Movie Review | Office Romance (2026)
Saturday, 11 July 2026
PENANGAN ZUL AARYAN DAN ZARA ANDREA BAKAL BUAT PENONTON TAK SENANG DUDUK | Fenomena Wattpad “Yes! Captain Zul Aaryan” Mendarat di Akasia TV3!
Kuala Lumpur, 11 Julai 2026 – Selepas meraih sambutan luar biasa dalam kalangan pembaca, Yes! Captain Zul Aaryan kini bersedia mencipta fenomena baharu di kaca televisyen menerusi slot Akasia TV3, dibawakan oleh Cadbury Dairy Milk Biscoff. Dengan lebih 2.48 juta bacaan di Wattpad serta jualan melebihi 40,000 naskhah, karya sensasi Wnfhanna ini menampilkan Anna Jobling dan Jazmy Juma sebagai watak utama, gandingan yang sememangnya serasi dalam menghidupkan drama ini.
Menemui penonton bermula 10 Julai 2026, drama bersiri 30 episod terbitan Zamriez Golden Picture Sdn Bhd, hasil nukilan skrip Rozie Rashid dan arahan Nizam Zakaria ini turut dibarisi Natasha Sass, Nafiz Muaz, Daniel Fong serta ramai lagi pelakon hebat.
Ia berkisarkan Zul Aaryan (Jazmy Juma), seorang juruterbang yang juga CEO, yang memilih untuk menutup pintu hatinya selepas dikhianati bekas kekasihnya. Namun, segalanya berubah apabila dia bertemu Zara Andrea (Anna Jobling), seorang pelatih praktikal yang berani dan tidak mudah tunduk kepada sesiapa. Pertemuan yang bermula dalam suasana tegang ini menemukan dua individu yang sering bertentangan pendapat dan sukar mencari titik persefahaman.
Ketika hubungan mereka terus diuji dengan pelbagai konflik, tekanan keluarga akhirnya menyatukan mereka dalam satu ikatan yang tidak pernah dijangkakan. Di sebalik pertelingkahan, sindiran dan ego yang sering menjadi penghalang, mungkinkah benih cinta mula tumbuh tanpa mereka sedari?
Berkongsi mengenai pengalamannya membawakan watak utama dalam Yes! Captain Zul Aaryan arahan Nizam Zakaria, Jazmy Juma berkata, “Captain Zul Aaryan ialah watak yang sangat menarik dan saya bersyukur kerana diizinkan serta diberi peluang menghidupkan karakter ini di skrin. Membawakan watak seorang juruterbang juga merupakan antara impian dalam bucket list saya sebagai pelakon. Alhamdulillah, melalui watak ini saya dapat merasai sendiri tanggungjawab dan peranan seorang captain, selain mengeluarkan sisi seorang captain dalam diri saya. Anna pula merupakan rakan gandingan yang sangat baik dan keserasian yang terjalin sepanjang penggambaran banyak membantu dalam menjayakan setiap babak. Harapnya penonton bersedia menaiki penerbangan Captain Zul Aaryan ini kerana tidak semua penerbangan melalui langit yang cerah, begitu juga perjalanan Zul Aaryan dan Zara Andrea.”
Kuala Lumpur, 10 Julai 2026 – Jasmine Project Love Musim Ketiga di 8TV telah melabuhkan tirainya secara rasmi menerusi sebuah Majlis Apresiasi, sekali gus menutup satu lagi musim yang terus mengangkat kisah-kisah sebenar dari akar umbi untuk penonton di seluruh Malaysia.
Disokong sepenuhnya oleh Jasmine Food, program CSR ini merangkumi 24 episod, yang mengikuti perjalanan para hos seperti Owen Yap, Chan Wei Wei, Tan Chia Yong, Desmond Tey, Jan Chin dan Soh Chin Chuan ke pelbagai negeri di Malaysia untuk mendekati keluarga yang berdepan cabaran, mendengar sendiri kisah mereka, dan merakam kisah hidup yang dilalui.
Sokongan penonton terhadap musim ini terus dizahirkan menerusi 8TV Project Love Fund, sebuah inisiatif di bawah Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP. Melalui dana tersebut, sebanyak RM192,000 telah diperuntukkan bagi membantu 24 keluarga yang dipaparkan dalam musim ini, dengan setiap keluarga menerima bantuan berjumlah RM8,000. Program ini juga terus mendapat perhatian penonton daripada pelbagai lapisan masyarakat menerusi kisah-kisah yang dekat dengan kehidupan seharian.
Bertempat di Holiday Inn Kuala Lumpur Bangsar by IHG, majlis ini menghimpunkan peserta program, pertubuhan kebajikan, barisan hos, rakan kerjasama dan wakil media dalam suasana yang penuh ceria dan bermakna.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran barisan tetamu kehormat seperti Datuk Rafiq Razali, Pengarah Urusan Kumpulan, Media Prima Berhad; Puan Farah Shamsudin, Pemangku Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian TV & Kandungan Media Prima; Puan Stephanie Wong, Ketua Pegawai Operasi, Media Prima Omnia, Agency Solutions; Puan Crystal Lee, Pengarah Jualan & Kerjasama Strategik, Rangkaian TV & Kandungan Media Prima; Puan Wong Yee Lee, Ketua 8TV; Encik Alan Kwong, Ketua Pegawai Operasi, Jasmine Food; Puan Kow Ai Nah, Ketua Pemasaran, Jasmine Food serta Encik Farhan Hafetz, Ketua Pembangunan Perniagaan, Tradewinds (M) Sdn. Bhd.
Sebagai tanda penghargaan atas sokongan di sebalik tabir, satu sesi penyampaian sijil turut diadakan kepada pelbagai pertubuhan kebajikan yang telah memberi sumbangan besar dalam menjayakan program ini. Antaranya termasuklah Pertubuhan Kebajikan Kasih Sayang Dan Jagaan Malaysia, Rumah Charis, Tasputra Perkim, ORKIDS (Persatuan Kebajikan Anak-Anak Istimewa Selangor) , Persatuan Rumah Caring Kajang Selangor, Persatuan Kebajikan Talian Hayat Kehidupan Malaysia, CCEP Foundation dan Pertubuhan Makanan Kebahagiaan (Blisstifood).
Bagi yang ingin melihat semula kisah-kisah menyentuh hati daripada musim ini, anda boleh strim Jasmine Project Love Musim Ketiga di platform Tonton.
![]() |
| nampak tak? sikit je lagi nak keluar dah. |
Orang Ipoh, anda dah bersedia? Barisan finalis Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) bakal turun padang menemui anda!
Jangan lepaskan peluang untuk bertemu Amir Masdi, Dayang Nurfaizah, Hazama dan Ryenald Guntabid menerusi Meet & Greet Yang Ke-40 di McDonald's Greentown Drive-Thru, Ipoh.
Saksikan persembahan lagu secara langsung, sertai sesi ramah mesra bersama barisan finalis AJL40 dan pelbagai permainan interaktif, serta rebut peluang membawa pulang cenderamata eksklusif dan hadiah menarik.
📅 12 Julai 2026 (Ahad)
🕑 2.00 petang - 5.00 petang
📍 McDonald's Greentown Drive-Thru, Ipoh
Jumpa anda di sana!
#AJL40 #GENERASISELAMANYAJUARA
Segmen Pencarian Bloglist Roziah Muhammad Nor #4 (Julai – Disember 2026)
Thursday, 9 July 2026
Cara Penyertaan:
- Buat satu entri di blog anda dengan tajuk: Segmen Pencarian Bloglist Roziah Muhammad Nor #4 (Julai - Disember 2026).
- Letakkan banner segmen dan backlink ke entri ini.
- Tinggalkan link penyertaan anda di ruangan komen entri ini.
Kuala Lumpur, 8 Julai 2026 – Selepas empat dekad mengangkat karya terbaik negara, Anugerah Juara Lagu Ke-40 (AJL40) terus melakar evolusinya menerusi sambutan ulang tahun yang lebih gah dan berprestij. Menerusi AJL40: Pandangan Pertama (The First Look), TV3 mengumumkan pelbagai inisiatif dan pengisian istimewa baharu sempena penganjuran berprestij ini, termasuk mengumumkan komposer dan penerbit Aubrey Suwito sebagai Pengarah Muzik AJL40, sekali gus menerajui visi kreatif edisi ulang tahun ke-40.
Memasuki ulang tahunnya yang ke-40, AJL40 tampil dengan tema “Meraikan 4 Dekad: Evolusi dan Masa Depan Muzik Malaysia” serta mesej “Love Your Legacy, Elevate Your Future,” yang mencerminkan komitmen program berprestij ini untuk meraikan evolusi karya muzik tempatan sambil membuka ruang kepada generasi baharu untuk membentuk masa depan industri.







.jpg)


















