Drama Review | My Lecturer, My Husband Episod 2

Saturday, 16 January 2021

Pengarah : Monty Tiwa

Penulis Skrip :  QueenB

Pelakon : Reza Rahadian, Prilly Latuconsina, Kevin Ardilova, Tegar Satrya, Aida Nurmala, Farhan Rasyid, Josephine Firmstone, Sonia Alyssa, Maura Gabrielle, Nicho Bryant, Cinta Brian, Willy Felix, Dini Vitri

Syarikat Produksi :  MD Entertainment

Pengedar :  iflix, WeTV

Genre :  Romantik / Komedi / Drama

Episod : 8 episod 

Durasi Tayangan :  35 minit

Tarikh Tayangan : 11 Disember 2020 

Trailer :

Dalam episod 1 My Lecturer, My Husband yang diadaptasikan dari novel dengan tajuk yang sama karya Gitlicious ni dipamerkan dilema Inggita Sari (Prilly Latuconsina) untuk memilih kekasih dia, Tristan (Kevin Ardilova) ataupun Pak Arya (Reza Rahadian).

Dalam episod 2 pun sama juga dilemanya sebab perkahwinan antara Inggit dengan Pak Arya dirahsiakan sampai Inggit benar-benar bersedia. Ataupun diamkan sampai Tristan datang melamar lepas kejar impian dia, entah siapa tahu apa rencana pengarah Monty Tiwa. 

Masih lagi belum tahu apa alasan Pak Arya setuju dengan ayah Inggit, Wahyu Promono (Tegar Satrya) untuk kahwinkan mereka berdua sebelum dia meninggal.  Dalam episod ni dah mula nampak yang watak Pak Arya cemburu bila Tristan mesra dengan Inggit ataupun berjauh hati bila Inggit tak ikhlas layan dia sebagai isteri. 

Geram juga dengar nasihat kawan Tristan bila dia kata jangan terlampau kejar impian sampai lupa dengan Inggit walhal tak lupa pun sebab dalam episod lepas, Tristan sentiasa ada dengan dia masa susah ataupun senang. Silap dia cuma satu, tak bersedia untuk galas tanggungjawab dalam perkahwinan sebab masih muda dan ada impian perlu dikejar. 

Pelik juga kenapa Inggit tak berhenti kerja dekat café sedangkan dah berkahwin. Tak ada masalah pun untuk Arya sara Inggit. Kalau tengok dari gaya hidup Inggit dan keluarga dia, nampak seperti orang berada. Baru pelajar kolej dah dapat rumah banglo dua tingkat dengan furniture. Tengok peti ais pun dah tahu T20. Mungkin Inggit risau kawan-kawan dia persoalkan, tapi boleh je bagitahu nak fokus dalam kuliah lepas dapat C untuk subjek penting dalam major Mass Communication. 

Untuk visual memang bagus lah sebab di bawah production house power -  MD Entertainment walaupun sinematografi dari lensa Hendri Shu'enk yang masih lagi baru dalam dunia perfileman tapi alatan kelengkapan dan suntingan mesti lah high-tech kan? Macam scene memaparkan panorama view kota Jakarta hasil tangkapan drone. Dekorasi rumah Inggit dengan Pak Arya dan senibina rumah keluarga dia pun cantik. Cuma rumah Inggit tak nampak macam rumah student sebab bilik tidur dia pun tak dipenuhi dengan buku teks ataupun study board. 

Latar masa untuk series My Lecturer, My Husband ni masa dunia baru sahaja dilanda Covid sebab ada scene Arya dengan Inggit tengok berita tentang virus berbahaya ni dan Indonesia isytihar lockdown selama 14 hari. Tapi Indonesia isytihar lockdown agak lambat dari Malaysia, around September macam tu kalau tak silap. Ada juga scene Tristan datang rumah Inggit pakai pelitup muka. Tak tahu lah apa undang-undang dekat sana sebab kalau kita PKP boleh bergerak dalam jarak 10km sahaja. Tristan siap boleh datang rumah Inggit semata nak bagi bunga je. Dekat Malaysia, ada boyfriend tolong hantar mayat girlfriend kepada family pun kena denda RM1,000 sebab langgar arahan PKP. 

Momentum episod kedua masih sama dengan episod 1, masih kelakar dengan gelagat watak Inggit dan Arya tapi kali ni lebih sikit sebab terserlah perangai Arya yang nakal. Dialog dari QueenB  pun kelakar juga sesuai dengan genre romantik komedi. Chemistry Reza Rahadian dan Prilly Latuconsina not bad lah sesuai dengan watak dalam cerita. So, yupp gotta go for episode 3!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 9/10

Pengarah : Monty Tiwa

Penulis Skrip :  QueenB

Pelakon : Reza Rahadian, Prilly Latuconsina, Kevin Ardilova, Tegar Satrya, Aida Nurmala, Farhan Rasyid, Josephine Firmstone, Sonia Alyssa, Maura Gabrielle, Nicho Bryant, Cinta Brian, Willy Felix, Dini Vitri

Syarikat Produksi :  MD Entertainment

Pengedar :  iflix, WeTV

Genre :  Romantik / Komedi / Drama

Episod : 8 episod 

Durasi Tayangan :  35 minit

Tarikh Tayangan : 11 Disember 2020 

Trailer :

Dah lama nampak drama My Lecturer, My Husband yang diadaptasikan dari novel dengan tajuk yang sama karya Gitlicious ni. Malam ni habis running semua episod baru kita pulun marathon sampai habis. Malangnya kalau tengok secara percuma dekat WeTV ni boleh tengok sampai episod 6 je. Kena ikhtiar cara lain lah gamaknya. 

Mengisahkan tentang Inggit (Prilly Latuconsina) yang menyampah dengan perangai pensyarah yang cerewet, Sadewa Bentara Arya (Reza Rahadian). Sudah lah mengajar subjek penting dalam semester tu, markah assignment dapat C sedangkan dah buat sehabis baik cukup lengkap dengan rujukan kukuh sebagai penguat teori. 

Kekasih dia, Tristan (Kevin Ardilova) dah pesan jangan terburu-buru ikut emosi, nanti buruk padahnya tambah pula masing-masing tengah menjaga pointer untuk grad. Sebab sabar lah Inggit masih berlembut dengan Pak Arya. Kalau ikutkan imaginasi dia, memang dah main kasar sampai angkat tangan ataupun buat cara kotor. 

Bila diberi peluang kepada dari Pak Arya, Inggit dengan rakan-rakan dia stay up siapkan assignment sama-sama. Dah selesai satu masalah, datang satu masalah baru bila ayah Inggit masuk hospital dek serangan jantung. Bergegas Inggit pulang ke Jogjakarta tapi malangnya dia terpaksa berkahwin dengan calon pilihan keluarga. Dari poster pun dah tahu siapa kan? ;)

Tak pasti kalau industri Indonesia dah mula keluarkan web series ataupun dah lama dalam perancangan sebab drama diorang kan sama panjang dengan drama Hindustan sampai boleh tukar pelakon. Bagus lah ada web series macam ni, memang puas lah nak tengok muka Reza Rahadian haha tu je point dia. 

Untuk episod 1 so far memang kelakar tengok watak Inggit dengan Pak Arya bergaduh cuma tak faham kenapa penulis QueenB buat cerita terpaksa kahwin kerana permintaan terakhir ayah dia, Wahyu Promono (Tegar Satrya) untuk tengok Inggit dikahwinkan dengan lelaki yang bagus. Sedangkan Inggit muda lagi masih belajar di kolej dan boleh berdikari sebab watak dia bekerja di café lepas habis kuliah.

 

Mungkin ada alasan yang disembunyikan di episod 2 nanti sebab watak Pak Arya ada bagitahu Inggit dia ada sebab kenapa dia terima dan akan melepaskan bila sahaja Tristan dah sedia terima Inggit sebagai isteri. Sementara tu biar dia yang jaga sebagai isteri. Simpati dengan watak Tristan sebab diuji dengan lamaran Inggit walhal dia dah bagitahu dia tak dapat pergi ke Jogjakarta sebab ada exam penting. Lagipun masing-masing muda lagi, ada impian perlu dikejar dalam hidup.

Untuk visual memang bagus lah sebab di bawah production house power -  MD Entertainment walaupun sinematografi dari lensa Hendri Shu'enk yang masih lagi baru dalam dunia perfileman tapi alatan kelengkapan dan suntingan mesti lah high-tech kan? Lagipun genre santai, so tak lah berat sangat. Props cantik macam wedding scene Pak Arya dengan Inggit. Busana kahwin pun cantik walaupun serba ringkas. 

The only complaint I have is the music album of My Lecturer, My Husband. Lagu pembukaan, Lecture with Love nyanyian Billy Simpson tu mood dia agak cringe macam lagu Telenovela. Montaj pun sama haha! Ingatkan satu lagu je rupanya semua soundtrack lebih kurang je genre dan runut bunyi dia. Dari romantic jadi kelakar terus. Anyway tak sabar nak tengok episod seterusnya dekat WeTV. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 9/10

Garden of Eden Rosa T | Triple Action Acne Serum

Friday, 15 January 2021

Dah lama nak update pasal serum acne jenama Garden of Eden Rosa T ni tapi asyik lupa. Kali ni dah nampak, memang terus update sebab gallery pun dah penuh dengan gambar. 


Masa beli serum ni haruslah sebab dicanang di Twitter betapa hebatnya serum 100% plant-based ni walaupun harga dia agak mahal dalam RM99 macam tu. Tapi harga serum lebih kurang harga ni je kan? 

Ingredients : 

1) Linoleic acid from Rosehip Seed Oil and Grape Seed Oil- As an unique oil-balancing ingredient to reduce excessive sebum secretion, oily skin and clogged pores.

2) Tea Tree Oil- A powerful anti-bacterial to clear acne spots and blemishes.

3) Natural Vitamin E and Grape Seed Oil- As scar healing antioxidants to reduce skin redness, boosts skin repair.

4) Collagen- Prevent and reduce acne scars.

Does not contain: 

Animal ingredients, alcohol, preservative, colouring, artificial fragrances, mineral oil, synthetic ingredients.

Kalau ikutkan cara penggunaan serum Rosa T ni cuma apply pada waktu malam di bahagian acne dan T-zone. Memang lambat nak habis lah sebab guna waktu malam sahaja. Tapi tekstur serum ni tak best sebab dia oily walaupun nipis. Lambat untuk meresap dalam kulit so bila tidur rasa rimas sangat. Bila bangun tidur memang tak selesa lah sebab berminyak. Bau dia pun kurang digemari sebab bau herba yang agak kuat sampai mengganggu jugak lah tidur tu. 

Bila muka dah berminyak ni for sure lah akan muncul jerawat baru. Berbeza dengan apa yang dia claim akan mengurangkan jerawat. Dari kurangkan penggunaan kepada tak guna terus. Rugi jugak lah tapi nak jual balik, macam tak ada je yang nak beli. 

Lepas tak selesa guna serum ni terus beli balik serum Nutox haha sorry Rosa T. Nama dia memang sedap tapi tak sesuai dengan combination skin I. So yup, bye bye