Sekitar Majlis Tayangan Perdana dan Sidang Media Filem Coast Guard, Dadi Cinema, Pavillion Kuala Lumpur

Saturday 4 March 2023


Bulan Januari lepas dapat jemputan dari Metrowealth Pictures (MIG) untuk Majlis Tayangan Perdana dan Sidang Media untuk filem terbaru terbitan mereka, Coast Guard: Ops Helang. Bertempat di Dadi Cinema, Pavillion Kuala Lumpur dengan kehadiran para penerbit, penaja, pelakon, media dan juga peminat bertuah. 

Entry ni bukan report nak hantar Metrowealth ataupun kepada Dadi Cinema tapi entahlah kenapa serius benar penulisannya. Saja nak simpan cerita dekat blog sebab jarang nak up entry sembang apa jadi dekat event tu padahal setiap event ada cerita dia tersendiri. Nak pula kalau dapat makan sedap ataupun have fun jumpa media dan rakan blogger yang lain. 

Macam dekat event ni, lepas balik dari kerja terus menapak ke Dadi Cinema, kutip tiket dekat Bro Framestone lepastu makan dekat ruang yang disediakan untuk media sementara tunggu majlis perasmian start. 


Makan malam kitorang ditaja oleh Starbucks tapi tak dapat kopi lah, dapat jus epal dan oren. Makanan pula Starbucks bagi nasi goreng, kek coklat, kek red velvet, tart blueberry dengan beef pie. Bro cerita masa pukul 4 lebih macam tu ada anak-beranak ni masuk dekat ruang makan lepastu ambil makanan dekat sini banyak-banyak, nak tapau bawak balik padahal tak ada kena-mengena pun dengan event ni. Nasib baik guard sempat tangkap, kalau tak ada yang tak dapat makan. Nasib baik jugak jadi waktu petang, kalau waktu dah ramai tetamu datang, mana ada orang perasan diorang orang luar. 

Sejak pandemik, dah lama tak berjumpa dengan Zandra sebab tak dapat jemputan event yang sama. Kalau dapat pun, I tak dapat datang sebab sibuk dengan kerja. Dekat event Coast Guard ni baru dapat jumpa lepas 5 tahun tak jumpa. Lama kan?! 



Dekat event ni first time jumpa Kak Ayue lepas tu kitorang melayan dia buat photoshoot untuk ootd lepastu photogedik dekat trailer sementara tunggu movie start. Nak join red carpet macam malas sebab ramai fans dah kerumun dekat situ. Sudahnya tunggu gambar rasmi dari MIG je. Nak berebut pun bukannya nampak sebab awok ni pendek aje orangnya. Pakai heels pun tetap tak nampak.
 
Sudahnya menyembang dengan blogger Kak Ayu Arjuna sebab sebelum ni kalau berjumpa dalam event dok hi hi bye bye je. Kali ni ada masa panjangggg, boleh lah menyembang pasal movie yang kitorang tengok since both of us pun update movie review dekat blog. Pastu membawang sikit sebab tu perkara wajib kalau berjumpa dengan sesiapa pun. 


Bila dah join event ni baru lah nampak pana pun ada life jugak, pergi keluar berjumpa orang jugak hshs. Lepas dah bergambar ni, mencicit kitorang lari naik ke tingkat atas sebab tayangan dah start. Dah la pakai heels, gigih juga berlari. Nasib baik tak tersadung walaupun hampir tersungkur dekat seat dalam hall. 

Thanks Aeril ambilkan gambar ni :)

Dah habis movie kena berlari pulak untuk kejar MRT, jam ni memang terjatuh dekat tangga sebab tak perasan ada lagi satu anak tangga. Nasib baik ada Zandra tolong I bangun lepastu check barang yang jatuh dari handbag. Tak fikir malu dah masa tu sebab nak kejar MRT punya pasal. Malam tu tak terasa pun sakit tapi esok paginya nampak lah kemunculan lebam di betis dengan bahagian atas tapak kaki tu. Nak start bengkak tapi setiap pagi dengan malam urut sampai lah betul-betul lega. 

Anyway I had fun watching Coast Guard: Ops Helang, makan malam dari Starbucks lepastu dapat goodies bag dari MyDebit. Thanksssss! 

1 comment

  1. Aduh.. Sakitnya.. Boleh bayang sakitnya jatuh tu.. Selalu juga jadi.. huhuhu
    Meriah event.. dapat jumpa geng blogger lagi.. terbaik..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.