WEBTVASIA MEMPERKENALKAN BARISAN BINTANG FILEM PULAU YANG DIBINTANGI BARISAN PELAKON GEN-Z

Wednesday 18 January 2023



WEBTVASIA MEMPERKENALKAN BARISAN BINTANG FILEM PULAU YANG DIBINTANGI BARISAN PELAKON GEN-Z 

● Diterajui artis muda berbakat besar, Amelia Henderson, Alif Satar, Ikmal Amry, Namron, Sanjna Suri, Joey Leong antara barisan pelakon utama filem PULAU yang digandingkan bersama pelakon generasi baharu dan veteran.

● Saksikan treler rasmi Pulau bermula 12 Januari ini di saluran YouTube WebTVAsia.

● Dihasilkan bersama My Way Pictures dan Film Force Studio, diarahkan oleh Euho.

● Bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 9 Mac 2023.

WebTVAsia, dengan kerjasama My Way Pictures dan ,Filmforce Studio, bersama-sama mengumumkan sebuah filem thriller seram yang paling pastinya dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia pada tahun ini yang berjudul Pulau. 

Filem Pulau mengisahkan tentang bagaimana sebuah percutian impian di pulau eksotik berubah menjadi mimpi ngeri dengan pertemuan kisah mistik yang menyeramkan dan kehadiran makhluk ilmu hitam yang kejam, dahagakan darah dan ingin membalas dendam. Penonton boleh menjangkakan plot twist dengan heroin yang mempunyai sixth sense (Amelia Henderson) membongkar kebenaran yang telah lama terkubur oleh kutukan cinta terlarang.

Filem terbitan WebTVAsia ini juga merupakan filem seram pertama yang berjaya membawa barisan pelakon baru yang berbilang kaum, multi-talented dan juga bintang Gen-Z yang popular dengan gabungan 35 juta peminat di media sosial. 

Naskhah ini dibintangi oleh Amelia Henderson, Alif Satar, Ikmal Amry, Sanjna Suri, Joey Leong, Harris Anuar, Jazmy Juma, Mark O’Dea, Sabronzo, Evie Feroza, Cedric Loo, Pui Yi dan Vikar. Barisan pelakon filem PULAU ini bukan sahaja terdiri daripada bintang filem, personaliti televisyen, dan pengacara sahaja, malah turut menampilkan persona yang berpengaruh di laman sosial, ratu cantik serta penyanyi.

Fred Chong selaku penerbit filem Pulau, berkata, “Kami memperjuangkan jenis pawagam yang baharu, dengan generasi baharu yang mempunyai bakat untuk memainkan peranan sekaligus menghidupkan kisah legenda tempatan. Veteran Nam Ron dan Wan Hanafi Su turut diberikan kepercayaan untuk membawa watak yang lebih serius. Visi saya sebagai pencipta adalah untuk merealisasikan jalan cerita yang lebih unik, membuat sesuatu diluar kebiasaan dan berteraskan mesej sosial kepada para penonton.”

“Menonjolkan keindahan alam semulajadi di Malaysia dan kekayaan adat resam juga merupakan sebab utama pemilihan pulau yang paling popular di negara ini sebagai lokasi penggambaran. Terdapat banyak lagi untuk dikongsikan dan untuk pengetahuan orang ramai, skrip sekuel filem Pulau sudah pun berada di dalam proses pembikinan. Pulau mana? Legenda apa? Itu adalah rahsia yang bakal membuat anda tertanya-tanya!”

Treler rasmi Pulau dan kandungan yang lebih eksklusif boleh disaksikan di semua akaun media sosial rasmi (TikTok, Instagram, Facebook dan Twitter) Pulau The Movie serta saluran YouTube rasmi WebTVAsia, mulai hari ini (12 Januari). Filem Pulau juga dijangka menemui penonton di pawagam seluruh negara pada 9 Mac 2023.

***************************

TENTANG WEBTVASIA

WebTVAsia ialah syarikat pencipta terkemuka Asia yang memperkasakan pencipta paling berbakat melalui perkongsian platform, studio kandungan, penyelesaian jenama dan rantaian nilai perdagangan sosialnya. Sejak 2013, rangkaian YouTubenya yang terdiri daripada lebih 3500 pencipta Asia telah berkembang pesat dengan lebih 880 juta pelanggan gabungan; dengan pendapatan AS$150 juta yang diperolehi; dan kebebasan mencipta, melalui rancangan anugerah pencipta terbesar Asia, Anugerah WebTVAsia dan festival muzik pencipta pertama, Viral Fest Asia. Rekod YouTube Playnya yang menerajui pasaran ialah 3 Diamond (10 juta atau lebih pelanggan), 198 Emas (lebih 1 juta) dan 1130 Perak (lebih 100 ribu).

Pengasas dan penerbit yang telah memenangi banyak anugerah, Fred Chong mempunyai visi untuk mewujudkan ekosistem digital yang benar-benar saksama dan mampan yang menghubungkan pencipta terbaik Asia dengan komuniti peminat global, dalam Web 2.0 semasa dan dunia Web 3.0 akan datang.

TENTANG FILM FORCE

Filmforce Studio, menghimpunkan pakar yang berpengalaman dalam pelbagai bidang dan membawa tiga prinsip profesionalisme, kredibiliti dan usaha wajar untuk menjadi pelopor industri filem dan televisyen di Malaysia. Melalui konsep kerjasama dan perkongsian strategik, kami akan bekerjasama dengan pasukan yang cemerlang sama ada di dalam dan luar negara untuk bersama-sama mewujudkan platform filem dan televisyen yang luas dan pelbagai untuk meneroka pembangunan dan corak filem dan televisyen Malaysia.

TENTANG MY WAY PICTURES

My Way Pictures yang ditubuhkan pada tahun 2018, merupakan sebuah syarikat pelaburan kewangan buat filem dan produksi yang berdedikasi untuk membawa kisah yang unik dan inovatif ke layar skrin. Mereka percaya bahawa filem yang hebat mempunyai kuasa untuk menginspirasikan, menghiburkan dan menyentuh hati penonton.

Mereka komited untuk menyokong para pembuat filem yang berbakat dan mengangkat visi mereka. Mereka juga mempunyai kefahaman mendalam terhadap cabaran dan peluang yang dihadapi para pembikin filem masa kini.

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.