Movie Review | Smile 2 (2024)

Sunday, 22 June 2025


Pengarah: Parker Finn   
Penulis Skrip: Parker Finn 
Pelakon: Naomi Scott, Rosemarie DeWitt, Miles Gutierrez-Riley, Kyle Gallner  
Syarikat Produksi: Temple Hill Entertainment, Bad Feeling   
Pengedar: Paramount Pictures  
Genre: Seram / Psikologi / Thriller 
Durasi Tayangan: 127 minit
Tarikh Tayangan: 18 Oktober 2024 
Trailer:


6 hari selepas kematian Rose Cotter akibat sumpahan The Smile, bekas teman lelakinya, Joel cuba untuk serahkan sumpahan tersebut kepada salah seorang penjenayah di kawasannya. Cubaan dia gagal apabila secara tak sengaja tertembak saksi dalam tembakan rambang tersebut. Joel juga meninggal di tempat kejadian tanpa diketahui kepada siapa sumpahan tersebut berpindah perumah. 

Sementara itu, di New York, seorang penyanyi terkenal, Skye Riley (Naomi Scott) muncul semula selepas setahun menerima rawatan selepas kemalangan jalanraya yang mengorbankan teman lelakinya, Paul Hudson (Ray Nicholson). Sekaligus Skye mengumumkan tour kepada peminatnya menerusi wawancara bersama Drew Barrymore Show. 


Walaupun berjanji tak akan terjebak dengan dadah lagi tapi Skye masih memerlukan Vicodin untuk hilangkan rasa sakit akibat dari kemalangan juga trauma yang dialaminya. Ketika Skye sampai di rumah Lewis (Lukas Gage), pembekal dadah tersebut dalam keadaan yang serabai dan kusut-masai. Awalnya Skye rancang untuk batalkan saja pembeliannya tapi selepas Lewis melolong dan meraung ketakutan, Skye cuba untuk membantu. Tanpa sedar, Skye sudah menjadi mangsa The Smile yang seterusnya. 

Berbeza dengan naskhah asal Smile (2022), sekuel arahan dan penulisan Parker Finn lebih menggerunkan dan gore. Smile dah ceritakan dengan cemerlang tentang sumpahan The Smile dan watak-watak yang terlibat hinggakan jarak 2 tahun tak mengganggu perkenalan babak di awal filem Smile 2. Kita faham kenapa watak Joel terdesak untuk bunuh sebelum The Smile datang tuntut nyawa dia. Even pengarah munculkan roh Dr. Cotter yang mati secara tragis dalam rumah pusaka ibunya. 


Sama macam mangsa-mangsa The Smile yang lain, Skye turut mengalami gangguan yang sama tapi dia tak mampu nak minta tolong dengan sesiapa sebab takut kontroversi dia ambil dadah akan muncul balik dan secara tak langsung gagalkan usaha semua pihak yang terlibat dalam tour dia. Lakonan Naomi Scott benar-benar meninggalkan impak yang mendalam sebagai penyanyi pop yang lemas dalam stardom juga sebagai mangsa The Smile. 


Seram tengok Skye diganggu sekumpulan penari di rumah dengan senyuman mengerikan atau babak dia bersendirian dalam changing room. I bet Naomi’s reference untuk watak Skye ialah Miley Cyrus sebab banyak sangat persamaan dengan watak Skye. Masa tengok Smile 2 teringat pula pada filem The Substance (2024) kerana persamaan pada tema dan konsep yang digunakan, di mana selebriti wanita sentiasa terjebak dalam masalah besar untuk kekal relevan di mata peminat. 


Seriau tengok babak Skye terganggu dengan prompter masa bagi ucapan dekat majlis amal. Makin mencanal anxiety level lepas tengok babak tu sebab rasa gemuruh bercakap depan orang antara perkara yang tersangatlah perlu dielakkan. 

Tak pasti apa jadi dengan Parker Finn selepas kejayaan filem Smile tapi yang pastinya dia naikkan lagi bar untuk genre psychological thriller sebab saspens, seram dan kejutan bersilih ganti buatkan kita tak senang duduk sepanjang 127 minit. Dalam sekuel Smile 2, pengarah beri ruang untuk watak protagonis dan antagonis menyerlah dalam ruang masing-masing. Kita semakin kenal dengan The Smile dan keupayaan dia selain muncul sebagai halusinasi dalam badan mangsa. 


Sinematografi dari Charlie Sarroff menghidupkan suasana terperangkap dalam kemurungan dan juga halusinasi mangsa. Transisi yang dimasukkan menambahkan lagi ketegangan dalam hidup Skye. Runut bunyi yang dimasukkan menjadi sinergi kukuh dalam memaparkan Smile 2 dengan lebih bergaya dan moden. 

Macam mana Parker Finn nak kembangkan universe Smile dalam instalment seterusnya nanti tak tahu lah sebab sumpahan The Smile akan berskala besar. Mungkin kita akan jumpa cara untuk hentikan sumpahan atau mungkin mangsa The Smile masih dalam lingkungan kecil supaya kualiti cerita terjaga. Boleh jadi berpatah semula ke babak pam minyak sebab petrol attendant tu terjangkit dari abang Morris. 

 
I enjoy sangat layan Smile 2 walaupun kembang tekak sebab layan filem ni masa makan. Persoalan Smile masih lagi belum terjawab sama ada gangguan The Smile ni adalah sumpahan atau mangsa sendiri yang terperangkap dalam mental issues masing-masing sebab mangsa yang terjebak ada trauma yang dalam. Masing-masing pilih untuk bersendirian kecuali Laura yang dapatkan rawatan di hospital tapi itupun dah terlambat. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Movie Review | The Diplomat (2025)


Pengarah: Shivam Nair    
Penulis Skrip:  Ritesh Shah
Pelakon: John Abraham, Sadia Khateeb, Jagjeet Sandhu, Kumud Mishra, Sharib Hashmi, Revathy, Ashwath Bhatt  
Syarikat Produksi: T-Series Films, JA Entertainment, Wakaoo Films, Fortune Pictures  
Pengedar: Panorama Studios, AA Films, Netflix
Genre: Politik / Thriller
Durasi Tayangan: 137 minit
Tarikh Tayangan: 14 Mac 2025
Trailer:


Kisah bermula apabila seorang wanita bernama Uzma Ahmed (Sadia Khateeb) lari masuk ke pejabat Kedutaan India di Pakistan lalu merayu supaya diselamatkan dari suaminya, seorang warganegara Pakistan. 

Selepas diselidik, Uzma adalah rakyat warganegara India yang berhijrah ke Malaysia untuk mencari kerja. Di sana dia bertemu dengan Tahir, seorang pemandu teksi yang baik hati. Selepas 6 bulan berkenalan, mereka bercinta lalu Uzma setuju untuk pergi ke Pakistan kerana di sana mempunyai rawatan secara alami untuk penyakit Thalassemia yang dihidap oleh anak perempuannya. 

Apabila tiba di Pakistan, Uzma terkejut dengan penampilan Tahir yang jauh berbeza ketika menetap di Malaysia. Semasa dalam perjalanan ke Buner, Khyber Pakhtunkhwa (KPK), Uzma diberi pil untuk menghilangkan loya. Setelah sedar dari pitam, Uzma sedar pil yang diberikan adalah dadah. Dia kemudiannya dikurung dan diseksa oleh Tahir sehinggalah dipaksa untuk berkahwin. 

Uzma menggunakan helah supaya dia dibawa ke pejabat Kedutaan India di Pakistan supaya dapat meminta bantuan dengan pegawai di sana. J.P. Singh (John Abraham), pegawai diplomasi di Kedutaan India cuba berunding dengan Kerajaan Pakistan untuk membebaskan Uzma namun permintaannya ditolak kerana mereka mengesyaki Uzma adalah ejen perisik India. 

Naskhah politik dan thriller arahan Shivam Nair merupakan adaptasi dari kisah sebenar yang direkodkan oleh Kedutaan India pada tahun 2017. Shivam Nair adalah pengarah yang sama untuk filem Naam Shabana (2017), sekuel kepada Baby (2015). Sama seperti filem sebelumnya, Shivam Nair menggunakan pendekatan yang serius tanpa mengubah personaliti dan karier pegawai diplomasi. 

Memandangkan filem The Diplomat tidak mempunyai babak aksi, John Abraham nampak terperangkap dalam watak J.P. Singh. Kebanyakan filem John Abraham menggunakan genre aksi dan mempunyai dialog yang minimal sementara The Diplomat mempunyai banyak dialog dan kekuatan pelakon terletak pada reaksi muka juga gaya badan. 

Watak J.P. Singh sebagai pegawai Kerajaan India bukan saja perlu pastikan kepentingan semua pihak terjaga malah perlu pastikan dakwaan Uzma sebagai ejen India adalah tidak tepat. Dalam masa yang sama juga mempunyai masalah peribadi apabila berjauhan dengan keluarga. 

Walaupun watak J.P. Singh sendiri adalah watak yang kuat dan John sendiri berikan yang terbaik namun lebih molek sekiranya diberikan kepada pelakon berbakat besar seperti Pratik Gandhi, Akshay Kumar, Anil Kapoor atau Ayushmann Khurrana. 

Watak Uzma ada masanya over the top tapi dengan mudah boleh dijustifikasikan dengan trauma yang dialami sepanjang berada dalam tahanan Tahir. Watak antagonis yang dilakonkan oleh Jagjeet Sandhu meninggalkan impak yang kuat setiap kali muncul onscreen. Tak hairan pun kalau wanita macam Uzma terpedaya sebab kelakuan dia tak ada yang pelik, muka dia pun nampak bersih dan kemas. Bila jejak ke Pakistan terus muncul perangai sebenar. Salah cakap sikit kena tampar tanpa belas. Hilang terus persona dia sebagai lelaki budiman sampaikan rasa ngeri dan risau fikirkan nasib Uzma di second half The Diplomat. 

Penulis cuba wujudkan konflik antara India dan Pakistan bila pegawai mereka syak Uzma adalah ejen perisik dan sengaja timbulkan kekecohan supaya usaha J.P. Singh tergendala. Ada beberapa babak yang sengaja drag atau diperbesarkan untuk wujudkan elemen saspens dan drama namun terlihat dangkal. Situasi tersebut sepatutnya menjadi titik genting tapi olahan Shivam Nair tak mampu mewujudkan keterdesakan Uzma dan pegawai kedutaan yang lain. 

Trauma J.P. Singh yang diceritakan pada babak klimaks tak lah membantu menambahkan melodrama atau backstory J.P. Singh. Baik penulis kembangkan lagi dengan beri pendedahan tentang karier pegawai diplomasi negara. Bukan saja The Diplomat, naskhah Ulajh (2025) dibintangi oleh Janhvi Kapoor sebelum ni juga gagal memberi gambaran yang sama. Sepatutnya The Diplomat fokus pada kisah Uzma dan Tahir tapi memilih untuk fokus pada usaha pegawai Kedutaan. 

Sinematografi dari Dimo Popov dan background music yang digubah oleh A.R. Rahman untuk The Diplomat not bad lah, sesuai mengikut kehendak cerita. 

Dari kes Uzma Ahmed ni boleh lah belajar untuk tidak percaya orang dengan mudah tambah pula kalau berasal dari negara yang terlibat dalam konflik perang. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 7.2/10

Movie Review | The Life List (2025)


Pengarah: Adam Brooks
Penulis Skrip: Adam Brooks
Pelakon: Sofia Carson, Kyle Allen, Connie Britton, Chelsea Frei, José Zúñiga, Dario Ladani Sanchez, Federico Rodriguez, Marianne Rendón
Syarikat Produksi: 3dot Productions
Pengedar: Netflix
Genre: Romantik / Komedi / Drama
Durasi Tayangan: 125 minit
Tarikh Tayangan: 28 Mac 2025
Trailer:


Diadaptasikan dari novel berjudul The Life List karya nukilan Lori Nelson Spielman yang diterbitkan pada Julai 2013 mengisahkan tentang bucket list Alex (Sofia Carson) sejak berumur 13 tahun. Setelah kematian ibunya, Elizabeth (Connie Britton) akibat menghidap penyakit kanser, sesi bacaan wasiat diadakan oleh peguam muda Bernama Brat (Kyle Allen). 


Sementara semua adik-beradiknya mendapat bahagian masing-masing, Alex pula perlu melakukan semua yang dihajatinya dalam The Life List. Jawatan Alex sebagai pengurus pemasaran di Syarikat Rose Cosmetics akan diberikan kepada pekerja baru. Semua yang ada terkejut dengan wasiat tersebut kerana semua yakin Alex akan mewarisi bisnes tersebut setelah bekerja bersama Elizabeth sejak awal penubuhan lagi. 


‘So…I’m fired? She’s firing me from the grave? What… Aren’t there like, law or something against that?’- Alex

Brad nasihatkan supaya Alex bertenang dan terima keputusan Elizabeth dengan hati yang terbuka. Mendiang ibunya juga meninggalkan sekotak CD dan juga satu sampul merah yang perlu diselesaikan sebelum Tahun Baru. Masa yang Alex ada tak banyak pun untuk tunaikan semua hajat yang tersenarai dalam The Life List. 


Dari awal kemunculan Brad pun dah boleh nampak yang penulis akan wujudkan love angle antara Alex dan Brad sebab chemistry diorang kuat. Tak kisah lah dalam satu bilik yang penuh dengan orang ataupun hanya mereka berdua sahaja. Selain dari chemistry, dinamik antara Brad pun mengkuhkan lagi teori tu. Bila Alex communicate dengan Brad, he would listen calmly dan suggest options. 

Walaupun Brad ada teman wanita dan Nina (Maria Jung) dikagumi oleh Alex tapi vibe Brad dan Nina macam Alex dan Sally dalam Love, Rosie (2014). Perfect for each other but the sparks aren’t there. Brad lebih mesra dan selesa dengan Alex, you can sense the ease and calm between them. Tak ambil masa yang lama pun untuk Alex dan Brad ended up together. 


Of course, I happy tengok Brad dengan Alex together but a part of me feels uncomfortable watching Nina being dumped. Tapi mungkin Nina pun sedar yang relationship dia tak ke mana and that’s why dia pilih untuk pergi. 

That’s the thing with The Life List, semua complexity in any relationship dipaparkan tanpa sugarcoat things. Pilihan yang dibuat semuanya sukar tapi realistik. Sama macam adik-beradik Alex yang lain emosi bila Alex memberontak bila berbincang. Penulis masukkan watak kakak ipar dia, Catherine (Rachel Zeiger-Haag) untuk ingatkan Alex yang mereka semua pun alami benda yang sama. Mungkin Alex rasa dia seorang sahaja yang rapat dengan Elizabeth tapi hakikatnya Elizabeth ibu kepada semua adik-beradik dia. 


A short scene tapi cukup untuk ingatkan Alex yang mereka semua dalam situasi yang sama. Kalaupun abang dia taknak simpan rumah pusaka sebab inheritance tax tak bermaksud dia tak saying kenangan yang ada tapi duit yang jadi penghalang. Antara otak dan hati, kedua-duanya sama penting tapi ada pilihan yang perlu dibuat. Kalau ikutkan boleh faham juga kenapa Alex macam tu bila watak dia merupakan anak bongsu, sepanjang masa berkepit dengan Elizabeth.

Patutnya tak perlu ada watak Nina dan juga watak kejutan di second half pun. Better penulis kembangkan hubungan Alex dengan Samuel (José Zúñiga) sebab dari physical traits dan perangai, Alex lagi banyak persamaan dengan ayah dia.


Dalam The Life List ada banyak watak dimasukkan oleh penulis selain adik-beradik Alex dan ipar dia.  Disebabkan watak sampingan yang ramai dengan equation masing-masing terhadap watak utama buatkan 125 minit jadi ruang yang terhad untuk watak sampingan berkembang. 

Sinematografi dari Florian Ballhaus mengukuhkan lagi penceritaan dengan menggunakan landskap musim sejuk di sekitar Brooklyn dan Manhattan yang bakal menuju ke Hari Krismas. Tak pasti kenapa produser tak letak filem The Life List sebagai filem Krismas sebab filem ni ada jalan cerita yang mudah dijangka, ringkas tapi sarat dengan emosi kekeluargaan. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.9/10

Pengarah: N/A
Penulis Skrip: Ji Hyun-suk
Hos Utama: Cho Kyu-hyun, Kim Ji-eun, Lee Su-hyun, Jung Se-woon
Peserta: Im Jung-yoon, Choi Ye-rin, Moon Se-yeon, Lee Ji-min, Choi Seo-hyeon, Oh Sang-won, Kim Pyeong-seok, Jung Jiwoo, Jung Seo-young, Noh Hee-ji
Syarikat Produksi: Sizak Company
Penyiaran: Netflix
Genre: Dating Show 
Jumlah Episod: 13 Episod (56-87 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 11 Julai 2023 – 01 Ogos 2023
Trailer: 


Dating show terbitan khas Netflix menggunakan konsep baru di mana 5 orang pelajar lelaki bersama 5 orang pelajar perempuan menjalani kehidupan di sekolah selama 2 minggu. Mereka boleh beraktiviti melalui kesemua program yang dilakukan di sekolah tersebut tapi tidak dibenarkan untuk bercinta. 

Menginjak ke usia 20, kesemua mereka ditempatkan dalam satu rumah yang sama dan boleh mengenali mana-mana peserta yang disukai melalui casual date atau dream date yang dianjurkan oleh pihak penerbit. 

Dating show Nineteen to Twenty adalah program dating show kedua yang I layan lepas Single’s Inferno (2021). I don’t have any intention to watch pun tapi sebab colleague suggest yang reality show ni sweet so give it a try lah. Part sweet of course lah bila masing-masing baru nak kenal dunia, tak terbeban dengan trauma, konflik atau other external issues ditambah pula dengan fantasi yang diwujudkan oleh penerbit, semuanya nampak indah. Tak ada benda untuk dirisaukan, kira macam semua benda smooth tinggal nak bercinta je. 

I don’t blame the contestants pun sebab konsep dating show ni macam tu. My expectation masa layan dating show ni tak tinggi pun sebab peserta yang join muda sangat. Tak mungkin akan bercinta lama pun sebab perjalanan masing-masing jauh lagi. Lepas habis program ni akan masuk universiti dan bekerja so ada banyak chapter dalam hidup yang akan dilalui. Kalau bercinta dekat dalam program ni pun untuk raih pengalaman je. 

Dari awal lagi dah tertarik dengan Ye-rin sebab personaliti kitorang sama, ada fantasi cinta yang sama, ideal type pun sama. Senang sangat emosi bila tengok Ye-rin kecewa bila cinta dia ditolak. Untuk orang yang ada cita-cita dalam hidup, sangat susah untuk terima keadaan yang tak stabil macam cinta Moon Se-yeon. 

Kenapa Ye-rin terima cinta Ji-min memang jelas sangat tapi kenapa tak pergi jauh lepas dah habis program sebab masing-masing pun sibuk dengan cita-cita dan impian masing-masing. I guess bila dah kerja nanti mungkin both of them akan get back together balik atau jumpa yang lebih sesuai. 

At first, I menyampah tengok Jiwoo sebab perangai dia macam Si-an dalam Single’s Inferno 4 (2025) tapi dekat hujung episod dah nampak kenapa dia buat keputusan macam tu. Cara Jiwoo buat keputusan dan luahkan masalah dia nampak matang untuk usia yang macam tu. 

Walaupun I suka Ye-rin tapi bila tengok Pyeong-seok dan Hee-ji rasa happy sangat sebab relationship diorang tenang je. Mungkin masing-masing ada cita-cita yang sama so dari awal senang get along. Karakter dan personaliti pun sama maka tak hairanlah kalau sampai sekarang pun masih lagi bersama. 

Jungyoon dengan Seo-young sama-sama nak jadi pelakon tapi editor mainkan peranan supaya kehadiran dua peserta ni tak kelihatan seperti masuk untuk kumpul fanbase sebelum debut. Rasanya peranan Seo-young sama macam Hee-ji dalam dorm wanita tapi editor tak tunjuk sangat. 

Dating show Nineteen to Twenty ni ada editing dan drama yang menarik sebab produser pandai letak saspens dan kejutan supaya setiap episod ada impak yang tersendiri. Cuma lepas dah masuk usia 20 tahun, dah tak ada aktiviti berkumpulan sebab semua sibuk dengan casual dates. Nak juga tengok karakter masing-masing atau interaction setiap couples bila berada dalam large groups. 

Barisan panel juri atau hos kurang menyengat berbanding Single’s Inferno sebab hos macam pasif tanpa insight menarik. Ruang untuk hos komen tentang babak-babak penting dalam Nineteen to Twenty pun tak banyak. 

Seronok eh bercinta dekat Seoul ni sebab ada banyak bengkel DIY untuk couples join. Mungkin tak lama lagi KL pun macam tu sebab populasi semakin menurun bila generasi muda tak nak berkahwin hshshs

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.8/10

Movie Review | Pengantin Setan (2025)


Pengarah:  Azhar Kinoi Lubis  
Penulis Skrip: Husein M. Atmodjo, Rjl 5, Kiki Fabia
Pelakon: Erika Carlina, Emir Mahira, Ruth Marini, Wavi Zihan, Ence Bagus  
Syarikat Produksi: MVP Pictures  
Pengedar: Netflix  
Genre: Seram 
Durasi Tayangan: 91 minit
Tarikh Tayangan: 16 Januari 2025 (Indonesia)
Trailer:


Mengisahkan pasangan suami isteri, Echa (Erika Carlina) dan Ariel (Emir Mahira) yang sering saja bertelagah hingga jarang berhubungan intim. Ecah lebih selesa bermimpi dan berjumpa dengan lelaki yang kacak dan puaskan keinginannya. Tanpa dia sedar lelaki kacak tersebut adalah Jin Dasim (Dwika Pradnyana) iaitu Jin yang suka memusnahkan rumah tangga. 

Linda (Ruth Marini), rakan sekerja Ecah di Bantera Cargo menasihatkan dia supaya berbaik dengan Ariel dan berbincang dari terus mendiamkan diri hingga akhirnya ingin bercerai. Akur dengan nasihat rakannya, Ecah dan Ariel berbaik semula dan tidur bersama. Ecah semakin bahagia apabila merasakan perutnya berisi. 

Malangnya kandungan tersebut hanya dalam angan-angan Ecah sahaja kerana doktor tidak menemukan sebarang sel atau janin di dalam Rahim Ecah. Geram dengan penerimaan orang sekeliling, Ecah kembali bertemu dengan Jin Dasim. 

Naskhah seram Pengantin Setan merupakan arahan Azhar Kinoi Lubis diadaptasikan dari kisah benar yang berlaku pada perempuan muda yang pernah viral di media sosial. Klip interview mangsa ada diletakkan di bahagian credit scene filem. Sebelum ni pun pernah baca cerita perempuan yang disukai oleh bunian sampai ingin dibawa ke alam sana. 

Kalau yang pernah encounter cerita-cerita orang tentang jin dan bunian mungkin dah tahu mangsa yang disukai oleh jin tapi kalau cuma bersandarkan pada filem Pengantin Setan semata, agak susah untuk faham kenapa dan bagaimana. Dalam babak Ecah bercerita dengan Emma (Wavi Zihan) ada dimasukkan perbualan kenapa kononnya Ariel adalah suami yang tepat buat Ecah dan sedikit sebanyak kita tahu Ecah kesunyian bila Ariel selalu balik lewat malam gara-gara kerja. 

Latar masyarakat yang dimasukkan adalah orang kebanyakan yang bekerja di kilang dan security guard. Masalah sosial dan ekonomi yang mempengaruhi hubungan kekeluargaan. Bukan saja Ecah mengalami masalah dalam hubungan malah adiknya juga bercerita tentang hidup yang memenatkan. Dekat dinding tandas di kilang Ecah juga ada contengan ‘Hidup ini keras’ yang mengukuhkan lagi scenario kehidupan kelas bawahan. 

‘Nih… nyari pasangan itu kayaknya cari teman ngobrol. Kamu… nanti kalau udah tua, udah gak bisa ngapa-ngapain lagi, mau ngapain kalau nggak ngobrol?’ - Ecah

Visual language agak kuat bersama props dan aestheticnya namun skrip tidak berdiri sama tinggi. Penulis tak ceritakan pun bagaimana Ecah berjumpa dengan Jin Dasim sebab di awal filem dah tunjuk kerenggangan suami isteri ni. Ada babak bagaimana Jin Dasim mengganggu tapi hanya secara minimal. Keterdesakan Ecah untuk mempunyai anak juga tak diceritakan dengan baik jadi halusinasi Ecah terlihat hambar sedangkan ada emosi yang kuat di situ.

Geram juga dengan filem stand-alone yang ketengahkan cerita dan tema yang menarik tapi tak fully utilised ruang yang ada. Pace penceritaan dibikin perlahan dengan visual yang gelap untuk kuatkan elemen seram. Sound design ada masanya menguatkan rasa takut pada beberapa babak namun ada juga yang bingit. 

Boleh faham sangat kenapa Jin Dasim suka dengan Ecah bila rumah ada banyak aura negatif, masuk rumah tak bagi salam, tak ada bacaan Al-quran, dalam rumah pun tak solat. Babak-babak seram yang dimasukkan mengerikan juga terutamanya pada second half bila Ariel dan Linda cuba selamatkan Ecah dari Jin Dasim dan ingin gugurkan kandungan bayi jin. 

Syarikat produksi filem Pengantin Setan bukan produksi baru, jadi tak faham kenapa tak pilih pelakon lelaki yang berpengalaman sebab Emir Mahira nampak lemah dan kaku sebagai suami. Kalau karakter watak memang macam tu, cari lah pelakon yang handsome sikit. Dah la filem bosan, pelakon utama pun serabai. Tak selera benar nak layan. Jin Dasim tu beberapa kali je muncul guna muka kacak dia, selebihnya muka setan. 

Naskhah Pengantin Setan sepanjang 91 minit terasa ringkas penceritaannya walaupun ada thrill berlawan dengan Jin Dasim tapi kurang umpph. Mungkin I expect episod-episod pertarungan yang lebih antara jin dan manusia. Ariel bertarung untuk Ecah serta rumahtangganya sementara Jin Dasim ingin pertahankan bayi dalam kandungan Ecah. Tak ada penerangan juga dari Ustadz Zaini (Alfie Alfandi) tentang Jin Dasim atau kehidupan berumahtangga dari sudut pandang Islam. Sama juga bila penulis boleh masukkan perdebatan antara fakta medik tentang phantom pregnancy tapi diendahkan.

Walaupun filem Pengantin Setan menjadi filem seram kedua tertinggi di Indonesia selepas filem Almarhum (2025) namun penceritaannya terlalu santai tanpa penerangan dan mesej sosial yang jelas. Ada potential tapi tak digunakan sebaiknya sedangkan boleh jadi edutainment film yang menarik dan menjadi sumber rujukan dalam jangka masa yang lama. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.3 = 5.5/10

Drama Review | Seoul Busters (2024)

Saturday, 21 June 2025


Directors: Ahn Jong-yeon, Shin Joong-hoon
Writers: Lee Young-chul, Lee Kwang-jae 
Cast: Kim Dong-wook, Park Ji-hwan, Seo Hyun-woo, Park Se-wan, Lee Seung-woo
Production Companies: Studio S, BA Entertainment, Chorokbaem Media
Distributor: Disney+ Hotstar
Genre: Comedy / Mystery / Crime 
Running Episodes: 20 episodes (45 minutes per episode)
Release Date: 11 September – 30 October 2024 
Trailer:


Lepas kejayaan drama Moving (2023) dengan template drama sebanyak 20 episod, Disney+ Hotstar terbitkan sebuah lagi drama dengan genre komedi dan jenayah berjudul Seoul Busters arahan Ahn Jong-yeon dan Shin Joong-hoon. 


Kisah bermula dengan watak utama, Dongbang Yu-bin (Kim Dong-wook), seorang polis yang berkebolehan dan antara pegawai polis yang cemerlang dari segi intelektual dan fizikal. Setelah insiden hitam yang berlaku di Amerika, Yu-bin kembali ke Korea Selatan untuk mengetuai Jabatan Jenayah Kejam Unit 2 yang terkenal dengan pasukan yang lemah. Walaupun pelbagai kutukan dan tohmahan terhadap pasukannya, Yu-bin sedar Park Ji-hwan (Mu Joong-ryeok), Seo Hyun-woo (Jung Jung-hwan), Park Se-wan (Seo Min-seo) dan Lee Seung-woo (Jang Tan-sik) mempunyai keunikan dan kelebihan tersendiri. 


To be honest, I tak suka dengan genre dan template komedi Korea Selatan dan mula menyampah masa tengok episod-episod awal. Kes jenayah yang dimasukkan pun sangat mudah untuk diteka siapa pelakunya juga apa motif di sebalik kejadian. Perjalanan tu terasa panjang dan hambar untuk 45 minit habis tapi bila masuk kes jenayah ketiga di episod 7, dah mula seronok dah sebab I boleh take part dalam sesi menyelesaikan kes. 


Penulis Lee Young-chul dan Lee Kwang-jae guna ruang sehabis baik untuk perkenalkan setiap watak utama siap masukkan twist supaya terlihat menarik. The approach was predictable but it is what it is. Kalau dah layan drama memang begitulah selayaknya sebab ruang tu banyak. Kalau tak hubungkan watak cerita dengan penonton, akan rasa sesuatu yang kurang lah kan. Cuma I tak boleh tengok watak Park Ji-hwan sebab emosi terlebih even dah tengok backstory pun rasa macam hmm tak boleh connect. 


Patutnya penulis kembangkan juga watak Dong-goo (Kim Ra-on) sebab dia comel dan suka sangat melepak dengan unit 2. Ada beberapa babak yang dimasukkan supaya life lessons dan mesej sosial dimasukkan secara santai dan kelakar. 

Cara penulis susun jenayah yang berlaku pun mengikut aturan sepatutnya dan build up momentum dari kes kecil kemudian semakin lama semakin besar. Bila masuk klimaks dan penghujung drama Seoul Busters, kita rasa puas layan. Mungkin akan ada sekuel tapi tak pasti dengan Disney+ memandangkan streaming platform ni kena boikot teruk sejak konflik Israel-Gaza. Drama Moving dan Vigilante (2023) pun belum dapat sekuel lagi. 


Sinematografi drama Seoul Busters dipaparkan dalam dunia yang ceria menggunakan musim panas sebagai landskap utama. Dalam drama ni Balai Polis Songwon terpaksa tempatkan Jabatan Jenayah Kejam Unit 2 di sebuah tadika yang tidak digunakan lagi kerana jabatan mereka perlu diubahsuai. 

Latar tempat utama membantu menambahkan momen kelakar macam thinking chair, playground dan mini slide. Bila polis luar datang buat laporan mesti menyinggah main dekat slide. Muka ketat tapi jadi tempat wajib singgah. Transition yang digunakan untuk drama Seoul Busters pun menarik dan sesuai dengan konsep komedi komik yang dibawakan. 


Background music yang dimasukkan menjadi peneman yang baik kepada visual language Seoul Busters di samping dialog yang mempunyai humor tersendiri. 

Happy bila drama ni selesai 20 episod dan untuk ulang semula mungkin tidak akan tapi untuk layan sekuel tu ada kemungkinannya. Invested juga lah dengan love angle antara Yu-bin dan Park Se-wan sebab dari awal kedua-dua pelakon ada chemistry bersama juga banyak babak bersama tapi penulis tak pergi jauh di penghujung drama sebab bagi laluan kepada kisah silam Yu-bin di Amerika. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.2/10

KALAU BUKAN SEKARANG, BILA LAGI?! INI TOP 5 NEGERI DAH TUNJUK SOKONGAN PADU EATM2!

Friday, 20 June 2025

Ejen, masa semakin suntuk! Tayangan Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) semakin berkurang dan lima negeri ini telah buktikan sokongan luar biasa mereka. Selangor, Wilayah Persekutuan (KL & Putrajaya), Johor, Perak dan Kedah kini mendahului carta tontonan dengan jumlah ejen paling ramai yang telah melaporkan diri. Adakah negeri anda tersenarai? Dan sudahkah anda mengambil tempat dalam misi ini?

Belum tonton lagi? Sekaranglah masanya untuk anda bertindak! Peluang untuk jadi sebahagian daripada misi kutipan RM65 juta bagi filem animasi kebanggaan negara ini bukan datang selalu. Rasai sendiri aksi penuh tenaga, rekaan bunyi yang menggetarkan dan grafik bertaraf antarabangsa yang masih hangat diperkatakan ramai.

“Tak cukup sekali!” Itu pula kata penonton yang dah ulang tontonan. Bagi mereka, terlalu banyak teori bermain di fikiran, dan semuanya mula ditangkap bila ditonton semula.

Jangan ketinggalan! Sama ada anda bawa geng, keluarga atau pergi solo, pastikan anda turut serta dalam misi RM65 juta ini. Ayuh kita cipta satu lagi kejayaan besar buat filem animasi tempatan. Kalau bukan sekarang… anda mungkin sudah terlepas!

Misi masih aktif - unlock fasa seterusnya dan terus sokong EATM2 di pawagam sekarang!

#ejenalithemovie2 #eatm2 #ejenali #AniMY

ASTRO OPEN DAY MEMBUKA PELUANG USAHAWAN

Wednesday, 18 June 2025

300 usahawan yang hadir ke Astro Open Day bersama Pengarah Digital & Pengalaman Pelanggan Astro, Cynthia Seow, Naib Presiden Pembangunan Komersial, Perniagaan Digital Astro, Datin Norashikin Habibur Rahman, Ketua Pegawai Operasi RichWorks Academy, Dr. Radz Mohd dan Pengasas & Presiden RichWorks Academy, Prof. Datuk Wira Dr Azizan Osman dalam acara yang dilangsungkan di dalam Studio 1, Astro Bukit Jalil.

Menjadi seorang usahawan memerlukan ilmu untuk memastikan perniagaan dapat berkembang maju. Antaranya, termasuk ilmu pemasaran dan perniagaan yang menjadi tulang belakang kepada sejauh mana bidang perniagaan itu boleh berjaya. Menyedari keperluan ini, Astro menganjurkan Astro Open Day dengan kerjasama RichWorks Academy Sdn Bhd bagi membantu para usahawan tempatan membina asas yang kukuh untuk pertumbuhan perniagaan mereka.

Sebagai peneraju kandungan dan hiburan, Astro membuka peluang kepada lebih 300 peserta program Ai Branding Marketing Growth (AiBMG) untuk merasai sendiri bagaimana ekosistem kami — merangkumi TV, radio, digital dan aktiviti on-ground — boleh dimanfaatkan sebagai platform pemasaran berimpak tinggi. Melalui inisiatif ini, Astro komited untuk memperkasa PKS dengan memberikan pendedahan sebenar tentang potensi penjenamaan melalui media, sekaligus membantu mereka mengembangkan perniagaan ke tahap lebih tinggi.

Program sehari yang diadakan di Studio 1, Bukit Jalil dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Ketua Pegawai Kewangan dan Operasi Kumpulan Astro, Dr. Grace Lee. Seterusnya sesi ramah mesra bersama penyampai radio Astro turut diadakan dan melibatkan personaliti seperti Nabil Ahmad, Rahim, Anas Tahir, Prem, Aishah Sinclair dan Terry.

Acara diteruskan dengan pembentangan mengenai strategi pengiklanan oleh Ketua Perkhidmatan Kreatif, Marlina Mansor bagi memberi pencerahan sejauhmana pemasaran melalui pengiklanan melalui platform yang ada di Astro. Paling Istimewa, kesemua peserta yang hadir turut berpeluang melawat ke beberapa kawasan sekitar Astro seperti di studio Awani, studio 3 Borak SeeNi dan konti-konti radio Astro.

Pengasas & Presiden RichWorks Academy, Prof. Datuk Wira Dr Azizan Osman, turut berkesempatan memberi taklimat ringkas dan pesanan kepada semua peserta agar dapat merebut peluang melalui kerjasama yang diadakan ini.

Astro percaya bahawa kolaborasi strategik seperti ini bukan sahaja membuka peluang kepada usahawan untuk memperluas capaian jenama mereka, tetapi juga memperkukuh peranan Astro sebagai rakan media yang berdedikasi dalam menyokong pertumbuhan perniagaan tempatan.

Dengan pendedahan secara langsung kepada kekuatan dan keupayaan platform Astro, diharapkan para peserta mampu memanfaatkan ilmu dan peluang yang diberikan untuk terus maju dan berdaya saing dalam landskap perniagaan yang semakin mencabar.

Astro Originals mempersembahkan sebuah siri premium terbaru, ‘Honey Trap’ yang membawa kisah thriller perisik wanita dalam dunia politik. Honey Trap menjanjikan pengalaman menonton yang mendebarkan, penuh aksi dan sarat emosi. 

‘Honey Trap’ merupakan naskhah yang dikembangkan daripada dunia KUDETA, siri premium Astro Originals yang ditayangkan pada tahun 2022, lakonan Vanidah Imran yang memegang watak Perdana Menteri wanita pertama di negara fiksyen, Masraya. 

Menerusi 8 episod serta 2 episod istimewa, Honey Trap masih berlatarkan dunia Masraya dari siri KUDETA dengan memperkenalkan watak baharu iaitu Surya Gabriel, seorang perisik wanita yang hebat, berkaliber, menawan dan berani dalam usahanya mempertahankan keselamatan negara. Namun, Surya terperangkap dalam permainan kuasa yang rumit, dipenuhi pengkhianatan, dilema, dan ancaman.

Membariskan pelakon berbakat tanah air, seperti Nina KSC yang pertama kali memegang watak utama, Syarul Ezani, Ungku Ismail, Irfan Zaini, Ayez Shaukat Fonseka, Michael Chen, Chazzy Nash, Amyza Aznan, Eugene Ong, May June, Dai Fuad, Sefik Khair serta penampilan daripada watak-watak dari siri premium KUDETA.  

Naskhah ini diarahkan oleh pengarah KUDETA, iaitu Imran Sheik yang turut bertindak sebagai penulis skrip bersama Siti Marzuliana Marzuki, Zuli Ismail, Amar Amir, Lemuel Ong dan Syakir ‘Mo’ Zakii. Diterbitkan oleh Astro Shaw dan produksi oleh Lacuna Pictures, siri ini bakal menemui penonton bermula 20 Jun 2025 di platform On Demand dan sooka bermula 12 tengah malam setiap Jumaat, serta Astro CITRA (saluran 108) pada hari yang sama, Jumaat jam 9.00 malam dan Astro RIA (saluran 104) setiap Isnin jam 9.00 malam. Istimewa, penonton dapat strim dua episod pertama di platform On Demand pada 20 Jun nanti. 

Honey Trap mengisahkan tentang seorang perisik wanita yang cantik, terdorong oleh misi peribadinya untuk menjatuhkan sebuah kumpulan pemberontak di Masraya, perlu merekrut seorang aset yang ada kaitan rapat dengan musuh. Namun apabila kerjasama mereka semakin erat, integritinya tercabar oleh hubungan romantik yang terjalin tanpa diduga.

Penerbit Eksekutif Honey Trap merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad menyatakan, “Honey Trap adalah kesinambungan kepada drama premium KUDETA dan naskhah ini  membawa nafas baharu dalam dunia penceritaan perisikan tempatan, lebih-lebih lagi ia mengangkat tema pandangan feminin sebagai nadi utama penceritaan. Jika KUDETA memfokuskan kuasa dan politik secara besar-besaran, Honey Trap pula lebih bersifat peribadi dan mendalam dengan menampilkan sisi psikologi dan isu sosial seperti kesihatan mental di tempat kerja, ketidakseimbangan kuasa dalam organisasi, dan manipulasi yang sering tersembunyi di sebalik struktur autoriti. Elemen-elemen ini jarang diketengahkan dalam genre sebegini. Kami percaya ini akan memberikan pengalaman tontonan yang segar, berani dan relevan, bukan sahaja untuk peminat drama thriller tetapi juga untuk penonton yang mahukan cerita yang menyentuh jiwa.”

Sementara itu, Pengarah Honey Trap, Imran Sheik berkata, “Idea menghasilkan Honey Trap ini tercetus daripada pengalaman peribadi saya menjaga ahli keluarga dengan schizophrenia. Bukan niat saya untuk mensensasikan penyakit ini, sebaliknya untuk meningkatkan empati masyarakat terhadap mereka yang menghadapi isu kesihatan mental. Walaupun mereka berhadapan dengan cabaran tersebut, pesakit mental memiliki kekuatan dalaman luar biasa yang jarang kita sedari. Bagi menjayakan siri premium ini, pihak produksi berdepan dengan cabaran utama termasuklah usaha menggambarkan dengan tepat dari sudut pemikiran seorang pesakit mental yang juga perisik yang dipertanggungjawabkan tugas besar. Walaupun Honey Trap berada dalam 'universe' Kudeta, penonton baru tidak akan keliru kerana kali ini kami memberi tumpuan khusus pada dunia agensi perisikan dan ancaman kumpulan pemberontak.”

Siri Premium Astro Originals menyaksikan kolaborasi ketiga bersama jenama ikonik tanah air, Goodday Charge, susu diperkaya pertama di Malaysia yang mengandungi 10 nutrien penting untuk membantu mengekalkan tenaga anda sepanjang hari. Kerjasama strategik ini melibatkan inisiatif promosi pemasaran untuk kedua jenama dan juga penempatan produk. Astro Shaw juga turut menerbitkan sebuah video khas berdurasi 30 saat, untuk Goodday bersempena dengan kerjasama ini.

Saksikan drama siri premium Astro Originals, Honey Trap, bermula 20 Jun 2025 di platform On Demand dan sooka bermula 12 tengah malam setiap Jumaat, serta Astro CITRA (saluran 108) pada hari yang sama, Jumaat jam 9.00 malam dan Astro RIA (saluran 104) setiap Isnin jam 9.00 malam.

Gunakan tanda pagar #HoneyTrap #SeducingTheCorrupt untuk berkongsi tentang keterujaan tentang siri ini. Ikuti akaun media sosial Astro Shaw seperti TikTok, Instagram, X, Facebook untuk info dan klip-klip menarik Honey Trap. 

EJEN ALI THE MOVIE 2 RAIH KUTIPAN FILEM ANIMASI TEMPATAN DAN ANTARABANGSA TERTINGGI SEPANJANG ZAMAN! | Kerja Kita Belum Selesai! Misi : Pawagam Masih Aktif Untuk Capai Sasaran RM60 Juta

Dengan kutipan mencecah RM55.1 juta, Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) kini secara rasmi dinobatkan sebagai filem animasi dengan kutipan tertinggi dalam sejarah pawagam Malaysia, mengatasi semua karya animasi tempatan dan antarabangsa yang pernah ditayangkan.

Lebih membanggakan, EATM2 kini mengatasi kutipan filem blockbuster dari Hollywood dan juga Asia sepanjang dua bulan ini. Ini sekali gus menjadi bukti nyata terhadap keyakinan serta sokongan luar biasa penonton Malaysia terhadap naskhah animasi yang berteraskan identiti dan semangat tempatan.

“Kejayaan ini bukan milik WAU Animation semata-mata tetapi milik semua ejen-ejen yang percaya dan berdiri bersama kami sejak awal. Saya amat menghargai dedikasi seluruh pasukan WAU Animation yang telah mencurahkan tenaga dan kreativiti tanpa henti dalam menjayakan filem ini. Terima kasih juga kepada rakan produksi kami, Primeworks Studios, yang memberikan sepenuh komitmen dalam mempromosikan filem ini, malah sentiasa tampil dengan idea-idea baharu yang segar dan berani demi memastikan EATM2 terus menjadi pilihan penonton. Dan sudah tentu, penghargaan tertinggi buat para peminat yang menjadi tulang belakang dan sumber semangat utama kami sejak hari pertama,” ujar Encik Usamah Zaid Yasin, pengarah filem EATM2.

“Pencapaian ini adalah hasil kerjasama, kepercayaan dan semangat yang dikongsi bersama. Kami harap para penonton akan terus menyokong EATM2 dan bantu kami untuk mencapai sasaran kutipan seterusnya iaitu RM60 juta. Hanya dengan sokongan teguh anda dapat kami realisasikan impian untuk menghasilkan naskhah Ejen Ali seterusnya, demi perkembangan industri kreatif tempatan yang bakal membanggakan Malaysia,” kata Puan Nini Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios.

Daripada siri animasi di kaca televisyen ke layar perak, Ejen Ali telah berkembang menjadi sebuah francais yang matang dan berpengaruh. Filem kedua ini bukan sahaja mengukuhkan kekuatan jenama, malah mencerminkan evolusi penceritaan animasi tempatan yang lebih berani, berdimensi dan menyentuh hati pelbagai lapisan penonton.

Filem ini masih ditayangkan di pawagam seluruh negara. Ayuh rakyat Malaysia, teruskan sokongan anda — kerana kerja kita belum selesai!

Satria, Bangkit – Filem Aksi Animasi Mempesona, Meledakkan Emosi! Kongsi pengalaman anda di media sosial dengan tanda pagar #ejenalithemovie2 #eatm2 #ejenali #letsplay #AniMY #sapotlokal #SaluteAnimatorTempatan

*****************************

Mengenai Ejen Ali the Movie 2

Di bandar futuristik Cyberaya, “Ejen Ali the Movie 2” mengisahkan seorang budak lelaki yang secara tidak sengaja direkrut sebagai ejen rahsia  oleh agensi perisikan Meta Advance Tactical Agency (MATA). Ejen Ali bersemangat untuk membuktikan dirinya dalam Projek Satria, sut berperisai yang dibantu Kecerdasan Buatan (AI) terbaru MATA. Semasa Ali bergelut dengan tanggungjawab barunya untuk menguasai Satria, dia harus menerima keputusan MATA untuk memberikan rakan (dan saingannya) Alicia sebagai pemegang seterusnya peranti superkomputer, IRIS. Sementara itu, penggodam Neonimus muncul semula untuk mencetuskan kekacauan terhadap MATA, menandakan konspirasi yang lebih besar di Cyberaya.

Sejak tayangannya di saluran televisyen Malaysia, TV3, pada tahun 2016, “Ejen Ali” telah disiarkan dan distrim di lebih 65 negara di Asia Tenggara, Timur Tengah dan Afrika Utara, benua India, serta Amerika Utara. Dua musim pertama siri ini diikuti  dengan “Ejen Ali The Movie” pada November 2019, yang meraih kutipan box-office yang mengagumkan sebanyak RM30 juta (USD8 juta) di Malaysia, Singapura, Brunei, dan Indonesia, menjadikannya salah satu filem animasi dengan kutipan tertinggi di Malaysia setakat ini. Bahagian terbaru, “Ejen Ali Season 3”, juga memegang gelaran sebagai harta intelek animasi Malaysia pertama yang diterbitkan bersama Disney+ Hotstar Asia Tenggara, dan pertama kali dilancarkan secara eksklusif di perkhidmatan penstriman tersebut pada Jun 2022.

Mengenai Primeworks Studios

Primeworks Studios adalah syarikat pengeluaran terkemuka di Asia Tenggara yang terlibat dalam perniagaan kandungan kreatif di setiap aspek rantaian media dalam pengeluaran TV dan filem, jualan kandungan, pengedaran dan pemasaran filem, animasi, kandungan berjenama, serta pelesenan dan peruncitan. Ia adalah syarikat kandungan yang memenangi pelbagai anugerah dan menghasilkan lebih daripada 3,000 jam kandungan menarik setiap tahun untuk pelbagai platform, termasuk televisyen, pawagam, dan digital. Rumah produksi ini adalah tenaga kreatif di sebalik pelbagai genre kandungan termasuk hiburan, animasi, majalah, dokumentari, sukan, dan drama.

Mengenai WAU Animation

WAU Animation adalah sebuah studio animasi CG yang ditubuhkan pada 18 Mac 2013 oleh sekumpulan bakat kreatif dengan pengalaman hingga 17 tahun dalam menghasilkan siri animasi CG dan filem cereka yang memenangi pelbagai anugerah. Di tengah-tengah WAU Animation adalah keinginan untuk mencipta animasi yang dapat menyentuh hati penonton. Kami bercita-cita untuk menceritakan kisah-kisah yang menakjubkan yang bukan sahaja menghiburkan tetapi juga bermakna dan memberi inspirasi, sambil pada masa yang sama disuntik dengan elemen tempatan, kerana kami percaya kuat dalam menampilkan identiti Malaysia yang unik.