjawab tapi kalau ikutkan tema psikologi yang dipaparkan, boleh nampak satu team tu tengah takut gara-gara layanan diorang terhadap Mr. Kim dan Mi-rae jadi bila diorang kena serang, bayangan Mr. Kim menghantui walhal watak tu tak ada kena-mengena pun. Konsep lebih kurang macam movie IT lah bila apa yang kita takut, benda tu lah yang datang mengganggu. Kita nampak apa yang kita nak nampak walaupun realiti sebenarnya bukan. 

Sama juga bila detektif tu ambil keputusan sebegitu supaya pengarah dapat paparkan betapa teruk dan dalamnya tahap korupsi dan kebobrokan yang berlaku di negara Korea Selatan. Dekat first half pun CEO syarikat dah geram bila kes macam ni boleh menjejaskan imej syarikat. Bila detektif dapat panggilan telefon dari ketua dia, dah boleh faham apa yang penulis cuba sampaikan dari babak tu sahaja. 


Movie Office terbitan Film Blossom dapat tayangan perdana di Cannes dan beberapa festival filem yang lain sebelum ditayangkan di panggung wayang. Rata-ratanya puji naskhah seram thriller ni kerana diolah dengan bagus dan mempunyai kekuatan dialog yang tepat menceritakan beberapa situasi. Dialog Mi-rae dengan Detektif dekat hospital tu yang paling padu bila dia ucap tahniah sebab Detektif Jong-hoon dapat naik pangkat. Recommended!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.3/10

2 comments

  1. wah.. thriller.. Nak cari jugalah.. thaks Farhana..

    ReplyDelete
  2. Tinggi rating awak. Ok, nanti akak tengok

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.