Movie Review | The Mehta Boys (2025)
Saturday, 28 June 2025
Pengarah: Boman Irani
Penulis Skrip: Boman Irani, Alexander Dinelaris
Pelakon: Avinash Tiwary, Boman Irani
Syarikat Produksi: Irani Movietone, Chalkboard Entertainment
Pengedar: Amazon Prime Video
Genre: Drama
Durasi Tayangan: 118 minit
Tarikh Tayangan: 7 Februari 2025
Trailer:
Amay Mehta (Avinash Tiwary) hidup bersendirian di kota Mumbai dan bekerja sebagai arkitek muda di salah sebuah firma. Dia mempunyai bakat dan bagus dalam kerjaya tapi sentiasa memilih untuk diam kerana kurang yakin dengan diri sendiri walaupun rakan sekerjanya, Zara (Shreya Chaudhry) sentiasa cari jalan untuk buka peluang kepada Amay.
Satu hari Amay terima khabar dari kakaknya, Anu (Puja Sarup) yang ibu mereka telah meninggal dunia. Amay segera pulang ke Navsari namun tak betah untuk tinggal lama kerana kurang selesa sebumbung bersama bapanya, Shiv Mehta (Boman Irani).
Anu pula cuba untuk pujuk Shiv tinggal bersamanya di Amerika dan ideanya diterima tanpa sebarang bantahan kerana Shiv sudah berjanji dengan mendiang Shivani yang dia akan tinggal di sana jika salah seorang dari mereka meninggal dunia. Kesihatan Shiv juga semakin merosot apabila sudah menginjak usia. Tak mungkin dia mampu untuk tinggal berseorangan di rumah tersebut.
Malangnya penerbangan Shiv dibatalkan dan dia terpaksa tinggal bersama Amay selama dua hari sebelum berangkat ke Amerika. Dua hari adalah tempoh masa yang panjang buat dua beranak tersebut tapi terpaksa juga akur dengan keadaan. Tiba di rumah Amay buatkan Shiv berasa kasihan dengan keadaan hidup anak bongsunya tapi dia lebih banyak mengalah dan diam kerana tidak mahu bergaduh sebelum tinggalkan India.
Filem The Mehta Boys merupakan filem pertama yang diterbitkan oleh syarikat produksi kepunyaan Boman Irani. Bukan saja muncul sebagai produser, malah sebagai penulis, pengarah dan juga pelakon utama. Filem yang menggunakan bapa dan anak lelaki sebagai duo utama mempunyai jalan cerita yang ringkas tapi sarat dengan emosi. Bila bercerita tentang lelaki pastinya ego akan mainkan peranan utama dalam setiap perbalahan yang tercetus.
Hubungan Shiv dan Amay teruk sangat sampaikan watak Anu beria pujuk Amay untuk bercakap dengan si ayah. Dalam rumah Amay ada satu gambar sahaja iaitu gambar Shivani, Anu dan Amay. Kalau Shiv yang meninggal mungkin Amay akan pulang ke kampung tanpa fikirkan soal kerja. Sekecil-kecil perkara pun boleh buat Amay dan Shiv bergaduh macam babak buka dan tutup lampu. Retak yang ada di rumah Amay digambarkan secara metafora terhadap hubungan anak-beranak ni. Bila both of them meletup, siling dekat rumah Amay pun jatuh, sama seperti situasi mereka berdua.
Sama macam watak Zara, kehadiran warna merah berjaya redakan ketegangan Shiv dan Amay. Seperti yang dipaparkan pengarah, warna merah sebagai simbolik kepada Shivani. Dalam babak Shiv dan Amay bergaduh di rooftop, tarp berwarna merah terbang dan mendominasi skrin hingga watak Shiv dan Amay terdiam. Beautifully presents dan menceritakan bagaimana Shivani selalu menjadi penenang keadaan. Warna merah melambangkan cinta kepada Shiv dan Amay.
Walaupun di hujung cerita Amay terima nasihat dan cara Shiv tapi sebagai audience dan generasi muda, I tetap tak setuju dengan beberapa tindakan Shiv. Memang patut Amay mengamuk bila Shiv tarik hand brake kereta, memang patut dia jauhkan diri dari Shiv sebab selalu merendahkan dia. Even bila Amay point out salah Shiv, dia sebaliknya lari dari minta maaf.
Tapi not surprised lah sebab Boman Irani yang karang cerita ni, dah tentu lah kita akan nampak perspektif generasi dia dalam The Mehta Boys. Dia tak bagi perhatian sangat pada sisi Shiv yang terkesan dengan kehilangan isteri walaupun tingkah laku dia ketara. Tak ada dialog dari hati antara dua beranak ni yang boleh tinggalkan kesan mendalam so it’a bit missed opportunity for me.
Kekuatan The Mehta Boys juga terletak pada performance Boman Irani through every emotions and layers. Dia tak ada banyak dialog tapi bahasa badan dia dah cukup menceritakan apa yang dia lalui dalam setiap keadaan dan babak. Sedih bila Shiv menjerit atau bergaduh tentang rumah dia sebab itu saja safe place yang dia ada. Tak pasti kenapa Shiv selesa dengan Zara sampai senang untuk bercerita, mungkin Zara orang luar dan tak ada personal judgement macam Anu dan Amay.
Amay pilih apartment murah di Mumbai sebab pemandangan yang cantik dari tingkat atas. Masa candlelight dinner dengan Shiv di beranda, landskap yang dipaparkan oleh Krish Makhija tampak ngeri. Visual language yang mengukuhkan lagi penceritaan dan emosi The Mehta Boys. Tak ada apa yang cantik pun dengan kota Mumbai.
Semua bangunan nampak sama tanpa identiti. India yang moden tapi kosong, maju tanpa budaya dan seni warisan. Apa yang ada di beranda Amay, sama juga dengan landskap moden di bandaraya Kuala Lumpur. Sesak, padat tapi kosong. Beli unit paling atas untuk tengok bintang tapi bintang tak ada. Kalau ada pun, masing-masing terperangkap dalam kesibukan dunia untuk kagum dengan keindahan alam.
I tengok filem The Mehta Boys sebab Avinash Tiwary and I’m glad I did sebab lakonan dia cemerlang sebagai anak yang terkesan dengan masalah psikologi. Tak kisah lah berapa ramai pun yang percaya dengan kebolehan dan bakat dia tapi kalau ada trauma dari kecil, jalan hidup memang agak susah. Bila dia confront Shiv baru dia berani keluar dari kepompong walaupun berbahaya. Kalau 100 jalan dibuka oleh Zara atau Saumik Sen (Siddhartha Basu) pun tapi Amay tak berani, semua jalan tu akan jadi sia-sia.
Klimaks dan ending a bit cliché tapi untuk perjalanan yang selesa, I guess it’s acceptable. Thank you Boman for this warm-hearted journey.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.2/10