Bila Tikus Mati Berjemaah

Tuesday 11 December 2018

Bulan lepas memang tak selesa nak kerja dekat office sebab sakit kepala gara-gara pening dengan bau busuk. Masuk je office dah berbau pagi Khamis tu tapi mulanya ingatkan bau cicak mati. Tunggu je lah cleaner datang bersihkan jam 10 nanti. 

Bila cleaner datang bersihkan office bau tetap juga tak hilang sebab tak jumpa pun bangkai tu. Mungkin bukan cicak tapi binatang lain. Bila tengok bilik air ada bangkai tikus seekor rupanya bau ni bau bangkai tikus bukan bangkai cicak. Tu yang dekat bilik air bukan dekat pintu office. Bila cari dekat bawah tak jumpa, terpaksa lah panjat naik ke atas bahagian siling tetap juga tak jumpa. 

Bahagian siling haruslah gelap, cuak jugak nak tengok atas tu sebab takut jumpa benda lain. Yang peliknya bau dekat atas tak ada tapi dekat bawah kuat sangat. Dah panjat naik siling siap merangkak ke bahagian lain pun tetap tak jumpa. Makin hari bau makin kuat, nak buat kerja pun tak fokus sebab busuk sangat. Kalau boleh nak balik masa tu jugak. Busuk dia tak boleh bawak bincang wei.

Esoknya masa officemate tengah lepak pantry sebab nak tukar carpet kepada tikar getah di bahagian pantry terjumpa lagi satu bangkai bila buka laci dekat pantry. Perggghhh dia punya bau boleh buat muntah! Besar pulak tu tikusnya. Sudahnya pantry pulak bau busuk sebab ada dua ekor yang mati. Kalau hari sebelum ni bahagian depan je berbau, sekarang ni officemate yang duduk bahagian belakang pulak pening. 

Kalau sebelum ni tak tahan busuk dekat depan boleh ambil angin kejap dekat belakang hah sekarang ni mana nak pergi? Minyak wangi pun dah tak mampu nak tenyeh dah dekat hidung. 

Minggu depannya masa cleaner tengah bersihkan bilik lelong, ternampak ulat jatuh dari atas. Besar! So kitorang syak dekat area situ lah bangkai tikus tapi tak berbau pun sebab dekat dengan tingkap.  Esoknya lepas solat Dhuha berjemaah ternampak ulat dekat lantai. Ah sudah, dah penuh bilik ni dengan ulat. Maka bermula lah misi mencari dan membuang. Sebelum nak buka siling tu masing-masing dah get ready dengan minyak wangi, tisu dan serbuk kopi supaya tak muntah. 



Finally lepas penat menanggung derita hidup dalam kebusukan bangkai, dapat juga keluarkan bangkai tikus yang dah berulat dekat atas tu. Lama jugak lah mencari sebab tersembunyi sampai bertukar assistant. 



Dalam kotak ni banyak ulat sebenarnya tapi geli nak ambik close-up shot. Tikus yang mati tu tak sanggup nak ambil gambar sebab busuk wei bau dia. Even serbuk kopi tak mampu tutup bau busuk tu. Lepas dah jumpa bangkai kitorang sapu lantai sebab ada ulat-ulat yang terlepas sana sini. 


Nampak tak betapa besarnya ulat ni? Tapi pandai tau bersembunyi bila orang nak menyapu. Bukan dekat dalam office je even dekat depan pintu, rak kasut dengan tangga penuh dengan ulat ni. Meremang bulu roma sebab geli. Alhamdulillah dah settle hari tu. Fuhhhhh

Movie Review : To My 19 Years Old


Director : Chao-Liang Huang
Writer : Chao-Liang Huang
Cast : Po-Hung Lin, Anni Shi, Minghan He, Wendy Wang, Shuo Wang,
Production Company : Shanghai Lumination Pictures Co. Ltd, Huoerguos CHS Film & Television Media Ltd, Beijing Xingchi Media Ltd
Genre : Drama/Romance
Running Time : 99 minutes
Release Date : 29 May 2018
Trailer :


Tak tahu kenapa tiba-tiba nak layan movie China, since ada English sub terus download. Movie ni quite good actually. I tak familiar dengan pelakon China and jarang layan movie diorang plus movie ni tak banyak info boleh google sangat. Ni pun dah berzaman baru keluar sikit siapa pengarah dan pelakon dekat IMDB.


To My 19 Years Old ni bertemakan time travel, apa yang berlaku kalau pilih jalan yang kedua walaupun takdirnya sama. By takdir I mean watak utama tetap mati pada umur yang sama dan tarikh yang sama. Movie start dengan pengembaraan Mo Xianfeng (Po-Hung Lin) untuk koleksi fotografi dia. Dalam perjalanan tu terjumpa dengan pakcik tua yang jual barangan unik. Xianfeng beli satu kotak kayu untuk dia simpan surat dan kenangan dengan Yang Yixue (Anni Shi).


Lepas Xianfeng meninggal, kotak kayu tu diserahkan kepada Yixue sebab ada surat Xianfeng tinggalkan untuk dia. Bila baca mula lah terimbau kenangan lama dengan Xianfeng masa dekat zaman kolej dulu sampai dia tulis surat luahan hati dia dan simpan dalam kotak kayu tu. Sebab tu tajuk movie ni To My 19 Years Old since masa tu dia jumpa Xianfeng pertama kali.

To My 19 Years Old, Yang Saling Menyimpan Rasa Selama 10 Tahun ...

Esoknya bila dia bangun dia tengok surat yang dia tulis tu hilang. Rupanya kotak tu berfungsi sebagai posmen. Tulis tarikh dan waktu then surat tu akan sampai. Tapi banyak kali jugak lah baru Yixue 19 tahun nak jumpa surat dari Yixue 29 tahun sebab bukannya kita ingat sangat waktu bila kenangan tu. Tarikh mungkin ingat tapi masa belum tentu. Dah dapat pun belum tentu Yixue 19 tahun nak percaya.


Berusaha gigih jugak lah Yixue 29 tahun nak ubah semula jalan cerita sebab dia memang cintakan Xianfeng walaupun Yixue 29 tahun dah ada kerja bagus, tunang baik tapi mana nak sama dengan cinta pertama kan. Tunang dia tu jugak lah yang tolong dia ubah cerita cinta lama dia walaupun terpaksa lepaskan Yixue.


Walaupun jalan cerita movie ni predictable tapi yang bestnya Xianfeng tetap pergi cuma kenangan cinta Yixue dengan Xianfeng tu yang manis nak dikenang. Xianfeng mati dengan cinta Yixue bukan mati mengejut sebab rindukan Yixue masa travel dalam hutan.


Shooting location movie ni cantik-cantik, antara salah satu sebab kenapa best nak layan walaupun jalan cerita biasa je. Visual movie ni pun cantik nak pula masa zaman diorang belajar dulu. Since ada scene zaman study memang banyak scene kelakar sampai rasa rindu zaman belajar dulu. Bukannya kisah sangat nak dapat A tapi sibuk nak berjimba dengan kawan-kawan. Zaman kerja mana dapat dah semua tu. Hari-hari stress dengan kerja, dapat gaji bayar bil sampai miskin balik.



Bukan cinta Xianfeng je yang Yixue mampu ubah dengan surat dari kotak kayu tu tapi hubungan friendship dia dengan Li Qian (Wendy Wang) jugak sebab Xianfeng sebenarnya pakwe Li Qian tapi penat nak layan perangai diva dia.


Walaupun Xianfeng mati tapi ending dia happy jugak lah nak hadam sebab kehidupan diorang berdua bahagia and Xianfeng tinggalkan kenangan manis untuk Yixue dan anak diorang. Bak kata Yixue, kebahagiaan sebenar bila diraikan bersama walaupun Xianfeng di sisi dia ataupun jauh dari dia.


1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.8 = 8.9/10

Family Mart Subang Airport

Sekarang ni kalau buka Twitter bersepah sana sini orang post pasal Oden dekat Family Mart. Sebab dah jadi kegilaan sekarang, Family Mart dah berkembang dan buka cawangan dia di Caltex Subang Airport 30 November 2018 lepas.


Disebabkan promosi pembukaan dia turunkan harga untuk manusia di Subang yang gilakan Family Mart ni. Tapi tak banyak pun lah 25% je. 


Walaupun nampak macam syok je kan tapi haritu memang azab lah nak pergi sebab Family Mart tu kecik je nak tampung manusia di Subang ni memang tak muat lah cerita dia. Kitorang decide pergi hari kemudian je. Itupun sebab nak tanya ada vacant position je dekat situ.

Dalam Family Mart ni tak banyak benda pun yang best. Banyak actually tapi tak mencapai standard poket kau yang nipis. My pocket to be exact.







Alang dah menyinggah try lah Oden dia yang jadi kegilaan sangat tu.



Kaunter Oden kecik je tapi yang beratur sampai nak dekat pintu dah. Nasib tak ada yang pesen dilema nak makan set yang mana. 



Takde lah sedap mana pun oden ni, biasa je. Baik korang beli pes tomyam lepastu makan dengan segala jenis bebola ni macam yang diorang post dekat FB tu. Menangis habiskan duit semata nak makan berapa ketul ni. Untuk manusia yang banyak duit maybe bahagia lah kot makan benda ni. Tapi lobster ball dia best sebab ada pop pop dekat dalam.

Kuah dia pun jenis pedas pijar dekat mulut, pedih dekat perut. Kalau tersedak memang perit. Kalau hirup kuah buat seksa perut je. So we decided beli aiskrim untuk legakan perut. Lagipun aiskrim pun antara product yang viral jugak. 


Ungu perisa sweet potato, hijau perisa matcha tapi dua2 pun tak mampu nak bahagiakan tekak. Thank u, next. 


Try jugak yang lain macam strawberry shortcake, matcha parfait dengan chocolate parfait. Choc parfait is a no no sebab pahit. Strawberry shortcake memang sedap! Matcha parfait ni ikut tekak, ada yang suka ada yang tak. Rasa dia lebih kurang kuih tepung pelita je hahahaha kbai

Movie Review : PASKAL

Saturday 8 December 2018


Pengarah : Adrian Teh Kean Kok
Penulis Skrip : Adrian Teh Kean Kok, Keoh Chee Ang, Frank See
Pelakon : Hairul Azreen, Ammar Alfian , Henley Hii
Genre : Aksi/Drama
Durasi Tayangan : 100 minit
Tarikh Tayangan : 27 September 2018
Syarikat Produksi : Asia Tropical Film, Golden Screen Cinemas, Multimedia Entertainment, Granatum Ventures, Astro Shaw
Pengedar : GSC Movies
Trailer :

First of all, tahniah PASKAL berjaya dapat rating tertinggi di IMDb sebanyak 9.2 mengalahkan The Avengers : Infinity Wars! Tak sia-sia effort team PASKAL untuk movie ni sebab movie PASKAL boleh pergi jauh sebab dah jadi benchmark untuk filem tempatan.

PASKAL mengisahkan tentang team PASKAL (Pasukan Khas Laut) memerangi lanun di kawasan perairan Malaysia. First half you guys boleh tengok team PASKAL ada misi di Kapal Tangki Minyak Laurel 11 dan second half misi di pelantar minyak di KK, Sabah (Yang Hairul kata dia kena culik masa shooting tewwww).


Jerung/Kapten Arman Rahmat (Hairul Azreen) mengetuai pasukan Alpha yang dianggotai Ustat (Taufiq Hanafi), Gagak (Gambit), Yan (Hafizul Kamal) & Misi (Theebaan G) di bawah pengawasan Leftenan Komander Maznan (Namron). Hebat macam mana pun Jerung dalam PASKAL, di mata mak dia, Arman cuma buang masa selamatkan negara tapi tak mampu jaga mak yang tengah sakit. Disebabkan kesihatan mak dia makin teruk, Arman pilih untuk bersara dari PASKAL.

Tapi sebelum bersara dia ditugaskan untuk misi menangkap Rudy Rusli Parjo (Amirul Affendi) di KK tapi sayangnya misi dia gagal bila bekas ahli Alpha, Jeb (Ammar Alfian) yang bantu Rudy naik di dunia gelap. Flashback ke zaman training diorang untuk jadi PASKAL, Arman, Joshua/Girang (Henley Hii) dan Jeb dipilih sebagai 3 askar terbaik tapi sayangnya lepas misi UN, Jeb dibuang kerja. Sakit hati dengan sistem PASKAL, dia ubah haluan jadi jahat dan hidup mewah.


Jalan cerita movie PASKAL diadaptasi dari kisah sebenar pasukan khas laut yang menyelamatkan negara, terutamanya misi Kapal Tangki Minyak Laurel 11 dan misi UN di Angola. Nak tengok kecekapan navy kita bertindak, kena tengok movie ni. Wajib! Banyak kali mulut cakap ‘fuhhh nasib dia cepat’ padahal diorang memang kena train untuk jadi pantas dan tangkas. Action stunt dalam movie ni memang terbaik nak pulak bila semua pelakon buat sendiri dan train selama 2 bulan supaya scene nampak cantik. Memang puas tengok!

Bukan calang orang dapat lepas pemilihan pelakon dalam movie ni sebab barisan Alpha memang dah ada martial arts especially Hairul yang memang pelakon lagak ngeri sebelum ni. Misi pun dah 7x menang National Karate sebab tu scene dia fight lanun tu cantik dan sharp. Sesi menembak tu tak pasti training berapa lama yang pastinya Gambit curi perhatian sebagai sniper. Curi hati sekali yang pastinya


Since Adrian Teh sebelum ni jadi pengarah cerita komedi, scene komedi dalam movie ni memang menjadi nak pula bila ada Yan. Visual movie PASKAL pun terbaik walaupun CGI dia masih lagi belum di tahap terbaik tapi boleh tutup mata je sebab tak ketara sangat pun. The best shot I totally love in this movie bila Ustat dan Jerung sembang pasal pilihan terbaik dalam hidup bila diorang membelakangkan slogan ‘Sentiasa Yang Terbaik’.

'Tak ada ranting yang paling betul pun tuan'
'Habis tu apa je yang ada?'
'Yang ada cuma cabang, cabang dan juga cabang sampai mati'


Thumbs up to Adrian Teh yang memang buat kajian tentang PASKAL dan di bawah tunjuk ajar ahli TLDM, movie ni nampak real dengan guna semua alatan, senjata, transport and every detail dalam unit pertahanan kawasan perairan negara. Memang wow tengok scene diorang scan bom dan lanun dari luar bilik. Even gaya percakapan dan bagi arahan pun memang sama.


Cuma sayangnya director tak gilap lagi bakat lakonan masing-masing sebab lakonan Hairul nampak kaku tambah bila ada scene emotional dengan mak dia sedangkan watak Leftenan Komander Arman Rahmat Anuar diadaptasi dai watak sebenar. First half mungkin terlindung dengan action scene tapi second half nampak ketara sangat. Even mak dia pun tak berapa membantu. At least kalau pelakon utama tak bagus dari lakonan, pelakon pembantu akan menyerlah tapi tak dalam movie ni. Cuma mengharapkan Lily (Jasmine Suraya) dan Panglima TLDM (Eizlan Yusof). Even Amirul Afendi pun nampak tersia dalam PASKAL.

Ada lagi beberapa scene lain yang tak berapa cantik tapi anggap je lah minor glitch. Untuk movie yang bermodalkan RM10 juta, this is surely the best you can get. Sayang tak pergi tengok masa dekat wayang haritu sebab audio cinema lagi best. Movie PASKAL bukan setakat nak pamerkan kehebatan hero tak didendang negara tapi ketengahkan mesej perpaduan dan kerjasama dalam menjaga negara.

For sure akan emosi layan movie PASKAL nak pula bila scene Lily terima baju Joshua. Scene dia menangis tu teringat masa arwah ayah kena hantar ke Somalia and my mom terduduk menangis masa dapat phone call. Scene keluarga datang jumpa bila dah balik dari misi besar is totally the happiest moment.

Terima kasih Adrian The wujudkan movie PASKAL and of course terima kasih kepada semua team PASKAL yang menjayakan movie ni. Waiting for PASKAL 2, PASKAU, VAT69, Komando!

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.9, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.5, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought 0.8 = 8.22/10

Udang Kepala Besar

Thursday 6 December 2018

Bila datang mood nak memasak, memang rajin sangat nak pula kalau tengah craving teruk sangat. Kali ni disebabkan craving nak makan sambal petai udang, gigih sungguh beli semua bahan supaya tercapai hajat. 

Cerita dia suruh adik belikan udang tapi udang ni pelik sikit sebab kepala dia je besar. Yang syahdunya dia bukan udang harimau pun, bila makan kepala ada isi. Yang ni kepala memang keras, siap ada benjolan lagi so better buang je. 


Lepas dah asingkan badan dengan kepala.....


Tak banyak pun boleh dapat bila dah asingkan. Timbangan berat dekat kepala je padahal badan kecik je. Habis terbakar duit macam tu je. Lepas ni kalau nak beli udang memang kena belek supaya tak terkena macam ni lagi dah. 

Dah Google udang ni jenis apa tapi tak jumpa lagi setakat ni. Mungkin jenis yang merugikan.


But anyway, craving tetap craving. Masak tetap masak walaupun sakit hati. Dah settle siang udang, kikis sikit kulit petai lepastu potong then rendam dalam air garam supaya hilang kelat dengan pahit dia.


Dah blend cili, dah tumis sambal masukkan petai dengan udang then tadaaaaa!



Happy tummy! Udang tu rasa sedap je cuma saiz dia lah tak puas hati bila makan but still happy lepas makan sambal petai udang ni. Yang penting craving hilang and piggan licin!

Shell Out Izi Stesen, Sungai Buloh

Wednesday 5 December 2018


First time jejak kaki ke Stesen Izi ni walhal restoran ni quite famous sebab keunikan makanan dia. Kalau tak tahu tak pernah follow page makanan yang viral lah tu. Hei, kita geng kot sebab I tahu pun dari officemate. Kalau dia tak ajak makan sampai ke sudah tak tahu wujudnya siput sedut cheese. 

Jangan tanya sedap ke tak siput sedut cheese tu sebab tak order. Next time lah kot kalau ada rezeki datang sini lagi. Dinner malam tu order shell out je sebab kawan kata sedap, nak pula tak pernah try makan shell out ni. Ada tiga pilihan, buttermilk, black pepper ataupun asam pedas so we chose asam pedas sebab buttermilk habis and takde mood nak makan blackpepper. 

Image result for izi stesen


Harga untuk shell out ni RM35 untuk 2 orang makan, percuma air dan nasi. Disebabkan dinner taknak makan berat sangat so tambah je nasi dengan ayam goreng crispy. Dalam menu shell out dia ada memang bersepah lah seafood. Untuk 2 orang makan memang puas dan berbaloi sebab tak kedekut. Even makan 3 orang pun cukup. 


Nah close up shellfood dia, bab sedap memang sedap so lepas ni tak mustahil nak repeat dekat sini lagi. Service pun bagus dekat sini, restoran bersih, parking pun luas. Since restoran ni terletak dekat area food court, boleh je order makanan lain untuk manusia yang jenis tak tetap pendirian. 

Izi Stesen ni buka dari hari Selasa hingga Ahad dari jam 4.30 petang sampai jam 12 tengah malam. Cari je area Medan Selera Sungai Buloh tak pun waze je Izi Stesen confirm jumpa sebab kedai dia tepi jalan je. Come, eat and enjoy!

Movie Review : Shaadi Mein Zaroor Aana

Sunday 2 December 2018

Image result for shaadi mein zaroor aana

Director : Ratnaa Sinha
Writer : Kamal Pandey
Cast : Rajkummar Rao, Kriti Kharbanda, Govind Namdev, Navni Parihar, Manoj Pahwa, K.K. Raina
Production Company : Soundrya Productions, Soham Rockstar Entertainment
Distributor : UFO Moviez India
Genre : Romantic/Drama
Running Time : 137 minutes
Release Date :   10 November 2017
Trailer :


Bila ramai sangat tanya dah tengok ke belum Shaadi Mein Zaroor Aana dekat Twitter, mula la rasa nak cari movie ni sebab ramai yang kata best. Nak pulak ni movie Raj so memang wajib tengok!

Mengisahkan tentang Satyendra/Sattu (Rajkummar Rao) yang dipaksa berjumpa dengan calon pilihan keluarga. Sama juga dengan Aarti (Kriti Kharbanda) terpaksa berjumpa dengan calon pilihan ayahnya di sebuah kafe walaupun dia cuba pujuk mak dia (Navni Parihar) supaya ayah dia (Govind Namdev) benarkan dia bekerja dulu. Tapi ayah dia pentingkan adat budaya supaya anak perempuan dijaga suami dan bukannya bekerja sara keluarga. Walaupun kecewa tapi disebabkan takut, Aarti pergi jugak ke kafe.

Image result for shaadi mein zaroor aana

But things turn out differently bila Aarti jatuh cinta dengan personality Sattu even Sattu benarkan dia bekerja lepas berkahwin nanti sebab Sattu cuma nak wanita yang betul-betul sayangkan dia dan bukannya orang gaji. Sejak dari situ Sattu dan Aarti bercinta dan keluarga diorang uruskan majlis perkahwinan walaupun ayah Aarti terpaksa belanjakan 2 juta setengah sebagai hantaran gara-gara Sattu akan kerja di pegawai kerajaan dan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga.

Ayah Aarti okay je cari duit hantaran walaupun terpaksa berhutang sana sini sebab anak perempuan dia akan berkahwin dengan anak lelaki dari keluarga terhormat. Tambah pula Sattu pun sayang dengan Aarti, kiranya dia akan lepaskan dengan orang yang baik dan mampu jaga Aarti.

Related image

Tapi malam perkahwinan Sattu-Aarti, keputusan ujian kelayakan pegawai keluar dan Aarti diterima bekerja sebagai pegawai daerah. Bukan senang nak dapat jawatan tu nak pula bila perempuan yang apply dengan sekali cubaan je. Kebahagiaan Aarti tak lama bila kakak dia datang bagitahu yang mak Sattu tak bagi Aarti bekerja lepas berkahwin dan akan tolong dia uruskan rumah. Malam tu Aarti terpaksa pilih antara kerjaya ataupun jadi suri rumah sampai tua. Lepas kakak, pakcik dan mak dia yakinkan yang peluang ni cuma datang sekali, Aarti lari dari rumah dengan bantuan abang ipar dia, Sharad.

Sattu pula kecewa bila dapat tahu Aarti lari tinggalkan dia, taknak angkat call langsung explain kenapa. Puas dia cari satu bandar tapi tak jumpa. Dia balik rumah minta duit dekat mak dia untuk pulangkan balik 2 juta setengah duit hantaran dari keluarga Aarti. Mak Sattu terpaksa gadaikan barang kemas dia sebab duit dah tinggal separuh diorang guna untuk majlis. Sebab kecewa dan malu, mak Sattu jatuh sakit. Tak cukup menanggung malu dengan tetamu yang datang, pakcik Aarti datang berlagak depan ayah Sattu yang Aarti dah jadi pegawai daerah.


5 tahun lepas peristiwa tu Aarti disyaki terima kes rasuah 30 juta dari pemilik tanah dan pegawai yang kendalikan kes ni ialah Sattu. Memang teruk Sattu balas dendam dekat Aarti sebab lari tinggalkan dia. Gambar diorang berdua yang Aarti simpan dia koyakkan, hadiah birthday yang Sattu bagi dulu dia pecahkan. Semua barang dia pecahkan dan rosakkan sebab geram dengan Aarti. Sudahnya dia masukkan Aarti dalam lokap masa birthday Aarti guna kuasa yang dia ada.

Jalan cerita SMZA ni memang best and movie ni movie kedua pengantin lari dari majlis sebab pilih kerjaya lepas movie Badrinath Ki Dulhania. Tapi movie ni best sikit sebab second half tunjuk hero dengan heroin bergaduh dan macam mana takdir temukan diorang berdua balik dalam situasi berbeza.
 

But I’m seriously in split dengan mesej movie ni sebab director tunjuk macam mana perempuan dalam keluarga Aarti support dia masa dapat kerja tu tapi dalam second half director tunjuk pentingnya komunikasi antara pasangan since Sattu tanya kenapa Aarti tak boleh percayakan dia yang dia akan bagi Aarti bekerja lepas kahwin nanti. Tapi betul la cakap Aarti, kalau dia tak lari malam tu belum tentu Sattu akan naik lagi tinggi dari dia.

Kalau first half you guys akan berangan nak suami macam Sattu especially scene birthday celebration Aarti, second half confirm emosi sebab tak tahu nak sokong siapa. Mungkin betul orang kata kalau kita jumpa orang yang betul di tempat yang betul tapi masa tu salah, hubungan tu tetap tak menjadi. Kita rasa macam kita dah merancang yang terbaik tapi takdir kita ada jalan cerita dia sendiri.


Overall I have fun watching this movie and betul lah kata diorang yang rekomen tu, movie ni memang worth to watch! Another reason to love Raj awwww

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.8 = 8.5/10