Drama Review | The Big Bang Theory Season 4

Sunday 4 April 2021

 

Director : Mark Cendrowski

Writer : Chuck Lorre, Bill Prady

Cast :  Johnny Galecki, Jim Parsons, Kaley Cuoco, Simon Helberg, Kunal Nayyar, Mayim Bialik, Melissa Rauch, Aarti Mann,  John Ross Bowie, Sara Gilbert, Brian George, Alice Amter, Michael Trucco, Christine Baranski, Brian Thomas Smith

Genre : Sitcom

Running Episodes : 24 episodes

Release Date : 21 September 2009 – 24 May 2010

Production Company : CBS

Distributor : Netflix


Awal season pun dah crack dalam episod 1 : The Robotic Manipulation bila Howard Wolowitz (Simon Helberg) cipta tangan robot yang boleh ambil barang dengan instruction dari segi coding walaupun ambil masa yang agak lama jugak lah. 

‘You realize Penny, that the technology that went into this arm will one day make unskilled food servers such as yourself obsolete.’ – Sheldon Cooper (Jim Parsons)

Dalam season 3, Sheldon dengan Dr. Amy Farrah Fowler (Mayim Bialik) mula berkenalan lepas matched dalam dating apps. Bila mereka berdua makin rapat dan serasi bersama, kehadiran kurang disenangi oleh Leonard (Johnny Galecki), Raj (Kunal Nayyar) dan Penny  (Kaley Cuoco) sebab jenis mulut tak tapis dan tak pandai bersosial. 

Selama ni kena bersabar dengan kerenah Sheldon, sekarang ni kena tambah pulak lagi sorang dalam group. Untuk elakkan sakit hati dengan Shamy (Sheldon + Amy), diorang bertiga lepak dekat rumah Penny. Satu hari masa Sheldon dengan Amy menyembang tentang neurobiology dan fizik, Sheldon sakit hati dengan pendirian Amy. 

‘My colleagues and I map the neurological substrates that subserve global information processing which is required for cognitive reasoning, including scientific inquiry making my research, ipso facto prior in the ordo cognoscendi. That means it’s better than his research, and by extension, of course, yours’ -  Dr. Amy Farrah Fowler

Walaupun Sheldon cakap hubungan dia dengan Amy cuma hubungan intelektual tapi dia terkesan sangat lepas berhenti berkawan. So dia bela 25 ekor kucing untuk distract diri dia dari teringat tentang Amy. 

Sementara Leonard dengan Penny masih lagi berdolak-dalik tentang hubungan mereka berdua, muncul watak Priya (Aarti Mann), adik Raj yang datang dari India dan akan menetap sementara di US. 5 tahun sebelumnya Leonard dengan Priya pernah hook up masa dia datang melawat Pasadena tapi masing-masing tak nak hubungan yang lebih serius sebab keluarga Priya agak konservatif. 

Penny pula in relationship balik dengan Zack (Brian Thomas Smith) sebab dia tak nak sambut New Year’s eve sorang-sorang padahal boleh je dia celebrate dengan kawan-kawan baru dia – Bernadette (Melissa Rauch) dan Amy. Jiran depan rumah dia pun ada which eventually she will end up celebrate with them at the end. Walaupun watak Zack macam sengaja ditambah masuk dalam cerita tapi kelakar jugak lah bila dia lepak dengan geng nerd. Lagipun diorang pernah ada pengalaman buruk dengan Zack dalam Season 1 masa nak ambil TV Penny. 

Bila dah ramai watak sampingan yang bukan nerd atau dari golongan fizik macam Priya dan Zack, baru lah rasa sitcom ni tak berat sangat dengan reference fizik atau sains. Walaupun watak Bernadette adalah microbiologist tapi dia tak lah menyembang banyak sangat pasal hal kerja. Scene dia lebih terarah kepada hubungan dia dengan Howard. Dalam masa yang sama Raj simpan hati juga dengan Bernadette dan berdoa supaya hubungan Howard dan Bernadette putus supaya dia boleh masuk line. 

Boleh kata sitcom The Big Bang Theory Season 4 terbitan CBS sebanyak 24 episod ni lebih mengetengahkan hubungan cinta kepada beberapa watak utama. Untuk Raj yang single pula ada kejutan yang director bagi pada episod akhir The Roommate Transmogrification. Masa tu dah rasa macam mehhh sebab ala series The Gossip Girl padahal boleh je penulis masukkan watak baru untuk Raj. 

Masa tengok season ni banyak jugak lah scene yang bersifat skeptikal, prejudis dan racism terhadap Indian melalui watak Priya dan Raj. Mungkin pelakon-pelakon ni tak ambil hati sangat sebab diorang bukan membesar dekat sana pun. Dah level NRI yang balik beberapa kali je ke India. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.3/10

6 comments

  1. dah season 4? setengah season pun tak pernah tertengok lagi..hahaha

    ReplyDelete
  2. Ayo bergabung di IONQQ dan nikmati deposit/withdraw yang cepat tanpa harus menunggu lama
    IONQQ menyedikaan bonus rollingan 0.3% dan referral 20%
    Ayo segera bergabung bersma kami
    WA : +855 1537 3217

    ReplyDelete
  3. Bila big bang je Ai ingat cerita Korea.

    ReplyDelete
  4. kalau ada scene yg memperlekah kan bangsa lain, kita yg tgk pun panas sbb kita respect smua bangsa kan

    ReplyDelete
  5. Raj dengan Howard tu mmg selalu kena bahan lah cita dia... Hbis dah tgk sampai season 11...tak kering gusi la tgk cita ni

    ReplyDelete
  6. Adoi.. 4 seasons dah drama ini ye.. Omputih ini suka buat drama banyak seasons..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.