“SPECIAL FORCE: ANARCHY” BAKAL DISTRIM SECARA EKSKLUSIF DI DISNEY+ HOTSTAR MULAI 14 JANUARI

Friday 13 January 2023

“SPECIAL FORCE: ANARCHY” BAKAL DISTRIM SECARA EKSKLUSIF DI DISNEY+ HOTSTAR MULAI 14 JANUARI | Dibintangi oleh Dato’ M. Nasir dan Puteri Aishah, siri Original ini diarahkan oleh pengarah muda prolifik, Syafiq Yusof.

Mulakan keterujaan tahun baru dengan Special Force: Anarchy - siri Original Malaysia yang bakal ditayangkan secara eksklusif di Disney+ Hotstar mulai 14 Januari.


Siri Original tujuh episod ini mengikuti perjalanan Iman (Puteri Aishah), seorang pegawai polis muda yang berani dari sebuah negara fiksyen, Tenggara dalam menyiasat sebuah kes rompakan bank terancang. Siasatan yang dilakukan telah mempertemukannya dengan satu kumpulan jenayah berbahaya dan membuka satu lembaran rahsia besar yang mampu mengubah segalanya.

Special Force: Anarchy turut dibintangi oleh penyanyi, komposer dan artis legenda Dato’ M. Nasir sebagai Umar, yang merupakan dalang di sebalik rompakan Bank Tenggara serta ketua kumpulan Anarki.

Drama bersiri ini turut membariskan bintang-bintang tersohor seperti Hasnul Rahmat, Alvin Wong, Johan As'ari serta Fify Azmi (pemenang anugerah ‘Pelakon Harapan Wanita Terbaik’ pada Festival Filem Malaysia ke-31), Chacha Maembong, Yusuf Bahrain, Anas Ridzuan, Elizabeth Tan, Dynas Mokhtar, dan Steve Yap.

Special Force: Anarchy diarahkan oleh Syafiq Yusof, pemenang anugerah ‘Pengarah Harapan Terbaik’ pada Festival Filem Malaysia 2012 serta anugerah ‘Pengarah Filem Terbaik’ pada 2017 oleh PROFIMA (Pekerja Filem Profesional Malaysia), di bawah terbitan Skop Productions.

Strim Special Force: Anarchy secara eksklusif di Disney+ Hotstar mulai 14 Januari.

Twitter: @DisneyPlusMY

Instagram: @DisneyPlusHotStarMY

Facebook: @DisneyPlusHotStarMY

TikTok: @DisneyPlusMY

Hashtag: #DisneyPlusHotStarMY #SpecialForceAnarchy

*************************

Tentang Disney+ Hotstar Malaysia

Disney+ Hotstar merupakan platform penstriman khusus untuk filem dan rancangan daripada Disney, Pixar, Marvel, Star Wars dan National Geographic, The Simpsons, dan sebagainya. Perkhidmatan penstriman ‘langsung kepada pengguna’ yang terulung daripada The Walt Disney Company, Disney+ Hotstar adalah sebahagian daripada segmen Pengedaran Media & Hiburan Disney. Perkhidmatan ini menawarkan koleksi asal eksklusif yang semakin berkembang, termasuk filem panjang lebar, dokumentari, siri aksi langsung dan animasi serta kandungan bentuk pendek. Menawarkan akses yang pertama seumpamanya kepada warisan sejarah filem dan televisyen yang lama dan luar biasa, Disney+ Hotstar turut menjadi platform penstriman eksklusif untuk keluaran terbaru daripada The Walt Disney Studios. Untuk maklumat lanjut, layari hotstar.com atau muat turun aplikasi Disney+ Hotstar pada kebanyakan peranti mudah alih dan TV yang disambungkan.

4 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.