Movie Review | Mimi (2021)

Thursday 29 July 2021

Director : Laxman Utekar

Writer : Laxman Utekar, Rohan Shankar

Cast : Kriti Sanon, Pankaj Tripathi, Sai Tamhankar, Manoj Pahwa, Supriya Pathak, Evelyn Edwards, Aidan Whytock, Jaya Bhattacharya

Production Company : Maddock Films, Jio Studios

Distributor : Jio Cinema, Netflix

Genre : Drama / Comedy

Running Time : 133 minutes

Release Date : 26 July 2021

Trailer :


Kisah bermula dengan pasangan warganegara Amerika, John (Aiden Whytock) dan Summer (Evelyn Edwards) mencari ibu tumpang di India. Tak dijelaskan kenapa mereka berdua pilih India tapi tengok pada kos dan penindasan yang diketengahkan dalam movie Mimi, boleh nampak kenapa negara kelas ketiga ni menjadi pilihan. 

Malangnya pencarian mereka gagal bila pilihan ibu tumpang kebanyakannya lemah secara fizikal. Terdengar perbualan mereka berdua, Bhanu (Pankaj Tripathi) cuba bantu untuk mencari ibu tumpang dengan upah sebanyak Rs5 lakh. Dalam satu festival, John dan Summer berkenan dengan Mimi (Kriti Sanon) kerana dia cantik, tinggi dan fit. 

Tak perlukan masa yang lama untuk Mimi terima tawaran sebanyak Rs20 lakh tersebut sebab duit tu boleh bantu dia debut di Bollywood. Lepas menipu ibu (Supriya Pathak) dan ayah dia (Manoj Pahwa) bila terpaksa keluar rumah selama 9 bulan, Mimi tinggal di rumah kawan baik dia, Shama (Sai Tamhankar). Semuanya berjalan lancar sehinggalah Dr. Asya (Jaya Bhattacharya) maklumkan yang bayi dalam kandungan Mimi mengalami Down Syndrome. 

Kecewa dengan keputusan test tersebut, mereka berdua lari tinggalkan Mimi dan minta supaya kandungan tersebut digugurkan. Buntu dengan apa yang terjadi, Mimi pulang ke rumah keluarga dan mengaku Bhanu adalah suami dia untuk mengelakkan keluarga menanggung malu. Geleng kepala parents dia sebab Bhanu dah berusia, hampir sebaya dengan usia mereka. Makin bertambah pelik bila bayi yang keluar serupa anak orang Amerika. 

Movie Mimi adalah remake kepada movie Marathi, Mala Aai Vhhaychy! arahan Samruddhi Porey yang diterbitkan pada tahun 2010 dan pernah dinobatkan sebagai filem terbaik di National Award. Mungkin mudah untuk penulis olah semua masalah yang dialami oleh ibu tumpang yang ditipu oleh ejen dan pasangan Amerika dalam naskhah bertemplat komedi berlatarkan tahun 2013. Tak lari jauh dengan movie asal walaupun diterbitkan pada tahun 2021. 

Bukan pertama kali Kriti Sanon berlakon bersama Pankaj Tripathi jadi senang untuk mereka berdua bekerja dan cipta keserasian walaupun watak agak berbeza dalam movie Bareilly Ki Barfi (2017). Pelakon sampingan juga adalah barisan pelakon yang berbakat tetapi senasib dengan Pankaj, mereka juga tak diberikan ruang untuk berkembang. Sepenuhnya tertumpu pada watak utama. 

Berlatarkan kehidupan di Rajashtan, visual movie Mimi dipenuhi dengan pakaian yang berwarna-warni dengan hiasan aksesori yang cantik. Music dari komposer A.R Rahman meriahkan lagi suasana yang dipenuhi dengan gelak ketawa sama ada dalam rumah Mimi sendiri ataupun di festival. 


Banyak juga mesej sosial yang dimasukkan seperti prejudis terhadap jantina, religious bias dan diskriminasi pada warna kulit dalam beberapa scene.  Tapi tak lah dikembangkan secara mendalam pun cuma diletakkan pada dialog yang bersifat santai dan seperti angin lalu. Saja main hembus je. Mungkin sebab movie ni dalam naskhah komedi jadi karakter parents Mimi pun flexible mengikut keputusan anak tunggal mereka. 

Sedangkan keturunan Rathore yang kita sedia maklum adalah keturunan yang menakutkan dan berpegang dengan prinsip mereka. Kenapa watak Bhanu beria nak tolong Mimi pun tak dijelaskan juga sedangkan dia pun perkenalkan Mimi dengan konsep ibu tumpang sebab nak duit je. Dia punya beria tu sampai sanggup gadaikan sumber pendapatan dia untuk Mimi. 

Elemen drama yang pengarah dan penulis Laxman Utekar masukkan pun macam tak cukup kuat untuk berasa sedih bila Summer lari kemudiannya cuba untuk bunuh diri bila dapat tahu bayi tu down syndrome. Habis tu dia ingat Mimi boleh hidup bahagia ke dengan keputusan dia? Ingatkan dia terpaksa lari sebab dia ada kanser so duit tak cukup untuk jaga anak yang sakit. 

Kesimpulannya movie Mimi ni terlampau hard sell untuk ubah persepsi audience yang Kriti Sanon ni ada bakat berlakon selain rupa paras yang cantik. Malangnya lakonan watak utama sahaja tak cukup untuk hasilkan movie yang berkualiti sebab banyak lagi faktor lain yang mempengaruhi. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.2 = 5.8/10

5 comments

  1. Tertarik nak menonton sebab muzik by A.R Rehman. Jalan cerita pun menarik. Thanks share

    ReplyDelete
  2. Okey, rewviw yang menarik. Segera nak tonton filmnya. Sepertinya tak akan rugi.

    ReplyDelete
  3. Tengok poster pun dah macam menarik. akan masuk list!

    ReplyDelete
  4. simple je tajuk tapi cerita dia boleh tahan

    ReplyDelete
  5. Menarik jalan ceritanya.. bilalah dpt santai² layan netflix ni

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.