Tapi harapan untuk update lebih banyak entri tetap ada sebab kena clearkan gambar dalam Google Photos, takkan nak tambah duit untuk space lagi? Makin tambah makin banyak gambar lepastu masalah tak akan selesai.
Anyway, bulan 11 ni makin panas dan makin banyak influenza menyerang. Hutan pun mudah terbakar so stay safe everyone. Minum banyak air dan tidur yang cukup supaya badan tak lemah sangat hadap ragam dunia. Happy November everyone.
TOKSIK CINTA & REALITI MAHKAMAH | Cinta, Ego Dan Manipulasi… Netizen Siap Samakan Dengan Drama Dunia Sebenar Johnny Depp & Amber Heard!
Cinta tidak selalu indah. Di sebalik senyuman dan janji manis, terkadang tersembunyi racun yang perlahan-lahan membunuh kewarasan dan kasih sayang. Begitulah kisah yang dibawa dalam Toksik Cinta, drama yang menyingkap sisi gelap hubungan antara cinta dan kuasa. Seperti kes antara Amber Heard dan Johnny Depp, cerita ini mengingatkan kita bahawa cinta yang tercemar dengan ego dan manipulasi mampu menukar bahagia menjadi medan pertempuran.
Watak Karmila (Riena Diana) digambarkan sebagai wanita jelita yang penuh karisma, namun di sebalik itu tersimpan keinginan untuk mengawal dan memiliki. Cintanya terhadap Alfi (Aqasha) bukan lagi tentang rasa, tetapi tentang keinginan untuk berkuasa. Dia menggunakan emosi, air mata dan imej diri untuk memastikan dunia percaya padanya, bijak memanipulasi orang sekeliling untuk menutup kezaliman sendiri.
Mahkamah menjadi pentas sebenar, tempat segala rahsia dan luka terbongkar. Alfi memilih berdiam diri pada awalnya, menanggung fitnah dan kehilangan maruah hanya kerana dunia lebih cepat mempercayai naratif seorang wanita yang menangis. Namun kebenaran akhirnya terbongkar, mangsa sebenar bukan semestinya yang paling lantang bersuara, tetapi yang paling lama menanggung derita dalam diam.
Toksik Cinta menggambarkan dengan jelas bahawa hubungan tanpa kejujuran hanya akan membawa penderitaan. Alfi mengalami penderaan emosi yang lebih perit daripada luka fizikal, bermula dengan sikap mengawal, rasa cemburu dan kata-kata yang menyakitkan hingga akhirnya mematahkan semangatnya. Seperti Johnny Depp yang terperangkap dalam hubungan yang penuh toksik, Alfi juga menjadi mangsa cinta yang dipenuhi kepura-puraan. Dalam dunia sebenar mahupun di layar kaca, ramai tidak sedar bahawa cinta boleh berubah menjadi sesuatu yang menyakitkan.
Keberanian drama ini terletak pada pengangkatannya terhadap lelaki sebagai mangsa, sesuatu yang jarang ditonjolkan. Ia memecahkan stereotaip bahawa penderaan hanya milik wanita, dan menegaskan bahawa sesiapa pun boleh menjadi mangsa apabila cinta disalah tafsir sebagai hak untuk mengawal. Alfi menjadi simbol kepada mereka yang terpaksa berdiam demi menjaga maruah, sama seperti Depp yang akhirnya membuktikan bahawa diamnya bukan tanda bersalah, tetapi luka yang sudah terlalu dalam.
Saksikan kisah penuh debaran, Tonton Original Series: Toksik Cinta yang sedang ditayangkan hanya di Tonton. Untuk maklumat lanjut tentang rancangan kegemaran anda, ikuti kami di Facebook, Twitter, TikTok dan Instagram di @tontonmy.
Riri Riza bukan nama asing dalam dunia perfileman Indonesia, seorang pengarah berpengaruh yang sinonim dengan karya penuh emosi, nilai seni tinggi dan dekat dengan jiwa penonton. Sejak awal 1990-an, beliau memulakan langkah dengan menghasilkan filem pendek sebelum mengorak langkah ke layar lebar, menampilkan gaya pengarahan yang jujur dan visual yang penuh rasa.
Perjalanan Riri Riza dengan kisah Ada Apa Dengan Cinta? menunjukkan evolusi seninya yang mengagumkan. Bermula sebagai penerbit dan penulis bersama untuk filem asal, kemudian menjadi pengarah untuk Ada Apa Dengan Cinta 2, kini beliau kembali mengarah filem Rangga & Cinta, remake dalam bentuk muzikal yang menjadi filem muzikal ketiganya. Filem ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 6 November 2025, membawa nafas baharu kepada kisah cinta yang pernah mencipta fenomena.
Beliau yang pernah merangkul Piala Citra pada tahun 2004 ini dikenali dengan sentuhan puitis yang mampu menyentuh emosi penonton dalam cara yang halus namun mendalam. Tidak pernah terikat pada satu gaya, Riri sentiasa mencuba pendekatan berbeza daripada drama kekeluargaan yang penuh jiwa, ke adaptasi novel dan filem muzikal yang diiktiraf ramai. Setiap karyanya membuktikan keupayaan luar biasa dalam mengangkat kisah tempatan menjadi naskhah filem yang segar, penuh makna dan kaya dengan nilai kemanusiaan.
Beberapa karya arahan Riri Riza telah meraih Anugerah Citra di Festival Filem Indonesia serta pengiktirafan di pelbagai festival filem antarabangsa. Namun di sebalik kejayaan itu, kekuatan sebenar karyanya terletak pada kemampuan menggabungkan hiburan dengan mesej bermakna, menjadikannya tokoh penting yang terus memberi inspirasi kepada generasi baharu pembuat filem di Indonesia.
Antara karya Riri Riza yang paling menonjol dan dihasilkan di bawah terbitan Miles Films termasuk:
- Petualangan Sherina (2000): Filem muzikal ikonik yang membuka era baharu sinema keluarga Indonesia.
- Gie (2005): Drama biografi tentang aktivis Soe Hok Gie yang menonjolkan idealisme dan perjuangan anak muda.
- Laskar Pelangi (2008): Adaptasi novel popular yang mengangkat kisah kanak-kanak di Belitung, menjadi fenomena box office dan menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
Kejayaan Riri terus menyerlah dengan Athirah (2016) yang memenangi enam Anugerah Citra termasuk Filem dan Pengarah Terbaik. Pada tahun sama, Ada Apa Dengan Cinta 2 juga mencipta fenomena box office dan menjadi filem pembuka Fukuoka International Film Festival 2016, sekali lagi membuktikan pengaruhnya di pentas antarabangsa.
Rangga & Cinta menerima sambutan hangat di Busan International Film Festival 2025 di Korea Selatan, menandakan kebangkitan semula legasi ikonik Ada Apa Dengan Cinta? dalam versi drama romantik muzikal yang segar dan moden. Menampilkan bintang generasi baharu, Leya Princy dan El Putra Sarira, filem ini menghidupkan kembali kisah cinta legenda itu dengan sentuhan baharu yang lebih segar, emosional dan dekat dengan jiwa penonton masa kini.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Rangga & Cinta di pawagam seluruh Malaysia bermula 6 November 2025, sebuah kisah yang pasti menggamit nostalgia dan menyentuh hati dalam cara yang baharu. Untuk kemas kini serta kandungan eksklusif, ikuti Primeworks Studios di Facebook, Instagram, X dan YouTube.
ASTRO TERUS MARTABATKAN KISAH LAGENDA TEMPATAN DENGAN MEMPERSEMBAHKAN ‘HIKAYAT BATU BELAH BATU BERTANGKUP’ | Siri terbaharu ‘Hikayat’ menelusuri kisah kehilangan, keberanian dan takdir.
Kuala Lumpur, 30 Oktober 2025 – Astro, selaku peneraju industri hiburan di Malaysia, akan mempersembahkan siri terbaharu di bawah francais ‘Hikayat’, iaitu kisah lagenda popular yang penuh magis dan misteri – ‘Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup’. Siri enam episod ini bakal bersiaran bermula 14 November, setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Ceria (saluran 611) dan Astro Prima (saluran 105).
Judul terbaharu di bawah francais ‘Hikayat’ ini adalah hasil arahan sutradara Shamyl Othman dan diterbitkan oleh Red Communications Sdn Bhd. Seperti karya sebelum ini, ‘Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup’ telah diolah semula mengikut kesesuaian tontonan masa kini, dengan penambahan sentuhan elemen visual moden bagi memberikan pengalaman tontonan terbaik untuk seisi keluarga.
Dengan pembaharuan jalan cerita yang lebih segar, penuh nilai tauladan, dan sesuai untuk tontonan seisi keluarga, siri ini turut menampilkan barisan pelakon popular seperti Diana Danielle, Alif Satar, Bell Ngasri, Elly Mazlein, Niezam Zaidi, Ezzanie Jasny, Arabella Ellen, Fimie Don serta bintang generasi baharu seperti Qisya Hairulzain dan Mikael Noah. Turut menghiasi siri ini adalah runut bunyi ‘Hikayat Arjuni’ yang didendangkan oleh Amsyar Leee.
Menurut Naib Presiden Strategi Kandungan GenNext, Putri Yasmin Megat Zaharuddin, “Di Astro, kami faham betapa pentingnya bagi generasi akan datang untuk terus mengenali dan menghargai budaya serta cerita tempatan kita. Menerusi francais ‘Hikayat’, matlamat kami adalah untuk meraikan warisan Malaysia yang kaya dengan kisah dongeng tradisional, dan menghidupkan semula cerita-cerita ini melalui lakonan semula oleh bakat tempatan yang hebat. Disampaikan dalam format berkualiti tinggi, diperkaya dengan kesan visual khas, dan sarat dengan nilai murni, kisah-kisah ini sesuai untuk tontonan semua peringkat umur. Kami komited untuk meneruskan usaha ini dan berharap dapat memperluaskan lagi francais ‘Hikayat’ agar kisah-kisah klasik ini dapat didokumentasikan sebagai khazanah untuk generasi akan datang.”
‘Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup’ mengisahkan nasib malang yang menimpa keluarga Mak Tanjung (lakonan Diana Danielle), apabila suaminya, Pak Kantan (lakonan Alif Satar), terkorban kerana lemas semasa memancing. Kejadian itu menyebabkan Mak Tanjung dan dua anaknya, Melur (lakonan Arabella Ellen) dan Pekan (lakonan Fimie Don), hidup dalam kesusahan. Terdesak, Mak Tanjung mencari berlian berdekatan kawasan Batu Belah Batu Bertangkup untuk menyara hidup, namun batu berpuaka itu telah menelannya. Melur dan Pekan kemudian terpaksa meninggalkan kampung dan mengembara untuk mencari jalan membebaskan ibu mereka daripada kuasa jahat batu tersebut.
Para penonton boleh menyaksikan siri ‘Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup’ bermula 14 November, setiap Jumaat jam 9 Malam di Astro Ceria (saluran 611) dan juga Astro Prima (saluran 105), serta strim melalui On Demand di Astro GO dan sooka. Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan. Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan. Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.
*Tidak termasuk cukai & tertakluk pada terma dan syarat.
Movie Review | Malam Terlarang (2025)
Thursday, 30 October 2025
GANJARAN BERGANDA MENANTI ANDA BERSAMA TONTON REWARDS!
Wednesday, 29 October 2025
Kuala Lumpur, 29 Oktober 2025 – Tonton Rewards, cara baharu menikmati hiburan dan gaya hidup! Khas untuk pelanggan TontonUp, setiap langganan kini hadir dengan pelbagai diskaun istimewa, baucar dan akses ke acara eksklusif, menjadikan setiap tontonan lebih berbaloi daripada biasa. Kini, Tonton bukan lagi sekadar platform hiburan, tetapi sebuah pengalaman gaya hidup penuh ganjaran yang menanti anda.
Lebih daripada sekadar menonton, TontonUp memberi peluang kepada pelanggan menikmati pelbagai manfaat gaya hidup masa kini daripada tawaran F&B, baucar beli-belah hinggalah tiket konsert dan acara eksklusif. Semua ini boleh diakses dengan mudah melalui laman khas Tonton Rewards, menjadikan setiap langganan lebih bernilai dan menyeronokkan.
Antara ganjaran menarik yang sedang menanti pelanggan TontonUp ketika ini termasuk:
1. Baskin Robbins – Diskaun RM10
Nikmati hari yang lebih manis dengan Baskin Robbins hanya dengan Tonton Rewards! Langgan TontonUp dan dapatkan diskaun RM10 untuk setiap hidangan aiskrim kegemaran anda di Baskin Robbins. Sama ada nak kongsi dengan kawan atau manjakan diri sendiri, inilah masa terbaik untuk rasa ganjaran sebenar, langgan Tonton memang lagi layan!
2. WOWSHOP – Baucar RM5 & RM10
Rasai pengalaman beli-belah yang lebih berbaloi dengan WOWSHOP dengan menggunakan Tonton Rewards! Pelanggan TontonUp kini boleh dapat potongan RM5 untuk pembelian RM59 ke atas langganan 1 bulan atau potongan RM10 bagi pembelian RM99 ke atas dengan langganan 3 bulan. Sama ada nak cari barangan rumah, kecantikan atau gajet baharu, inilah masa terbaik untuk shopping sambil jimat.
Rasai hidangan panas dari Pizza Hut hanya dengan Tonton Rewards! Langgan TontonUp selama 3 bulan dan nikmati potongan RM10 x 2 untuk sebarang pesanan Pizza Hut. Sama ada makan bersama keluarga atau lepak dengan kawan, inilah masa terbaik untuk layan siri kegemaran sambil menikmati pizza panas yang memang puas hati.
4. Watsons – Baucar bernilai RM108
Nak gaya hidup lebih berbaloi? Langgan Tonton selama 1 tahun dan dapat RM108 baucar Watsons! Sama ada untuk beli barangan penjagaan diri, kesihatan, atau kecantikan, semuanya jadi lebih jimat. Masa untuk tengok drama kegemaran dan kekal segar sepanjang hari
5. Akses Eksklusif ke Konsert & Acara Istimewa
Tonton Rewards nak belanja anda tiket percuma! Langgan Tonton selama 1 bulan untuk tebus tiket Lah Lah Land bernilai RM30 (1 & 2 November 2025 di MIECC) atau langgan 12 bulan untuk tebus tiket Samsons Live in Malaysia bernilai RM154 (9 November 2025). Tiket terhad, jadi siapa cepat dia dapat!
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pelbagai tawaran baharu setiap bulan daripada diskaun F&B hingga tiket konsert eksklusif dan pas acara terhangat. Teruskan langganan TontonUp dan rasai dunia ganjaran tanpa had bersama Tonton Rewards. Pastikan langganan anda sentiasa aktif supaya tak terlepas sebarang ganjaran hebat yang menant
KUALA LUMPUR, 29 Oktober 2025 - SPayLater mempertingkat pengalaman membeli-belah anda dengan pelancaran Shopee Mission. Pengguna hanya perlu melengkapkan misi harian yang mudah untuk mengumpul mata dan berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM111,111. Pengguna yang berjaya mengumpul Golden Ticket juga berpeluang memenangi baucar petrol bernilai RM1,000 atau Hadiah Utama, iaitu sebuah kereta ikonik Malaysia serba baharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Dari 26 Oktober hingga 14 November 2025, pengguna boleh menyertai Shopee Mission dengan melengkapkan pelbagai misi harian yang mudah untuk mengumpul mata, sehingga 500 mata bagi setiap aktiviti. Antaranya termasuk mengaktifkan dan membuat pembelian menggunakan SPayLater, membuat pesanan di Shopee dengan atau tanpa SPayLater, memesan makanan melalui ShopeeFood, menonton livestream, bermain Shopee Games, atau sekadar melayari aplikasi Shopee. Lebih banyak misi yang diselesaikan, lebih banyak mata yang boleh dikumpul untuk menebus pelbagai ganjaran menarik.
- 500 mata: Aktifkan SPayLater & buat 1 pesanan
- 200 mata: Buat pesanan Shopee dengan SPayLater
- Sehingga 100 mata: Buat pesanan Shopee
- Sehingga 100 mata: Buat pesanan ShopeeFood
- Tanpa had 1 mata: Melayari aplikasi Shopee, bermain Shopee Games dan menonton livestream
Ganjaran Untuk Ditebus
- Sehingga 100 mata: Sehingga 100 Syiling Shopee
- 100 mata: Baucar Cashback RM3
- 80 mata: Baucar Penghantaran Percuma RM3
- 600 mata: Baucar SPayLater RM111 (Shopee)
- 350 mata: Baucar SPayLater RM111 (In-store)
- 350 mata: Baucar Petrol SPayLater RM10
- 50 mata: Golden Ticket tanpa had – Peluang memenangi baucar petrol SPayLater bernilai RM1,000
- 50 mata: Golden Ticket tanpa had – Peluang memenangi sebuah kereta ikonik Malaysia serba baharu
- Pemenang Golden Ticket akan dimaklumkan melalui notifikasi aplikasi Shopee sebelum 30 November 2025.








.png)







